Sunday, May 31, 2015

MENJAWAB ARTIKEL MINGGUAN MALAYSIA 'ISLAM IKTIRAF TAREKAT' bertarikh 31 Mei 2015

MENJAWAB ARTIKEL MINGGUAN MALAYSIA 'ISLAM IKTIRAF TAREKAT' bertarikh 31 Mei 2015

Artikel daripada Mingguan Malaysia pada 31/5/2015 yang bertajuk ISLAM IKTIRAF TAREKAT dilihat sudah mencari sisi positif Tarikat, minggu lepas ia telah menghentam Tarikat Tasawuf secara pukul rata. Kami tidak pasti sama ada artikel di bawah ini benar atau tidak daripada kata-kata atau tulisan Prof. Datuk Zakaria Stapa sendiri. Itu hanya pihak Prof. yang boleh mengesahkannya.
Namun, masih terdapat kesamaran di sana pada 'Bab Mencium Kaki' apabila ia dikatakan "...kalau benar sebagaimana dalam video (Sheikh Hisham Kabbani), amalan cium kaki itu tidak Islamik dan tidak betul. Ia tidak dibenarkan. Itu antara perkara yang menimbulkan masalah."

Jawapan:

1. Tidak dapat dinafikan bahawa amalan mencium kaki itu boleh menimbulkan masalah atau fitnah di kalangan masyarakat, terutama di Malaysia atau di negara yang tidak biasa mengamalkannya. Ini dipersetujui oleh Mantan Mufti Besar Mesir, Dr. Ali Gomaa sendiri.

2. Namun, mengatakan amalan mencium kaki itu tidak Islamik dan tidak boleh diterima, ia merupakan sesuatu penyelewengan ilmu kerana para ulama sendiri ada menyatakan bahawa ianya sabit dalam hadits seperti yang dikatakan oleh Dr. Ali Gomaa.
https://www.youtube.com/watch?v=vaQ9qe3IWZc

Terjemahan: Berkenaan mengucup kaki, ianya warid dalam Sunan Abi Daud [Hadis Riwayat Imam Abu Daud no. 5227], bahawa rombongan (kabilah) Abdul Qais, mengucup tangan Nabi dan kakinya, akan tetapi ianya tidak menjadi kebiasaan para sahabat untuk melakukan sedemikian, oleh kerana itu, terutamanya ketika berlakunya kekeliruan,dan berlakunya fitnah, tidak digalakkan untuk melakukan sedemikian. Namun ianya dibolehkan, dari sudut waridnya (sabit dalil) perkara tersebut, seperti kisah rombongan Abdul Qais tadi. Dan perbuatan mencium/mengucup tersebut adalah satu bentuk penghormatan, akan tetapi sekiranya ianya dijadikan kebiasaan, dan dilakukan dihadapan orang awam sehingga nampak seolah-olah ia sujud kepadanya, maka akan berlaku fitnah di atas fitnah, maka ini bukanlah daripada kebijaksanaan, dan bukan daripada hikmah.

Sebagaimana Kata Imam Sufyan al-Thawri (RA): "Apabila kamu melihat seseorang melakukan sesuatu amal yang mana terdapat perbezaan pendapat padanya, dan kamu pula mengikuti pendapat yang berbeza, jangan halangi mereka!"

إذا رأيت الرجل يعمل العمل الذي قد اختلف فيه, وأنت ترى غيره, فلا تنهه!

Maksud: walaupun anda menganggap seseorang itu berada pada kedudukan yang tidak betul; anda tidak boleh mengharamkannya.

Begitu juga Imam al-Nawawi (RAH) berkata dalam bab al-Amr bil-Ma'ruf wan-Nahy 'an al-Munkar dalam Syarah Sahih Muslim:

"ULAMA HANYA BOLEH MENGUTUK PERKARA YANG DIPERSETUJUI; SEDANGKAN PADA PERKARA YANG BERBEZA PANDANGAN, KUTUKAN TIDAK DIBENARKAN! Kerana menurut salah satu daripada dua pendapat, setiap mujtahid adalah betul. Ini adalah pendapat yang diutamakan oleh ramai para ulama mujtahid bahkan majoriti mereka."

العلماء إنما ينكرون ما أجمع عليه; أما المختلف فيه, فلا إنكار فيه.

Imam al-Suyuti mengesahkan kaedah ini dalam al-Ashbah wan-Naza'ir dalam Fiqh Syafi'i.

Persoalannya:

Mengapa Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia hanya benemubual 'para asatizah' berfahaman Wahhabi-Salafi?

Kemudiannya mengapa menemubual seorang Professor yang bukan daripada kalangan ahli tariqat itu sendiri?

Mengapa tidak bertanyakan terus kepada Shaykh atau Habib yang dituduh?

Kesimpulannya, menemu bual 'para asatizah' yang berfahaman 'Salafi-wahhabi' minggu lepas adalah satu penipuan dan jenayah ilmu. Manakala, menemu bual Prof. Datuk Zakaria Stapa (jika benar) semata-mata masih tidak mencukupi untuk menjawab persoalan-persoalan berkenaan Tarikat Tasawuf. Mahu tidak mahu, bagi bersikap adil, Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia mestilah menemubual pihak daripada kalangan Tariqat Naqshbandiyyah al-Aliyyah/an-Nazimiyyah Shaykh Nazim al-Haqqani dan Shaykh Hisham al-Kabbani atau kalangan Tariqat Alawiyah al-Habib Umar Bin Hafiz dan Habib Syech as-Saqqaf yang telah dituduh sebagai menyeleweng dan sesat untuk mendapatkan penjelasan yang sebenarnya.

Terima Kasih.

Pembela Ulama ASWJ Malaysia

Zikir menari diterima ulama besar dunia (Utusan Malaysia)

Zikir menari diterima ulama besar dunia

OLEH MOHD. AZRAIE MD. YUSOF (PENGARANG@UTUSAN.COM.MY)

24 Mei 2015 12:49 AM

KUALA LUMPUR 23 Mei - Seorang pengamal tarekat tampil mempertahankan amalan-amalan yang dilakukan tarekat baharu yang didakwa mirip Tarekat Naqsyabandiah Al-Aliyyah pimpinan Sheikh Nazim Al-Haqqani.

Abdul Kareem Said atau lebih dikenali sebagai Sheikh Kareem yang merupakan pengamal Tarekat Naqsyabandiah Khalidiyyah berkata, orang Islam di negara ini tidak boleh terus menjatuhkan hukum ke atas sesuatu amalan yang tidak menjadi kebiasaan di negara ini seperti zikir sambil menari.

Dakwa beliau, zikir sambil menari bukan perkara baharu malah telah diterima dan diamalkan oleh ulama-ulama besar di seluruh dunia termasuk dari negara ini.
Sebagai contoh, kata beliau, tokoh agama yang tidak asing di negara ini, Datuk Dr. Haron Din memutuskan zikir sambil menari itu harus dan ia dibuat bersandarkan kepada al-Quran dan hadis.

“Satu dunia dari Syria, Sudan, Mesir, Jordan dan sebagainya boleh menerima amalan ini. Tidak semestinya apabila kita di Malaysia tidak biasa melihat atau mengamalkannya, maka kita jatuhkan hukum ia menyeleweng daripada ajaran Islam.

“Islam bukan milik kita sahaja di Malaysia. Kalau kita Ahli Sunnah Wal Jamaah, sepatutnya kita kena terima kerana jamaah itu bermaksud pendapat kebanyakan ulama. Jadi kalau kebanyakan ulama membenarkan, kenapa kita tidak boleh terima?” katanya kepada Mingguan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan khas Mingguan Malaysia hari ini yang mendakwa satu tarekat baharu mirip Tarekat Naqsyabandiah Al-Aliyyah pimpinan Sheikh Nazim Al-Haqqani yang diharamkan di negara ini mula mempengaruhi masyarakat Islam Malaysia.

Mengulas mengenai kemungkinan Sheikh tarekat baharu itu berbaiah dengan Sheikh Nazim, Sheikh Kareem berkata, terdapat dua jenis baiah iaitu taat setia dan tampalan atau tumpang.
Beliau menjelaskan, baiah taat setia adalah baiah yang menjadikan ketua sesuatu tarekat sebagai mursyid manakala bagi baiah tampalan, ketua tersebut tidak dianggap mursyid sebaliknya individu yang berbaiah menumpang dengan mursyid tersebut sebagai tanda hormat.

“Sebagai contoh, kalau saya jumpa bekas Mufti Negeri Sembilan, Sheikh Datuk Mohd. Murtadza Sheikh Ahmad yang merupakan Sheikh Tarikat Ahmadiah Al-Idrisiyyah dan berbaiah dengan beliau, tidak bermaksud saya ikut kaedah tarekat beliau.

“Jadi apabila ada yang mendakwa Sheikh tarekat baharu tersebut berbaiah dengan Sheikh Nazim, maka dia ikut Sheikh Nazim, itu tidak betul. Dalam tasawuf ini biasa. kita perlu mendalami dahulu ilmu tasawuf untuk memahami perkara ini,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai fatwa yang mengharamkan Tarekat Naqsyabandiah Al-Aliyyah, beliau berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan sepatutnya menzahirkan dalil beserta bukti kukuh bagi menyokong keputusan itu.

“Fatwa ini pendapat sekumpulam ulama. Tidak semestinya semua keputusan yang dibuat itu benar kerana mereka juga manusia. Sebab itu kita nak tengok dalil, kitab mana yang dirujuk. Kalau ada yang tak sependapat, kita boleh cabar,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/zikir-menari-diterima-ulama-besar-dunia-1.95014#sthash.HsbtW6yf.dpuf

Fahami Intipati Tarekat Muktabarah (Utusan Malaysia)

Fahami intipati Tarekat Muktabarah

ABDULLAH MD. ZIN
29 Mei 2015 1:33 AM

Pelbagai reaksi diterima berikutan pendedahan wujudnya tarekat baru yang mempunyai kaitan dengan Tarekat Naqsyabandiah Al Aliyyah pimpinan Sheikh Nazim Al-Haqqani yang difatwakan haram. Apa yang dimaksudkan dengan perkataan ‘tarekat’?

Pada prinsipnya, ia merupakan perjalanan kepada Allah SWT sebagaimana amalan secara umum yang diamalkan oleh Rasulullah SAW, sahabat dan tabi’in. Itulah perjalanan hidup yang menyeluruh dalam kalangan ulama salaf.

Rasulullah dan sahabat merupakan mereka yang mendahului atau lebih ke hadapan dalam perjalanan menuju Allah, oleh itu mereka adalah orang yang terdekat kepada Allah. Dengan ungkapan lain tarekat ialah melaksanakan agama Islam dengan teliti dan juga menjauhi serta meninggalkan perkara-perkara haram dan syubhah.

Kewajipan-kewajipan yang dituntut oleh Islam dikerjakan dengan sempurna seperti solat lima waktu, puasa bulan Ramadan, zakat, haji dan lain-lain. Selain daripada itu, dikerjakan pula secara bersungguh-sungguh dan penuh minat keutamaan-keutamaan yang dianjurkan oleh Islam seperti mengerjakan solat tahajjud, solat sunat rawatib, puasa hari Isnin dan Khamis, aktif membaca al-Quran, membaca selawat, tasbih, istighfar dan zikir-zikir yang lain.

