Tuesday, December 15, 2015

Pandangan Engku Ahmad Fadzil Tentang Wahabi

Saya tinggal dan belajar 4 tahun lebih di bumi Anbiya, bumi Jordan di dalam sistem yang mengarus perdanakan Al-Imaam Ibn Taimiyyah rahimahulLaah, yang menerima pakai ajaran2 Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan mengangkat fatwa2 (walaupun masih ada penolakan terhadap beberapa fatwa beliau seperti fatwa mewajibkan ummat Islam Palestin keluar dari Israel) Syeikh Nasiruddin Al-Albaani yang meninggal dunia pada tahun 1999, setahun sebelum saya pulang ke tanah air.

Yang menyedihkan adalah melihat sebahagian daripada sahabat-sahabat sepengajian, yang di dalam masa yang sama mereka menuduh ummat Islam yang lain sebagai pentaksub mazhab, pentaksub kepada imam2 tertentu, pentaksub kepada tok guru, pentaksub habaaib dsb, kelihatan mereka sendiri sangat taksub kepada tokoh2 tertentu sehinggakan sebarang fakta dan bukti yang menjurus kepada meletakkan tokoh2 pujaan mereka pada kedudukan yang negatif terus ditolak mentah-mentah dengan label "FITNAH!" dan lebih parah mereka dengan senang hati - without remorse - mentohmah ummat Islam yang tidak sepandangan dengan mereka dengan pelbagai label tanpa sekelumit bukti yang credible, semata-mata conjectures,  lalu dengan itu meminggirkan kaedah yang ditetapkan oleh RasuululLaah S.A.W. sendiri bahawa beban pembuktian ditanggung oleh orang yang menuduh "البينة على المدعى".

Saya daripada awal menolak "jihad palsu" ISIS. Pada 15hb Julai 2014, saya telah menulis pandangan saya terhadap ISIS https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=921848551159417&id=100000028410718

Dari awal saya melihat sepertinya ada kaitan yang erat antara keganasan ISIS dan pendekatan takfiri (mudah mengkafirkan ummat Islam yang tidak sepandangan) aliran Wahhabi (Wahhabi bermakna pengikut ajaran-ajaran Syeikh Muhammad Abdul Wahhab (1115 - 1206 H/1701 - 1793 M) yang secara misleading mendakwa diri mereka sendiri Salafi - pengikut salaf - sedangkan Salaf sangat jauh dari pegangan-pegangan takfiri Wahhabi). Saya tidak berseorangan di dalam melihat keberkaitan ini. Lihat:

http://www.huffingtonpost.com/alastair-crooke/isis-wahhabism-saudi-arabia_b_5717157.html
http://www.huffingtonpost.com/alastair-crooke/isis-aim-saudi-arabia_b_5748744.html http://mondoweiss.net/2015/11/isis-wahhabi-doctrine
http://www.politico.eu/article/the-saudi-wahhabis-are-the-real-foe-islamic-terrorists-salafi-violence/
https://ar.qantara.de/content/lbhth-n-jdhwr-fkr-dsh-fy-ltrykh-lslmy-hl-mhdt-lwhby-ltryq-lswd-fkr-dsh-ltkfyry
http://voiceofbahrain.org/لماذا-هو-خطر-على-السعودية؟-داعش-الوعد/
http://www.globalresearch.ca/us-sponsored-islamic-fundamentalism-the-roots-of-the-us-wahhabi-alliance/5303558
http://www.globalresearch.ca/why-does-the-u-s-support-saudi-arabia-a-country-which-hosts-and-finances-islamic-terrorism-on-behalf-of-washington/5398408
http://www.globalresearch.ca/going-after-the-islamic-state/5401439

Saya lihat persepsi ini dikongsi oleh mereka yang masih mahu menilai fakta dan menerima realiti termasuk oleh agensi-agensi keselamatan negara-negara Asia Tenggara juga telah menghidu kaitan ini seperti mana yang saya fahami daripada perkongsian mereka di dalam bengkel yang mereka hadiri.

Oleh itu, walaupun pertama kali mendengar daripada mulutnya sendiri, saya tidak terlalu terkejut, apabila Dato' Ayob Khan Mydin Pitchay, berkongsikan di dalam SEMINAR NEGARA ISLAM: JIHAD VS MILITAN di UTM Ahad 13 Disember 2015 yang lalu kaitan antara pengganas ISIS dan aliran pemikiran Wahhabi. Beliau berkongsikan kaitan ini berdasarkan risikan dan data-data 1st hand yang beliau perolehi selaku Ketua Penolong Pengarah Pasukan Khas Operasi Counter Terrorisme, PDRM, Bukit Aman. Kesimpulan beliau adalah berdasarkan pengakuan-pengakuan yang diperolehi hasil temu bual dengan pengganas-pengganas yang berjaya ditangkap bukan sahaja oleh pihak keselamatan Malaysia, malah termasuk yang ditangkap oleh negara-negara jiran seperti pengebom Bali dan sebagainya.

Yang saya terkejut adalah respon2 dan reaksi2 daripada mereka yang tidak hadir (saya sendiri hadir dari mula pagi hingga akhir lewat petang) ke seminar tersebut, tetapi melenting meroyan yang bukan-bukan. Lihat misalnya:

https://www.facebook.com/kamistudentbukanstupid/photos/a.256869237827551.1073741827.256866357827839/506391899541949/?type=3&theater .

Sehinggakan yang tahap menteri pun (kalau lah akaun FB ini asli milik beliau dan bukan fake https://www.facebook.com/datoserishahidan.kassim?fref=nf&pnref=story) melenting dahulu di FB, kemudian baru nak siasat!? Kalau ini tidak dinamakan ketaksuban, apakah lagi ketaksuban?

Orang buat program terbuka dan percuma hangpa tak mau mai dengaq,,, paih tu sedap mulut cakap kata "tanpa hujah kukuh"??? Bertambah malang, mengenangkan sebagai Menteri kabinet, beliau memilih untuk melenting dahulu dan "akan siasat" kemudian!? Tak bolehkah siasat dahulu, baru suarakan pandangan? Bagi saya, nampak semakin jelas bahawa fahaman Wahhabi menyebabkan mereka yang telah terkena virusnya menjadi taksub kepada fahaman yang sempit, secara konsisten bersikap confrontational, tidak conformist dan cepat melenting apabila dihadapkan dengan fakta2 yang tidak sesuai dengan kecenderungan dan selera mereka. Sepatutnya sebagai salah seorang anggota kabinet, kena lah letakkan kepentingan negara mengatasi kepentingan kelompok. Jangan sampai lebih pentingkan fahaman dan kecenderungan peribadi serta desakan kelompok sendiri sehingga menutup mata dan hati kepada fakta-fakta ancaman kepada keselamatan negara yang dikongsikan "without fear and favour" oleh mereka yang telah diberikan amanah dan tanggungjawab untuk menjaga keselamatan negara daripada ancaman-ancaman ekstremisme.

Menteri mempersoalkan fahaman pegawai KDN dan pegawai polis. A BIG QUESTION MARK too,,,, apakah fahaman Menteri ini? Adakah beliau beraliran "salafi jihadi" (actually read: Wahhabi Irhabi -Pengganas Wahhabi- sebab salaf dan jihad adalah istilah-istilah yang baik dan mulia yang disalahgunakan dan dijelumuri oleh kekotoran-kekotoran yang tidak sepatutnya) sehingga begitu cepat terasa dan melenting?

Kalau ada rakan2 sepengajian di Jordan yang merasa sempit dada dengan apa yang saya kongsikan ini, tidak perlu percaya kepada saya. Buat lah sedikit research dengan hati yang terbuka. Tidak perlu merujuk kepada maklumat-maklumat sumber Barat yang kata rakan2 mungkin ada mainan dan agenda, tidak perlu juga merujuk kepada sumber ratusan kitab-kitab yang ditulis oleh ratusan para ulama pelbagai aliran dan mazhab yang mendedahkan penyelewengan2 Wahhabi, kata rakan2 itu fitnah jahat. Innaa lilLaahi wa inna ilaihi rooji'uun apabila sekian ramai ulama daripada pelbagai latarbelakang menentang dan kesemuanya berniat memfitnah?! Takpe la,,, rujuk lah DUA kitab sahaja susunan tokoh Wahhabi sendiri dan ada yang diterbitkan oleh penerbitan kerajaan Saudi sendiri تاريخ نجد susunan الشيخ حسين غنّام tahqiq الدكتور ناصرالدين الأسد dan عنوان المجد في تاريخ نجد susunan ahli sejarah terbilang Wahhabi الشيخ عثمان بن عبدالله بن بشر النجدي

Buku-buku ini adalah versi kuno dan klasik keluaran Wahhabi sebagai ancestor, asal usul kepada Laporan2 Tahunan, glossy Annual Report canggih dan moden yang dikeluarkan oleh ISIS sekarang yang penuh dengan graphics dan info-graphics.
http://www.huffingtonpost.co.uk/2014/06/18/iraq-crisis-7-facts-isis-annual-report_n_5506255.html
http://understandingwar.org/backgrounder/ISIS-Annual-Reports-Reveal-Military-Organization

Kalau kitab2 tulisan tokoh2 Wahhabi sendiri rakan2 tak rajin nak rujuk dan kaji, cuba baca petikan-petikan terjemahan yang telah disediakan secara ringkas oleh seorang rakan👇🏼

- BEGIN QUOTE - KEZALIMAN DILAKUKAN OLEH WAHHABI DI KOTA THOIF

1. Wahhabi menyerang kota Thoif setelah menawan pemerintahan asy-syarif gholib hakim Mekah pada Zulqaedah tahun 1217h bersamaan 1802m kemudian Wahhabi membunuh penduduk Thoif termasuk wanita dan kanak-kanak dan Wahhabi turut menyembelih bayi yang masih dipangkuan ibunya.

2. Wahhabi membunuh umat Islam di dalam masjid-masjid & rumah-rumah.

3. Wahhabi bertindak mengejar sesiapa yang lari dari serangan mereka lalu membunuh kebanyakan mereka yang lari itu.

4. Wahhabi juga mengumpul sebahagian mereka tadi dalam satu kawasan malangnya kemudian dipukul leher mereka (bunuh) dan sebahagian mereka dibawa oleh Wahhabi ke satu lembah bernama Wadi Aluj lantas Wahhabi meninggalkan mereka di wadi yang kosong itu yang jauh dari perkampungan dalam keadaan mereka DIBOGELKAN TANPA PAKAIAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN.

5. Semasa kebangkitan Wahhabi di kota Thoif mereka turut bertindak ganas terhadap ulama Islam di kota Thoif dan ulama Islam yang berada berhampiran dengannya termasuk ulama Islam di Mekah dan madinah mati dibunuh oleh Wahhabi berdasarkan fakta sejarah tepat.

Pada masa itu Wahhabi telah membunuh dan menyembelih ulama Islam terlalu ramai antara ulama Islam yang dibunuh oleh Wahhabi adalah:

• Mufti Mekah Al-Mukarramah waktu yang sama merupakan seorang mufti Mekah dalam mazhab asy-syafi’iyyah bernama Syeikh Abdullah Az-Zawawi telah mati dibunuh oleh Wahhabi dengan kejam dihadapan rumahnya dengan cara menyembelih mufti tersebut.

• Seorang qodhi (tuan kadi) bernama Abdullah Abu Al-Khoir juga mati dibunuh oleh Wahhabi ketika itu.

• Syeikh Ja’far Asy-Syaiby dan beberapa ulama Islam bersamanya dibunuh oleh Wahhabi dengan cara penyembelihan kejam oleh ketua dan bala tentera Wahhabi ketika itu.

Kesemua peristiwa kejam tadi berlaku pada tahun 1217H bersamaan 1802M.

Setelah Wahhabi menyerang kota Thoif dan membunuh umat Islam dan ulamanya disana. Wahhabi menyerang tanah yang mulia Mekah Al-Mukarramah pula tahun 1803M : 1218H seperti yang dinyatakan oleh pengkaji sejarah Abdullah bin Asy-Syarif Husain dalam kitabnya berjudul Sidqul Akhbar Fi Khawarij Al-Qorni Thaniy ‘Asyar.

Manakala pengkaji sejarah Wahhabi bernama Uthman Ibnu Basyir Al-Hambaly An-Najdy menyatakan kejadian tersebut berlaku pada tahun 1220H dalam kitabnya Tarikh Najad. Dalam kedua-dua kita sejarah tadi menceritakan kezaliman Wahhabi di tanah suci Mekah antaranya:

KEZALIMAN DILAKUKAN OLEH WAHHABI DI KOTA MEKAH

1. Pada bulan Muharram 1220H bersamaan 1805M Wahhabi di Mekah MEMBUNUH UMAT ISLAM YANG MENUNAIKAN IBADAH HAJI.

2. Ibu-ibu penduduk kota Mekah DIPAKSA MENJUAL HARTA HAK MILIK MASING-MASING untuk menebus kembali anak-anak mereka yang masih kecil ditangkap oleh Wahhabi.

3. Penduduk Mekah kelaparan kerana keadaan begitu zalim dilakukan oleh Wahhabi sehingga kanak-kanak mati kelaparan berkelimpangan mayat-mayat mereka.

