Sunday, January 26, 2020

NAFSUMU ITU BERHALA DALAM DIRIMU

NAFSUMU ITU BERHALA DALAM DIRIMU

Sesungguhnya nafsu yang memerintahkan kejahatan itu lebih memusuhimu daripada Iblis. Iblis dan tenteranya, syaitan jin dan syaitan manusia hanya memperalatkan hawa nafsu untuk menguasaimu. Maka janganlah tertipu.

Watak nafsu adalah berasa aman, suka berlengah-lengah, bersuka-suka dan bermalas-malas. Setiap rayuannya adalah batil dan palsu belaka. Jika engkau lemah melawannya, lalu mengikuti keinginannya, tentulah dia melemparkanmu ke neraka.

Nafsu tidak pernah menuju kepada kebaikan. Ia sumber bencana. Dialah markas syaitan dan iblis serta tempat segala keburukan yang hanya diketahui oleh Allah.

Ingatlah yang nafsu adalah berhala. Sesiapa yang menuruti nafsu bererti menyembah berhala.

Nabi Sulaiman pernah berkata: “Sesungguhnya mengekang nafsu itu lebih sulit daripada membuka sebuah kota sendirian”.

Ali bin Abi Talib juga berkata: “Aku dan nafsuku bagaikan pengembala dengan kambingnya. Jika aku menahannya dari satu sisi, dia melompat dari sisi yang lain. Barangsiapa yang dapat menjinakkan nafsunya, dia akan dibungkus dengan kafan rahmat dan dikubur dalam bumi karamah. Tapi barang siapa membunuh hatinya, terbungkuslah dia dalam kafan laknat serta terkubur dalam bumi azab!"

Yahya bin Muaz r.a. berkata: “Perangilah nafsumu dengan taat dan riadah (latihan rohani). Riadah adalah dengan mengurangi tidur – akan mengurangi kehendak, mengurangi makan – sedikit makan dapat melembutkan hati, memberikan cahaya dan menundukkan syahwat, mengurangi bercakap – sedikit bercakap akan terselamat daripada bencana dan menahan kepedihan daripada makhluk. Dapat menghantar kita sampai ke puncak (kebaikan) cahaya hikmah adalah lapar. Kenyang dapat menjauhkan seseorang daripada Allah swt."

Rasulullah telah bersabda, “Terangkanlah hatimu dengan lapar/puasa . Perangilah nafsumu dengan lapar dan haus. Serta sentiasalah mengetuk pintu syurga dengan lapar. Sesungguhnya pahala demikian itu bagaikan pahala pahlawan membela agama Allah. Dan sesungguhnya tidak ada amal yang lebih disukai Allah daripada lapar dan haus. Tidak akan masuk ke kerajaan langit seseorang yang memenuhi perutnya dan kehilangan lazatnya beribadah”.

Luqmanul Hakim juga pernah berpesan kepada anaknya: "Janganlah engkau banyak tidur dan makan kerana barang siapa memperbanyakan keduanya, pada hari kiamat dia miskin amal soleh."

Rasulullah juga pernah bersabda, “Janganlah engkau membunuh hatimu dengan banyak makan dan tidur. Sesungguhnya hati akan mati bagaikan tanaman jika tergenang air."

“Sesungguhnya syaitan itu menjalar dalam tubuh manusia bagaikan aliran darah. Maka bendunglah aliran itu dengan lapar!” bahaya yang paling besar bagi manusia ialah syahwat perut. Adam dan Hawa dikeluarkan dari syurga kerana perut dan pada dasarnya, perutlah sumber segala syahwat. Dan barang siapa menyirami tubuhnya dengan hawa nafsu syahwat, bererti dia telah menanam pohon penyesalan dalam hatinya.

Sebab itulah Rasulullah bersabda, “Jihad yang paling utama adalah memerangi nafsu”. 