Manakala perkataan ‘muktabarah’ pula bererti tarekat yang muttasil (bersambung sanadnya) kepada Rasulullah, syari’atnya pula mestilah mengikut aliran Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah iaitu mengikuti satu dari mazhab empat iaitu Hanafi, Maliki, Syafi’i dan Hanbali serta amalan tasawwufnya pula hendaklah mengikut ajaran ulama salaf dan khalaf yang muktabar.

Ilmu tarekat ialah ilmu yang membicarakan tentang hal-ehwal nafsu dan sifat-sifatnya seperti sifat-sifat mazmumah yang perlu dijauhi dan ditinggalkan, diisi pula dengan sifat-sifat mahmudah untuk diamalkan. Ia juga membicarakan tentang ilmu ketuhanan dengan menggunakan dalil-dalil akli bagi para murid dan juga syuhud bagi para wasilin. Lebih tepat, ia membincangkan tentang al-Takhalli, al-Tahalli dan al-Tajalli. Apa yang dimaksudkan dengan al-takhalli ialah pembuangan atau pengosongan jiwa daripada sifat-sifat yang hina iaitu sifat-sifat kesyaitanan dan kehaiwanan. Elemen inilah yang menjadi debu dan pengotor jiwa serta hati.

Sementara itu, al-Tahalli pula ialah pengisian jiwa dan hati dengan sifat-sifat mulia yang diistilahkan dengan al-Takhalluq bi Akhlaq Allah (berakhlak dengan akhlak Allah). Setelah melalui dua proses tersebut, jiwa dan hati akan mencapai peringkat kejernihan (al-safa’) yang seterusnya akan melayakkannya untuk menerima al-tajalli iaitu penyaksian dan makrifah.

Dengan ungkapan lain, ilmu ini membincangkan ‘riadah’ dan ‘mujahadah’. Riadah ialah latihan-latihan untuk penyucian jiwa daripada sifat-sifat negatif atau mazmumah. Mujahadah pula ialah perjuangan untuk menghiasi hati dengan sifat-sifat mahmudah.

Daripada huraian-huraian di atas dapatlah disimpulkan bahawa objektif tarekat dipelajari adalah untuk mendapat kebersihan hati daripada terikat kuat dengan kehidupan dunia dan seterusnya dihayati melalui amalan zikir, muraqabah, muhasabah, mahabbah, ma’rifah dan musyahadah kepada Allah SWT.

KRITERIA PENETAPAN
TAREKAT MUKTABARAH

Silsilah dan syariah Islamiyyah merupakan dua perkara yang paling penting bagi menentukan sesebuah tarekat itu muktabarah atau sebaliknya. Silsilah ialah tarekat yang bersambung sanadnya kepada Nabi Muhammad serta ditapis oleh syariah Islamiyyah. Ini bererti bahawa pengajaran sesebuah tarekat itu tidak boleh bercanggah dengan pengajaran syariah yang telah diketahui dan diterima umum oleh masyarakat Islam.

Dalam kalangan ahli sufi dan tarekat, konsep guru (sheikh) adalah amat penting. Malah kelahiran sesebuah tarekat itu adalah disebabkan adanya sheikh. Konsep ini diakui dan dituntut oleh al-Quran dan al-Sunnah. Daripada sudut pendidikan, kesempurnaannya bukan setakat menyampaikan maklumat tentang suatu perkara yang hendak diajar, malah yang lebih penting memperlihatkan kaedah-kaedah dan cara-cara pelaksanaannya yang betul.

Oleh itu, jelaslah betapa pentingnya guru pada setiap bidang pendidikan. Jika dalam bidang ilmu yang bersifat zahir, guru diperlukan dalam mencapai pendidikan yang sempurna, maka dalam bidang ilmu tarekat ini yang sifatnya jauh lebih rumit dan lebih khusus sudah pasti guru sangat-sangat diperlukan. Syarat-syarat untuk menjadi guru yang murshid antara lain:

- taqwa kepada Allah SWT.

-  ‘allamah dengan ilmu-ilmu syariah.

-  beramal dengan ilmu-ilmu tersebut.

-  tamat dari tarbiyah sesebuah tarekat yang muktabarah.

-  berakhlak dengan sifat-sifat mahmudah, sifat-sifat munjiyat dan sifat-sifat makarim al-akhlaq, serta menjauhi dan meninggal sifat-sifat mazmumah, sifat-sifat muhlikat, fawahisy ma zahara minha wa ma batan.

Dasar-dasar pembentukan akhlak menurut tarekat, antaranya:

-  berpegang dengan al-Quran.

-  mengikuti jejak Rasulullah SAW.

-  makan dan minum yang halal.

-  menjauhi maksiat.

-  taubat nasuha daripada segala dosa.

-  melaksanakan hak-hak Allah dan menyampaikan hak-hak manusia.

- ​ dilarang menyakiti orang lain sama ada secara zahir atau batin terutama para wali dan ulama.

Dalam pada itu, dakwaan memiliki daya kekuatan ghaib sebenarnya tiada dalam tarekat. Cuma yang ada ialah maunah dan karamah kerana ia merupakan pemberian Allah SWT kepada hamba-Nya yang dikehendaki. Maunah ialah hal yang luar biasa yang terjadi kepada orang mukmin manakala karamah pula ialah perkara luar biasa yang terjadi kepada wali Allah SWT.

Tokoh-tokoh ulama tasawwuf dan tarekat di peringkat awal pada abad ketiga hingga ketujuh hijrah tidak pernah pun membicarakan perkara ini atau tidak menganggap unsur keramat sebegini suatu tanda kesempurnaan ilmu dan amalan mereka.

Apa yang diutarakan di atas hanyalah satu pandangan ringkas untuk pemikiran bersama. Semua idea yang dikemukakan adalah terbuka untuk perbincangan bagi mencari satu penyelesaian yang ideal. Di dalam pengajian tarekat masih banyak lagi konsep-konsep yang tidak disentuh seperti bai’ah rabitah, makrifah dan sebagainya.

Namun begitu kita berpendapat setiap konsep dalam tarekat hendaklah ditundukkan kepada syariah yang berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah kerana jika konsep-konsep tersebut tidak dijaga dan dikawal oleh syariah, perkembangannya dikhuatiri akan menyalahi syarak. Inilah wasatiyyahnya pembentukan akhlak dalam diari kehidupan seorang sufi.

PENULIS ialah Penasihat Agama kepada Perdana Menteri.

- See more at: http://m.utusan.com.my/rencana/fahami-intipati-tarekat-muktabarah-1.96998#sthash.KK48FsQT.dpuf

Friday, May 29, 2015

Masalah Qubur Bahagian 3 Oleh Syaikh Hisham Kabbani

MAS'ALAH QUBUR BAHAGIAN 3 OLEH SHAYKH HISHAM KABBANI

Sambungan kepada artikel Masalah Qubur Bahagian 2 Oleh Syaykh Hisham Kabbani

AWLIYA (MUSLIM YANG BERTAQWA) DI DALAM KUBUR MEREKA MEMBAWA MANFAAT KEPADA UMMAH

Propaganda Wahhabi yang sama mengatakan: "Mendakwa bahawa Wali Songo [9 Wali terkenal dari Indonesia yang maqamnya diziarahi orang ramai] akan memohon
kepada Nabi Muhammad untuk mengampuni kita adalah tidak diterima - ia adalah salah. Hanya Nabi yang boleh mengatakan begitu. Bahkan isteri, anak, cucu
Nabi tidak boleh mengatakan begitu."

Dakwaan di atas adalah tidak jelas atau pendustaan, yang mana pada kedua-duanya adalah sebuah perkara yang tidak bertanggungjawab dan dakwaan palsu.
Tambahan pula dakwaan itu menunjukkan nifaq (kemunafikan) dan tidak hormat terhadap Nabi (saw) dan Keluarganya, kerana dia (wahhabi) mengeluarkan mereka
untuk ditempatkan di bawah penyimpangannya dalam mendakwa apa yang dia tidak tahu.

1. Dakwaan ini tidak jelas kerana KAUM MUSLIM TIDAK BERMOHON KEPADA NABI (SAW) UNTUK MENGAMPUNkan. Sebaliknya, semua muslim memohon kepada Allah (swt)
untuk pengampunan dan datang kepada Nabi (saw) sebagai Wasilah atau sarana, MEMINTA NABI UNTUK BERMOHON KEPADA ALLAH (SWT) untuk pengampunan atas nama
umat seperti yang dinyatakan dengan jelas pada ayat yang mulia,

ولو أنهم إذ ظلموا أنفسهم جاءوك فاستغفروا الله واستغفر لهم الرسول لوجدوا الله توابا رحيما

"Dan kalau mereka, setelah mereka menganiaya diri mereka sendiri, datang kepada engkau [Muhammad] dan meminta pengampunan daripada Allah, dan Rasul telah
meminta maaf atas nama mereka, mereka akan mendapati bahawa Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang" ( al-Nisa '4:64).

Ayat di atas disebutkan dengan aplikasi yang tepat bagi MENGGUNAKAN NABI SEBAGAI SARANA UNTUK MENDAPATKAN PENGAMPUNAN ALLAH (tawassul) DALAM BUKU FIQH
SEMUA EMPAT MAZHAB AHLU SUNNAH WAL JAMA'AH, KITAB HAJI, BAB ZIARAH termasuk Mazhab Hanbali. Kami memberikan dokumentasi penuh pada bahagian Ziarah dalam
Ensiklopedia Ajaran Islam.

2. Namun, jika kita mengganggap bahawa propaganda Wahabi sebenarnya memaksudkan untuk mengatakan bahawa "Dakwaan yang mengatakan Wali Songo [9 Wali dari
Indonesia yang maqamnya diziarahi orang ramai] akan MEMOHON SUPAYA ALLAH MEMAAFKAN KITA adalah tidak diterima - bahawa ia salah. Hanya Nabi yang boleh
mengatakan begitu. Bahkan isteri, anak, cucu Nabi tidak boleh mengatakan begitu "maka dakwaannya bertukar daripada tidak jelas kepada pendustaan dengan
terang-terangnya bersempadankan kekufuran seperti yang ditunjukkan oleh bukti-bukti berikut:

3. Mendakwa bahawa Awliya di Barzakh semestinya tidak dapat meminta kepada Allah untuk mengampunkan kita adalah kufur pada beberapa tingkatan kerana:

(I) Menyangkal hakikat kehidupan Barzakh bagi umat Islam yang soleh adalah penolakan terhadap Akidah ASWJ dan mempromosikan ajaran sesat Mu'tazilah,
Jahmiyya, filsafat, sekularis dan materialis yang mengingkari akan kehidupan di alam kubur yang dinyatakan dengan Tawatur sebagaimana yang disebut dalam
himpunan hadits seperti Kitab al-Mawt wal-Qubur oleh Ibn Abi al-Dunya, al-Baath wal-Nushur oleh Imam al-Baihaqi, al-`Aqiba oleh Abd al-Haqq al-Ishbili,
al-Tadhkirah li Ahwal al-Mawt wal-akhirat oleh al-Qurtubi, al-Ruh dan Hadi al-Arwah oleh Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Sharhus Sudur oleh Imam Suyuti, dan
banyak kitab akidah seperti Ushul al-Din oleh Imam Abd al- Qahir al-Baghdadi, Ibana al-Ashari, Fiqhul Akbar Abu Hanifah, Aqidah Nasafiyya, Tahawiyya,
Wasiyya dari Abu Hanifah, Adudiyya, dan ramai lagi.