4. Pengkaji sejarah & merupakan golongan Wahhabi juga (Uthman An-Najdy) menyatakan bahawa Wahhabi MENJUAL DAGING-DAGING KELDAI DAN BANGKAI kepada penduduk Islam Mekah dengan harga yang tinggi dalam keadaan mereka kelaparan. Sungguh dihina umat Islam Mekah ketika itu.
(Membongkar Fakta Sejarah Hitam Wahhabi Bertindak Membunuh Umat Islam)

Imam Ibnu Asakir, Imam al-Khatib dan Imam al-Hafiz al-Mizzi meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: “Apabila akhir umat ini melaknat (generasi) awalnya, maka hendaklah orang-orang yang mempunyai ilmu pada ketika itu menzahirkan ilmunya. sesungguhnya orang yang menyembunyikan ilmu pada waktu tersebut seumpama seseorang yang menyembunyikan apa yang telah diwahyukan kepada baginda Muhammad sallaLlahu 'alaihi wasallam !!!"

Rujukan :
1. Kitab Kasyfu Al-Irtiyab
2. Kitab Sofahaat Min Tarikh Al-Jazirah Al-Arabiyah Al-Hadithah
3. Kitab Al-Awroq Al-Baghdadiyyah Fi Al-Hawadith An-Najdiyyah
4. Kitab Inwan Al-Majdy Fi Tarikh Najad - END QUOTE -

Kalau begitu lah sejarah awal kemunculan Wahhabi, tidak hairan mereka yang telah terkena virus Wahhabi ini ada yang begitu taksub dan ekstrem sehingga menganggap siapa sahaja ummat Islam yang tidak sepandangan dengan mereka sebagai kafir yang wajib dibenci dan malah layak dibunuh. Ketika ummat Islam amnya terkejut dan sedih dengan kepemergian ulama besar dunia Islam abad ini ketika beliau sedang mengajar tafsir Al-Quran sekepas solat Maghrib pada malam Jumaat di dalam Masjid, ramai ekstremis-ekstremis Wahhabi dalam dan luar negara bergembira dengan kematian Syahiidul Mihraab, Almarhum Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al-Boothy.
Malah ada Ustaz Wahhabi Malaysia yang senang hati melabelkan almarhum sebagai penjenayah yang membawa banyak kesesatan yang mati dalam suul khootimah dan dengan senang hati mengeluarkan fatwa bahawa menjadi satu kefardhuan (maksudnya berdosa kalau tidak dilakukan!!!) untuk membenci almarhum! https://www.facebook.com/notes/985725508108943/
Tidak hairan kah kalau ada sebahagian Wahhabi sampai sanggup mengkafirkan Amiirul Mukminin fil hadith Al-Imaam Ibn Hajar Al-Asqolaani rahimahulLaah, pengarang Fathul Baari Syarah Sahih Al-Bukhari semata-mata kerana mengkritik idola mereka, Al-Imaam Ibn Taimiyyah.

Rakan2 saudara2ku seagama dan sesyahadah,,,
Kembali lah kepada ajaran Islam yang indah dan menekankan sifat berkasih sayang sesama Islam, meraikan perbezaan pandangan dan menerima kebenaran walaupun tidak bersesuaian dengan selera dan kecenderungan. Tinggalkan dan tanggalkan ketaksuban yang kerap kalian lontarkan tuduhannya kepada saudara2 kalian yang lain. Moga2 kita semua mendapat rahmat dan keredhaan daripada Allah SWT.

اللهم أرنا الحق حقا وارزقنا اتباعه، وأرنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
وفقنا الله وإياكم لما يرضيه ويرضاه

Sumber:
Fb Engku Ahmad Fadzil

Monday, December 14, 2015

Fahaman Wahabi Adalah Fahaman Yang Bawa Kepada Keganasan

Fahaman wahabi adalah fahaman yg bawa pd keganasan.

KEZALIMAN DILAKUKAN OLEH WAHHABI DI KOTA THOIF
1. Wahhabi menyerang kota Thoif setelah menawan pemerintahan asy-syarif gholib hakim Mekah pada Zulqaedah tahun 1217h bersamaan 1802m kemudian Wahhabi membunuh penduduk Thoif termasuk wanita dan kanak-kanak dan Wahhabi turut menyembelih bayi yang masih dipangkuan ibunya.

2. Wahhabi membunuh umat Islam di dalam masjid-masjid & rumah-rumah.

3. Wahhabi bertindak mengejar sesiapa yang lari dari serangan mereka lalu membunuh kebanyakan mereka yang lari itu.

4. Wahhabi juga mengumpul sebahagian mereka tadi dalam satu kawasan malangnya kemudian dipukul leher mereka (bunuh) dan sebahagian mereka dibawa oleh Wahhabi ke satu lembah bernama Wadi Aluj lantas Wahhabi meninggalkan mereka di wadi yang kosong itu yang jauh dari perkampungan dalam keadaan mereka DIBOGELKAN TANPA PAKAIAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN.

5. Semasa kebangkitan Wahhabi di kota Thoif mereka turut bertindak ganas terhadap ulama Islam di kota Thoif dan ulama Islam yang berada berhampiran dengannya termasuk ulama Islam di Mekah dan madinah mati dibunuh oleh Wahhabi berdasarkan fakta sejarah tepat.

Pada masa itu Wahhabi telah membunuh dan menyembelih ulama Islam terlalu ramai antara ulama Islam yang dibunuh oleh Wahhabi adalah:
• Mufti Mekah Al-Mukarramah waktu yang sama merupakan seorang mufti Mekah dalam mazhab asy-syafi’iyyah bernama Syeikh Abdullah Az-Zawawi telah mati dibunuh oleh Wahhabi dengan kejam dihadapan rumahnya dengan cara menyembelih mufti tersebut.

• Seorang qodhi (tuan kadi) bernama Abdullah Abu Al-Khoir juga mati dibunuh oleh Wahhabi ketika itu.

• Syeikh Ja’far Asy-Syaiby dan beberapa ulama Islam bersamanya dibunuh oleh Wahhabi dengan cara penyembelihan kejam oleh ketua dan bala tentera Wahhabi ketika itu.

Kesemua peristiwa kejam tadi berlaku pada tahun 1217H bersamaan 1802M.

Setelah Wahhabi menyerang kota Thoif dan membunuh umat Islam dan ulamanya disana. Wahhabi menyerang tanah yang mulia Mekah Al-Mukarramah pula tahun 1803M : 1218H seperti yang dinyatakan oleh pengkaji sejarah Abdullah bin Asy-Syarif Husain dalam kitabnya berjudul Sidqul Akhbar Fi Khawarij Al-Qorni Thaniy ‘Asyar.

Manakala pengkaji sejarah Wahhabi bernama Uthman Ibnu Basyir Al-Hambaly An-Najdy menyatakan kejadian tersebut berlaku pada tahun 1220H dalam kitabnya Tarikh Najad. Dalam kedua-dua kita sejarah tadi menceritakan kezaliman Wahhabi di tanah suci Mekah antaranya:

KEZALIMAN DILAKUKAN OLEH WAHHABI DI KOTA MEKAH
1. Pada bulan Muharram 1220H bersamaan 1805M Wahhabi di Mekah MEMBUNUH UMAT ISLAM YANG MENUNAIKAN IBADAH HAJI.

2. Ibu-ibu penduduk kota Mekah DIPAKSA MENJUAL HARTA HAK MILIK MASING-MASING untuk menebus kembali anak-anak mereka yang masih kecil ditangkap oleh Wahhabi.

3. Penduduk Mekah kelaparan kerana keadaan begitu zalim dilakukan oleh Wahhabi sehingga kanak-kanak mati kelaparan berkelimpangan mayat-mayat mereka.

4. Pengkaji sejarah & merupakan golongan Wahhabi juga (Uthman An-Najdy) menyatakan bahawa Wahhabi MENJUAL DAGING-DAGING KELDAI DAN BANGKAI kepada penduduk Islam Mekah dengan harga yang tinggi dalam keadaan mereka kelaparan. Sungguh dihina umat Islam Mekah ketika itu.
(Membongkar Fakta Sejarah Hitam Wahhabi Bertindak Membunuh Umat Islam)

Imam Ibnu Asakir, Imam al-Khatib dan Imam al-Hafiz al-Mizzi meriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi: “Apabila akhir umat ini melaknat (generasi) awalnya, maka hendaklah orang-orang yang mempunyai ilmu pada ketika itu menzahirkan ilmunya. sesungguhnya orang yang menyembunyikan ilmu pada waktu tersebut seumpama seseorang yang menyembunyikan apa yang telah diwahyukan kepada baginda Muhammad s.a.wasallam !!!” Allahuma’amin.

Rujukan :
1. Kitab Kasyfu Al-Irtiyab
2. Kitab Sofahaat Min Tarikh Al-Jazirah Al-Arabiyah Al-Hadithah pada m/s 178
3. Kitab Al-Awroq Al-Baghdadiyyah Fi Al-Hawadith An-Najdiyyah
4. Kitab Inwan Al-Majdy Fi Tarikh Najad Juzuk 1 Mukasurat 135

Tuesday, December 1, 2015

Syair Hakikat Guru Aziz Md Said

Pesan Guruku,

Baharullah lautannya dalam,
Ombak bertepuk siang dan malam,
Alangkan Wali tersalah faham,
Sinaran buih disangka Manikam

Belajar silat sambil berdiri,
Dibantai dengan sebatang buluh,
Kalau belajar mengkaji Diri,
Jangan sampai bertuhankan tubuh

Anak Kek dahinya jendol,
Ambil galah pikulkan raga,
Biar setitik asalkan cendol,
Dapat hilang haus dahaga

Buah Salak buah Kedondong,
Buah Berangan tidak berduri,
Bukan salah ibu mengandung,
Salah kita tak kenal diri

Baik-baik menebang buluh,
Kerna Buluh ada empat,
Baik-baik mengaji tubuh,
Didalam tubuh ada sifat

Kerna Buluh ada empat,
Seekor ulat terlompat-lompat,
Didalam tubuh ada sifat,
Didalam sifat ada kenyataan zat

Awal Bismillah mula disebut,
Rahman dan Rahim sifat mengikut,
Ilmu Hakikat hendaklah dituntut,
Dunia dan Akhirat didalamnya liput

Telur itik dari Senggora,
Batang pandan dilangkahi,
Darahnya bertitik di Singapura,
Badannya pula di Langkawi

Berdesar ku sangka ia, rupanya lalang ditiup angin. Nanar aku gila sasar, rindu dara di sebalik tabir. Bertukar tangkap dengan lepas, Sayang berpulang padamu jua...

daripada Guru Aziz Md Said

Sunday, November 29, 2015

Syair Marifat Diri

Dengan Bismillah Aku Mulai 
Membuka Syair Ma’rifat Diri 
Agar Mengenal Siapa Diri 
Apakah Manusia , Allah Atau Nabi

Tiap Hari Aku Mencari 
Dirumah Guru Dan Kiyai 
Agar Dapat Mengenal Illahi 
Tapi Ilmu Syariat Yang Kudapati

Mulai Aku Mengenal Diri 
Satu Persatu Aku Pelajari 
Mulai Kulit – Bulu – Sampai Ruh Idafi 
Ternyata Sehelai Rambutpun Tak Kumiliki

Empat Anasar Dari Ibuku 
Empat Anasar Dari Bapakku 
Empat Anasar Dari Adam Asal Keturunanku 
Itulah Awal Kejadian Jasadku

Jasad Jadi Terurai Sudah 
Tidak Dapat Berulah Tingkah 
Tanpa Diisi Nyawa Ataupun Ruh 
Yg Tiada Lain Ialah Rasulullah

Dasar Ilmu Ma’rifat Sudahlah Pasti 
Awal Agama Mengenal Illahi 
Jangan Salah Memilih Lagi 
Mengutamakan Sholat Hasilnya Rugi

Janganlah Takut, Janganlah Gentar 
Ilmu Ma’rifat Ilmu Yang Benar 
Janganlah Menyerah Apalagi Pudar 
Walaupun Akhirnya Kohar Keluar

Barang Siapa Dirindukan Sorga 
Dengan Mudah Mendapat Rido Nya 
Tetapi Bila Allah Ta’ala Murka 
Rajin Sholat Balasannya Siksa

Bismillah Tadi Awal Permulaan 
Titik Nuq Yang Bernama Insan 
Jangan Ragu Mencari Tuhan 
Rahasia Allah Didalam Badan

Aku Rindu Pada Allah Tuhanku 
Dimana Berada Tiadalah Tentu 
Itulah Awal Pada Sangkaku 
Ternyata Lebih Dekat Dari Daging Dengan Kuku

Tamatlah Sudah Riwayat Diri 
Yang Mulanya Dari Pada Mani 
Itulah Asal Kejadian Diri 
Tuntutlah Pada Guru Yg Benar Ahli

Inilah Sebenarnya Ujud Muhammad 
Mengandung Rahasia, Menghidupkan Jasad 
Hendaklah Diketahui Satunya Tempat 
Siang Dan Malam Selalu Diingat

Suatu Sipat Telah Menjadi 
Didalam Rahim Ibu Sendiri 
Sembilan Bulan Sembilan Hari 
Ini Yang Disebut Sifat Ma’ani

Sifat Ma’ani Sudahlah Nyata 
Lengkap Sekalian Tujuh Anggota 
Arash Dan Kursy Ikutlah Serta 
Sehingga Cukup Seluruh Anggota

Angin Itu Ujud Tariqat 
Menjadi Nyawa Pada Malaikat 
Membawa Wahyu Sgera Cepat 
Naik Dan Turun Tiada Terlambat

Ilmu Tariqat, Pakaian Nabi 
Itu Asal Mulanya Terjadi 
Dengan Qudrat Halikul Bahri 
Jatuh Kedalam Rahim Ibu Sendiri

