Sunday, May 24, 2015

Isu Zikir Menari/Bergoyang/Bergerak menurut Ulama Ahlus Sunnah Wal Jama'ah

ISU ZIKIR MENARI/BERGOYANG/BERGERAK MENURUT ULAMAK AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH

(Dipetik dari FB Ustaz Hamizan Al Ghari)

Pengerusi  Majlis Fatwa Kebangsaan sudah memberikan penjelasan pada 20 April yang lalu mengenai perkara ini. Namun nampaknya ada tangan-tangan jahat yang suka membangkitkan kembali fitnah dan tohmahan ini kembali kerana hasad dengki kepada amalan tarekat yang ada dinaskan dan dipersetujui ulamak muktabar.

Sila rujuk penjelasan :

1. MSTAR : http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/04/20/zikir-goyang-badan-majlis-fatwa/

2. SINAR HARIAN : http://www.sinarharian.com.my/nasional/zikir-sambil-goyang-badan-tidak-dilarang-1.381718

3. ASTRO AWANI : http://www.astroawani.com/video-malaysia/penjelasan-majlis-fatwa-kebangsaan-isu-gst-zikir-menari-dan-konsert-55740

Begitu juga Bahagian Tarekat Tasawuf, Jabatan Mufti Negeri Sembilan telah menerbitkan penjelasan mengenainya. Artikel ini juga boleh didapatkan juga di dalam Majalah At-Tariq (Bil. 17) terbitan Jabatan Mufti Negeri Sembilan. (lhat gambar)

Antara para Alim Ulamak Ahlus Sunah Wal Jama’ah yang membenarkan zikir menari/bergerak kerana tawajjud (penghayatan).

1. Imam Ahmad bin Hanbal (Al-Hadaiq : 165)

2. Imam Abu Nu'aim meriwayatkan daripada Imam Fudhail bin 'Iyadh bahawasanya para sahabat r.a. ketika berzikir kepada Allah, maka mereka akan bergerak-gerak (tamayul) sebagaimana geraknya pohon ditiup angin kedepan dan ke belakang". [Tartib Al-Idariyyah: 2/143]

3. Imam al-Baihaqi (Al-Adaab lil Baihaqi : 422)

4. Imam ar-Ramli (Nihayah al-Muhtaj, ar-Ramli : 8/298)

5. Imam as Suyuthi (al-Hawi lil Fatawi)

6. Syaikh Islam Sirajuddin al-Balqini,

7. Al-‘Allamah Burhanuddin al-Abnasi,

8. syaikh Islam Izzuddin bin Abdissalam (Al-Hawi lil Fatawi, as-Suyuthi : 3/349)

9. Imam Abdul Hayy al-Kattan ( At-Taratib al-Idariyyah, al-Kattani : 2/143 )

10. imam al-Ghazali (Ihya Ulumuddin, al-Ghazali : 2/266)

11. Dr Malik Abd Malik Abd Rahman As Sa’adi (al-Bid'ah fil Mafhum al-Islami ad-Daqiiq)

Antara penulisan asatizah yang bagus untuk dibaca mengenai zikir menari ini :

1. TARIAN MENURUT 4 MAZHAB - http://www.aswj-rg.com/2014/02/hukum-ar-raqsh-tarian-menurut-ulama-empat-madzhab-dan-jawapan-buat-asrie-sobrie.html

2. SEBAHAGIAN PERKATAAN IMAM AHMAD BIN HANBAL -
http://jomfaham.blogspot.com/2010/01/sebahagian-perkataan-imam-ahmad-bin.html

3. ZIKIR BERJOGET - http://al-amindaud.blogspot.com/2009/05/zikir-berjoget.html

4. ANALISIS ILMIYYAH ZIKIR MENARI - http://www.aswj-rg.com/2015/04/analisis-ilmiah-10-kesilapan-dalam-artikel-dr-zulkifli-bakri-isu-zikir-menari.html

5. PERBAHASAN ZIKIR HADRAH - http://pondoktampin.blogspot.com/2015/04/secebis-perbahasan-zikir-hadrah.html

Wallahua'lam bissawab.

No comments:

Post a Comment