(Ii) Menyangkal hakikat kehidupan Barzakh merupakan pendakwaan bahawa (dia) mengetahui perkara yang ghaib. Imam al-Nawawi dan lain-lain mengatakan bahawa
sesiapapun yang membuat dakwaan yang tidak berdasar (contohnya tiada bukti) tentang perkara ghaib maka dia telah melakukan kekufuran dengan ijma'
(kesepakatan) pada Umat.
(Iii) Mendakwa bahawa Muslim yang soleh di Alam Barzakh tidak dapat mendoakan kita adalah bertentangan dengan ayat-ayat dan hadits yang menyatakan bahawa
mereka masih hidup, berlanjutan, berdoa dan beristighfaar dan sebagainya. Imam al-Nawawi mengatakan dalam Sharah Sahih Muslim "KEHIDUPAN DI ALAM BARZAKH
ADALAH DOA DAN ZIKIR. "Semua bukti dan fatwa ulama mu`tabar (yang dihormati) terhadap permasalahan ini dikumpulkan dalam buku" Kehidupan Para Nabi di
Dalam Kubur"yang meliputi hukum-hakam yang berkaitan dengan mereka yang bukan para nabi.

4. Wahhabi mendakwa bahawa Awliya tidak dapat memohon maaf untuk orang lain setelah kematiannya menunjukkan kejahilan mereka tentang hadits dan aqidah
al-Tauhid seperti yang dilakukan oleh Majoriti Sahabat (r) seperti yang ditunjukkan oleh bukti-bukti berikut. Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab
sahihnya, Bahagian Iman, Bab mengenai mereka yang mati dalam tauhid yang murni akan masuk syurga:
عن الصنابحي, عن عبادة بن الصامت; أنه قال: دخلت عليه وهو في الموت, فبكيت فقال: مهلا. لم تبكي? فوالله! لئن استشهدت لأشهدن لك. ولئن شفعت لأشفعن لك. ولئن استطعت لأنفعنك.

"Al-Sunabihi mengatakan: Aku masuk untuk melihat Ubada bin al-Samit ketika ia sedang nazak. Aku menangis, lalu beliau berkata: 'Tunggu! KENAPA KAMU
MENANGIS? Aku bersumpah bahawa jika aku dipanggil untuk bersaksi, aku pasti akan bersaksi atas namamu! DAN JIKA AKU DIBERITAHU UNTUK MEMBERI SYAFAAT AKU
AKAN MENSYAFAATKAN KAMU! DAN JIKA AKU BOLEH MEMBERI MANFAAT KEPADA KAMU AKU BERSUMPAH AKU AKAN MEMBERI MANFAAT KEPADA KAMU!"

Perhatikan bagaimana Ubada bin al-Samit (r) - salah seorang Sahabat terkenal yang Sayyidina `Umar (r) gambarkan sebagai "satu dalam seribu"- menjaga adab
yang sempurna dan pada masa yang sama percaya pada Syurga yang dijanjikan oleh Allah baginya, kerana menjadi seorang Muslim yang tulus dan masuk syurga
kerana mengucapkan La Ilaha Illallah Muhammadun Rasulullah (sebagaimana yang dinyatakan seterusnya dalam hadits itu) dan atas dasar itu beliau berjanji
untuk memberi syafaat bagi muridnya setelah kematiannya supaya gembira, dan tidak sedih.

5. Hasil daripada kenyataan di atas adalah bahawa Ahlu Sunnah wal Jamaah gembira dan tidak sedih, kerana semua pendahulu yang soleh mereka memberi
syafaat untuk mereka: Nabi saw memberi syafaat, Ahlul-Bait memberi syafaat, Para Sahabat memberi syafaat, dan selebihnya daripada kalangan salafus sholih
memberikan syafaat untuk kita! Allah (swt) berfirman:
ويستبشرون بالذين لم يلحقوا بهم من خلفهم ألا خوف عليهم ولا هم يحزنون

"Dan mereka bersenang hati terhadap orang yang masih tinggal di belakang (masih hidup), mengatakan bahawa tidak ada kerisauan pada mereka dan tidak pula
mereka pernah bersedih hati!" (Ali Imran 3: 170)

6. Ibnu Katsir (rah) di dalam Tafsirnya tentang ayat di atas mengemukakan kenyataan berikut daripada Bukhari dan Muslim, mengatakan:
وقد ثبت في الصحيحين عن أنس, رضي الله عنه, في قصة أصحاب بئر معونة السبعين من الأنصار, الذين قتلوا في غداة واحدة, وقنت رسول الله صلى الله عليه وسلم على الذين قتلوهم, يدعو عليهم ويلعنهم, قال أنس: ونزل فيهم قرآن قرأناه حتى رفع : "أن بلغوا عنا قومنا أنا لقينا ربنا فرضي عنا وأرضانا

"Hal ini adalah benar dalam dua Sahih daripada Anas (r), mengenai tujuh puluh orang Ansar daripada sahabat yang dibunuh di Telaga Ma`una pada suatu pagi,
setelah Rasulullah (saw) melaknat terhadap pembunuh mereka di dalam Salat, mengutuk mereka, dimana Anas mengatakan: 'Diwahyukan Al Qur'an mengenai
mereka, dan kami sering membacanya sehingga ia diangkat kembali (iaitu ayat diaambil kembali dan tidak lagi diletakkan sebagai sebahagian daripada Al-
Qur'an ), mengatakan: Sampaikan kepada kaum kami atas nama kami tentang berita bahawa kami telah bertemu Tuhan kami dan Dia bersenang hati dengan kami
dan membuatkan kami bersenang hati'"!
Di sini kita dapat melihat bahawa ekspresi "DAN MEMBUAT KITA BERSENANG HATI" (WA-Ardana) dalam kenyataan di atas merujuk kepada senang hati mereka
terhadap orang yang masih hidup serta mendoakan dan memberi syafaat untuk mereka, seperti dalam ayat ولسوف يعطيك ربك فترضى wa-la-sawfa yu`tika rabbuka fa-tarda,
"Allah akan pasti memberikan segalanya untuk MEMBUAT KAMU BERSENANG HATI" dalam Surat al-Duha (ayat 5), yang dijelaskan sebagai syafaat oleh Imam al-
Baghawi dalam Tafsirnya, dan beliau menambahkan Hadits Qudsi: "Wahai Jibril, pergilah kepada Muhammad dan beritahu kepadanya, KAMI AKAN MEMBUAT KAMU
BERSENANG HATI mengenai Umatmu, dan Kami tidak akan pernah mengabaikan kamu walaupun sedikit ke atas mereka."

ولسوف يعطيك ربك فترضى: قال عطاء عن ابن عباس: هو الشفاعة في أمته حتى يرضى, وهو قول علي والحسن.

وروينا عن عبد الله بن عمرو بن العاص أن النبي - صلى الله عليه وسلم - قال: "اللهم أمتي أمتي وبكى, فقال الله: يا جبريل اذهب إلى محمد فقل له إنا سنرضيك في أمتك, ولا نسوءك فيهم"

7. Adapun Wahhabi mereka risau, marah dan sedih kerana mereka menolak syafaat dengan memalsukan keadaan seperti yang kami petik di atas ("Nabi sahaja,
bukan orang lain!") Kerana mereka tidak percaya pada hakikatnya bahkan yang berkaitan dengan Nabi (saw). Mereka tidak mengikuti Tauhid Para Sahabat dan
ASWJ, dan tidak mengerti Tauhid sekalipun semua dakwaan mereka membelanya. Sebaliknya, mereka cuba yang terbaik untuk membatasi, mempersempit,
mengurangi, membantah dan akhirnya menyangkal semua makna di atas kerana di dalam hati mereka, mereka tidak percaya kepada kekuatan Allah untuk
memberikan kehidupan di Alam Barzakh dalam istilah yang lebih nyata daripada kehidupan material ini, dan untuk memberikan syafaat kepada sesiapapun yang
Dia inginkan, bagaimanapun yang Dia inginkan.

8. Wahai Muslim daripada semua aliran, dan semua orang yang percaya bahawa hidup dan mati hanya di Tangan Allah! Setiap kali kamu mendengar Wahhabi
mendakwa bahawa kekuatan seseorang manusia untuk membantu terhenti setelah mati, ketahuilah bahawa Wahhabi TERSEBUT MELAKUKAN SYIRIK (MENYEKUTUKAN)
KEHIDUPAN BIOLOGI DENGAN ALLAH. Sebagaimana wajib untuk kita mengetahui dan percaya bahawa KRITERIA BAGI KEMAMPUAN UNTUK MEMBANTU BUKANLAH KEHIDUPAN
BIOLIGICAL KITA TETAPI QUDRAT (KUASA) ALLAH DAN KHALIQIYYA (PENCIPTAAN) ALLAH TANPA SEKUTU DAN TANPA TUNDUK KEPADA KEADAAN KEHIDUPAN ATAU KEMATIAN. Allah
menciptakan kehidupan dan kematian dan sama sekali tidak tunduk kepada keadaan mereka. Hal ini dijelaskan oleh Qari dan Muhaqqiq dari Damaskus Dr.
Muhammad Samer al-Nass dalam bukunya al-Wasila ila haqiqat al-Tasawwul (Sarana untuk Memahami Erti Sebenar Tawassul) halaman 53 di mana beliau berkata:
ما الفرق في النفع والضر بين الحي والميت? إن المفرق هو المخالف بل هو المشرك شركا أصغر, وإذا اعتقده فشركه أكبر.

"Apakah perbezaan dalam manfaat dan bahaya antara yang hidup dan yang mati? Orang yang membuat perbezaan adalah melanggar Syariah; lebih daripada itu dia
melakukan syirik kecil (syirik asghar), dan jika dia benar-benar mempercayainya maka dia telah melakukan syirik besar (syirik akbar). "

9. Lebih penting lagi, ALLAH (SWT) DAN NABI-NYA (SAW) MENDEFINISKAN KEHIDUPAN SEBENAR BUKAN SEBAGAI KEHIDUPAN BIOLOGI TETAPI SEBAGAI KEHIDUPAN ORANG YANG
BERIMAN SAMA ADA SEBELUM DAN SESUDAH KEMATIAN. Itulah sebabnya Nabi (saw) mengatakan: "Orang yang mengingati Allah di antara mereka yang tidak
mengingati-Nya adalah seperti orang yang hidup di antara orang yang mati" Dan itulah sebabnya Allah Swt mengatakan,
وإن الدار الآخرة لهي الحيوان لو كانوا يعلمون

"Dan sesungguhnya, kehidupan akhirat - Aku bersumpah bahawa itu adalah kehidupan yang benar! Jikalau mereka tahu! "(29:64)

Tetapi orang-orang kafir yang tidak percaya pada akhirat dan perkara ghaib ingin membuang semua makna-makan tersebut dan mendefinisikan agama sesuai
bid'ah sesat mereka supaya umat mengikuti prinsip-prinsip Wahhabi dan menyembah bentuk luaran dan hawa nafsu mereka sendiri, bukan Allah.
10. Akhirnya, kami meninggalkan kamu, pembaca yang budiman, dengan riwayat-riwayat asli daripada para pendahulu kita yang soleh di antara Salaf al-Solih
yang menunjukkan bahawa ia bertentangan dengan dakwaan pendusta Wahhabi, umat berperilaku benar ketika menziarahi makam Awliya untuk keberkatan, doa dan
syafaat serta manfaat seperti yang diajarkan oleh seorang Sahabat Ubada bin al-Samit (r), dan daripada Allah semua kejayaan.