Inilah Anugerah Jalan Tariqat 
Didalam Rahim Ia Bertempat 
Didalam Suluk Ia Berma’rifat 
Hendak Menjadikan Suatu Sifat

Roh Idhafi Hendaklah Dikenal 
Zikir Yg Lima Menjadi Amal 
Mengucap Kalimah Itulah Asal 
Sholat Kita Disitulah Tinggal

Hasil Sholat Adalah Nikmat 
Karena Serahasia Allah Dgn Muhammad 
Sekalian Nabi Tiadalah Ingat 
Di Baitul Ma’mur Tempat Yg Rahmat

Sirrullah Itu Yg Utama 
Sholat Itu Tiang Agama 
Takbir Ikut Badan Dan Nyawa 
Rahmat Dan Lazat Akan Diterima

Hapus Sudah Goresan Hatiku 
Mendengar Suara Didalam Kalbu 
Asma-Nya Tiga, Hakikat Satu 
Sampailah Sudah Yg Kita Tuju

Ilmu Syariat Membelah Kata 
Yg Satunya Dibelah Dua 
Alim Ulama Jangan Dipercaya 
Kalau Mereka Merasa Kuasa

Amal Sholat Tiada Artinya 
Bila Hati Syirik Kotor Jiwanya 
Juga Niat Mencari Pahala 
Jadi Munafiq, Kan Nyata Kelihatannya

Kalau Bertemu Rindukan Bulan 
Tunjukkan Muka Taruh Didepan 
Pantang Mundur Pahlawan Tuhan 
Mati Syahid Menjadi Jaminan

Hilangkan Ke-aku-an mu 
Kalau Engkau Sudah Bertemu 
Allah Itu Tiada Tentu 
Yang Ada Itu Hanyalah Kamu

Jangan Engkau Bertaklid Buta 
Menuju Pimpinan Asal Semula 
Mari Kita Menuju Dia 
Tuhan Allah Tanpa Perantara

Biar Maling Kerjaan Dunia 
Ilmunya Ambil Asal Sempurna 
Tidak Sholat Bukan Ukurannya 
Siapa Benar, Itu Yg Diterima

Iru Iru Padang Sibundan 
Patah Bilah Si Ular Lidi 
Janganlah Ragu Mencari Tuhan 
Rahasia Allah Didalam Diri

Tuhan Allah Telah Berperi 
Setiap Insan Sudah Diberi 
Asalkan Dia Sudi Mencari 
Tenangkan Diri Tengoklah Hati

Jangan Susah Mencari Bilah 
Bilah Ada Dibatang Buluh 
Jangan Susah Mencari Allah 
Rahasia Nya Ada Didalam Tubuh

Tidak Susah Mencari Bilah 
Bilah Didapat Dibuat Kipas 
Tidak Susah Mencari Allah 
RahasiaNya Ada Didalam Nafas

Wahai Saudara Handai Taulan 
Mengenal Diri Janganlah Enggan 
Malu Bertanya Sesat Dijalan 
Diakhirat Nanti Pasti Dapat Siksaan

Pertama Air Dijadikan Zat Allah 
Kedua Tanah Dijadikan Sifat Allah 
Ketiga Api Dijadikan Sirrullah 
Keempat Angin Dijadikan Wujud Allah

Habislah Sudah Goresan Hati 
Membuat Syair Sindiran Wali 
Perbaiki Akhlak Budi Pekerti 
Pasti Kesyurga Kita Kembali

Assalaimualaikum wbt...

Pantun Sifat 20

PANTUN SIFAT 20

Wujud ALLAH wajib ada
Wujud kita harus sahaja
Wujud ALLAH dapat dirasa
Namun ia tak dapat diduga.

Ada ALLAH, tiada mula
Sejak azali, Dia sedia
Ada kita diciptakanNya
Dari tiada kepada ada.

Ada ALLAH, kekal sentiasa
Tiada yang mengubahNya
Ada kita binasa akhirnya
Datang dariNya, pulang kepadaNya.

Ada ALLAH, tiada serupa
Tak berbentuk dan berupa
Tak bertempat di mana jua
Tidak takluk pada masa.

Ada ALLAH, sendiri sahaja
Tak berhajat pada apa jua
Cukuplah Dia dengan DiriNya
Bahkan kita yang perlu padaNya.

Ada ALLAH, Esa sahaja
Tidak berbilang apa pun jua
Tidak bersusun dari apa-apa
Anak tiada bapa pun tiada.

Ada ALLAH, Pemilik Kuasa
Kita hanya dikuasa jua
Kuasa ALLAH tiada terkira
Kuasa kita terbatas jua.

Ada ALLAH, Kehendak MilikNya
Kehendak kita kehendakNya jua
Tiada yang dapat mengatasiNya
Pasrahlah kita kepadaNya.

Ada ALLAH, Ilmu MilikNya
Kita jahil tak tahu apa-apa
Dialah yang Maha Bijaksana
Semua takdirNya elok belaka.

Ada ALLAH, Hayat MilikNya
Tidak mati mahupun binasa
Dialah yang kekal jua
Lemahlah kita tiada berdaya.

Ada ALLAH, Dengar MilikNya
Tiada apa yang sunyi dariNya
Tiap kata didengarNya jua
Maka berwaspadalah kita.

Ada ALLAH, Lihat MilikNya
Tiada dapat selindung dariNya
Zahir batin dilihatNya jua
Baik buruk pasti dihitungNya.

Ada ALLAH, Kata MilikNya
Kita makhluk kelulah jua
Tiada kata seindah KataNya
Al-Quran itu pengzahirannya.

Kita hamba lemahlah jua
Tiada berdaya, tiada berupaya
KepadaNya berpasrahlah kita
Baru kita hidup bahagia...
wa Allah a'lam

Saturday, November 21, 2015

Mengenal Diri Sebenar "Diri"

Mengenal Diri Sebenar "Diri."

Untuk pengetahuan semua, yang di katakan "Diri" itu sebenarnya mendatang kemudian dari Roh, atau dengan lain perkataan  "Diri" ialah perkembangan Roh di dalam jasad.

Ini membawa erti bahawa setelah Roh memasukki jasad, perkembangan nya yang berupa cahaya memenuhi seluruh dalaman jasad,  dan ini lah dia "Diri" sebenar "Diri" dan "Diri" ini lah yang harus di kenal, bagaimana kah dia dan terdiri dari apa kah dia.

Perumpamaan yang mudah, ibaratkan satu bulb lampu di dalam bilik, bulb itu Roh dan cahaya yang menerangi bilik itu lah dia "Diri". Dan tentu nya cahaya  tadi memenuhi ruang bilik tersebut dan bentuk cahaya itu pasti nya sama dengan bentuk bilik tersebut. Sekira nya ia empat segi nescaya cahaya tadi akan juga membentuk empat segi dan begitu lah sekiranya pada bentuk bentuk yang lain.

Jadi disini faham lah kita bahawa cahaya yang terhasil dari Roh tadi telah berkembang ke seluruh anggota dalam jasad kita hingga ia membentuk rupa dan keadaan yang sama dengan jasad cuma beza nya ialah jasad terdiri dari daging dan tulang dan Diri dari asalnya cahaya Roh. Cahaya ini berupa aliran letrik yang mengaliri di setiap urat dan saraf jasad kasar kita ini.

Untuk mengenalnya kita harus lah lahirkan cahaya diri ini keluar kerana batas nya dengan dunia luar hanyalah kulit kita ini.

Bagaimana harus melahirkan nya dan merasakan akan aliran cahaya itu di setiap bahagian tubuh kita.

Pada dasarnya ada 3 cara ia nya lahir:

1. Terlahir dengan sendirinya, (selalunya pada mereka yang  mengamalkan zikir yang berterusan)

2. Mencuba melahirkan nya sendiri

3. Dilahirkan oleh Guru atau mereka mereka yang telah banyak pengalaman.

Melahirkan nya bermakna melahirkan cahaya itu keluar dari dalam jasad kita sendiri dan kita akan dapat merasakan nya, dengan nya akan lahir nya cahaya itu. (Ini perkara benar yang tidak dapat dinafikan oleh mereka mereka yang telah di bukakan Diri mereka itu)

Apabila terbuka Diri sebenar Diri ini maka akan ternyatalah akan rahsia Dia dan dia lah akan kita kemukakan dalam apa juga tindakan dan perbuatan,  dia tahu kerana dia datang dari yang Maha Tahu, Dia kuat kerana Dia datang dari yang Maha Kuat, Beriman dengan Iman yang tidak Goyah, dll.............

BEBAS TETAPI TIDAK LEPAS

MENGENAL DIRI MENGENAL ALLAH

Untuk memahami dan mendalami Ilmu ini harus lah berguru, dan disini saya menerangkan nya secara kasar sahaja dan tujuan saya iklas untuk memberitahu bahawa ilmu ini ialah salah satu cabang ilmu yang perlu di ketahui dan di kaji untuk memperkuatkan keimanan kita dan juga dapat mengelakkan  kita dari terjerumus kedalam kesesatan aqidah dan dapat meletak ALLAH sebagai tempat pengharapan dalam segala tindak tanduk kita. Dan ini lah salah satu jalan untuk mencari keredhaan ALLAH.

Disamping itu kita juga boleh mempergunakan akan kelebihan ilmu yang ada pada diri kita ini untuk bermacam macam tujuan dalam mengharunggi kehidupan di dunia yang penuh dengan ujian dan dugaan ini. Memperkuatkan ketabahan kita dalam hidup ini.

Ia nya mempunyai banyak kelebihan kelebihan dan salah satu dari kelebihan ilmu ini ialah insyaallah dapat menolong orang lain dalam mengatasi masaalah mereka. Terutama dalam bidang Perubatan.

Ilmu Yang Suci Kembali Kepada Yang Maha Suci (Al-Quddus)

ILMU YANG SUCI KEMBALI KEPADA YANG MAHA SUCI (AL-QUDDUS)...

Diriwayatkan bahawa seorang tabiin , Abdul Wahid bin Ziyad rah. Pernah bertanya kepada Al-Hasan Basri rah. Tentang apa yang dimaksudkan dengan ilmu batin. Al-Hasan Basri menjawab bahawa beliau pernah bertanya kepada Huzayfah Al-Yamani r.a tentangnya juga. Huzayfah r.a berkata bahawa dia pernah bertanya kepada malaikat Mikhail a.s tentang ilmu batin dan Mikhail a.s menjawab dia pernah bertanya dengan al-Qalam yang menjawab bahawa dia pernah bertanya kepada Allah s.w.t tentang ilmu batin, lalu Allah s.w.t menjawab:

“Ilmu batin adalah salah satu rahsia-Ku . Aku menyembunyikannya daripada makhluk-Ku dan menitipkannya hanya kepada hamba-hamba pilihanKu. Ia adalah hasil makrifat dan pengabdian berkekalan kepadaKu”.

Junayd Al-Bahgdadi q.s pernah berkata “Seandainya ilmu yang aku sampaikan berasal dari diriku sendiri, pastilah ilmu itu akan musnah dan habis begitu saja. Namun, ilmu yang aku berikan itu berasal dari kebenaran dan akan kembali kepada kebenaran “.

Pada zaman sekarang memang banyak ilmu, tetapi tidak bermanafaat untuk akhirat. Itu sebabnya Rasulullah s.a.w mengajar kepada kita untuk berdoa dengan doa “Aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanafaat”.

Sebaliknya ini bermakna kita disuruh mencari ilmu yang hakiki, yang dapat memberikan kebahagiaan kepada diri kita di dunia dan di akhirat iaitu ilmu batin = ilmu tasawuf yang merupakan mahkota segala ilmu. Tinggalkan ilmu yang tidak berguna dan melalaikan , tinggalkan ilmu yang membawa kepada hiburan dan kesenangan hawa nafsu , sebaliknya carilah ilmu hakikat agar anda mencapai makrifat = mengenal Allah s.w.t dengan sebenar-benar kenal, dapat bertemu denganNya (paling tidak dalam mimpi), berbual mesra denganNya, berada disampingNya pada waktu dan hari yang mustajab.

Seorang tabiin Al-Katani rah. berkata “ Ilmu tentang Allah s.w.t itu lebih baik daripada ilmu dan ibadah keranaNya”. Seterusnya Abu Abdullah al-Dainuri rah. menyatakan bahawa “ Ilmu yang paling tinggi dalam tasawuf adalah ilmu tentang nama-nama dan sifat-sifat Allah “ , lalu siapakah pula yang dapat mengajarkannya kepada kita melainkan mereka yang pernah berjumpa dengan Allah s.w.t sendiri – yang mengajari kita apa yang kita tidak tahu lalu dengan kasih sayangNya kita dapat beramal dengannya pula, lalu batin kita menjadi kuat dan lapang untuk Dia bertajalli dengan DiriNya sendiri kepada DiriNya sendiri.

Arif Billah Abu Talib al-Makki q.s (dalam bab 2 kitab “ Ilm al-Qulub”) menukilkan bahawa :
Ilmu mendudukan pemiliknya dipintu langit (frontier knowledge), akal (yang didampingi wahyu) mendudukan pemiliknya di Arsy dan makrifat mendudukan pemiliknya di sisi Tuhan. Cahaya makrifat bersambung terus dengan Tuhan tetapi tidak demikian halnya dengan cahaya ilmu. Ilmu boleh dimiliki orang kafir dan mukmin sedangkan makrifat hanya dimiliki orang mukmin. Ilmu bersifat umum , makrifat bersifat khusus. Akhir ilmu iman adalah awal ilmu yaqin, akhir ilmu yaqin adalah awal ilmu ‘ainal yaqin dan akhir ilmu ‘ainal qakin adalah awal ilmu haqq al-yaqin (yakin yang tertinggi). Bagi haqq-al yaqin tidak ada akhirnya sebagaimana tidak ada akhirnya bagi Hari Akhirat.

