Thursday, May 20, 2021
EBOOK "RADIKALISME WAHABI" & "ADAKAH AKU.MENGENALMU - SYIAH?"
Saturday, June 20, 2020
JAUHI FAHAMAN WAHABI
Sunday, May 20, 2018
MENGENALI CIRI-CIRI WAHHABI
MENGENALI CIRI-CIRI WAHHABI
Dalam Bab AKIDAH
1. Wahabi membahagikan Tauhid kepada 3 bahagian iaitu:
(a) Tauhid Rububiyyah: Dengan tauhid ini, mereka mengatakan bahawa kaum musyrik Mekah dan orang kafir juga mempunyai tauhid.
(b) Tauhid Uluhiyyah: Dengan tauhid ini, mereka menafikan tauhid ummat Islam yang bertawassul, beristigathah dan bertabarruk sedangkan ketiga-tiga perkara tersebut diterima oleh jumhur ulama' Islam khasnya dari ulama' empat Imam mazhab.
(c) Tauhid Asma’ wa Sifat: Tauhid versi mereka ini boleh menjerumuskan ummat Islam ke lembah tasbih dan tajsim kepada ALlāh SWT seperti:
-Menterjemahkan "istiwa’" sebagai bersemayam/bersila,
-Menterjemahkan "yad" sebagai tangan,
-Menterjemahkan "wajh" sebagai muka,
-Menisbahkan "jihah" (arah) ke atas ALlāh (arah atas – jihah ulya),
-Menterjemahkan "janb" sebagai lambung/rusuk,
-Menterjemah "nuzul" sebagai turun dengan Dzat,
-Menterjemahkan "saq" sebagai betis,
-Menterjemah "ashabi’" sebagai jari-jari, dll
-Menyatakan bahawa ALlāh SWT mempunyai “surah” atau rupa,
-Menambah bi Dzatihi haqiqatan [dengan Dzat secara hakikat] di akhir setiap ayat-ayat mutasyabihat.
2. Memahami ayat-ayat mutasyabihat secara zahir tanpa penjelasan terperinci dari ulama-ulama yang muktabar.
3. Menolak al-Asya’irah dan al-Maturidiyah yang merupakan ulama’ Islam dalam perkara akidah yang diikuti majoriti ummat Islam.
4. Sering mengkritik al-Asya’irah bahkan sehingga mengkafirkan al-Asya’irah.
5. Menyamakan al-Asya’irah dengan Mu’tazilah dan Jahmiyyah atau Mu’aththilah dalam perkara mutasyabihat.
6. Menolak dan menganggap tauhid Sifat 20 sebagai satu konsep yang bersumberkan falsafah Yunani dan Greek.
7. Berselindung disebalik mazhab Salaf.
8. Golongan mereka ini dikenali sebagai al-Hasyawiyyah, al-Musyabbihah, al-Mujassimah atau al-Jahmiyyah dikalangan ulama’ Ahli Sunnah wal-Jama’ah.
9. Sering menuduh bahawa Abu Hasan al-Asya’ari telah kembali ke mazhab Salaf setelah bertaubat dari mazhab al-Asya’irah. Menuduh ulama’ al-Asya’irah tidak betul memahami fahaman Abu Hasan al-Asya’ari.
10. Menolak ta’wil dalam bab Mutasyabihat.
11. Sering menuduh bahawa majoriti ummat Islam telah jatuh kepada perbuatan syirik (melakukan bid'ah).
12. Menuduh bahawa amalan memuliakan RasūluLlāh ﷺ [membaca maulid dll] membawa kepada perbuatan syirik.
13. Tidak mengambil pelajaran dari sejarah para anbiya’, ulama’ dan solihin dengan dalil kerana menghindari daripada syirik.