Memanglah untuk memerangi nafsu itu adalah jihad yang terbesar sebab bukan mudah hendak mengalahkannya, selalunya manusia sering menuruti kata nafsu. terutamanya nafsu perut. Kebanyakan penyakit zahir dan batin, badan dan ruh itu berpunca dari nafsu perut.

Friday, January 3, 2020

SEDIKIT DIALOG TENTANG SALAT & MA'RIFAT

SEDIKIT DIALOG TENTANG SOLAT & MA'RIFAT

Banyak orang yang salah faham tentang Ilmu ma'rifat, Sehingga mengatakan ilmu ma'rifat ilmu sesat, Padahal mereka Sendirilah yang tidak faham dan bertanya pada GURU Yang Salah.

Marilah kita sama - sama perhatikan Dialog Dibawah Ini.
dengan kesucian Hati.

Soal : " Assallamu'alaikum. Wr. Wb... Ma'af guru apakah betul kata orang bila sudah makrifat tidak perlu solat.. "??

Jawab : " Wa'alaikumussallam. Wr. Wb... 
Itu Tidak Betul... Siapapun Yang Mengajarkan Seperti Itu Berarti Dia Sesat. 

Soal : " Lantas apakah ertinya kata orang kalau sudah makrifat tidak perlu solat,,, "?

Jawab : " Jika Kamu Ingin Mengetahui erti Perkataan Itu, Kamupun Jangan Langsung Ditelan Begitu Saja Nanti Bisa Keracunan Dan Mati... 

Erti atau Maksud dari Ucapan JIKA SUDAH BERMAKRIFAT TAK USAH SOLAT Adalah...  Janganlah Dirimu Mengaku Bahwa Yang Solat Itu Adalah Kamu,,,  Maknanya Janganlah Ada Rasa Ke Akuanmu Didalam Mengerjakan Solat.. 

Betul Di Jahirmu Terlihat Kamu Yang Solat Tetapi Didalam Batinmu Bukanlah Kamu Yang Solat, Kerana Bacaan NIATMU Sebelum Melakukan Solat Itu,,, Contohnya :

 "AKU NIAT SOLAT DUA RAKA'AT KERANA ALLAH SWT. 

Ertinya :

KERANA ALLAH YANG MENGGERAKKAN KAKIMU. 
KERANA ALLAH YANG MENGGERAKAN TANGANMU, PIKIRANMU, HATIMU, MAKSUDMU DAN KERANA ALLAH lah Yang Menciptakanmu. 

Jika KERANA ALLAH Sehingga Boleh Membuatmu Bergerak Untuk Mengerjakan Solat,,,  Lantas Manakah Yang Dikatakan Bahwa Yang Solat Itu Kamu... 

Bila Didalam Solat Itu Tiada Bahagian Organ Tubuh Manapun Untuk Kita Boleh Menggerakkan Salah Satunya, Jadilah Itu ertinya Kita Tidak Akan Boleh Melakukan Solat Jika Bukan Kerana Allah Itu Sendirilah Yang menggerakan Tubuh Kita Sehingga Kita Boleh Mengerjakan Solat. 

Jika Allah Yang Telah Menggerakan Kita Bermakna Bukanlah Kita Yang Solat Tetapi Kita Solat Kerana Allah Yang Menggerakkan Kita. 

Soal : " Jika Bukan Kita Yang Solat, Bererti Yang Solat Adalah Allah,, Bila Allah Yang Solat Berarti Diri Kita INI ADALAH " ALLAH ",,??

jawab : " Maksudnya Bukan Seperti Itu, Jika Seperti Itu Kefahamanmu, Bererti Kamu Telah Menyesatkan Aku Dan Telah Mengfitnah Aku, Dan Juga Telah Menyesatkan Dirimu Sendiri. 

Soal : " Terus Apakah Maksudnya,,,, "??