Sahl bin Abdullah al-Tustari q.s dalam menafsirkan ayat 32 surah Fathir (35):
“....lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri sendiri, di antara mereka ada yang pertengahan dan di antara mereka ada pula yang lebih dahulu berbuat kebajikan .....”
“Yang lebih dahulu berbuat kebajikan” adalah orang alim , “yang pertengahan “ adalah orang yang sedang belajar dan “yang menganiaya diri sendiri” adalah orang yang bodoh dan tidak mahu mencari ilmu.

Semoga Allah s.w.t sentiasa menganugerahkan kita ilmu yang bermanafaat dan yang datang dari ilham Rabbani. Dan semoga Allah s.w.t memperkenalkan diriNya kepada kita dan seterusnya mengajari kita secara langsung , Amiiin Ya Rabbal Alamin.

(Mohd Affendi Aripin)

Wednesday, November 18, 2015

Nasihat Imam Asy-Syafi’i Tentang Tasawuf

Nasihat Imam Asy-Syafi’i Tentang Tasawuf

فقيها و صوفيا فكن ليس واحدا فإني و حـــق الله إيـــاك أنــــصح فذالك قاس لم يـــذق قـلــبه تقى وهذا جهول كيف ذوالجهل يصلح

Berusahalah engkau menjadi seorang yg mempelajari ilmu fiqih & juga menjalani tasawwuf, & janganlah kau hanya mengambil salah satunya. Sesungguhnya demi Allah saya benar-benar ingin memberikan nasehat padamu.

Orang yang hanya mempelajari ilmu fiqih tapi tidak mau menjalani tasawwuf, maka hatinya tidak dapat merasakan kelazatan taqwa. Sedangkan orang yg hanya menjalani tasawwuf tapi tidak mau mempelajari ilmu fiqih, maka bagaimana bisa dia menjadi baik.

[Diwan Al-Imam Asy-Syafi'i, hal. 47]

sayang bait dari diwan ini telah dihilangkan oleh wahabi dalam kitab diwan syafi’i yg dicetak oleh percetakan wahabi, sungguh jahat para perampok aqidah. Na’udzu Billahi min dzalik…..

Imam Abu Hanifah (Pendiri Mazhab Hanafi) berkata : “Jika tidak karena dua tahun, Nu’man telah celaka. Karena dua tahun saya bersama Sayyidina Imam Jafar as Shadiq, maka saya mendapatkan ilmu spiritual yang membuat saya lebih mengetahui jalan yang benar” (Kitab Durr al Mantsur)

Imam Maliki (Pendiri Mazhab Maliki) berkata “Barangsiapa mempelajari/mengamalkan tasawwuf tanpa fiqih maka dia telah zindik, dan barangsiapa mempelajari fiqih tanpa tasawwuf dia tersesat, dan siapa yang mempelari tasawwuf dengan disertai fiqih dia meraih kebenaran.

(’Ali al-Adawi dalam kitab Ulama fiqih, juz. 2, hal. 195 yang meriwayatkan dari Imam Abul Hasan).

Imam Syafi’i (pendiri mazhab Syafi’i) berkata,

Saya berkumpul bersama orang-orang sufi dan menerima 3 ilmu: Mereka mengajariku bagaimana berbicara, Mereka mengajariku bagaimana memperlakukan orang lain dengan kasih sayang dan kelembutan hati, Mereka membimbingku ke dalam jalan tasawwuf.”

(Riwayat dari kitab Kasyf al-Khafa dan Muzid al Albas, Imam ‘Ajluni, juz. 1, hal. 341)

Imam Ahmad bin Hanbal (Pendiri mazhab Hambali) berkata, “Anakku, kamu harus duduk bersama orang-orang sufi, karena mereka adalah mata air ilmu dan mereka selalu mengingat Allah dalam hati mereka. Mereka adalah orang-orang zuhud yang memiliki kekuatan spiritual yang tertinggi. Aku tidak melihat orang yang lebih baik dari mereka

(Ghiza al Albab, juz. 1, hal. 120 ; Tanwir al Qulub, hal. 405, Syaikh Amin al Kurdi)

Berikut adalah pendapat para ulama terdahulu yang sholeh tentang tasawwuf.

Imam Nawawi Rahimahullah berkata :

أصول طريق التصوف خمسة: تقوى الله في السر والعلانية. اتباع السنة في الأقوال والأفعال. الإِعراض عن الخلق في الإِقبال والإِدبار. الرضى عن الله في القليل والكثير.الرجوع إِلى الله في السراء والضراء.

Pokok pokok metode ajaran tasawwuf ada lima : Taqwa kepada Allah di dalam sepi maupun ramai, mengikuti sunnah di dalam ucapan dan perbuatan, berpaling dari makhluk di dalam penghadapan maupun saat mundur, ridlo kepada Allah dari pemberianNya baik sedikit ataupun banyak dan selalu kembali pada Allah saat suka maupun duka.

(Risalah Al-Maqoshid fit Tauhid wal Ibadah wa Ushulut Tasawwuf halaman : 20, Imam Nawawi)

Al’Allamah al-Hafidz Ibnu Hajar al-Haitami berkata :

إياك أن تنتقد على السادة الصوفية : وينبغي للإنسان حيثُ أمكنه عدم الانتقاد على السادة الصوفية نفعنا الله بمعارفهم، وأفاض علينا بواسطة مَحبتَّنا لهم ما أفاض على خواصِّهم، ونظمنا في سلك أتباعهم، ومَنَّ علينا بسوابغ عوارفهم، أنْ يُسَلِّم لهم أحوالهم ما وجد لهم محملاً صحيحاً يُخْرِجهم عن ارتكاب المحرم، وقد شاهدنا من بالغ في الانتقاد عليهم، مع نوع تصعب فابتلاه الله بالانحطاط عن مرتبته وأزال عنه عوائد لطفه وأسرار حضرته، ثم أذاقه الهوان والذلِّة وردَّه إلى أسفل سافلين وابتلاه بكل علَّة ومحنة، فنعوذ بك اللهم من هذه القواصم المُرْهِقات والبواتر المهلكات، ونسألك أن تنظمنا في سلكهم القوي المتين، وأن تَمنَّ علينا بما مَننتَ عليهم حتى نكون من العارفين والأئمة المجتهدين إنك على كل شيء قدير وبالإجابة جدير.

Berhati hatilah kamu dari menentang para ulama sufi. Dan sebaiknya bagi manusia sebisa mungkin untuk tidak menentang para ulama sufi, semoga Allah member manfaat kepada kita dgn ma’rifat. Ma’rifat mereka dan melimpahkan apa yg Allah limpahkan kepada orang-orang khususnya dgn perantara kecintaan kami pada mereka, menetapkan kita pada jalan pengikut mereka dan mencurahkan kita curahan curahan ilmu ma’rifat mereka.

Hendaknya manusia menyerahkan apa yang mereka lihat dari keadaan para ulama shufi dengan kemungkinan kemungkinan baik yang dapat mengeluarkan mereka dari melakukan perbuatan haram.

Kami sungguh telah menyaksikan orang yang sangat menentang ulama shufi, mereka para penentang itu mendapatkan ujian dari Allah dengan pencabutan derajatnya, dan Allah menghilangkan curahan kelembutanNya dan rahasia rahasia kehadiranNya. Kemudian Allah menimpakan para penentang itu dengan kehinaan dan kerendahan dan mengembalikan mereka pada derajat terendah. Allah telah menguji mereka dengan semua penyakit dan cobaan.

Maka kami berlindung kepadaMu ya Allah dari hantaman hantaman yang kami tidak sanggup menahannya dan dari tuduhan tuduhan yang membinasakan. Dan kami memohon agar Engkau menetapi kami jalan mereka yang kuat, dan Engkau anugerahkan kami apa yang telah Engkau anugerahkan pada mereka sehingga kami menjadi orang yang mengenal Allah dan imam yang mujtahid, sesungguhnya Engkau maha Mampu atas segala sesuatu dan maha layak untuk mengabulkan permohonan.

(Al-Fatawa Al-Haditsiyyah : 113, karya Imam Ibnu Hajar al-Haitami)

Imam Al-Hafidz Abu Nu’aim Al-Ashfihani berkata :

أما بعد أحسن الله توفيقك فقد استعنت بالله عز وجل وأجبتك الى ما ابتغيت من جمع كتاب يتضمن أسامي جماعة وبعض أحاديثهم وكلامهم من أعلام المتحققين من المتصوفة وأئمتهم وترتيب طبقاتهم من النساك من قرن الصحابة والتابعين وتابعيهم ومن بعدهم ممن عرف الأدلة والحقائق وباشر الأحوال والطرائق وساكن الرياض والحدائق وفارق العوارض والعلائق وتبرأ من المتنطعين والمتعمقين ومن أهل الدعاوى من المتسوفين ومن الكسالى والمتثبطين المتشبهين بهم في اللباس والمقال والمخالفين لهم في العقيدة والفعال وذلك لما بلغك من بسط لساننا ولسان أهل الفقه والآثار في كل القطر والأمصار في المنتسبين إليهم من الفسقة الفجار والمباحية والحلولية الكفار وليس ما حل بالكذبة من الوقيعة والإنكار بقادح في منقبة البررة الأخيار وواضع من درجة الصفوة الأبرار بل في إظهار البراءة من الكذابين , والنكير على الخونة الباطلين نزاهة للصادقين ورفعة للمتحققين ولو لم نكشف عن مخازي المبطلين ومساويهم ديانة , للزمنا إبانتها وإشاعتها حمية وصيانة , إذ لأسلافنا في التصوف العلم المنشور والصيت والذكر المشهور

Selanjutnya, semoga Allah memperbagus taufiqmu. Maka sungguh aku telah memohon pertolongan kepada Allah Ta’ala dan menjawabmu atas apa yang engkau mau dari pengumpulan kitab yang mengandung nama nama kelompok dan sebagian hadits dan ucapan mereka dari ulama hakikat dari orang orang ahli tasawwuf.

para imam dari mereka.

Penertiban tingkatan mereka dari orang orang ahli ibadah sejak zaman sahabat, tabi’in dan tabi’it tabi’in dan setelahnya dari orang yang memahami dalil dan hakikat. Menjalankan hal ihwal serta thariqah.

bertempat di taman (ketenangan) dan meninggalkan ketergantungan.

Berlepas dari orang orang yang berlebihan dan orang orang yang mengaku ngaku orang orang yang berandai andai dan dari orang orang yang malas yang menyerupai mereka di dalam pakaian dan ucapan dan bertentangan pada mereka di dalam aqidah dan perbuatan.

Demikian itu ketika sampai padamu dari pemaparan lisan kami dan lisan ulama fiqih dan hadits di setiap daerah dan masa tentang orang orang yang menisabatkan diri pada mereka adalah orang orang fasiq, fajir, suka mudah berkata mubah dan halal lagi kufur. Bukanlah menghalalkan dengan kedustaan, umpatan dan pengingkaran dengan celaan di dalam manaqib orang orang baik pilihan dan perendahan dari derajat orang orang suci lagi baik.

Akan tetapi di dalam menampakkan pelepasan diri dari orang orang pendusta dan pengingkaran atas orang orang pengkhianat, bathil sebagai penyucian bagi orang orang jujur dan keluhuran bagi orang orang ahli hakikat.

Seandainya kami tidak menyingkap kehinaan dan keburukan orang orang yang mengingkari tasawwuf itu sebagai bagian dari agama, maka kami pasti akan menjelaskan dan mengupasnya sebagai penjagaan, karena salaf kami di dalam ilmu tasawwuf memiliki ilmu yang sudah tersebar dan nama yang masyhur.

(Muqoddimah Hilyah Al-Awliya, karya imam Al-Ashfihani)

Wallohu A'lam

Sumber : http://salafyabad21.blogspot.my/2013/02/nasihat-imam-asy-syafii-tentang-tasawuf.html

Kisah Tasawuf dan Tareqat digeruni dajjal, orang kafir dan pengikutnya

Kisah Tassawuf dan tareqat digeruni dajjal, orang kafir dan pengikutnya:

Kenapa dajjal, eropah, freemason,illuminati sangat benci kepada ilmu tasawwuf dan tareqat..???

Sebabnya, tasawwuf mengajarkan kita penyucian hati dan taqarrub (dekat) dengan Allah dan apabila hati suci dan dekat dengan Allah, maka nusrah (pertolongan Allah) akan terzahir seperti yang berlaku kepada para Sahabat Nabi SAW yang hanya dengan 313 tentera dalam keadaan kelengkapan yang kurang, dapat hancurkan 1000 tentera kafir yang lengkap bersenjata pada perang badar, begitu juga yang berlaku kepada Sayyidina Khalid Al-Walid r.a, hanya dengan membawa 59 orang tentera dari para Sahabat, mereka dapat menghancurkan tentera Rom seramai 60 000 orang yang lengkap berbaju besi dan bersenjata canggih.