14. Pemahaman yang salah tentang makna syirik, sehingga mudah menghukumi orang ramai sebagai pelaku syirik.
15. Menolak amalan tawassul, tabarruk dan istighathah dengan para anbiya’ atau dengan para solihin.
16. Mengganggap tawassul, tabarruk dan istighathah sebagai cabang-cabang kesyirikan.
17. Memandang remeh karomah para wali [auliya’].
18. Menyatakan bahawa ayah bonda dan datuk RasūluLlāh ﷺ tidak selamat dari azab api neraka.
19. Mengharamkan mengucap “radhiyaLlāhu ‘anha” untuk ibu RasūluLlāh ﷺ, Sayyidatuna Aminah.
Dalam Bab SIKAP
1. Sering membid’ahkan amalan ummat Islam bahkan sampai ke tahap mengkafirkan mereka (pelaku).
2. Menganggap diri sebagai mujtahid atau berlagak sepertinya (walaupun tidak layak).
3. Sering mengambil hukum secara langsung dari al-Qur’an dan hadith (walaupun tidak layak).
4. Sering memtertawakan dan meremehkan ulama’ pondok dan golongan agama yang lain.
5. Ayat-ayat al-Qur’an dan Hadith yang ditujukan kepada orang kafir sering ditafsir ke atas orang Islam.
6. Memaksa orang lain berpegang dengan pendapat mereka walaupun pendapat itu syaz (janggal).
Dalam Bab HADITH
1. Menolak beramal dengan hadith dho’if, hanya sahih sahaja.
2. Penilaian hadith yang tidak sama dengan penilaian ulama’ hadith yang lain.
3. Mengagongkan Nasiruddin al-Albani di dalam bidang ini [walaupun beliau tidak mempunyai sanad bagi menyatakan siapakah senarai para guru beliau dalam bidang hadith.
[Bahkan majoriti Muslim mengetahui bahawa beliau tidak mempunyai guru dalam bidang hadith dan diketahui bahawa beliau belajar hadith secara sendirian dan ilmu jarh wa ta’dil beliau adalah mengikut Imam al-Dhahabi].
4. Sering menganggap hadith dho’if sebagai hadith maudhu’ [mereka mengumpulkan hadith dho’if dan palsu di dalam satu kitab atau bab seolah-olah kedua-dua kategori hadith tersebut adalah sama].
5. Pembahasan hanya kepada sanad dan matan hadith, dan bukan pada makna hadihs. Oleh kerana itu, perbezaan pemahaman ulama’ [syawahid] dikesampingkan.
Dalam Bab AL-QUR’AN
1. Menganggap tajwid sebagai ilmu yang menyusahkan dan tidak perlu (hujah sebahagian Wahabi indonesia yang jahil)
Dalam Bab FEQAH
1. Menolak mengikuti mazhab imam-imam yang empat; pada hakikatnya mereka bermazhab iaitu mengikut mazhab Wahabi.
Dalam Bab MAZHAB
2. Mencampuradukkan amalan empat mazhab dan pendapat-pendapat lain sehingga membawa kepada talfiq [mengambil yang disukai] haram.
3. Memandang amalan bertaqlid sebagai bid’ah; mereka mengklaim dirinya berittiba’.
4. Sering mengungkit dan mempermasalahkan soal-soal khilafiyyah.
5. Sering menggunakan dakwaan ijma’ ulama dalam masalah khilafiyyah.
6. Menganggap apa yang mereka amalkan adalah sunnah dan pendapat pihak lain adalah bid’ah.
7. Sering menuduh orang yang bermazhab sebagai ta’assub [fanatik] dalam bermazhab.
8. Salah faham makna bid'ah yang menyebabkan mereka mudah membid'ahkan orang lain.
9. Mempromosikan mazhab feqah baru yang dinamakan sebagai Fiqh al-Taysir, Fiqh al-Dalil, Fiqh Musoffa, dll [yang jelas terkeluar daripada feqah empat mazhab].
10. Sering mewar-warkan agar hukum ahkam feqah dipermudahkan dengan menggunakan hadith “Yassiru wa la tu’assiru, farrihu wa la tunaffiru”.
11. Sering mengatakan bahawa fiqh empat mazhab telah ketinggalan zaman.
Dalam Bab NAJIS
1. Sebahagian mereka sering mempermasalahkan dalil akan kedudukan babi sebagai najis mughallazhah.
2. Menyatakan bahawa bulu babi itu tidak najis kerana tidak ada darah yang mengalir.
Dalam Bab WUDHU
1. Tidak menerima konsep air musta’mal.
2. Bersentuhan lelaki dan perempuan tidak membatalkan wudhu’.
3. Membasuh kedua belah telinga dengan air basuhan rambut dan tidak dengan air yang baru.
Dalam Bab AZAN
1. Adzan Juma’at sekali; adzan kedua ditolak.
SOLAT
1. Mempromosikan “Sifat Solat Nabi ﷺ, dengan alasan kononnya solat berdasarkan fiqh mazhab adalah bukan sifat solat Nabi yang benar.
2. Menganggap melafazkan kalimat “usholli” sebagai bid’ah.
3. Berdiri dengan kedua kaki mengangkang.
4. Tidak membaca “BasmaLlāh‟ secara jauhar.
5. Mengangkat tangan sewaktu takbir sejajar bahu atau di depan dada sahaja, tidak berdekatan telinga.
6. Meletakkan tangan di atas dada sewaktu qiyam, bukan di atas pusat atau sekitar.
7. Menganggap perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam solat sebagai perkara bid‟ah (sebahagian Wahabiyyah Indonesia yang jahil).