(I) "Umat Islam terdahulu akan mendatangi makam Abu Ayyub al-Ansari dan berdoa untuk hujan." - Diriwayatkan dari Mujahid Abu Nu`aym di Hilya, Ibn al-
Jauzi dalam Sifat al-Safwa dan al-Dzahabi di Siyar A`lam al-Nubala'.

(Ii) "Kami sering mengambil berkat (tabarruk) melalui makam Abu al-Fath al-Qawasi." Diriwayatkan dari al-Daraqutni oleh Abu Nu`aym di Hilya, Ibn al-Jauzi
dalam Sifat al-Safwa dan al -Dhahabi di Siyar A`lam al-Nubala'.

(Iii) "Makam Ma`ruf al-Karkhi dipercayai dan terbukti menyembuhkan (al-tiryaq al-mujarrab)." - Diriwayatkan dari Ibrahim al-Harbi (salah satu dari dua
sahabat Imam Ahmad bin Hanbal yang paling lama) oleh Ibn al-Jauzi dalam Sifat al-Safwa dan al-Dzahabi di Siyar A`lam al-Nubala'.

(Iv) "Aku mendengar al-Syafi'i mengatakan bahawa ia akan datang ke makam Abu Hanifah di Baghdad dan menggunakan dia sebagai perantaranya untuk memenuhi
keperluannya." Diriwayatkan dari Ali bin Maymun al-Khatib dalam Tarikh Baghdad dan al-Haytami dalam al-Khayrat al-Hisan.

(V) Perkara yang sama diceritakan melalui berbagai riwayat berkaitan dengan makam Imam al-Bukhari oleh Ibn al-Subki dalam Tabaqat al-Shafiiyya al-Kubrai
dan di tempat lain.

(Vi) Makam Imam Ahmad di Baghdad menerima ramai penziarah untuk bertawassul dan bertabarruk dikalangan para Hanbali terdahulu. Seorang Hanbali Qadhi
Muhammad Abu Ali al-Hashimi sering mencium mencium kaki makam Imam Ahmad sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi Yaala di Tabaqat al-Hanabila seperti
yang dilakukan ramai orang lain. Ibrahim al-Harbi melihat Imam Ahmad dalam mimpi dan bertanya: "Kenapa orang hanya mencium makam kamu dan tidak makam
lain?" Imam Ahmad menjawab: "Kerana aku memiliki beberapa helai rambut Nabi (saw)." Ibnu al- Jauzi meriwayatkan di dalam Manaqib al-Imam Ahmad. Akhirnya,
seorang Hafiz Hadis al-Diya 'al-Maqdisi bermazhab Hanbali di dalam kitabnya al-Hikayat al-Manthura meriwayatkan bahawa gurunya iaitu Hafiz Abd al-Ghani
al-Maqdisi dalam perjalanan dari Damsyik ke Baghdad dan mengusap makam Imam Ahmad dengan muka dan badannya mencari bagi mendapatkan kesembuhan bengkak
nanah yang dideritainya.

Semoga Allah Swt menyembuhkan kita daripada segala bengkak nanah fizik dan spiritual melalui  keberkatan Nabi-Nya Muhammad (saw), Keluarganya, sahabat,
dan semua Awliya Umat ini untuk sesiapa pun yang meminta, dan mereka yang berkeras terhadapnya bebas untuk sebegitu. Hasbuna Allah wa-al-ni`ma Wakil.

ORIGINAL ENGLISH ARTICLE:

MAS'ALAH QUBUR PART THREE BY SHAYKH HISHAM KABBANI

AWLIYA (RIGHTEOUS MUSLIMS) IN THEIR GRAVES BENEFIT THE UMMAH

The same Wahhabi propagandist said: “The claim that says Wali Songo [9 most famous Awliya of Indonesia whose graves everyone visits] will beg the Prophet Muhammad to forgive us is not acceptable - that is wrong. Only the Prophet can say so. Even the wife, children, grandchildren of Prophet cannot say that.”

The above claim is either incoherent or a lie, in both of which cases an irresponsible and false claim. In addition such a claim shows nifaq (hypocrisy) and disrespect toward the Prophet (saws) and his Family, because he singled them out to put them down on top of his deviancy in claiming what he does not know.

1. The claim is incoherent because MUSLIMS DO NOT BEG THE PROPHET (SAWS) FOR FORGIVENESS. Rather, all Muslims beg Allah (swt) for forgiveness and come to the Prophet (saws) as a wasila or means, ASKING THE PROPHET TO BEG ALLAH (SWT) for forgiveness on behalf of the Ummah as definitely established in the noble verse, 

وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ جَاءُوكَ فَاسْتَغْفَرُوا اللَّهَ وَاسْتَغْفَرَ لَهُمُ الرَّسُولُ لَوَجَدُوا اللَّهَ تَوَّابًا رَحِيمًا

“and if only they had, after they wronged themselves, come to you [Muhammad] and asked forgiveness of Allah, and the Messenger had asked forgiveness on their behalf, they would have most certainly found Allah All-Forgiving, All-Merciful” (al-Nisa’ 4:64).

The above verse is mentioned with that precise application of USING PROPHET AS A MEANS TO OBTAIN ALLAH’S FORGIVENESS (tawassul) IN THE FIQH BOOKS OF ALL FOUR MADHHABS OF AHLUS SUNNA WAL JAMAAH, BOOK OF HAJJ, CHAPTER OF ZIYARA including the Hanbali Madhhab. We gave the full documentation in the section on Ziyara in the Encyclopedia of Islamic Doctrine.

2. However, if we assume that the Wahabi propagandist actually meant to say that “The claim that says Wali Songo [9 most famous Awliya of Indonesia whose graves everyone visits] will BEG ALLAH TO FORGIVE US is not acceptable - that is wrong. Only the Prophet can say so. Even the wife, children, grandchildren of Prophet cannot say that” then his claim graduates from being incoherent to being an outright lie bordering on blasphemy (kufr), as shown by the following proofs:

3. Claiming that Awliya in Barzakh definitely cannot ask Allah for forgiveness for us is kufr on several levels because:

(i) Denying the reality of the life of Barzakh (interlife) for pious Muslims is a rejection of ASWJ Aqida and a promotion of the heresies of Mutazila, Jahmiyya, philosophers, secularists and materialists who deny the life in the grave which is established by Tawatur as mentioned in Hadith compilations such as Kitab al-Mawt wal-Qubur by Ibn Abi al-Dunya, al-Baath wal-Nushur by Imam al-Bayhaqi, al-`Aqiba by Abd al-Haqq al-Ishbili, al-Tadhkirah li Ahwal al-Mawt wal-Akhirah by al-Qurtubi, al-Ruh and Hadi al-Arwah by Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Sharhus Sudur by Imam Suyuti, and many books of Aqida such as Usul al-Din by Imam Abd al-Qahir al-Baghdadi, Ibana of al-Ashari, Fiqhul Akbar of Abu Hanifa, Aqida Nasafiyya, Tahawiyya, Wasiyya of Abu Hanifa, Adudiyya, and countless others.

(ii) Denying the reality of the life of Barzakh constitutes a claim to know the unseen. Imam al-Nawawi and others said that anyone who makes an unfounded claim (i.e. not based on evidence) about the unseen has committed unbelief (kufr) by ijmaa (consensus) in the Umma.

(iii) Claiming that pious Muslims in Barzakh cannot make dua for us contradicts all the Ayats and Hadiths stating that they are alive, sustained, making dua and istighfaar etc. Imam al-Nawawi said in Sharah Sahih Muslim “THE LIFE OF BARZAKH IS ALL DUA AND DHIKR.” All the proofs and mu`tabar (well-respected) fatwas to that effect are gathered in the book “The Life of Prophets in the Grave” which includes the rulings pertaining to non-Prophets.

4. The Wahhabi’s claim that Awliya cannot ask forgiveness for others after death shows his ignorance of hadith and of Aqidat al-Tawhid as practiced by the Major Sahaba (r) as shown by the following proofs. Imam

Muslim narrated in his Sahih, book of Iman, chapter on those who die on pure monotheism they will enter Paradise:
عن الصنابحي، عن عبادة بن الصامت؛ أنه قال: دخلت عليه وهو في الموت، فبكيت فقال: مهلا. لم تبكي؟ فوالله! لئن استشهدت لأشهدن لك. ولئن شفعت لأشفعن لك. ولئن استطعت لأنفعنك.

“Al-Sunabihi said: I went in to see Ubada ibn al-Samit as he was dying. I wept, whereupon he said: ‘Wait! WHY ARE YOU CRYING? I swear that if I am called upon to witness, I shall most certainly witness on your behalf! AND IF I AM TOLD TO INTERCEDE I SHALL MOST CERTAINLY INTERCEDE FOR YOU! AND IF I CAN BENEFIT YOU I SWEAR I WILL BENEFIT YOU!”

Observe how Ubada ibn al-Samit (r) – one of the foremost Sahaba whom Sayyidina `Umar (r) described as “one in a thousand” – keeps perfect adab and at the same time trusts in Allah’s promise of Paradise for him, based on his being a sincere Muslim and going to Paradise for saying La ilaha illallah Muhammadun Rasulullah (as stated in the rest of that hadith) and on that basis he promises to intercede (shafaah) for his student after death so that his student should be happy, not sad.

5. The upshot of the above report is that Ahlus Sunnah wal Jamaah are happy and not sad, because all of their pious predecessors are making shafaah (intercession) for them: The Holy Prophet (saws) is making shafaah, the Ahlul Bayt are making shafaah, the Sahaba are making shafaah, and the rest of the Salafus Salih are making shafaah for us! Allah (swt) said:
وَيَسْتَبْشِرُونَ بِالَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُوا بِهِم مِّنْ خَلْفِهِمْ أَلَّا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ 

“And they rejoice about those who did not yet join them and remain behind (still living), telling them they have nothing to fear nor will they ever grieve!” (Ali `Imran 3:170)

6. Ibn Kathir (rah) in his Tafsir of the above verse adduces the following report from Bukhari and Muslim, saying:
وقد ثبت في الصحيحين عن أنس ، رضي الله عنه ، في قصة أصحاب بئر معونة السبعين من الأنصار ، الذين قتلوا في غداة واحدة ، وقنت رسول الله صلى الله عليه وسلم على الذين قتلوهم ، يدعو عليهم ويلعنهم ، قال أنس : ونزل فيهم قرآن قرأناه حتى رفع : " أن بلغوا عنا قومنا أنا لقينا ربنا فرضي عنا وأرضانا

“It is firmly established as authentic in the two Sahihs from Anas (r), with regard to the seventy Ansar Companions who were murdered at the Well of Ma`una in a single morning, after which the Messenger of Allah (saws) imprecated against their killers inside Salat, cursing them, whereupon Anas said: ‘Qur’an was revealed concerning them, and we used to recite that until it was raised up (i.e. the verse was taken back and no longer kept as part of the Qur’an), saying: Convey to our people on our behalf the news that we have met our Lord and He was well-pleased with us and made us well-pleased!’”

Here we may see that the expression “AND MADE US WELL-PLEASED” (WA-ARDANA) in the above report refers to their being happy about those who are still living and making duaa and intercession for them, as found in the verse وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَى wa-la-sawfa yu`tika Rabbuka fa-tarda, “Allah shall most certainly give you everything to MAKE YOU WELL-PLEASED” in Surat al-Duha (verse 5), which was explained as INTERCESSION (SHAFAA) by Imam al-Baghawi in his Tafsir, and he added the Hadith Qudsi: “O Jibril, go to Muhammad and tell him, WE SHALL MAKE YOU WELL-PLEASED concerning your Ummah, and We will never slight you in the least over them.”