Sejarah telah membuktikan peperangan demi peperangan Islam dengan kafir adalah asbab amalan-amalan mendekatkan diri kepada Allah SWT yang para Ulama' namakan dengan ilmu "Tasawwuf" dan aqidah yang shohih iaitu aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang disusun melalui mazhab oleh Asya'irah dan Maturidiyyah. Cuba baca sejarah Sultan Salahuddin al-Ayubi yang merupakan seorang sufi (ahli tasawwuf) dan berakidah Asy'ari dan bermazhab Syafi'e, baca sejarah sultan Muhammad al-Fatih yang juga seorang sufi dan bermazhab Hanafi dan berakidah maturidi dan ramai lagi para Mujahid lain.

Begitu juga peperangan moden seperti perang Afghan dengan Russia yang lengkap bersenjata dapat dikalahkan oleh orang Afghan yang pakai senjata murah tapi mereka bermazhab hanafi, beraqidah maturidi dan ahli tareqat (sufi) chisty dan lain-lain tareqat maka tentera lengkap bersenjata itu hancur lebur. Begitu juga dengan para mujahid chechen yang menentang Russia juga dalam keadaan kelengkapan perang yang sedikit tetapi mereka bermazhab Syafi'e, beraqidah Asy'ari dan mengikut tareqat naqshabandi, dan mereka hancurkan musuh dengan zikir.

Di tanah Melayu juga, para pejuang Melayu yang menentang orang kafir penjajah semuanya bermazhab Syafi'e, beraqidah Asy'ari dan Ahli Sufi. Kepada yang biasa dengan sejarah Islam, tentu tahu kisah Nabi Sulaiman a.s. yang mahukan istana Balqis dibawa ke depannya lalu jin ifrit memnawarkan diri untuk bawa, tapi masa yang dia perlukan agak lama, kemudian seorang ahli ibadat yang merupakan seorang sufi mempelawa untuk bawa istana tersebut hanya dengan sekelip mata.

Sejak dari hari itu syaitan, jin,dajjal, iblis sangat ANTI kepada Ahli Sufi kerana "teknologi" mereka lebih hebat. Ahli sufi yang memang terkenal sebagai jemaah zikir yang sangat digeruni dajjal dan pengikutnya kerana nusrah Allah sentiasa bersama mereka kerana Allah berfirman mafhumnya ingatlah aku maka pasti aku akan mengingatiMu.

Dajjal dan illuminati berusaha keras untuk hapuskan fahaman sufi dan tareqat dari umat Islam tapi selama ratusan tahun mereka tidak berjaya. Akhirnya mereka sedar yang jemaah sufi tidak boleh dihapuskan dengan kekerasan tentera sepertimana mereka tidak boleh hapuskan para Sahabat dengan kekerasan.

Selepas itu apa yang dajjal cuba lakukan..???

1) Mereka jauhkan Ahli Sufi dengan amalan-amalan sufi mereka dengan memperkenalkan pelbagai hiburan, politik, wang dan sebagainya sehingga umat Islam pun leka dan sibuk hendak berpolitik juga. Sedangkan sejak dahulu kaum Sufi sangat terkenal dengan prinsip zuhud yang tidak ada kebesaran dunia dalam hati seperti hiburan, politik, wang dan lain-lain lagi. Bila Ahli Sufi dijauhkan dari amalan sufi, maka Allah tidak akan membantu mereka lagi lalu mereka dihancurkan oleh tentera kafir.

2) Dajjal dan illuminati tahu mereka tidak dapat fitnah kaum sufi kerana mereka orang kafir, tidak ada orang Islam yang akan percaya mereka, maka mereka wujudkan 3 jemaah seperti yang diceritakan oleh Syeikh Ramadhan al-Butti iaitu jemaah wahabi untuk menyesatkan benua arab,
jemaah qadiani untuk menyesatkan benua india dan jemaah baha'iyyah untuk sesatkan benua asia.

ketiga-tiga jemaah ini wujud secara serentak dalam satu masa dan mereka berjaya menyesatkan umat Islam secara besar-besaran.

Tapi di Nusantara, jemaah bahaiyyah tidak berjaya sesatkan bangsa Melayu yang beragama Islam kerana bangsa Melayu yang beragama Islam sangat terkenal berpegang teguh pada mazhab Syafi'e, aqidah Asya'ari dan amalan-amalan Sufi. Zikir-zikir mereka sentiasa bertalu sehingga ke hari ini.

Tapi di benua Arab, dajjal berjaya menapak di sana dengan membawa fahaman wahabi. Jadi jangan hairan lah kenapa budak-budak wahabi sangat elergi dan anti dengan tareqat, sufi, zikir dan tasawwuf. Kini di Nusantara jemaah bahaiyyah yang gagal telah diganti dengan jemaah wahabi dan budak-budak wahabi berusaha keras untuk hapuskan amalan-amalan sholeh di Nusantara dengan alasan bid'ah, kufur, syirik, tahayul, dan bla bla bla... Zikir selepas solat pun dituduh bid'ah dan masuk neraka.

Kini jemaah sufi semakin pudar kerana fahaman wahabi telah menyusup, dan bila ahli sufi mula terpedaya dengan tipu helah wahabi, mereka akan tinggalkan zikir. Maka sekali lagi pada zaman milenium ini, dajjal menghantar tenteranya di negara-negara umat Islam untuk menyerang mereka dan terbukti jelas umat Islam telah dizalimi dengan teruk. Kerana mereka dulu yang berpegang teguh pada amalan-amalan sholeh, kini mereka tinggalkan kerana tipu helah wahabi yang mengatakan ia adalah perbuatan "bid'ah". Maka nusrah Allah pun hilang, dan tentera-temtera sufi seperti ikhwan muslimin yang diasaskan oleh imam Hasan Albanna yang bermazhab Hanafi, beraqidah asyari dan ahli tareqat tijani (tak silap saya) kini sudah mula tidak mahu bermazhab, menolak zikir, bida'ahkan orang lain sana sini dan mula pukul canang dengan slogan "islam itu mudah" dan mereka hanya mengikuti "al-qur'an dan as-Sunnah". Mereka sudah lupakan perjuangan asal imam Hassan Albanna yang pegang teguh pada manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Namun percayalah satu hari nanti Jemaah Ahli Sufi akan kembali diberi nafas baru, yang zuhud dan tiada kebesaran dunia dalam hatinya, dan hatinya penuh kebesaran hanya kepada Allah SWT dan mereka akan muncul seperti yang dikhabarkan dalam sebuah Hadith contohnya sebuah Hadith yang menceritakan bahawa umat Islam akan ditimpa bencana kemarau dan tiada makanan selama bertahun-tahun ketika dajjal datang, dan hanya pengikut dajjal sahaja yang dapat makanan kerana mereka mengikuti dajjal. Para sahabat bertanya apa makanan umat Islam yang tidak mengikuti dajjal ketika itu wahai Rasulullah..??? Nabi SAW menjawab ZIKIR.

Begitu juga dalam Hadith yang lain Rasulullah SAW khabarkan tentera-tentera Islam dari kalangan Ahli Sufi akan hancurkan musuhnya hanya dengan TAKBIR dan ZIKIR.

Tidak mungkin tentera-tentera Islam yang kuat bezikir ini akan datang dari kalangan wahabi kerana mereka mengkafirkan jemaah zikir dan mereka sendiri tidak berzikir kecuali zikir "bid'ah bid'ah bid'ah bid'ah bid'ah apa dalil apa dalil apa dalil apa sanad apa sanad tahyul tahyul tahyul khurafat khurafat syirik syirik syirik kafir kafir kafir" yang tidak pernah dicontohkan oleh Rasulullah SAW, atau para Sahabat mahupun mana-mana Salafus Sholeh.

Maka Jemaah Zikir yang manakah Rasulullah SAW maksudkan yang akan menghancurkan dajjal serta sekutunya..???

Semoga Allah tetapkan hati kita dan seluruh keluarga kita serta keturunan kita dengan "Zikirrullah" yang sangat digeruni oleh dajjal dan sekutunya.

Ameen... ya Rob.

Monday, November 16, 2015

Diriku Yang Kukenal

DIRIKU YANG KUKENAL

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Ya ALLAH...Ya RAHMAN...Ya RAHIM

Engkau ampunilah segala kesilapan, segala kekotoran, segala penyakit, segala ikatan yang mengganggu pada diriku, baik di dalam mahupun di luar.

Engkau jua Ya ALLAH...Ya RAHMAN...Ya RAHIM...
yang boleh mengeluarkan segala penyakit mengikut air yang mengalir.

ALLAHU AKBAR...ALLAHU AKBAR...ALLAHU AKBAR...
ALLAH Maha Besar...ALLAH Maha Besar...ALLAH Maha Besar.

Terima kasih YA ALLAH.

Peristiwa yang aku alami beberapa tahun dahulu tidak dapat kuungkapkan dengan kata-kata. Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala-galanya. Rupa-rupanya aku masih tidak mengenali diriku sendiri. Bagaimana mungkin aku akan mengenaliMu sedangkan aku sendiri tidak dapat mengenali diriku sendiri. Bagaimana mungkin aku dapat mengenali ayah dan bondaku sedangkan aku masih tidak mengenaliMu. Bagaimana jua aku dapat mengenali kakak, abang-abangku dan seluruh ahli keluargaku, sedangkan aku tidak mengenaliMu YA ALLAH.

Aku lebih banyak berkomunikasi dengan diriku sendiri sedangkan aku tidak terus berkomunikasi denganMu YA ALLAH sedangkan Engkau terlalu hampir denganku. Engkau sentiasa mengawal dan memerhatikan diriku melebihi kawalan dan perhatian ayah dan bondaku, tetapi aku alpa YA ALLAH. Aku sering tidak sedar akanMu. Maafkan aku YA ALLAH.

Aku bermohon kepadaMu YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM agar aku dapat mengenali diriku ini.

KEHIDUPAN KITA DI DALAM

"Diri" ini lah sebenarnya kehidupan kita yang hidup di dalam jasad dan sememangnya kehidupan kita bermula dari dalam badan kasar kita ini, dia mengisi kehidupan kita dan meliputi keseluruhannya, dan di tutup serta di batasi dengan bulu dan kulit kita, di mana bagi orang luar atau orang nyata, kehidupan di dalam ini nagetif kerana tidak nyata. Tetapi kalau kita mau tau dan mau cuba memahami bahawa sebenarnya, perbetulkan lah kehidupan dalaman kita ini dahulu dan dengan sendirinya kehidupan luaran kita akan sempurna....Insyaallah.

Oleh itu kenalilah Diri Sebenar Diri anda dan Insyaallah kenal lah ia akan Tuhannya saperti Sabda Nabi junjungan kita
"Barang siapa mengenal Diri nescaya kenal lah ia akan Tuhannya".

Diri ini rupa nya saperti kita cuma ia nya ghaib dan duduknya di dalam jasad kasar kita ini, dan tugas nya menghidupkan jasad kita dan dia juga di panggil nyawa. Ini lah Diri Sebenar Diri yang harus di kenal dengan rasa dan perasaan, dan dengan geraknya yang tersendiri. Bagaimana kah cara untuk mengenalnya?

Diri sebenar Diri yang duduk nya dalam jasad itu, dimana tugas nya menghidupkan jasad, dengan cara mengalirkan pancaran cahaya kehidupan di dalam jasad, dan kalau ingin mengenalnya dengan erti kata kenal sebenar benar kenal tentulah kita perlu melahirkan Diri itu.

Kelahiran pertama kita ialah bila Ibu kita melahirkan kita, dan kelahiran kali kedua ialah bila kita berjaya melahirkan Diri Sebenar Diri yang diamnya di dalam jasad kita sendiri dan dengan tugas dan rahsia nya yang tersendiri..........menghidupkan kita, tapi sayang jasad tidak pernah terfikir untuk memikirkan siapakah yang menghidupkan nya.

Dengan itu kenali lah Diri sebenar Diri kita itu, Diri yang banyak daya guna dan banyak menyimpan rahsia, Bukankah dia berasal dari sana................dari Yang Maha Pencipta dan Yang Maha Besar.

Untuk itu lahirkan lah itu Diri Sebenar Diri, yang maksud nya dengan membuka pintu bagi nya untuk keluar, (jalannya) dan cara melahirkan nya ada 3:

1. Terbuka Sendiri.
Mereka mereka yang mendapatkan nya dengan cara ini selalunya tidak mengetahui dan faham apakah yang terjadi sebenarnya. Mereka perlukan penerangan dan penjelasan dari orang orang yang lebih mengetahui akan ilmu ini. Mereka mereka yang mendapat cara ini selalunya yang beramal dengan kaedah Tarikat.

2. Membuka dengan sendiri.
Ini boleh dilakukan dengan berdoa untuk di lahirkan Diri Sebenar Diri itu, dan ada juga yang berjaya di izinkan Allah.

3. Dibukakan oleh Guru yang berpengalaman.
Untuk ini pelajar atau mereka yang ingin di buka perlu duduk dihadapan guru dan akan berzikir bersama sama sehingga Diri itu lahir, dengan izin Allah.

DIRI SEBENAR DIRI

> ianya duduk di dalam jasad
> rupanya sama seperti jasad, tetapi ia ghaib
> Dialah Yang Menghidupkan kita
> Punca Tenaga
> Ia serba tahu kerana datang dari Yanga Maha Tahu
> Dialah yang Mengenal ALLAH kerana dia berasal dari sana.