Jawab : " Maksud Perkata'an Itu Adalah Bertujuan Untuk Menyatakan Allah Bukan Untuk Menjadi Allah Dan Bukan Pula Untuk Mengaku Diri Kita Adalah Allah.

Kita Sebagai Makhluk Yang Diciptakan Tidak Ada HAQ Untuk Mengambil Sedikitpun Bahagian Dari Apapun Yang Telah Allah Ciptakan.

Kiasan Mudahnya Begini :

Allah Telah Menitipkan Sedikit Kuasa Gerak Kepada Kita Agar Kita Bisa Menggunakannya Untuk Menggerakan Kaki Dan Tubuh Kita. 

Akhirnya Kita Terima, Dan Setelah Kita Menerimanya Kitapun Bisa Menmfungsikan TENAGA GERAK ITU Untuk Melakukan Aktiviti Kita Sehari - Hari.

Pertanyaannya Adalah Dari Manakah Asal TENAGA GERAK ITU,,,  Kita Jawab Dari Allah. 

Pertanyaan Kedua Lalu Siapakah Yang Punya TENAGA GERAK Itu,,, "? Kita Jawab ALLAH Yang Punya. 

Pertanyaan Yang Ke Tiga jika Itu TENAGA GERAK MILIK ALLAH,  Apakah Beranikah Kita Mengaku Bahwa Yang Mengerjakan IBADAH SOLAT ITU adalah Kita... Kita Jawab TIDAK BERANI. 

Lantas Bagaimanakah KESAKSIANMU....  Kesaksianku "Aku Akan Mengatakan Bahawa Aku BOLEH Pergi Solat. Itu kerana AKU Menggunakan TENAGA YANG DIPINJAMKAN OLEH ALLAH KEPADAKU ATAU YANG DITITIPKAN OLEH ALLAH ATASKU.
DAN AKU TIDAK AKAN BOLEH MENGERJAKAN SOLAT JIKA TIDAK ALLAH BERIKAN SEDIKIT KUASA TENAGA GERAK ATASKU, JADI AKU PERGI SOLAT KERANA ALLAH YANG MENGGERAKKANKU. 

Nah....  Bererti Disitu Bermakna Bukan KITA MENGAKU BAHAWA DIRI KITA ADALAH ALLAH, MELAINKAN MAKSUDNYA ADALAH UNTUK MENYATAKAN ADANYA ALLAH. 

Kesimpulan :

Itulah Maksud Dari Ucapan SETELAH BERMAKRIFAT TAK USAH SOLAT,  Ertinya Jangan Mengaku Kita Yang Solat Atau Jangan Ada Ke AKUAN DIRI DIDALAM SOLAT. 

Sekali Lagi Harus Di Ingat, KALAU SUDAH BERMAKRIFAT TAK PERLU SOLAT, Disitu Bukan Bermaksud Melarang Untuk Mengerjakan Solat Melainkan Maksudnya Adalah JANGAN ADA KE AKUAN DIRIMU DIDALAM SOLAT.

Soal : " Terus Buat Apa Mereka Berkata Begitu... "??

Jawab : " Supaya Kita Solat Bukan Kerana Menginginkan Pahala Dan Balasan, Bukan Pula Kita Solat Kerana Takut Akan Siksaan Api Neraka,,,  Melainkan Kita Solat Itu Semata - Mata Untuk Allah, Kerana Allah, Buat Allah....Dan Kerana Kita Adalah HAMBA ALLAH.  

KATAKANLAH " Hidup Dan Matiku Hanya Untuk Allah Swt. 

Semoga Dengan Penjelasan Singkat Ini, Boleh Memberikan Kefahaman Bagi Diri Kita Semua, Agar Tidak Salah Faham Didalam Belajar Ilmu Makrifat. 

ILMU MAKRIFAT MENGAJARKAN KE IKHLASAN DIDALAM BERIBADAH.

Dan Semoga Bermanfa'at Dunia Dan Akhirat. 

Salam CINTA KASIH.