ولسوف يعطيك ربك فترضى : قال عطاء عن ابن عباس : هو الشفاعة في أمته حتى يرضى ، وهو قول علي والحسن .

وروينا عن عبد الله بن عمرو بن العاص أن النبي - صلى الله عليه وسلم - قال : " اللهم أمتي أمتي وبكى ، فقال الله : يا جبريل اذهب إلى محمد فقل له إنا سنرضيك في أمتك ، ولا نسوءك فيهم " 

7. As for Wahhabis they are worried, angry and sad because they reject intercession by fabricating conditions like the one we quoted above (“Prophet only, not others!”) as they do not believe in its reality even with regards to the Prophet (saws). They are not following the Tawhid of Sahaba and ASWJ, nor do they understand Tawhid despite all their claims of defending it. Rather, they try their best to restrict, narrow down, reduce, gainsay and ultimately deny all the above meanings because in their hearts they do not believe in the power of Allah to grant life in Barzakh in more real terms than this material life, and to grant intercession to whomever He wishes, however He wishes.

8. O Muslims of all Schools, and all people who believe that life and death in only in the Hand of Allah! Whenever you hear Wahhabis claiming that the power of a human being to help necessarily stops after death, know that SUCH WAHHABIS ARE MAKING SHIRK (ASSOCIATING) OF BIOLOGICAL LIFE WITH ALLAH. As it is obligatory to know and believe that THE CRITERIA OF ABILITY TO HELP IS NOT OUR BIOLOGICAL LIFE BUT THE QUDRA (POWER) OF ALLAH AND THE KHALIQIYYA (CREATORSHIP) OF ALLAH WITHOUT PARTNER AND WITHOUT SUBJECTION TO THE CONDITIONS OF LIFE OR DEATH. Allah created life and death and is in no way subject to their condition. This was clarified by the Qari and Muhaqqiq of Damascus Dr. Muhammad Samer al-Nass in his book al-Wasila ila Haqiqat al-Tasawwul (The Means to Understanding the Real Meaning of Tawassul) page 53 where he said:
ما الفرق في النفع والضُّر بين الحي والميت؟ إن المفرق هو المخالف بل هو المشرك شركا أصغر، وإذا اعتقده فشركه أكبر.

“What is the difference in benefit and harm between the living and the dead? The one who makes a difference is violating the Sharia; more than that he is committing minor shirk (shirk asghar), and if he really believes that then he is committing major shirk (shirk akbar).”

9. More importantly, ALLAH (SWT) AND HIS PROPHET (SAWS) DEFINED REAL LIFE NOT AS BIOLOGICAL LIFE BUT AS THE LIFE OF THE BELIEVER BOTH BEFORE AND AFTER DEATH. That is why the Prophet (saws) said: “The one who remembers Allah among those who do not remember Him is like the living walking among the dead.” And that is why Allah Most High said,
وَإِنَّ الدَّارَ الْآخِرَةَ لَهِيَ الْحَيَوَانُ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ

“And verily, the life of the hereafter – I swear that that is the real life! If they only knew!” (29:64)

But materialistic disbelievers in the hereafter and rejecters of Ghayb (the Unseen) want to throw out all those meanings and redefine the religion according their heretical innovations to make people follow Wahhabi principles and worship outward forms and their own lusts instead of Allah.

10. Finally, we leave you, dear reader, with these authentic reports from our pious predecessors among the Salaf al-Salih which show that contrary to the claims of that Wahhabi liar, the Ummah acts lawfully when visiting the graves of Awliya for the sake of blessing, intercession and benefit just as taught by the Sahabi Ubada ibn al-Samit (r), and from Allah is all success.

(i) “The early Muslims would come to the grave of Abu Ayyub al-Ansari to pray for rain.” – Narrated from Mujahid by Abu Nu`aym in the Hilya, Ibn al-Jawzi in Sifat al-Safwa and al-Dhahabi in Siyar A`lam al-Nubala’.

(ii) “We used to seek blessing (tabarruk) through the grave of Abu al-Fath al-Qawasi.” Narrated from al-Daraqutni by Abu Nu`aym in the Hilya, Ibn al-Jawzi in Sifat al-Safwa and al-Dhahabi in Siyar A`lam al-Nubala’.

(iii) “The grave of Ma`ruf al-Karkhi is a tried and proven cure-all (al-tiryaq al-mujarrab).” – Narrated from Ibrahim al-Harbi (one of the two most senior companions of Imam Ahmad ibn Hanbal) by Ibn al-Jawzi in Sifat al-Safwa and al-Dhahabi in Siyar A`lam al-Nubala’.

(iv) “I heard al-Shafi`i say that he would come to the grave of Abu Hanifa in Baghdad and use him as his intermediary for the fulfillment of his needs.” Narrated from Ali bin Maymun by al-Khatib in Tarikh Baghdad and al-Haytami in al-Khayrat al-Hisan.

(v) The same is narrated through various reports in relation to the grave of Imam al-Bukhari as in Ibn al-Subki’s iTabaqat al-Shafiiyya al-Kubrai and elsewhere.

(vi) The grave of Imam Ahmad in Baghdad received countless visitors for tawassul and tabarruk among the early Hanbalis. The Hanbali Qadi Muhammad Abu Ali al-Hashimi used to kiss the foot of the grave of Imam Ahmad as narrated by Ibn Abi Yaala in Tabaqat al-Hanabila as did many others. Ibrahim al-Harbi saw Imam Ahmad in dream and asked him: “How come people only kiss your grave and no other grave?” Imam Ahmad replied: “Because I have with me some hair of the Prophet (saws).” Ibn al-Jawzi narrated it in Manaqib al-Imam Ahmad. Finally, the Hanbali Hafiz of Hadith al-Diya’ al-Maqdisi in his book al-Hikayat al-Manthura narrated that his teacher the Hafiz Abd al-Ghani al-Maqdisi travelled from Damascus to Baghdad and wiped the grave of Imam Ahmad with his face and body seeking a cure from abscesses he was suffering from.

May Allah Most High heal us from all abscesses physical and spiritual through the blessing of His Holy Prophet Muhammad (saws), his Family, his Companions, and all the Awliya of the Umma for whoever asks, and those who insist on being excluded are free to remain out in the cold. Hasbuna Allah wa-ni`ma al-Wakil.

Thursday, May 28, 2015

Masalah Qubur Bahagian 2 Oleh Syaykh Hisham Kabbani

MAS'ALAH QUBUR BAHAGIAN DUA OLEH SHAYKH HISHAM KABBANI

Sambungan kepada artikel Masalah Qubur Bhg. 1 (Jawapan kpd siri artikel Utusan Malaysia)

Bismillah al-Rahman al-Rahim.

Salah satu propaganda Wahhabi mengatakan: "Sebuah teks yang sangat asli (nas sahih) menyokong hanya untuk menziarahi maqam Nabi Muhammad (saw) dan bukan untuk orang lain." Ini adalah pembohongan yang serius terhadap Al-Qur'an, Sunnah, Syariah dan Agama Islam! seperti yang ditunjukkan oleh bukti-bukti sebagai berikut:

1. Tidak ada dalam Islam sebuah teks tunggal - sama ada asli atau tidak asli - yang mengatakan untuk hanya menziarahi maqam Nabi Muhammad (saw).Pendakwaan perkara sebegitu tidak pernah didengari. Bahkan Wahhabi dari 200 tahun terakhir tidak pernah jatuh sampai ke tahap buta hati dan barah kejahilan serendah ini untuk berdusta melalui gigi-gigi mereka bagi menentang Allah dan Rasul-Nya.

2. Allah swt berkata: وما آتاكم الرسول فخذوه "Dan apa pun Nabi (saw) bawa kepada kamu, ambillah ia." (Al-Hasyr 59: 7) Dan Nabi (saw) mengatakan: زوروا القبور ZURUL QUBURA "Berziarahlah ke kuburan! "ini diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab Sahih-nya serta dalam kitab Sunan dan lainnya seperti al-Hakim, Ibn Hibban, al-Tabarani dan Musnad Imam Ahmad bin Hanbal. Al-Tirmidzi mengatakan:

سليمان بن بريدة عن أبيه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم قد كنت نهيتكم عن زيارة القبور فقد أذن لمحمد في زيارة قبر أمه فزوروها فإنها تذكر الآخرةقال وفي الباب عن أبي سعيد وابن مسعود وأنس وأبي هريرة وأم سلمة قال أبو عيسى حديث بريدة حديث حسن صحيح والعمل على هذا عند أهل العلم لا يرون بزيارة القبور بأسا وهو قول ابن المبارك والشافعي وأحمد وإسحق

Burayda (r) meriwayatkan bahawa Nabi (saw) mengatakan: "Aku telah melarang kamu di masa lalu daripada menziarahi maqam tetapi Muhammad telah diberikan izin untuk menziarahi maqam ibunya, oleh itu ziarahlah mereka, kerana sebenarnya mereka mengingatkan kamu tentang akhirat. "Al-Tirmidzi mengatakan:"Hal 
ini diriwayatkan juga dari Abu Sa`id, Abu Hurairah dan Umm Salama, dan hadits Burayda adalah hassan sahih, dan INI ADALAH AMALAN DI KALANGAN MEREKA YANG BERILMU".

3. Ibnu Hajar dalam Fath al-Bari mengatakan Ibnu Hazm bahkan menganggap bahawa menziarahi kubur adalah wajib sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Ini menunjukkan bahawa menziarahi maqam selain Nabi (saw) juga diterima dan diamalkan oleh mereka yang berilmu dalam Islam, dan wajib menurut sesetengah daripada mereka, dan sebaliknya ia bererti bahawa mereka yang melarang atau melihat sesuatu yang salah dengannya adalah ORANG YANG JAHIL menurut Imam al-Tirmidzi (rah) dan mereka KAFIR SESAT menurut Ibnu Hazm al-Zahiri (rah).

4. Perkara ini sangat tepat dengan ciri-ciri Wahhabi pada zaman kita, kerana mereka mengaku membela agama dengan dalil (bukti) tetapi mereka bahkan tidak tahu tentang dalil tersebut; dan jika mereka tahu, mereka salah memahaminya dan memutarbelitkan maknanya (Tahrif), atau menyimpang mentafsirkannya (ta`til); dan jika mereka memahaminya, mereka melakukan tahrif dan ta`til yang sama dengan memetiknya secara keluar dari konteks atau mempertikaikan keasliannya. Mereka terus menghentakkan kepala mereka di antara tiga tembok: kejahilan, kebodohan dan kepercayaan buruk. Mereka mengakhirinya dengan kenyataan yang sepenuhnya bertentangan dengan apa yang dikatakan Allah dan Nabi-Nya (saw), jadi kami bertanya kepada umat Islam dan khususnya Ulama ASWJ kita di Malaysia dan di mana-mana: Apakah kedudukan bagi mereka yang mendengar bahawa Nabi (saw) memerintahkan sesuatu dan kemudian mereka menjawab "Tidak"?