Renungan Bala Yang Tidak Disedari

RENUNGAN

Bala Yang Tidak Disedari!
العقاب المحسوس وغير المحسوس
BALA yang DISEDARI dan BALA yang TIDAK DISEDARI
قال أحد الطلاب لشيخه: "كم نعصي الله ولا يعاقبنا".
Seorang pelajar bertanya kepada gurunya " mengapakah apabila kita banyak melakukan MAKSIAT terhadap Allah, tetapi Allah tidak menimpakan BALANya ke atas kita dengan SEGERA?"
فرد عليه الشيخ: "كم يعاقبك الله وأنت لا تدري".!
Gurunya menjawab "Allah telah menimpakan BALANya, tetapi engkau yang tidak MENYEDARINYA.!".
ألم يسلبك حلاوة مناجاته ..!!
وما ابتلي أحد بمصيبة أعظم عليه من [قسوة قلبه].
"Bukankah Allah telah mencabut perasaan indah bermunajat denganNya dari hatimu...!!
Tiada BALA yang lebih BERAT ditimpakan ke atas seseorang dengan penyakit "HATI YANG KERAS".
إن أعظم عقاب يمكن أن تلقاه هو قلة التوفيق إلى أعمال الخير .
Sesungguhnya seberat-berat bala yang akan ditimpakan ke atasmu ialah Allah akan menyempitkan laluanmu ke arah jalan kebaikan.
ألم تمر عليك الأيام دون قراءة للقرآن ؟!
Bukankah telah berlaku ke atas dirimu engkau tidak membaca Quran selama beberapa hari?
بل ربما تسمع قوله تعالى: {لو أنزلنا هذا القرآن على جبل لرأيته خاشعاً متصدعاً من خشية الله} .. وأنت لا تتأثر كأنك لم تسمعها ..!!!
Bahkan mungkin engkau mendengar firmanNya yang berbunyi "kalau Kami turunkan Al-Quran ini ke atas gunung nescaya engkau akan melihatnya khusyuk dan hancur luluh kerana takutkan Allah" Al-Hasyar : 21.
Engkau mendengar ayat ini tetapi engkau tidak merasa apa-apa...!!!
ألم تمر عليك الليالي الطوال وأنت محروم من [القيام] ..؟!
Bukankah berlalu beberapa malam tetapi engkau terhalang daripada bangun [qiyamullail] ?
ألم تمر عليك مواسم الخير: رمضان .. ست شوال .. عشر ذي الحجة . ولم تُوفق إلى استغلالها كما ينبغي ..
Bukankah berlalu peluang-peluang kebaikan seperti: Ramadhan, Enam Syawwal, Sepuluh Zulhijjah. Sedangkan engkau tidak dipermudahkan untuk mengambil peluang-peluang tersebut dengan sewajarnya.....
أي عقاب أكثر من هذا
Adakah BALA yang lebih BERAT dan SEGERA dari semua ini?

Bukankah engkau merasa berat apabila mahu melakukan ketaatan?

Bukankah lidahmu ditahan daripada mengingatiNya?

Bukankah engkau merasa lemah pabila berhadapan dengan bisikan hawa nafsu dan syahwat?

Bukankah engkau telah ditimpakan dengan cintakan harta, pangkat dan perasaan ingin popular?

Adakah bala yang lebih BERAT dan SEGERA daripada ini semua?

Bukankah dipermudahkan bagimu untuk mengumpat, menfitnah, memaki hamun, mengadu domba dan berkata dusta?!

Bukankah engkau disibukkan dengan perkara-perkara yang sia-sia tiada kaitan dengan dirimu?!

Bukankah engkau telah dilupakan tentang akhirat dan segala tumpuanmu dihalakan kepada hal keduniaan.

Semua kehinaan ini tidak lain dan tidak bukan adalah bentuk-bentuk bala yang Allah timpakan ke atas dirimu.

Berhati-hatilah wahai anakku, kerana BALA yang paling RINGAN yang Allah timpakan: "BALA yang boleh DISEDARI seperti bala yang ditimpakan ke atas harta, anak pinak dan kesihatan.

Dan sesungguhnya sebesar-besar bala yang ditimpakan ke atas hamba adalah "BALA yang tidak DISEDARI iaitu "BALA di dalam HATI"

Mohonlah keampunan dan kesejahteraan dari Allah dan beristighfarlah atas dosa-dosamu.

Gurindam Dua Belas Raja Ali Haji

Gurindam Dua Belas

Gurindam Dua Belas ditulis oleh Raja Ali Haji di Pulau Penyengat, Riau, pada tarikh 23 Rajab 1263 Hijriyah atau 1847 Masehi dalam usia 38 tahun. Karya ini terdiri atas 12 Fasal dan dikategorikan sebagai “Syi‘r al-Irsyadi” atau puisi didaktik, karena berisikan nasihat dan petunjuk menuju hidup yang diridhoi Allah.  Selain itu terdapat pula pelajaran dasar Ilmu Tasawuf tentang mengenal “yang empat” : yaitu syari‘at, tarikat, hakikat, dan makrifat. Diterbitkan pada tahun 1854 dalam Tijdschrft van het Bataviaasch Genootschap No. II, Batavia, dengan huruf Arab dan terjemahannya dalam bahasa Belanda oleh Elisa Netscher.

Gurindam Dua Belas

Fasal 1

barang siapa tiada memegang agama
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama

barang siapa mengenal yang empat
maka yaitulah orang yang makrifat

barang siapa mengenal Allah
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah

barang siapa mengenal diri
maka telah mengenal akan tuhan yang bahri

barang siapa mengenal dunia
tahulah ia barang yang terperdaya

barang siapa mengenal akhirat
tahulah ia dunia mudharat

Fasal 2

barang siapa mengenal yang tersebut
tahulah ia makna takut

barang siapa meninggalkan sembahyang
seperti rumah tiada bertiang

barang siapa meninggalkan puasa
tidaklah mendapat dua termasa

barang siapa meninggalkan zakat
tiada hartanya beroleh berkat

barang siapa meninggalkan haji
tiadalah ia menyempurnakan janji

Fasal 3

apabila terpelihara mata
sedikitlah cita-cita

apabila terpelihara kuping
khabar yang jahat tiadalah damping

apabila terpelihara lidah
niscaya dapat daripadanya faedah

bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan
daripada segala berat dan ringan

apabila perut terlalu penuh
keluarlah fi’il yang tiada senonoh

anggota tengah hendaklah ingat
di situlah banyak orang yang hilang semangat

hendaklah peliharakan kaki
daripada berjalan yang membawa rugi

Fasal 4

hati itu kerajaan di dalam tubuh
jikalau zalim segala anggota pun rubuh

apabila dengki sudah bertanah
datang daripadanya beberapa anak panah

mengumpat dan memuji hendaklah pikir
di situlah banyak orang yang tergelincir

pekerjaan marah jangan dibela
nanti hilang akal di kepala

jika sedikit pun berbuat bohong
boleh diumpamakan mulutnya itu pekung

tanda orang yang amat celaka
aib dirinya tiada ia sangka

bakhil jangan diberi singgah
itulah perompak yang amat gagah

barang siapa yang sudah besar
janganlah kelakuannya membuat kasar

barang siapa perkataan kotor
mulutnya itu umpama ketor

di manatah tahu salah diri
jika tiada orang lain yang berperi

pekerjaan takbur jangan direpih
sebelum mati didapat juga sepih

Fasal 5

jika hendak mengenal orang berbangsa
lihat kepada budi dan bahasa

jika hendak mengenal orang yang berbahagia
sangat memeliharakan yang sia-sia

jika hendak mengenal orang mulia
lihatlah kepada kelakuan dia

jika hendak mengenal orang yang berilmu
bertanya dan belajar tiadalah jemu

jika hendak mengenal orang yang berakal
di dalam dunia mengambil bekal

jika hendak mengenal orang yang baik perangai
lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai

Fasal 6

cahari olehmu akan sahabat
yang boleh dijadikan obat

cahari olehmu akan guru
yang boleh tahukan tiap seteru

cahari olehmu akan isteri  
yang boleh menyerahkan diri

cahari olehmu akan kawan
pilih segala orang yang setiawan

cahari olehmu akan abdi
yang ada baik sedikit budi

Fasal 7

apabila banyak berkata-kata
di situlah jalan masuk dusta

apabila banyak berlebih-lebihan suka
itulah tanda hampirkan duka

apabila kita kurang siasat
itulah tanda pekerjaan hendak sesat

apabila anak tidak dilatih
jika besar bapanya letih

apabila banyak mencacat orang
itulah tanda dirinya kurang

apabila orang yang banyak tidur
sia-sia sahajalah umur

apabila mendengar akan khabar
menerimanya itu hendaklah sabar

apabila mendengar akan aduan
membicarakannya itu hendaklah cemburuan

apabila perkataan yang lemah lembut
lekaslah segala orang mengikut

apabila perkataan yang amat kasar
lekaslah orang sekalian gusar

apabila pekerjaan yang amat benar
tiada boleh orang berbuat honar

Fasal 8

barang siapa khianat akan dirinya
apalagi kepada lainnya

kepada dirinya ia aniaya
orang itu jangan engkau percaya

lidah suka membenarkan dirinya
daripada yang lain dapat kesalahannya

daripada memuji diri hendaklah sabar
biar daripada orang datangnya khabar

orang yang suka menampakkan jasa
setengah daripada syirik mengaku kuasa

kejahatan diri sembunyikan
kebajikan diri diamkan

keaiban orang jangan dibuka
keaiban diri hendaklah sangka

Fasal 9

tahu pekerjaan tak baik tapi dikerjakan
bukannya manusia ia itulah syaitan

kejahatan seorang perempaun tua
itulah iblis punya penggawa

kepada segala hamba-hamba raja
di situlah syaitan tempatnya manja

kebanyakan orang yang muda-muda 
di situlah syaitan tempat bergoda

perkumpulan laki-laki dengan perempuan
di situlah syaitan punya jamuan

adapun orang tua yang hemat
syaitan tak suka membuat sahabat

jika orang muda kuat berguru
dengan syaitan jadi berseteru

Fasal 10

dengan bapa jangan durhaka
supaya Allah tidak murka

dengan ibu hendaklah hormat
supaya badan dapat selamat

dengan anak janganlah lalai
supaya boleh naik ke tengah balai

dengan isteri dan gundik janganlah alpa
supaya kemaluan jangan menerpa

dengan kawan hendaklah adil
supaya tangannya jadi kapil

Fasal 11

hendaklah berjasa
kepada yang sebangsa

hendaklah jadi kepala
buang perangai yang cela

hendak memegang amanat
buanglah khianat

hendak marah
dahulukan hujjah

hendak dimalui
jangan memalui

hendak ramai
murahkan perangai 

Fasal 12

raja mufakat dengan menteri
seperti kebun berpagar duri

betul hati kepada raja
tanda jadi sebarang kerja

hukum adil atas rakyat
tanda raja beroleh inayat

kasihkan orang yang berilmu
tanda rahmat atas dirimu

hormat akan orang yang pandai
tanda mengenal kasa dan cindai

ingatkan dirinya mati
itulah asal berbuat bakti

akhirat itu terlalu nyata
kepada hati yang tidak buta

Laa Maujud Bihaqqi Illallah

Sebelum mengaji dan mengkaji DIRI....
Kita perlu tahu wujud itu sifat wajib bagi ALLAH Ta'ala...

Cuba fahami apa sebenarnya kalam
"LA MAUJUD BIHAQI ILLALLAH"
atau...... "Selain ALLAH tidak ada"..
atau....." yang Ada itu hanya ALLAH"..
apakah sebenarnya Tujuan setiap insan..?
Setelah segalanya ALLAH... yg zahir dn bathin itu ALLAH...awal akhir itu ALLAH..
Yang menafi dan yg diisbatKan itu Orang yg sama AKU kata ALLAH.....
Maka kenapa lagi mencari ALLAH....??
Jika semuanya ALLAH...!!

Sudah terang yg ada itu, itulah ALLAH.
Maka itulah nabi berpesan "kenal diri kenalah ia ALLAH". Sebenarnya mengenal diri membahas RASA dan KESEDARAN HAKIKI.

Dahulu tidak kenal setelah mengenal sebenarnya HANYA KESEDARAN namun yg empunya Nama tetap sama jua..
Keistimewaan manusia adalah ia mengenal siapa sebenarnya DIRInya..
Kesempurnaan manusia itu adalah dapat isra' mikraj.... walau semua itu hakikatnya AKU...inilah hakikatnya.

Namun cuba kita renungkan..
Malaikat juga tidak mengenal dirinya, jika malaikat mengenal diri sudah tentu ia nampak AKU lah manusia itu dan ketika AKU menjadi khalifah... malaikat itu tidak sesekali berkata "apakah Tuhan Ku ingin melihat manusia berbunuhan dan saling menumpahkan darah".....inilah tanda kalam malaikat itu tidak makrifat. Sungguh AKU Allah yg mengetahui.

Demikian juga cerita iblis...
jika iblis makrifat kenal dirinya sudah tentu iblis nampak ADAM itulah Wajah AKU... sudah tentu Iblis bersujud kpd AKU disebalik ADAM. Kenapa iblis tidak sujud Kepada ADAM? Kerana iblis tdk mempunyai RASA (perasaan) sesempurna manusia yg mengenal DIRI.

Maka..
puncak Makrifat itu sebenarnya pada Diri Peribadi supaya Wujud hanya SATU, tidak lagi mencari-cari di mana ALLAH. Inilah AKU seadanya dengan adanya dan ketiadaannya. Zahir Nabi Muhammad itulah wajah AKU Dan batin Muhammad itulah RupaKu. "Kemana saja AKU menghadap , itulah AKU nyata dgn wajah-Wajah AKU.."

