Wednesday, April 15, 2015

Wahabi di Malaysia terdesak !! Dari FB Ustaz Zanihan

Di petik dari FB ustaz Zamihan

WAHHABI DI MALAYSIA TERDESAK !
1. Apabila banyak bukti yang menunjukkan susur galur kegiatan keganasan dan militan serta menghalalkan darah sesama Islam ada pada ajaran Wahhabi, maka Wahhabi cuba mengalihkan isu dengan membuat fitnah terhadap Ulamak dan habaib Ahlus Sunnah Wal Jama'ah.
2. Gambar auta yang mengaitkan Sheikh Nazim Haqqani dengan ulamak antaranya Sheikh Nuruddin, Habib Ali Zainal Abidin dan beberapa individu lain adalah satu pembohongan Wahhabi yang sudah ketandusan idea untuk menyembunyikan kebatilan mereka.
3. Usaha penipuan ini adalah untuk mengaitkan para ilmuwan termasuk habaib Ahlus Sunnah Wal Jama'ah dengan pengharaman tareqat tersebut di Malaysia.
4. Di Mesir, Syria dan Yaman beliau diperakui oleh alim ulamak masakini seperti Syeikh Dr Ali Jum'ah, Habib Ali al Jufri, Syeikh Muhammad Yahya al Kattani, Syaikh Ahmad al Azhari, Syeikh Muhammad Abul Huda al-Yaqoubi.
5. Ini sebenarnya usaha komplot jahat wahhabi untuk menzalimi dan menutup dakwah habaib Ahlus Sunnah Wal Jama'ah kepada umat Islam di Malaysia yang penuh kasih sayang serta hikmah dan curahan ilmu Sheikh Nuruddin al Banjari yang diiktiraf ramai alim ulamak di al Azhar dan Maghribi.
6. Nampaknya usaha kotor dan keji Wahhabi ini dengan menuduh kafir/syirik/dan sesat kepada amalan tareqat yang bersandarkan kepada al Quran dan sunnah yang sahih dan diamalkan salafussoleh.
7. Majlis Fatwa Kebangsaan bertarikh 21 Disember 2013 jelas menunjukkan Malaysia menolak kebatilan ajaran Wahhabi yang bertentangan dengan Ahlus Sunnah Wal Jama'ah. Bahkan kebanyakan negeri-negeri lain di Malaysia turut menolak ajaran Wahhabi yang mudah mengkafir/mensyirik dan membid'ah sesatkan ulamak dan umat Islam tanpa hak, cenderung kepada tajsim dan tasybih, menolak amalan tareqat secara total serta berkait rapat dengan keganasan dan kegiatan ekstrimis seperti ISIS.
Sumber FB Ustaz Zamihan (www.facebook.com/zamihan)


No comments:

Post a Comment