5. Inilah sebabnya mengapa pembela ASWJ kita yang tercinta di Mesir Dr Ali Gomaa (hafizahullah) memanggil Wahhabi hari ini adalah al-Nabitah - Mereka tumbuh seperti cendawan setelah hujan dan mereka tidak berguna atau bahkan beracun; dan pembela ASWJ kita yang tercinta di Syria Dr Nur al-Din Itr memanggil mereka Zahiriyya Jadida yaitu neo-literalis, tetapi beliau selalu menambahkan: "Dengan perbezaan bahawa Zahiri yang asli yang berilmu dan soleh, tidak seperti rawabidha (pengacau) pada hari ini. "Semoga Allah menyelamatkan umat kita dari rawabidha yang terus datang dan mencabar Allah dan Nabi-Nya (saw) dan menyerang Awliya-Nya! Allah tidak akan membiarkan walau seorang daripada mereka yang menyerang Awliya-Nya selamat. Sebaliknya Dia akan memusnahkan dan menamatkan mereka, dan itulah yang akan kita lihat tidak lama lagi.

Original English Version :

MAS'ALAH QUBUR PART TWO BY SHAYKH HISHAM KABBANI

Bismillah al-Rahman al-Rahim. 

One of the Wahhabi propagandists said: “A highly authentic text (nas sahih) supports only visiting the tomb of the Prophet Muhammad saws, and not for others.” This is a grave lie against the Qur’an, the Sunna, the Shariah and the Religion of Islam! as shown by the following proofs:

1. There is not in Islam a single text -- whether authentic or inauthentic -- which says to visit only the grave of the Prophet Muhammad (saws). To claim such a thing is unheard of. Even the Wahhabis of the past 200 years never fell to such a low level of heart-blindness and cancer of ignorance as to lie through their teeth in such a way against Allah and His Prophet.

2. Allah swt said: وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ “And whatever the Prophet (saws) brings you, take it.” (al-Hashr 59:7) And the Prophet (saws) said: زوروا القبور ZURUL QUBURA “Visit the graves!” This is narrated by Imam Muslim in his Sahih as well as in the book of Sunan and others such as al-Hakim, Ibn Hibban, al-Tabarani and the Musnad of Imam Ahmad ibn Hanbal. Al-Tirmidhi said:

سليمان بن بريدة عن أبيه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم قد كنت نهيتكم عن زيارة القبور فقد أذن لمحمد في زيارة قبر أمه فزوروها فإنها تذكر الآخرةقال وفي الباب عن أبي سعيد وابن مسعود وأنس وأبي هريرة وأم سلمة قال أبو عيسى حديث بريدة حديث حسن صحيح والعمل على هذا عند أهل العلم لا يرون بزيارة القبور بأسا وهو قول ابن المبارك والشافعي وأحمد وإسحق

Burayda (r) related that the Prophet (saws) said: “I had forbidden you in the past from visiting graves but Muhammad was granted permission to visit the grave of his mother, therefore visit them, for truly they remind you of the hereafter.” Al-Tirmidhi said: “It is related also from Abu Sa`id, Abu Hurayra and Umm Salama, and the hadith of Burayda is hasan sahih, and THIS IS THE PRACTICE AMONG THE PEOPLE OF KNOWLEDGE.”

3. Ibn Hajar in Fath al-Bari said Ibn Hazm even considered visiting the graves obligatory (wajib) at least once in a lifetime. This shows that visiting the graves of other than the Prophet (saws) is also accepted and put into practice by the people of knowledge in Islam, and wajib according to some of them, which conversely means that those who prohibit it or see something wrong with it are the PEOPLE OF IGNORANCE according to Imam al-Tirmidhi (rah) and they are HERETICAL UNBELIEVERS according to Ibn Hazm al-Zahiri (rah).

4. This is exactly the attributes of Wahhabis in our time, as they claim to defend religion with dalil (proof) but they do not even know the dalil; and if they do know it, they misunderstand it and distort its meaning (tahrif), or interpret it away (ta`til); and if they understand it, they do the very same tahrif and ta`til by quoting it out of context or disputing its authenticity. They keep banging their heads between three walls: ignorance, stupidity and bad faith. They end up saying the complete contrary of what Allah and His Prophet (saws) said, so we ask Muslims and especially our Ulema of ASWJ in Malaysia and everywhere: What is the status of those who hear that the Prophet saws commanded something and they answer “No”?

5. This is why our beloved defender of ASWJ in Egypt Dr Ali Gomaa (hafizahullah) calls the Wahhabis of today al-Nabitah – “weed.” They grow like mushrooms after yesterday’s rain and they are useless or even poisonous; and our beloved defender of ASWJ in Syria Dr Nur al-Din Itr calls them Zahiriyya Jadida i.e. neo-literalists, but he always adds: “With the difference that the original Zahiris were knowledgeable and pious, not like the rawabidha (rabble) of today.” May Allah save our Ummah from the rawabidha that keep coming up and challenging Allah and His Prophet (saws) and attacking His Awliya! Allah will leave no one of those who attack his Awliya safe. On the contrary He will wipe them out and finish them, and that is what we will see soon Insha Allah.

Sunday, May 24, 2015

ISU YAQAZAH - PARA ULAMAK MUKTABAR AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH VS 'MAULANA' ASRI YUSOF [SIRI 1] 

ISU YAQAZAH - PARA ULAMAK MUKTABAR AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH VS 'MAULANA' ASRI YUSOF [SIRI 1] 

(Dari FB Ustaz Hamizan Al Ghari)

Jawapan Untuk Ustaz Asri Yusof yang Menyesatkan Umat Islam

Suratkhabar Utusan harini menyiarkan pendapat seorang 'maulana' yang mengatakan YAQAZAH sesat dan dikaitkan dengan JAKIM. 

Namun apabila di selidik ternyata JAKIM tidak 100% menafikan/menyesatkan berlakunya YAQAZAH namun mempertikaikan yaqazah yang berlaku pada pengasas al arqam. Ternyata 'maulana' ini telah berbohong atas nama JAKIM sila rujuk :http://www.islam.gov.my/node/33681

Lihat penjelasan JAKIM : "Hakikatnya sekiranya dibaca kitab-kitab karangan para ulama ini tiada seorang pun di kalangan mereka yang mengiktiraf yaqazah sesat sebagaimana yang diimani dan dipegang oleh Asaari dan al-Arqam. 

Sesungguhnya para ulama yang membenarkan yaqazah dengan Rasulullah SAW kesemua mereka sepakat mengatakan ia hanya boleh berlaku melalui karamah para wali. Karamah pula perlu difahami sebagai sesuatu yang diperolehi bukan dalam bentuk dipelajari atau diminta. Ia merupakan perkara mencarik adat yang berlaku ke atas orang salih sebagai penghormatan (takriman) oleh Allah SWT kepadanya5. Ia tidak berlaku melalui permintaan atau permohonan atau dengan cara mempelajarinya. Sekiranya ia berlaku dengan cara demikian maka ia adalah termasuk ilmu sihir yang ditegah oleh syara’

3 Ibn Hajar al-Asqalani, Fath al-Bari bi Syarh Sahih al-Bukhari, Dar al-FIkr:1995, jld. 14, hal. 413.
4 Ibid.
." 

Islam tetap tertegak dengan hujjah, melalui al Quran dan hadith serta syarahnya melalui alim ulamak yang alim kedua-dua sumber, Ijmak, Qiyas dan sumber lain yang telah dipersetujui oleh para ulamak. Bukan dengan cakap kosong, tunjuk youtube, dan peserta/pengikut yang jahil pula akan mengangguk-angguk, setuju, mengiyakan. Sewajarnya sifat jujur dan adil perlu ada dalam diri seorang alim yang mendapat gelaran 'maulana' , alim hadith dalam membentangkan sesuatu isu apatah lagi sekiranya ia ada perbahasan di kalangan para ulamak muktabar mengenainya. Bukan syok sendiri untuk mengelabui kebenaran. 

Dalil Hadith SAHIH

Antara dalilnya adalah zahir hadis berikut yang menunjukkan seseorang yang soleh boleh bertemu secara sedar atau jaga (yaqazah) dengan Rasulullah s.a.w., tetapi dengan syarat mestilah pernah bertemu dahulu secara mimpi (ru’ya) dengan baginda s.a.w. Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: 

« من رآني في المنام فسيراني في اليقظة، ولا يتمثل الشيطان بي» 

“Sesiapa yang melihatku di dalam mimpi, maka dia akan melihatku secara yaqazah (di dalam keadaan jaga), kerana syaitan tidak boleh menyerupaiku”. [Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Ahmad. Lafaznya dari al-Bukhari]

Antara ulama yang mengatakan atau mengiktiraf kemungkinan boleh bertemu secara sedar atau jaga (yaqazah) dengan Rasulullah s.a.w. ialah: 

1. Imam Ibn Abi Jamrah al-Maliki dalam Bahjah al-Nufus. 
2. Al-‘Allamah Ahmad al-Nafrawi al-Maliki dalam Syarh Risalah Ibn Abi Zayd. 
3. al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari. 
4. al-Hafiz Jalaluddin al-Suyuti dalam Tanwir al-Halak fi Imkan Ru’yah an-Nabi wa al-Malak. 
5. Imam al-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim.
6. Imam al-Ghazali dalam al-Munqiz min al-Dhalal. 
7. Imam Syihabuddin al-Qarafi, 
8. Imam ‘Afif al-Din al-Yafi‘i al-Syafi‘i dalam (
روض الرياحين). 9. Al-‘Allamah Ibn al-Haj al-Maliki dalam al-Madkhal. 
10. Al-Qadhi Ibnu al-‘Arabi al-Maliki dalam kitabnya (
قانون التأويل). 11. Imam Ibn ‘Ata’illah al-Sakandari (w. 709H) dalam kitab Lata’if al-Minan. 
12. Al-Qadhi Syaraf al-Din al-Barizi dalam (توثيق عرى الإيمان). 
13. Imam Tajuddin al-Subki. 
14. Imam al-Qurtubi dalam (التذكرة في أحوال الموتى وأمور الآخرة). 
15. Al-‘Allamah Ibn Battal al-Maliki 
16. Al-‘Allamah Ibn al-Tin 
17. Imam ‘Izz al-Din ibn ‘Abd al-Salam dalam al-Qawa'id al-Kubra. 18. Al-‘Allamah Mulla ‘Ali al-Qari dalam Syarh al-Syama'il. 
19. Al-Qadhi Ibn al-Munayyir. 
20. Imam Ibn Daqiq al-‘Id. 
21. Imam ‘Abd al-Wahhab al-Sya‘rani dalam beberapa kitabnya. 22. Imam Ibn Hajar al-Haytami al-Makki dalam al-Fatawa al-Hadithiyyah. 
23. Al-‘Allamah ‘Abd al-Ra’uf al-Munawi dalam Faydh al-Qadir. 
24. Syeikh ‘Abdul Qadir bin ‘Abdullah al-‘Idrus (w. 1038H) dalam kitabnya al-Nurus Safir ‘an Akhbaril Qarnil ‘Asyir. 
25. Imam Abu al-‘Abbas al-Qurtubi dalam al-Mufhim. 
26. Imam al-Qastallani dalam al-Mawahib al-Laduniyyah. 
27. Imam al-Baqillani. 
28. Al-‘Allamah Sadruddin al-Qunawi dalam Syarh al-Arba‘in. 
29. Al-‘Allamah Burhanuddin al-Biqa’i dalam al-Hawi. 
30. Al-Qadhi ‘Iyadh al-Maliki. 
31. Al-‘Allamah al-Maziri. 
32. Al-‘Allamah Nuruddin al-Iji. 
33. Al-‘Allamah ‘Abd al-Ghani al-Nabulsi dalam Syarh Salawat al-Jaylani. 
34. Syeikh Ahmad ibn ‘Ajibah al-Hasani (w. 1224H) dalam al-Futuhat al-Ilahiyyah. 
35. Al-‘Allamah Syeikh Ibn ‘Allan al-Siddiqi. 
36. Al-‘Allamah Najmuddin al-Ghazi dalam kitabnya al-Kawakib al-Sa’irah. 
37. Imam Syah Waliy Allah al-Dihlawi dalam al-Durr al-Thamin. 
38. Al-‘Allamah al-Alusi dalam tafsir Ruh al-Ma'ani. 
39. Sayyid ‘Abdul Rahman al-‘Idrus dalam kitab Syarh Salawat al-Badawi. 
40. Syeikh ‘Ali al-Ajhuri al-Maliki dalam al-Nur al-Wahhaj. 
41. Syeikh Muhammad al-Khalili dalam al-Fatawa. 
42. Syeikh ‘Abdullah Sirajuddin al-Halabi dalam al-Solat 'ala al-Nabiy. 
43. Al-‘Allamah Syeikh Yusuf al-Nabhani dalam Sa‘adah al-Darayn, Syawahidul Haq dan Jami‘ Karamatil Auliya’. 
44. Syeikh Badi‘ al-Zaman Sa‘id al-Nursi. 
45. Syeikh Ibrahim al-Bajuri dalam Syarh al-Syama’il. 
46. Syeikh Muhammad Hasanain Makhluf. 
47. Syeikh Abu al-Qasim Muhammad al-Hafnawi dalam Ta'rif al-Khalaf. 
48. Al-‘Allamah Dr. ‘Abdul Halim Mahmud, Syeikhul Azhar. 
49. Al-‘Allamah Sayyid ‘Abdullah al-Siddiq al-Ghumari dalam kitabnya Fadha’ilun Nabi SAW. 
50. Al-‘Allamah Dr. Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki dalam al-Zakha’ir al-Muhammadiyyah. 
51. Al-‘Allamah Dr. Muhammad Sa‘id Ramadan al-Buti.
52. Al-Allamah Dr. ‘Ali Jum‘ah, Mufti Mesir dalam al-Bayan. 
53. Dr. ‘Umar ‘Abdullah Kamil, 
54. Dr. Mahmud al-Zayn. 
55. Datuk Seri Maharaja Awang Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz, Mufti Brunei.