8. Menganggap bacaan Qunut Subuh sebagai bid’ah.
9. Menganggap penambahan “wa bihamdihi” pada tasbih ruku’ dan sujud adalah bid’ah.
10. Menganggap mengusap muka selepas solat sebagai bid’ah.
11. Solat Tarawih hanya 8 rakaat; mereka juga mengatakan Solat Tarawih itu sebenarnya adalah solat malam (shalatul-lail) seperti pada malam-malam lainnya.
12. Dzikir jahr di antara rakaat-rakaat solat tarawih dianggap bid’ah.
13. Tidak ada qadha’ bagi solat yang sengaja ditinggalkan.
14. Menganggap amalan bersalaman selepas solat adalah bid’ah.
15. Menganggap lafaz "sayyidina" (taswid) dalam solat sebagai bid’ah.
16. Menggerak-gerakkan jari sewaktu tasyahud awal dan akhir.
17. Boleh jamak dan qasar walaupun kurang dari dua marhalah.
18. Memakai sarung atau celana setengah betis untuk menghindari isbal.
19. Menolak Solat Sunat Qabliyyah sebelum Juma’at.
20. Menjamak solat sepanjang semester pengajian, kerana mereka berada di landasan FisabiliLlāh
Dalam Bab DO’A, ZIKIR & BACAAN AL-QUR’AN
1. Menganggap do’a berjama’ah selepas solat sebagai bid’ah.
2. Menganggap zikir dan wirid berjama’ah sebagai bid’ah.
3. Mengatakan bahawa membaca “Sodaqallahul ‘azhim” selepas bacaan Al-Qur’an adalah bid’ah.
4. Menyatakan bahawa do’a, zikir dan selawat yang tidak ada dalam Al-Qur’an dan Hadith sebagai bid’ah. Sebagai contoh mereka menolak Dala’il al-Khairat, Selawat al-Syifa', al-Munjiyah, al-Fatih, Nur al-Anwar, al-Taj, dll.
5. Menganggap amalan bacaan Yaasiin pada malam Juma’at sebagai bid’ah yang haram.
6. Mengatakan bahawa sedekah atau pahala tidak sampai kepada orang yang telah wafat.
7. Menganggap penggunaan tasbih adalah bid’ah.
8. Menganggap zikir dengan bilangan tertentu seperti 1000 (seribu), 10,000 (sepuluh ribu), dll sebagai bid’ah.
9. Menolak amalan ruqiyyah syar’iyah dalam pengobatan Islam seperti wafa‟, azimat, dll.
10. Menolak zikir isim mufrad: ALlāh.. ALlāh.. ALlāh..
11. Melihat bacaan Yaasin pada malam nisfu Sya’ban sebagai bid’ah yang haram.
12. Sering menafikan dan memperselisihkan keistimewaan bulan Rejab dan Sya’ban.
13. Sering mengkritik keutamaan malam Nisfu Sya’ban.
14. Mengangkat tangan sewaktu berdoa’ adalah bid’ah.
15. Mempermasalahkan kedudukan Solat Sunat Tasbih.
Dalam Bab PENGURUSAN JENAZAH & KUBUR
1. Menganggap amalan menziarahi maqam RasūluLlāh ﷺ, para anbiya’, awliya’, ulama’ dan solihin sebagai bid’ah dan solat tidak boleh dijamak atau qasar dalam ziarah seperti ini.
2. Mengharamkan wanita menziarahi kubur.
3. Menganggap talqin sebagai bid’ah.
4. Menganggap amalan tahlil dan bacaan Yaasin bagi kenduri arwah sebagai bid’ah yang haram.
5. Tidak membaca doa selepas solat jenazah.
6. Sebahagian ulama’ mereka menyeru agar maqam RasūluLlāh ﷺ dikeluarkan dari Masjid Nabawi atas alasan menjauhkan ummat Islam dari syirik.
7. Menganggap kubur yang bersebelahan dengan masjid adalah bid’ah yang haram.
8. Doa dan bacaan Al-Qur'an di perkuburan dianggap sebagai bid’ah.
Dalam Bab MAJLIS SAMBUTAN BERAMAI-RAMAI
1. Menolak peringatan Maulid Nabi; bahkan menyamakan sambutan Maulid Nabi dengan perayaan agama Kristian bagi Nabi Isa alayhissalam.
