Sunday, May 24, 2015

Kenyataan Media Ustaz Zamihan Mat Zin al-Ghari, Presiden ASWAJA berkaitan artikel Utusan Malaysia

Kenyataan Media
Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA)

1. ASWAJA kecewa dengan tindakan Utusan Malaysia, Utusan Online yang menyiarkan artikel kononnya mengenai kesesatan Tariqat tanpa mengambil rujukan pihak berautoriti di negara ini. Nampaknya bagaikan ada agenda yang tersirat cuba dilakukan wartawan Utusan dan menjadi persoalannya apakah beliau faham dengan pengertian Tariqat dalam erti kata sebenarnya. Isu yang ditimbulkan ini boleh mencetuskan perpecahan dalam kalangan umat Islam dan mengelirukan umat Islam khususnya bagi yang tidak memahami Tariqat.

2. Utusan seharusnya bersikap ilmiah jika mahu membuat analisis pembongkaran dan perlu mengambil pandangan dari ulama muktabar yang mempunyai kepakaran dalam bab Tariqat seluruh dunia seperti masyakih Azhar, Nahdatul Ulama dan Jilsah Negeri Sembilan dan bukannya mengambil pandangan utama individ bermasalah seperti Maulana Asri yang menyesatkan Imam Ibn Ishaq iaitu imam ilmu sejarah umat islam. Tidak cukup itu beliau juga menyesatkan amalan tahlil arwah, menyesatkan amalan zikir berjemaah, menyesatkan amalan maulid Nabi dan pernah menolak hadis mengenai peristiwa ganjil semasa kelahiran Rasulullah SAW.  Dalam hal ini beliau tak layak untuk diangkat sebagai pakar hadis kerana beliau sendiri buta tentang hadis

3. Dalam hal ini timbul keraguan kenapa penulis Utusan tidak membuat rujukan kepada pihak berautoriti agama seperti JAKIM, MUFTI dan sebagainya. Malah, sebelum ini pun Majlis Fatwa sudah mengeluarkan kenyataan dan membuat keputusan mengenai Tariqat dan sepatutnya ia tidak perlu lagi dijadikan isu oleh Utusan Malaysia.

4. Jika utusan merujuk fatwa jakim tentang Naqsyahbandi Haqqani. Sepatutnya Utusan tidak mendahului JAKIM kerana JAKIM sendiri tidak menyatakan dengan ilmiah kesestan tarekat Naqsyahbandi.

5. Utusan sepatutnya lebih berhati-hati dalam berkomentar tentang para habib. Contohnya Habib Syeikh sendiri menafikan beliau mengikut haqqani. Adapun baiah yg kita nampak itu bukan baiah kesetiaan. Tetapi ia adalah baiaah tabarruk. Ia berbeza dgn baiaah kesetiaan

6. Akibat menulis bersumberkan tokoh-tokoh pro-wahabi. Penulisan utusan dicemari dengan elemen fitnah yang sekaligus merosakkan imej Islam dan mengelirukan umat Islam di negara ini.

7. Sehubungan dengan itu, ASWAJA menyeru pihak berkuasa agama supaya bersuara bagi merungkai segala persoalan yang dibangkitkan Utusan Malaysia, jika tidak ia akan mengakibatkan Tariqat terus dipandang serong oleh golongan yang tidak berilmu dah memahaminya.

Sekian Terima Kasih

Zamihan Mat Zin al-Ghari
Presiden ASWAJA (25 MEI 2015).

No comments:

Post a Comment