Pemutus MAKRIFAT itulah AKU..
Namun ketentuan dan ketetapan AKU tetap berlangsung seperti apa yg AKU tulis di azali yg dizahir dan dinyatakan oleh RUH.. maksudnya RUH itu hanya melepaskan Gerak dan kelakuan AKU..bergerak nya Ruh itu adalah gerak ketetapan dan ketentuan DI Lauh MahFuz KU..

Justru, RUH itu kitab bagi jasad.... menceritakan segala kelakuan, rezeki, jodoh, dan kematian jasad, rupa jasad dan warna kulit dn pemikiran dan bakat-bakat jasmani semuanya sedia pada RUH yakni KITAB yg tidak akan berubah dan tidak boleh dihapus atau ditambah lagi tulisan-tulisan kitab ini..

Kembali kepada ketetapan dan ketentuan itu..,itulah yg dikatakan kembali kepada "Syariat Allah", maksud syariat sebetulnya bukanlah sembahyang, sedekah,  zakat, haji, puasa dll itu. Itu "perbuatan syariat saja." Jadi setiap manusia itu ada ketentuan dan ketetapan baginya (kitab) samada buruk atau baik, suka atau tidak suka..maka itu IQRA, Bacalah!!

Demikian..Salam

Saturday, November 14, 2015

Siapakah Wali Allah ? Oleh Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

Mengenali Wali; "Siapakah wali Allah? Bagaimana kita ingin mengetahui seseorang itu adalah wali? Apakah ciri-ciri seorang wali itu? Suatu hari Saidina Umar Al-Khattab r.a. sedang duduk bersama Baginda Rasulullah ﷺ."

"Lalu Nabi kita mengatakan; "Wahai Umar. Tahukah kamu? Bahawa Para Nabi dan Para Syuhada akan merasa cemburu kepada segolongan hamba Allah سبحانه وتعالى kelak di Akhirat."

"Ini kerana mereka mempunyai kedudukan yang tinggi yang mulia di sisi Allah سبحانه وتعالى yang mana meraka itu bukanlah Para Nabi. Maka Saidina Umar Al-Khattab r.a. pun bertanya; "Ya Rasulullah. Siapakah mereka itu?" Nabi kita menjawab; "Mereka ialah satu kelompok satu kaum yang mana mereka saling kasih mengasihi sesama mereka semata-mata kerana Allah سبحانه وتعالى."

"Mereka mencintai bukan kerana hubungan silaturrahim ataupun kerana harta. Demi Allah. Sesungguhnya wajah mereka bercahaya. Mereka memiliki beberapa mimbar yang bercahaya. Mereka tidak takut di saat manusia lain merasa takut dan mereka tidak sedih di saat manusia lain merasa sedih."

"Lalu Baginda Rasulullah ﷺ menjawab; "Ingatlah. Sesunguhnya Wali-Wali Allah itu tidak ada kerisauan terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati. Iaitu orang-orang yang beriman dan mereka sentiasa bertaqwa."

"Bagaimanakah kita ingin mengetahui seseorang itu merupakan Kekasih Allah Wali Allah dan apakah ciri-ciri mereka?" Maka untuk kita mengetahui seseorang itu adalah Wali Allah ataupun tidak maka kita mesti melihat bagaimanakah keadaan seseorang itu."

"Adakah dia itu seorang yang bermaksiat yang melanggar perintah Allah سبحانه وتعالى? Dan dia itu terus menerus melakukan bermaksiat dan melanggar perintah Allah سبحانه وتعالى. Auratnya tidak ditutup, solatnya tidak dijaga, akhlak dan adabnya tidak keru-keruan begitu juga kewajiban kewajiban yang lain."

"Dan ia dilaksanakannya, maka mana mungkin kita boleh mengatakan dia itu Wali Allah سبحانه وتعالى. Kerana antara sifat Wali Allah ini adalah mereka adalah orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah سبحانه وتعالى. Mereka bukanlah golongan yang suka menyalahkan orang lain apatah lagi mudah mengatakan orang lain sesat."

"Mata mereka melihat perkara yang baik-baik, melihat kebesaran dan kebaikan Allah سبحانه وتعالىAllah. Mulut mereka hanya bercakap perkara yang menjanjikan mendatangkan ganjaran pahala kepada mereka. Berzikir kepada Allah. Tidak bercakap perkara yang sia-sia."

"Dan apatah lagi membuka aib orang lain dan bercakap buruk mengenai orang lain. Mereka sentiasa bercakap dengan penuh hikmah. Telinga mereka hanya mendengar perkara yang mendatangkan manfaat."

"Tangan mereka digunakan untuk membantu orang lain dan tidak sesekali akan digunakan untuk menyakiti orang lain. Perut mereka sentiasa dijaga. Mereka menjaga makan dan minumnya daripada perkara-perkara syubhah apatah lagi yang haram. Kaki mereka hanya melangkah ke tempat-tempat yang diredhai Allah سبحانه وتعالى."

"Bukannya ke tempat yang dimurkai Allah سبحانه وتعالى. Dan hati mereka sentiasa hidup mengingati Allah dalam jua keadaan sekalipun. Tidak kira ketika berada bersama orang lain ataupun ketika duduk berseorangan. Hati mereka sentiasa mengingati Allah سبحانه وتعالى."

"Wali Allah ini adalah orang yang kamu melihatnya berada di tempat yang halal yang memenuhi kewajibannya dan tidak pula kamu akan melihatnya berada di tempat yang haram. Apabila kamu melihatnya akan membuatkan kamu mengingati Allah سبحانه وتعالى."

"Akan memberikan ketenangan dan kegembiraan kepada diri. Mereka ini orang-orang yang selalu mengingatkan kita dan mengajak kita kepada kebaikan. Berkata mereka yakni Para Solihin; "Tidaklah perlu kamu untuk keluar mencari-cari siapakah mereka itu Wali Allah kerana kamu boleh menjumpai hatta di dalam rumah kamu sendiri."

"Yakni kedua ibu dan bapa mu. Ibu dan Bapa mu adalah Wali Allah Kekasih Allah سبحانه وتعالى. Oleh itu, janganlah kalian sesekali mengabaikan kedua ibu dan bapa mu ketika mereka masih lagi hidup. Janganlah kamu menyakiti hati-hati mereka. Mintalah doa daripada ibu dan bapa mu kerana doa ibu dan bapa mu adalah mustajab."

"Dan selepas itu ketahuilah bahawa Para Ulama itu adalah Kekasih-Kekasih Allah. Janganlah sesekali kalian menghina ataupun merendah-rendahkan Para Ulama kerana mereka itu yakni Para Ulama merupakan orang yang paling takut kepada Allah سبحانه وتعالى."

"Makanya, mereka adalah Pewaris Para Nabi & mereka itulah Auliya Allah. Sekiranya Para Ulama itu bukan Kekasih Allah Wali Allah سبحانه وتعالى maka siapakah lagi yang lebih layak daripada itu? Maka hendaklah kalian selalu menghormati dan memuliakan kedua ibu bapamu dan Para Ulama."

Daripada TG Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki.

10 Penyakit Pengamal Tarekat (Yang tersasar)

10 PENYAKIT PENGAMAL TAREKAT (Yang Tersasar)

Oleh: Tuan Guru Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al - Khalidi

(Ahli Turuq Jilsah Jabatan Mufti Negeri Sembilan, Malaysia)

Terdapat berbagai penyakit batin yang sukar disedari oleh pengamal tarekat yang boleh membinasakan perjalanan zahir dan batin mereka kepada Allah. Antaranya ialah:

1. TERASA ADA AMALAN

Maksudnya seseorang itu merasakan bahawa dirinya itu telah banyak berbuat amal soleh; banyak sembahyang, puasa, zikir, banyak sedekah dan sebagainya lagi. Jika ada rasa demikianmaka rosaklah perjalanan keruhaniannya. Rasa yang demikian itu bukan sahaja akan menimbulkan sifat riak, ujub dan sebagainya tetapi ianya boleh menyebabkan syirik atau menyengutukan Allah. Oleh kerana itu seseorang salik itu dikehendaki merasa-rasakan secara bersungguh-sungguh bahawa segala amalnya yang soleh itu adalah kurnia Allah semata-mata, hal Allah semata-mata, dari Allah semata-mata.

Setelah rasa begitu dapat dihayati sebenar-benarnya, maka InsyaAllah ia akan dikurniakan oleh Allah Tauhid Af’al atau tauhid pada perbuatan Allah, di mana seorang itu pada peringkat tersebut dapat melihat keesaan perbuatan Allah semata-mata akan tercapailah ketiga-tiga syarat bagi penerimaan amal iaitu ikhlas, fana’ (amalan diri dalam perbuatan Allah) dan benar-benar berasa bahawa tidak ada daya dan kekuatan kecuali Allah semata-mata.Kesimpulannya: Bila terasa ada amal maka Tauhid Af’al tidak akan tercapai.

2. PANJANG ANGAN-ANGAN NAFSU KEDUNIAANNYA

Khalifah Ali (r.a.) pernah menyebutkan bahawa panjang angan-angan nafsu keduniaan itu adalah punca segala kesalahan atau dosa. Orang yang panjang angan-angan nafsu keduniaannya itu sentiasa lena dihayun oleh berbagai jenis angan-angannya itu. Pada setiap saat hatinya berkata-kata: “Aku akan buat ini, buat itu. Kalau aku buat ini akan jadi begini dan kalau aku buat yang lain akan jadi begitu…”

Tegasnya ia akan dilamun oleh berbagai fikiran dan rancangannya sendiri yang tidak akan ada titik perhentiannya sama sekali. Hal demikian adalah mengambarkan bahawa orang tersebut jahil terhadap Tauhid, sebab orang yang jahil Tauhid menurut Ibn Ata’illah hatinya sentiasa berkata: “Apakah yang akan aku buat”.

Orang yang benar Tauhidnya pula menurut beliau, hatinya sentiasa berkata:”Apakah yang Allah akan buat terhadap dirinya itu”. Di samping itu orang yang panjang angan-angan keduniaan itu hatinya akan menjadi gelap disebabkan berbagai gambaran kebendaan sentiasa memenuhi ruang di hatinya sehingga Allah tidak akan mendapat ruang di hati lagi, pada hal hati itu untuk Allah. Nabi bersabda, ertinya: ”Hati itu rumah Allah” Maksudnya hati itulah tempat yang dipilih dan dibersihkan oleh Allah dan dimuliakan sebagai jalan perhubungan antara Allah dengan hambaNya. Oleh itu hati itu tidak boleh dimasuki sesuatu yang lain dari Allah.

Samalah keadaan hati itu seperti Kaabah, kerana Kaabah itu adalah dikatakan sebagai Rumah Allah. Kalau Kaabah itu mesti bersih dari perkara-perkara yang boleh menjatuhkan kesuciannya, maka begitu jugalah dengan hati, ia mesti bersih dari sesuatu yang mengotori ruang hati serta mengelapkannya.

Dari angan-angan keduniaan itu maka akan timbullah berbagai sifat tercela seperti tamak, hasad dengki, gemar kemasyhuran dan sebagainya. Perlu diingatkan bahawa sebahagian daripada angan-angan keduniaan itu ialah angan-angan seorang itu mengenai akhirat, tetapi cita-cita dan angan-angan itu telah dikotori oleh berbagai kehendak nafsunya.

Ramai orang terjerat di dalam perangkap ini tidak dapat menyedari dirinya itu sendiri. Misalnya, seorang itu membanyakkan usahanya berzikir siang dan malam, tetapi hati kecilnya terlintas bahawa dengan berbuat demikan maka ia akan cepat menjadi wali atau menjadi seorang Syeikh atau lekas fana’ dan sebagainya.

Sepatutnya ia bercita-cita supaya dapat ma’rifatullah dan keredhaanNya. Demikian juga seorang salik yang berhenti dari kerja mencari rezeki atau berhenti dari belajar Ilmu Islam kerana didorong supaya cepat naik maqam atau cepat mencapai matlamat perjalanannya; kononnya jika ia menumpukan zikir dan beramal ibadat sahaja maka cepatlah sampai kepada matlamat yang dituju. Sebenarnya hal demikian itu masih dipenuhi nafsu keduniaan yang pada zahirnya macam cita-cita akhirat.

3. HATI BERKATA ATAU TERLINTAS BAHAWA

DIRINYA TELAH MENCAPAI TARAF WALI

Sifat demikian adalah berlawanan dengan kehendak Allah, kerana Allah melarang seseorang itu dari perbuatan mengaku diri sendiri itu suci dan bersih. Allah berfirman, maksudnya :“Maka janganlah kamu mengaku bahawa diri kamu itu suci. Dialah (Allah) yang lebih mengetahui tentang orang-orang yang bertakwa”.