Sila rujuk, kitab al-Durr al-Thamin fi Mubasysyarat al-Nabi al-Amin SAW susunan Imam al-Mujaddid Syah Wali Allah al-Dihlawi yang menghimpunkan 40 peristiwa bertemu Rasulullah s.a.w. secara mimpi dan jaga. 

Bahkan ramai dari kalangan alim ulama tariqat-tariqat sufi ini adalah pemelihara-pemilhara sunnah baginda s.a.w. baik sunnah yang zahir mahupun sunnah yang batin. Berapa banyak rahmat dan manfaat rohani yang tersebar di seluruh dunia sama ada kita sedari ataupun tidak, disebabkan usaha-usaha mereka.

Kata al-‘Allamah Ibn Al-Haj dalam kitab al-Madkhal (3/194): 

“Sebahagian orang mendakwa melihat Nabi s.a.w. secara yaqazah, sedangkan ia merupakan satu perbahasan yang sempit (sukar) untuk diperbahaskan. Amat sedikitlah dari kalangan mereka yang mengalaminya, kecuali terhadap mereka yang amat mulia di zaman ini. Walau bagaimanapun, kami tidak mengingkari sesiapa yang mengaku pernah mengalaminya, dari kalangan orang-orang yang mulia yang dipelihara oleh Allah s.w.t. zahir dan batin mereka.” Wallahu a’lam. 

Antara alim ulamak/orang soleh yang pernah mengalami yaqazah :

Antara mereka ialah; Syeikh ‘Abdul Qadir al-Jailani, Syeikh Abu al-Hasan al-Syazili, Imam Abu al-‘Abbas al-Qurtubi, Syeikhul-Akbar Muhyiddin Ibn al-‘Arabi, Syeikh Khalifah bin Musa, Syeikh Abu al-‘Abbas al Mursi (w. 686H), Syeikh Abu ‘Abdillah al-Qurasyi, Syeikh Kamaluddin al-Adfawi, Syeikh ‘Ali al-Wafa’i, Syeikh ‘Abd al-Rahim al-Qinawi, Syeikh Abu Madyan al-Maghribi, al-Hafiz Jalaluddin al-Suyuti, Syeikh ‘Ali al-Khawwas, Syeikh Ibrahim al-Matbuli, Imam Abu al-‘Abbas al-Qastallani, Syeikh Abu al-Su‘ud ibn Abi al-‘Asya’ir, Syeikh Ibrahim al-Dusuqi, Sayyid Nuruddin al-Iji, Syeikh Ahmad al-Zawawi, Syeikh Mahmud al-Kurdi, Syeikh Ahmad bin Thabit al-Maghribi, Imam al-Sya‘rani, Syeikh Abu al-Mawahib al-Syazili, Syeikh Nuruddin al-Syuni, al-Habib ‘Umar bin ‘Abdul Rahman al-‘Attas (penyusun Ratibul ‘Attas), Sayyidi ‘Abd al-‘Aziz al-Dabbagh, Syeikh Muhammad bin Abi al-Hasan al-Bakri, Sayyidi Ahmad bin Idris, Syeikh Ahmad al-Tijani dan lain-lain. 

Sumber :https://www.facebook.com/SunniMalaysia/photos/a.149616235103526.33239.149551445110005/812255015506308/

Sekian ramai alim ulamak yang pakar hadith dan feqah mengiktiraf berlakunya yaqazah dan yang pernah mengalaminya tetapi asri yusuf mengatakan ia tidak pernah berlaku ? Kebiadapan ilmuwan ini walaupun ada ilmu tetapi berbohong dan menipu dengan mempergunakan ilmu hadithnya. Sekiranya mengikut ilmu jarh wa at ta'dil. Thiqahnya tiada. Bayangkan jika ada hadith yang diriwayatkannya hanya jatuh pada dhoief dan maudhuk. 

Wallahua'lam bissowab.

Isi Cium Kaki Orang Soleh Menurut Ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaa'ah VS Asri Yusoff (Siri 2)

ISU CIUM KAKI ORANG SOLEH Menurut Ulamak Ahlus Sunnah Wal Jama'ah VS Asri Yusoff [SIRI 2]

(Dari FB Ustaz Zamihan Al Ghari)

Jawapan untuk Asri Yusoff yang menyesatkan umat Islam serta khianat kepada ilmu. Islam tidak mengajar mudah-mudah seperti ajaran Wahhabi nampak, lihat terus jatuh hukum kafir, syirik, bid'ah sesat masuk neraka.

Jika semudah itu apa yang diajar Rasulullah, sudah tentu Rasulullah akan menepis bahkan melarang terus dari kaki mulia baginda sallallahu 'alaihi wasallam dicium/dikucup. Namun realitinya mencium kaki orang soleh ada sandaran dari dalil hadith dan atsar.

Dalil mencium TANGAN dan KAKI;

MENCIUM KAKI RASULULLAH :

1. Daripada Buraidah r.a.: “Sesungguhnya seorang lelaki telah datang kepada nabi s.a.w lantas mencium tangan dan kaki baginda s.a.w.” – Hadith dikeluarkan oleh imam al-Hakim di dalam kitab al-Mustadrak. Beliau mensahihkan hadith ini.

2. Daripada Safwan r.a (menceritakan) tentang kisah 2 orang Yahudi yang bertanya kepada nabi s.a.w berkenaan 9 ayat keterangan, maka baginda menjawabnya. Lantas kedua-dua orang Yahudi tersebut mencium TANGAN dan KAKI baginda nabi s.a.w. – Dikeluarkan oleh imam An-Nasa’i (no. 4078), ibn Majah (3705) dan Tirmizi, berkata Hadith Hasan Sahih (2733 & 3144) serta disahihkan juga oleh imam al-Hakim.

3. Dikeluarkan oleh imam Ibn Jarir dan ibn Abi Hatim daripada As-Saddi berkenaan firman Allah s.w.t :

يأيها الذين ءامنوا لا تسئلوا عن أشياء إن تبدلكم تسؤكم وإن تسئلوا عنها حين ينزل القران تبدلكم عفا الله عنها والله غفور حليم

Bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan (kepada nabi s.a.w) perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu,”

Al-Maidah :101.

Setelah (saidina Umar r.a mendengar) ayat ini, beliau bangun menuju kepada nabi s.a.w dan terus mencium KAKI baginda.

4. Dikeluarkan oleh imam al-Bukhari di dalam kitabnya al-Adab al-Mufrad, imam Ahmad, Abu Daud, Ibn al-A’rabi di dalam juzunya serta imam al-Baghawi di dalam Mu’jamnya, bahawa sewaktu utusan Abd Qais tiba di Madinah, mereka mencium TANGAN dan KAKI baginda s.a.w.

Dalil ini telah dicantikkan lagi oleh ibn Abdul Bar, dibaikkan (disokong dalil lain) oleh al-Hafiz ibn Hajar dan dikeluarkan juga oleh imam Abu Ya’la, Tabarani serta al-Baihaqi dengan sanad yang bagus (Jayyid).

PARA SAHABAT MENCIUM KAKI ANTARA MEREKA

5. Sesungguhnya saidina Ali r.a mencium TANGAN dan KAKI saidina Abbas r.a.

- Hadith dikeluarkan oleh imam al-Bukhari di dalam kitabnya al-Adab al-Mufrad dengan sanad yang sahih (no. hadith 976).
Dalil ini menunjukkan bahawa mencium TANGAN dan KAKI bukanlah KHUSUSIAT NABI s.a.w seorang (perkara-perkara khusus yang dilakukan oleh nabi s.a.w sahaja).

MENCIUM KAKI ULAMAK

6. Diriwayatkan dengan sanad yang sahih bahawa Imam Muslim mencium tangan Imam Bukhari. Imam Muslim berkata, "Seandainya anda mengizinkan, pasti aku cium kaki anda." Jelas, dalam riwayat ini, Imam Muslim mengetahui bahawa mencium tangan dan kaki seorang ulama adalah mustahab.

7. Dinukil oleh Syeikh al Ansari bahawa Imam Muslim bin al Hajjaj mencium antara dua mata Imam Bukhari. Beliau juga mencuba untuk mencium kakinya, bertujuan sebagai menghormati ilmu, kemuliaan dan kebaikan gurunya. (Imam Nawawi, dalam Tahzib al Asma [88/1])

8. Soalan:

Apakah hukum mencium tangan/kaki para ulama dan orang soleh? Adakah ia suatu bid'ah atau ia dianjurkan oleh syarak?

Jawapan Dr Malik Abd Rahman As Sa'adi (Bekas Mufti Iraq)

Mencium tangan ulama, orang-orang soleh dan pemimpin yang adil adalah sunat dan bukanlah suatu yang bid'ah selagi mana ia tidak menyebabkan mereka yang dicium tangan itu tertipu (ghurur). Sekiranya keadaan itu terjadi, dosa dibebankan kepada orang yang diciumkan tangannya dan bukannya kepada orang yang mencium, kerana yang mencium itu hanya bermaksud untuk memuliakan dan menghormatinya.

