Wednesday, April 15, 2015

Tarekat Naqshbandi Syeikh Nazim Haqqani sesat ataupun tidak?

Umat Terbaik mengumpulkan persamaan dan menyisirkan perbezaan. Amalan hanya untuk dapat redha Allah.

👆👆👆👆

M E M B E T U L K A N
F O K U S  U M A T  T E R B A I K

M E M B E S A R K A N
F I K I R  U M A T  N A B I  S A W

Ada di kalangan kita yang keliru sama ada Tarekat Naqshbandi Syeikh Nazim Haqqani sesat ataupun tidak.

Maka di sini kami mewakili Ahli Sunnah Wal Jamaah As-Asyaariah Wal Maturidiah membela Tarekat ini dari segala fitnah yang menimpa.

Bismillahirrahmanirrahim,

PANDANGAN ULAMA AZHAR TERHADAP THARIQAT NAQSYABANDI AL-'ALIYYAH DAN MAWLANA SYAIKH NAZIM AL-HAQQANI Qaddasallahu ruhahu.

Soalan kepada mereka adalah:

"Assalamualaikum wahai Syaikh! Apakah pandangan Syaikh mengenai Thariqat Naqsybandiyah al-Aliyyah Mawlana Syaikh Muhammad Nazim al-Haqqani? Adakah ia menyesatkan?"

1. SYAIKH MUHAMMAD YAHYA AL-KATTANI AL-AZHARI hafizahullah

Syaikh menjawab:
"Wa'alaykumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Aku tidak mengetahui apa-apa mengenainya melainkan perkara yang baik-baik sahaja."                    

2. SYAIKH MUHAMMAD GHANIM AL-AZHARI hafizahullah

Syaikh menjawab:
"Wa'alaykumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Syaikh (Syaikh Nazim) adalah seorang yang Alim, Murabbi yang baik dan beliau diadaptasi daripada Rasulillah SAW."
               
3. SYAIKH AHMAD AL-AZHARI hafizahullah

Syaikh menjawab:
"Wa'alaykumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Beliau adalah seorang Wali, seorang Shaykh, dan seorang Murabbi. Beliau mendapat pujian daripada Shaykh Ali Jumuah dan Habib Ali al-Jufri dan Mashaykh al-Azhar lainnya."
               
4. SYAIKH DR. ALI JUMAAH hafizahullah, Mantan Mufti Mesir.

Yang Mulia Syaikh menjawab:
"Rahmat Allah ke atas beliau. Kami menyatakan bahawa beliau tergolong dalam kalangan Para Awliya', Hamba Allah yang bertaqwa, dan Zuhud."

M A A F L A H  T U A N
5  B I L I O N  M A N U S I A
B E L U M  B E R I M A N  L A G I

Maaflah wahai maulana Asri! Kami lebih percaya kalam para ulamak Azhar yang jujur, amanah dengan ilmu, dan beradab dengan para auliya' Allah.

Berbanding tohmahan kamu yang penuh su'uzzon terhadap auliya' dan bersifat mengadu domba. Jangan kecik hati ada yang terasa.

Universiti Al-Azhar merupakan pusat pengajian terawal dan hanya silibus Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar sahaja yang dibenarkan mengajar di sini.. Wallahualam!

Pecinta Tariqat sila Sebarkan. Supaya ramai sahabat kita lebih faham tentang Tarekat Naqshbandi Syeikh Nazim Haqqani.

Madad Ya Rasulullah!
Madad Ya Rijalallah!

Oleh: Ustaz Muhammad Safwan

No comments:

Post a Comment