Nabi bersabda yang bermaksud: “Tanda kecelakaan (masuk neraka) itu empat perkara: (Pertama), Lupakan dosa-dosa yang dilakukan, pada hal dosa-dosa itu masih utuh di sisi Allah. (Kedua), Ingatkan berbagai kebaikan yang dilakukan, pada hal ia tidak tahu samada kebaikan itu diterima atau ditolak oleh Allah. (Ketiga), Memandang orang yang di atas mengenai hal keduniaan. (Keempat), Memandang orang yang di bawah (lebih rendah) mengenai hal-hal agama. maka Allah berfirman (kepada orang ini): “Aku mahukan orang ini, tetapi ia tidak mahukan Aku, maka Aku pun tinggalkan sahaja”

Sebenarnya, bila seseorang itu tinggi darjatnya di sisi Allah, maka ia akan terasa rendah; bila ruhaninya bersih, maka ia terasa kotor dan banyak dosa; bila telah menjadi wali, maka terasa dirinya masih jauh dari kecintaan Allah. Sebaliknya, orang yang masih bergelumang dengan dosa itu biasanya merasakan dirinya sudah bersih, sudah menjadi wali Allah. Oleh yang demikian seseorang itu yang terasa telah menjadi wali itu telah tersimpang jauh dari arah perjalanannya yang sebenar. Ia tidak akan sampai ke matlamat yang dituju dan ia tetap jatuh tersungkur yang sukar untuk bangun semula.

4. SUKA DAN SENANG HATI BILA DIKERUMUNI OLEH ORANG RAMAI.

Bila ramai orang berada di sekelilingnya, kerana menyokong dan menyukainya maka ia berasa seronok, suka dan senang hati. Sebaliknya, bila orang ramai menjauhkan diri daripadanya maka ia berasa susah hati. Sifat demikian boleh merosakkan keruhanian seseorang salik, kerana pada hakikatnya ia masih memandang makhluk dan tidak memandang Allah. Di samping itu, sifat demikian itu menunjukkan bahawa ia masih sukakan kemasyhuran, kemuliaan, keagungan dan sifat-sifat lain yang seumpamanya.

Semua sifat tersebut adalah pakaian Allah bukan pakaian makhluk atau manusia. Ibrahim bin Adham berkata: ”Seseorang yang tidak meninggalkan kemuliaan kepada kehinaan, ia tidak akan sampai ke darjat orang yang solihin”. Seorang murid Syeikh Abu Yazid Al-Bustami pernah mengadu kepadanya bahawa ia telah beramal di bawah pimpinan Syeikh Abu Yazid selama 30 tahun, tetapi ia terasa tidak mendapat apa-apa perubahan, masih tetap di tahap dahulu juga, maka apakah yang menyebabkan jadi begitu? Syeikh Abu Yazid Al-Bustami menjelaskan bahawa jika muridnya itu beramal selama 1,000 tahun lagi pun, tetap tidak akan berubah keadaan dirinya itu, kecuali ia membuang semua sifat berasa mulia dan tinggi di mata masyarakat itu.

Seorang itu dikehendaki menjadi hamba Allah, bukan hamba manusia. Bila seseorang itu suka kepada manusia, maka ia jadi hamba manusia, bukan hamba Allah. Seorang hamba Allah hanya sibuk dengan Allah, senang dengan Allah, cinta hanya terhadap Allah, harapannya hanya pada Allah dan tidak kepada yang lain.

5. BERASA PUAS HATI DENGAN BERBAGAI BAYANGAN MIMPI

Sifat tersebut akan mendorongkannya untuk berpegang terhadap berbagai tafsiran mimpi yang dialaminya itu. Lama kelamaan ia akan disesatkan oleh syaitan menerusi tafsiran-tafsiran mimpi itu sendiri, tanpa dapat menyedari kesalahan dirinya itu sampai bila-bila. Malahan setiap ia beramal, maka ia mengharapkan untuk mendapat mimpi yang baik-baik atau yang ia anggap dapat menguntungkan dirinya.

Bagaimana akibatnya nanti bila dia itu bermimpi bahawa si pulan itu berzina, si pulan bin pulan itu mesti dibunuh dan sebagainya lagi? Tentu akan menimbulkan fitnah besar di dalam masyarakat. Ternyata orang yang berpegang terhadap mimpi itu telah hanyut dari tujuan perjalanannya yang dirumuskan dalam doa munajatnya sendiri.

6. BERASA JINAK, SERONOK TERHADAP WIRID ATAU ZIKIR YANG DILAKUKAN

Sifat ini juga dilarang, kerana ianya boleh melalaikan seseorang itu dari mengingati Allah yang sebenar. Apa yang disuruh oleh Allah ketika berzikir atau berwirid itu ialah mengingati Allah, seronok dan senang hati terhadap Allah, bukan terhadap wirid dan zikir yang dibaca itu. Jika seronok dan senang hati dengan wirid dan zikir yang dibacakan itu, maka samalah juga ia seronok mendengar lagu atau nyanyian dari penyanyi.

Sifat tersebut akan menjadi hijab, kerana seseorang akan terhenti di tahap wirid dan zikirnya itu sahaja, sedang perjalanannya yang sebenar masih jauh lagi.

Bagaimana jika seseorang itu mendapat mimpi ? Jika mimpi itu baik maka hendaklah ia bersyukur dan jika sebaliknya maka hendaklah ia berlindung dengan Allah, jalan terus, jangan dihiraukan sangat mimpi itu.

7. BERASA LAZAT DAN PUAS HATI TERHADAP NATIJAH-NATIJAH ZIKIR AL-WARIDAT

Demikian juga berbagai pemandangan ruh atau mata hati terhadap rahsia-rahsia perjalanan menuju Allah itu adalah juga termasuk di dalam makna al-waridat itu. Di kalangan ahli Tariqat di Malaysia ini, al-waridat itu di istilahkan sebagai natijah-natijah zikir. Al-Imam Al-Ghazali mengibaratkan orang yang berasa seronok dan lazat dengan al-waridat itu seperti anak-anak kecil yang menangis, lalu diberikan gula-gula atau anak -anak patung, maka iapun merasa seronok lalu diam dan berhenti dari menangis, kerana ia puas hati dengan gula-gula atau anak-anak patung itu.

Al-Imam Al-Ghazali juga mengambarkan bahawa perjalanan ruhani seseorang menuju Allah itu dapat disamakan dengan perjalanan seseorang menemui raja yang bersemayam di atas singgahsana di dalam istananya; bila seseorang yang mahu menemuinya maka keluar dari rumahnya untuk menemui raja itu, sudah tentu akan mengambil masa yang lama disebabkan perjalanannya yang jauh itu; dalam perjalanannya itu tentu ada kampung, kebun, ladang, dan berbagai pemandangan lagi; bila sampai di kawasan istana pula tentulah pemandangan lebih menarik dan indah. Jika seseorang salik itu tertarik dengan pemandangan-pemandangan itu semua dan berasa seronok, sudah tentulah ia akan terlupa tujuan asal untuk menemui raja itu.

Apa yang paling membahayakan ialah seseorang itu berasa telah sampai kepada raja yang dituju, pada hal ia masih jauh lagi dari istana atau mungkin juga ia masih berlegar-legar di halaman istana. Oleh yang demikian, maka sifat berasa lazat, seronok dengan al-waridat itu menjadi hijab hati atau ruhani yang merosakkan perjalanannya. Lebih hebat lagi bila seseorang itu telah dihantui dan dicandui oleh perasaan seronok dan lazat dengan al-waridat tersebut. Di tahap tersebut, orang tersebut akan dihanyutkan oleh al-waridat itu sendiri, sehingga bila satu masa nanti al-waridat terasa tidak ada maka hati kecilnya mula berperangsangka buruk terhadap Allah, dirinya sendiri, terhadap gurunya dan para sahabatnya.

Bagaimana mahu menerima al-waridat itu? Terimalah dengan bersyukur kepada Allah, jika ianya tidak berlawanan dengan Al-Quran dan sunnah Nabi dan jika tidak berlawanan dengan kata-kata ulama yang arif billah. Tetapi janganlah dihiraukan sangat al-waridat tersebut. Jika al-waridat tersebut berlawanan dengan Al-Quran dan Sunnah Nabi atau pandangan ulama arif billah, maka hendaklah ianya kita sisihkan sahaja, jangan pandang langsung.

Di sinilah letaknya bahawa seseorang itu mesti terus menimba ilmu, tauhid, feqah dan tasauf, kerana tanpa ilmu sukar untuk menentukan al-waridat itu hak atau batil.Seorang yang tidak mahu mengerjakan sembahyang, tidak mahu menceburkan diri dalam masyarakat atau sebagainya, pada hal gurunya tidak ada mengajarkan demikian adalah berpunca dari kesilapannya sendiri iaitu terlalu berpegang terhadap al-waridat, walaupun ia jahil mengenai Al-Quran, Sunnah Nabi dan pandangan para ulama yang sebenarnya.

8. DIAM, NEGATIF TIDAK POSITIF TERHADAP JANJI-JANJI BAIK ALLAH

Allah menyuruh hamba-hambaNya untuk berbuat baik, malahan Allah menyuruh supaya para hambaNya itu berlumba-lumba untuk berbuat berbagai kebaikan. Allah berfirman, maksudnya: “Hendaklah kamu berlumba-lumba untuk membuat berbagai kebaikan”. (Surah Al-Anbia: Ayat 90)

Kebaikan yang Allah perintahkan untuk dilakukan selain daripada perkara-perkara yang difardhukan adalah terlalu banyak. Oleh itu seseorang itu, setelah menunaikan yang difardhukan, maka hendaklah ia aktif, cergas dan bersegera berbuat kebaikan itu.

Ingatlah bahawa orang yang berhenti (waqif) itu adalah orang yang masih mula berjalan, seorang salik pula adalah berjalan terus (sair) sedang seorang yang telah sampai kepada hakikat (wasil) pula adalah sentiasa terbang, bukan hanya ruhaniyahnya tetapi juga aspek zahirnya.

Contoh kita ialah Nabi Muhammad S.A.W. Tidakkah Baginda itu sentiasa aktif, cergas dalam hidupnya untuk berbuat kebaikan yang sebaik-baiknya. Sebab itulah Allah menyatakan bahawa hamba – hamba Allah yang sebenarnya itu ialah mereka yang mendengar ajaran Allah lalu melakukan yang terbaik sekali.

Maksudnya:
“Hamba-hamba Allah yang sebenar itu ialah mereka yang mendengar ajaran Allah lalu diikuti (dibuat) yang lebih dalam lagi dalam perkara- perkara yang membantu menyempurnakan amalan salik”.

9. BERPADA DENGAN BERPEGANG KEPADA SANGKAAN-SANGKAAN SAHAJA

Perjalanan ruhaniyah adalah amat sulit dan banyak liku-likunya yang mudah menyesatkan, lebih sulit dan lebih bahaya lagi jika dibandingkan dengan perjalanan di dalam hutan dara yang terlalu tebal. Oleh itu ia perlukan ilmu yang tepat dan benar sebagaimana yang ada di dalam Al-Quran dan Sunnah Nabi serta yang terdapat di dalam kitab-kitab yang mu’tabar.

Jika seseorang hanya berpandu kepada sangkaan-sangkaannya sahaja, sudah tentulah ia akan sesat. Dari sudut yang lain pula dapat kita gambarkan bahawa jalan keruhanian itu seperti sebuah cermin yang bersih, tetapi ada garis pembahagi sebelah kiri dan kanan; sebelah kiri adalah iblis dan kesesatan sedang sebelah kanan adalah yang hak atau yang benar yang dikehendaki oleh Allah.

Tetapi garis pembahagi di cermin yang memisahkan kiri dan kanan itu tidak Nampak dan terlalu sukar untuk dilihat sehingga orang yang berjalan di atasnya telah jauh terseleweng ke kiri, tetapi ia masih yakin berada di sebelah kanan (Ia telah sesat, tetapi ia merasakan masih berada di dalam kebenaran).

Hanya bila kita berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah serta pandangan ulama yang arif billah sahajalah yang dapat menyedarkan diri samada kita telah sesat atau berada di dalam kebenaran Allah.Kebanyakan kesesatan dan tindakan serta tingkah laku pengamal-pengamal ilmu tasauf yang menyalahi syariat Islam adalah berpunca
dari sangkaan-sangkaan mereka sendiri seperti yang disebutkan itu.

10. MENIPU ALLAH

Perbuatan menipu Allah ini banyak berlaku di kalangan orang-orang yang jahil, terutamanya seseorang yang jahil murakkab iaitu ia jahil dan tidak mahu belajar serta tidak mahu mendengar kebenaran yang disampaikan kepadanya, malahan ia bersikap bodoh sombong dengan sifat kejahilan dirinya itu.

Contoh – contoh perbuatan menipu Allah itu ialah seperti tidak mahu sembahyang kononnya ia telah melakukan sembahyang daim (hatinya terus sembahyang tanpa putus) , berjudi itu rezeki yang Allah beri juga seperti sumber-sumber rezeki lainnya, kerana hakikat rezeki itu datangnya dari Allah belaka; berdoa itu syirik kerana bila berdoa bererti menuduh Allah tidak tahu untuk mengurus diri para makhluknya, sembahyang itu syirik kerana ada niat sengaja aku sembahayang, tidak sembahyang dosa besar, dosa besar diampunkan, tetapi syirik tidak diampunkan.

Oleh itu tidak buat sembahyang adalah lebih baik daripada melakukannya. Kata-kata si jahil seperti itu adalah merupakan kata-kata loyar buruk semata-mata. Mereka akan dimasukkan ke neraka oleh Allah dengan cara yang amat menyakitkan hatinya.

Tegasnya Allah akan berloyar buruk terhadap mereka. Misalnya, orang itu akan dimasukkan di dalam satu bekas dan bekas itu dimasukkan ke neraka; bila mereka bertanya mengapa mereka dimasukkan ke neraka, maka Allah menjawab bahawa Allah tidak membakar mereka tetapi hanya mahu membakar bekas itu sahaja! Wallahu a’lam.