Dalil bagi masalah ini adalah seperti berikut :

1. Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh At Tirmidzi dan Abu Daud dengan sanad yang hasan sahih daripada Safwan bin 'Assal radiyaLLahu 'anhu katanya : "Seorang Yahudi berkata kepada sahabatnya: "Mari kita pergi bertemu dengan nabi ini." Lalu mereka berdua pergi menemui Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam dan bertanyakan kepadanya sembilan tanda yang nyata. Maka RasuluLlah pun menjawab : "Janganlah kamu mensyirikkan ALLah dengan sesuatu apapun, jangan kamu mencuri, jangan kamu berzina, jangan kamu membunuh jiwa yang diharamkan ALLah melainkan dengan haknya, jangan kamu berjalan dengan bebas kepada seorang yang mempunyai kekuasaan lalu dia membunuh kamu, jangan kamu mengamalkan sihir, jangan kamu memakan riba, jangan kamu menuduh melakukan zina kepada seorang wanita yang suci, jangan kamu berpaling tadah (berundur) dari medan peperangan, jangan kamu bekerja pada hari sabtu."
Safwan berkata: "Lalu kedua Yahudi itu mencium tangan dan kaki baginda sallaLLahu 'alaihi wasallam dan berkata : "Kami bersaksi bahawa engkau adalah seorang nabi." Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam bertanya: "Apakah yang menghalang kamu daripada mengikutiku?" Salah seorangnya menjawab : "Sesungguhnya Nabi Daud 'alaihissalam pernah berdoa kepada Tuhannya supaya sentiasa mengutuskan nabi di kalangan zuriatnya, dan kami takut sekiranya kami mengikutimu, kami akan dibunuh oleh orang-orang Yahudi."

2. Hadith yang diriwayatkan dengan sanad yang sahih bahawa Ummu Aban binti Wazei' bin Zarei' daripada datuknya Zarei' radiyaLLahu 'anhu dan beliau bersama-sama di dalam rombongan qabilah Abdul Qais katanya: "Tatkala kami tiba di Madinah, kami segera meninggalkan kenderaan-kenderaan kami, lalu kami mengucup tangan dan kaki RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam. Tetapi al Munzir al Arsyah menunggu sehingga tibanya Utbah, lalu beliau memakai kedua pakaiannya, kemudian pergi menemui Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam. Nabi bersabda kepadanya :

"Sesungguhnya pada kamu ada dua sifat yang dikasihi oleh ALLah iaitu : sabar dan lemah lembut." Al Munzir bertanya : "Wahai RasuluLLah adakah aku yang berusaha untuk berakhlak dengan kedua-dua sifat itu atau ianya dikurniakan oleh ALlah? RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam menjawab : Ia dikurniakan oleh ALlah kepada kamu." Lalu Munzir mengucap: "AlhamduliLlah yang telah mengurniakan kepadaku dua sifat yang dicintai ALlah dan rasul-Nya."

Jika terdapat dakwaan mengatakan ia hanya dikhususkan kepada Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam. Maka kami akan menjawab begini : Dakwaan ini perlulah dikemukakan bersama dalil yang menyatakan mengucup tangan dan kaki hanya khusus untuk RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam tetapi tidak ada satupun dalil mengenai perkara tersebut.

Prinsip asalnya ialah setiap sesuatu yang diakui oleh RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam atau dilakukan dan diucapkan oleh baginda menjadi syariat untuk baginda dan umatnya selagimana tiada dalil yang menyatakan ia dikhususkan untuk RasuluLLah sallaLlahu 'alaihi wasallam.

Manakala pendapat yang mengatakan sekiranya diharuskan mengucup tangan atau kaki, nescaya ia membawa kepada tunduk yang dilarang. Maka jawapannya begini : Bukan semestinya setiap bentuk tunduk itu ditegah syarak, tetapi yang ditegah ialah tunduk untuk tujuan mengagungkan dan rukuk. Bukankah apabila sesuatu barang kamu jatuh ke tanah, maka kamu menundukkan badan untuk mengambilnya? Jadi, begitulah juga menundukkan badan di sini adalah untuk mengucup tangan atau kaki, bukannya untuk menyembah atau mengagungkan.

Sumber : Dr Abd Malik Abd Rahman As Sa'adi, al Bid'ah fi al mafhum al islami ad daqiq.

Wallahua'lam bissowab.

p/s : Tinggalkan 'maulana' yang khianat dalam ilmu serta mengajak bermusuh kepada habaib Ahlus Sunnah Wal Jama'ah.

Isu Zikir Menari/Bergoyang/Bergerak menurut Ulama Ahlus Sunnah Wal Jama'ah

ISU ZIKIR MENARI/BERGOYANG/BERGERAK MENURUT ULAMAK AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH

(Dipetik dari FB Ustaz Hamizan Al Ghari)

Pengerusi  Majlis Fatwa Kebangsaan sudah memberikan penjelasan pada 20 April yang lalu mengenai perkara ini. Namun nampaknya ada tangan-tangan jahat yang suka membangkitkan kembali fitnah dan tohmahan ini kembali kerana hasad dengki kepada amalan tarekat yang ada dinaskan dan dipersetujui ulamak muktabar.

Sila rujuk penjelasan :

1. MSTAR : http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/04/20/zikir-goyang-badan-majlis-fatwa/

2. SINAR HARIAN : http://www.sinarharian.com.my/nasional/zikir-sambil-goyang-badan-tidak-dilarang-1.381718

3. ASTRO AWANI : http://www.astroawani.com/video-malaysia/penjelasan-majlis-fatwa-kebangsaan-isu-gst-zikir-menari-dan-konsert-55740

Begitu juga Bahagian Tarekat Tasawuf, Jabatan Mufti Negeri Sembilan telah menerbitkan penjelasan mengenainya. Artikel ini juga boleh didapatkan juga di dalam Majalah At-Tariq (Bil. 17) terbitan Jabatan Mufti Negeri Sembilan. (lhat gambar)

Antara para Alim Ulamak Ahlus Sunah Wal Jama’ah yang membenarkan zikir menari/bergerak kerana tawajjud (penghayatan).

1. Imam Ahmad bin Hanbal (Al-Hadaiq : 165)

2. Imam Abu Nu'aim meriwayatkan daripada Imam Fudhail bin 'Iyadh bahawasanya para sahabat r.a. ketika berzikir kepada Allah, maka mereka akan bergerak-gerak (tamayul) sebagaimana geraknya pohon ditiup angin kedepan dan ke belakang". [Tartib Al-Idariyyah: 2/143]

3. Imam al-Baihaqi (Al-Adaab lil Baihaqi : 422)

4. Imam ar-Ramli (Nihayah al-Muhtaj, ar-Ramli : 8/298)

5. Imam as Suyuthi (al-Hawi lil Fatawi)

6. Syaikh Islam Sirajuddin al-Balqini,

7. Al-‘Allamah Burhanuddin al-Abnasi,

8. syaikh Islam Izzuddin bin Abdissalam (Al-Hawi lil Fatawi, as-Suyuthi : 3/349)

9. Imam Abdul Hayy al-Kattan ( At-Taratib al-Idariyyah, al-Kattani : 2/143 )

10. imam al-Ghazali (Ihya Ulumuddin, al-Ghazali : 2/266)

11. Dr Malik Abd Malik Abd Rahman As Sa’adi (al-Bid'ah fil Mafhum al-Islami ad-Daqiiq)

Antara penulisan asatizah yang bagus untuk dibaca mengenai zikir menari ini :

1. TARIAN MENURUT 4 MAZHAB - http://www.aswj-rg.com/2014/02/hukum-ar-raqsh-tarian-menurut-ulama-empat-madzhab-dan-jawapan-buat-asrie-sobrie.html

2. SEBAHAGIAN PERKATAAN IMAM AHMAD BIN HANBAL -
http://jomfaham.blogspot.com/2010/01/sebahagian-perkataan-imam-ahmad-bin.html

3. ZIKIR BERJOGET - http://al-amindaud.blogspot.com/2009/05/zikir-berjoget.html

4. ANALISIS ILMIYYAH ZIKIR MENARI - http://www.aswj-rg.com/2015/04/analisis-ilmiah-10-kesilapan-dalam-artikel-dr-zulkifli-bakri-isu-zikir-menari.html

5. PERBAHASAN ZIKIR HADRAH - http://pondoktampin.blogspot.com/2015/04/secebis-perbahasan-zikir-hadrah.html

Wallahua'lam bissawab.

Kedukaan para ulama terkenal dunia dgn pemergian ulama sufi Almarhum Syaikh Muhammad Nazim Adil AlHaqqani QS

Kenyataan Media Ustaz Zamihan Mat Zin al-Ghari, Presiden ASWAJA berkaitan artikel Utusan Malaysia

Kenyataan Media
Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA)

1. ASWAJA kecewa dengan tindakan Utusan Malaysia, Utusan Online yang menyiarkan artikel kononnya mengenai kesesatan Tariqat tanpa mengambil rujukan pihak berautoriti di negara ini. Nampaknya bagaikan ada agenda yang tersirat cuba dilakukan wartawan Utusan dan menjadi persoalannya apakah beliau faham dengan pengertian Tariqat dalam erti kata sebenarnya. Isu yang ditimbulkan ini boleh mencetuskan perpecahan dalam kalangan umat Islam dan mengelirukan umat Islam khususnya bagi yang tidak memahami Tariqat.

2. Utusan seharusnya bersikap ilmiah jika mahu membuat analisis pembongkaran dan perlu mengambil pandangan dari ulama muktabar yang mempunyai kepakaran dalam bab Tariqat seluruh dunia seperti masyakih Azhar, Nahdatul Ulama dan Jilsah Negeri Sembilan dan bukannya mengambil pandangan utama individ bermasalah seperti Maulana Asri yang menyesatkan Imam Ibn Ishaq iaitu imam ilmu sejarah umat islam. Tidak cukup itu beliau juga menyesatkan amalan tahlil arwah, menyesatkan amalan zikir berjemaah, menyesatkan amalan maulid Nabi dan pernah menolak hadis mengenai peristiwa ganjil semasa kelahiran Rasulullah SAW.  Dalam hal ini beliau tak layak untuk diangkat sebagai pakar hadis kerana beliau sendiri buta tentang hadis

3. Dalam hal ini timbul keraguan kenapa penulis Utusan tidak membuat rujukan kepada pihak berautoriti agama seperti JAKIM, MUFTI dan sebagainya. Malah, sebelum ini pun Majlis Fatwa sudah mengeluarkan kenyataan dan membuat keputusan mengenai Tariqat dan sepatutnya ia tidak perlu lagi dijadikan isu oleh Utusan Malaysia.

4. Jika utusan merujuk fatwa jakim tentang Naqsyahbandi Haqqani. Sepatutnya Utusan tidak mendahului JAKIM kerana JAKIM sendiri tidak menyatakan dengan ilmiah kesestan tarekat Naqsyahbandi.

5. Utusan sepatutnya lebih berhati-hati dalam berkomentar tentang para habib. Contohnya Habib Syeikh sendiri menafikan beliau mengikut haqqani. Adapun baiah yg kita nampak itu bukan baiah kesetiaan. Tetapi ia adalah baiaah tabarruk. Ia berbeza dgn baiaah kesetiaan

6. Akibat menulis bersumberkan tokoh-tokoh pro-wahabi. Penulisan utusan dicemari dengan elemen fitnah yang sekaligus merosakkan imej Islam dan mengelirukan umat Islam di negara ini.

7. Sehubungan dengan itu, ASWAJA menyeru pihak berkuasa agama supaya bersuara bagi merungkai segala persoalan yang dibangkitkan Utusan Malaysia, jika tidak ia akan mengakibatkan Tariqat terus dipandang serong oleh golongan yang tidak berilmu dah memahaminya.

Sekian Terima Kasih

Zamihan Mat Zin al-Ghari
Presiden ASWAJA (25 MEI 2015).