Saturday, May 14, 2016

Tauhid Sifat

Tauhid Sifat

Sesungguhnya الله  memiliki akan segala sifat2 Yg Agung yg tiada terkira, alam dan insan adalah tempat Dia  memantulkan segala sifat2Nya Yg Agung dan Indah agar Dia tetap menyaksikan Keagungan dan KeindahanNya dan sekelian makhluk jg menyaksikan. Maka bertasbih apa yg ada dilangit dan dibumi kpdNya.

Jika pada alam الله memantulkan imej sifat dan AsmaNya secara berpecah2, pada insan dipantulkan secara sempurna.
FirmanNya  لَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ فِىٓ أَحۡسَنِ تَقۡوِيمٍ۬
Sesungguhnya Kami mencipta insan adalah sebaik-baik kejadian"

Perhatikan duhai insan akan tujuh sifat maani yg ada pada diri mu yakni Sifat melihat,mendengar,berkalam,ilmu, hidup,kudrat dan iradah. Adakah engkau pemilik sifat tersebut atau engkau hanya tempat DIA menunjukkan sifatNya.?

Pada  insan dipancarkan imej 7 sifatNya hingga terzahir pdnya 7 sifat pd dirinya. Sifat melihatNya terpancar imej berbentuk 2 biji mata yg indah,sifat mendengar terpancar imej berbentuk dua telinga yg indah,sifat kalam terpancar imej berbentuk mulut yg indah , sifat hayat terpancar imej pd hidung, sifat ilmu terpancar imej berbentul akal,sifat kehendak terpancar imej berbentuk hati, sifat kudrat terpancar imej berbentuk tubuh yg ada gerak dan diam.

Hakikatnya bahwa bahwa insan tiada  miliki Sifat2 tersebut melainkan hanya tempat menerima pantulan 7 sifat maaniNya shj. Segala2 imej2 yg berbentuk mata,telinga,mulut,hidung,akal,hati dan anggota tubuh tiada berfungsi Jka tiada dipantulkan segala sifat2Nya pd imej2 tersebut.

Ia hanya sebuah patung yg dicipta dari setitis airmani yg hina(saripati tanah), namun diri patung inilah yg mahu berlagak Tuhan dialam ini lantaran kejahilan, Allah hanya "tersenyum" melihat simiskin yg berlagak kaya, sipatung berlagak pemilik segala sifat yg hebat..

Duhai insan, Hakikat diri mu faqir yakni hanya cermin kosong yg tiada apa2  melainkan tempat الله mahu pantulkan sifat2Nya agar sifatNya dikenali dan dipuji dgn sebaik2 pujian.

Apabila pantulan sifat BasyarNya ditarik, nescaya diri mu menjd buta walaupun ada mata yg sempurna,jika  pantulan sifat Mendengarnya ditarik nescaya diri mu menjd pekak walaupun ada telinga yg sempurna, jika pantulan sifat ilmunya ditarik maka diri mu kembali asal sifat mu yg jahil walaupun ada akal yg sempurna, jika pantulan sifat kalamNya ditarik,nescaya kembali diri kpd sifat asal mu bisu walaupun engkau milki mulut yg sempurna, jika pantulan sifat kehendak ditarik kembali, nescaya diri mu  menjd tiada berkeinginan walaupun ada hati,jika pantulan sifat kudratNya ditarik kembali nescaya tiada berdaya diri mu walaupun utk mengangkat satu jari mu sekali pun.

Sesungguhnya barangsiapa yg benar2 mengenal akn dirinya,nescaya nyatalah Hak الله atas dirinya hingga jatuh tersungkur segala keakuan dan kesombongan dirinya. Bagaimana bisa dirinya memandang,mendengar,berkata2,berilmu,berkudrat, beriradah dan hidup jika الله tiada bersamanya dlm setiap saat dan detik,
FirmanNya " وهو معكم اين ما كنتم
Dia sentiasa bersama mu dimana kamu berada"
Al hadid ayat 4

yakni Dia bersama mu dlm keberadaan mu pd setiap detik nafas mu, penglihatan mu, pendengaran mu,percakapan mu,ilmu mu,iradah mu dan kudrat mu

ketahuilah duhai insan segala sifat2 tersebut tiada akn terpantul jika tiada digerakkan dari kuasa cintaNya Yang Agung pd hambaNya diatas kalimah  بسم  الله الرحمن الرحيم

Jiwa yg mati tidak dpt memahami apalg  memandang akn segala sifat2Nya yg amat nyata diatas dirinya,dia terus tidur@mati hingga sentiasa menyaksikan segala hal tersebut adalah sifat dirinya semata2 tanpa melihat wajah الله disebaliknya...

Inilah mrk yg dikatakan org yg mati walaupun dilihat hidup,sesungguhnya kematian cahaya berpisah drpd hati  lebih ditakuti drpd kematian nyawa berpisah drpd badan..

Kpd diri Mu jua kami bersimpuh Ya Allah agar tetaplah hidup cahaya pd hati kami ini hingga dpt menyaksikan wajah Mu hingga akhir kalam kami di alam ini

Wallahulam

No comments:

Post a Comment