2. Menolak amalan marhaban para habaib
3. Menolak amalan barzanji.
4. Berdiri ketika bacaan maulid adalah bid’ah.
5. Menolak peringatan Isra’ Mi’raj, dll.
Dalam Bab HAJI & UMRAH
1. Mencuba untuk memindahkan “Maqam Nabi Ibrahim alayhissalam.” namun usaha tersebut telah digagalkan oleh al-Marhum Sheikh Mutawalli Sha’rawi saat beliau menemuhi Raja Faisal ketika itu.
2. Menghilangkan tanda telaga zam-zam.
3. Mengubah tempat Sa’ie di antara Sofa dan Marwah yang mendapat tentangan ulama’ Islam dari seluruh dunia.
Dalam Bab PEMBELAJARAN & PENGAJARAN
1. Maraknya para professional yang bertitle LC menjadi “ustaz-ustaz‟ mereka (di Indonesia),
2. Ulama-ulama yang sering menjadi rujukan mereka adalah:
a. Ibnu Taymiyyah al-Harrani
b. Ibnu Qayyim al-Jauziyyah
c. Muhammad bin Abdul Wahhab
d. Sheihk Abdul Aziz bin Baz
e. Nasiruddin al-Albani
f. Sheikh Sholeh al-Utsaimin
g. Sheikh Sholeh al-Fawzan
h. Adz-Dzahabi dll.
3. Sering ber-dakwah dengan slogan "Kembali kepada Al-Qur’an dan Hadith" (tanpa menyebut para ulama’, sedangkan Al-Qur'an dan Hadith sampai kepada ummat Islam melalui para ulama’ dan para ulama’ jugalah yang memelihara dan menjabarkan kandungan Al-Qur’an dan Hadith untuk ummat ini).
4. Sering mengkritik Imam al-Ghazali dan kitab-nya; “Ihya’ Ulumuddin”
Dalam Bab PENGKHIANATAN MEREKA KEPADA UMMAT ISLAM
1. Bersekutu dengan Inggeris dalam menjatuhkan kerajaan Islam Turki Utsmaniyyah.
2. Melakukan perubahan kepada kitab-kitab ulama’ yang tidak sehaluan dengan mereka.
3. Banyak ulama’ dan ummat Islam dibunuh sewaktu kebangkitan mereka di Timur Tengah.
4. Memusnahkan sebahagian besar peninggalan sejarah Islam seperti tempat lahir RasūluLlāh ﷺ, meratakan maqam al-Baqi’ dan al-Ma’la [makam para isteri RasūluLlāh ﷺ di Baqi’, Madinah dan Ma’la, Mekah], tempat lahir Sayyiduna Abu Bakar dll, dengan hujah tempat tersebut boleh membawa kepada syirik.
5. Di Nusantara, sebahagian mereka dahulu dikenali sebagai Kaum Muda atau Mudah [kerana hukum fiqh mereka yang mudah, ia merupakan bentuk ketaatan bercampur dengan kehendak hawa nafsu].
Dalam Bab TASAWWUF & THARIQAT
1. Sering mengkritik aliran Sufisme dan kitab-kitab sufi yang muktabar.
2. Sufiyyah dianggap sebagai kesamaan dengan ajaran Buddha dan Nasrani.
3. Tidak dapat membezakan antara amalan sufi yang benar dan amalan batiniyyah yang sesat.
Wallahu a’lam bish-sowab wal hadi ila sabilil haq.
COPAS Group WA Asatizah
Sunday, September 25, 2016
Wahabi Diciptakan Abdul Wahab bin Rustum Hanyalah Dongeng Yang Dipopulerkan
Wahabi Diciptakan Abdul Wahab bin Rustum Hanyalah Dongeng Yang Dipopulerkan
Dongeng ini sangat populer di kalangan Salafi-Wahabi, padahal cerita ini adalah fiktif belaka dan tidak lebih dari hanya sebuah dongeng semata, tapi aneh nya dongeng ini bukan saja di sukai oleh anak-anak, tapi justru sangat popular dan di sukai oleh Ustadz atau Syekh Salafi-Wahabi, Cuma saja dongeng ini beredar dengan beragam judul, dikalangan Salafi-Wahabi lebih sering didongengkan dengan judul “Siapakah Wahabi sesungguhnya ?” dan “Inilah Wahabi Sesungguhnya” dan bahkan karena terlalu terbawa dan percaya dengan dongeng populer wahhabiyyah Rustumiyyah ini, tanpa mencari tau kebenaran nya, sebagian orang menyangka cerita fiktif tersebut adalah sebuah kenyataan, meskipun tidak bisa membuktikan kebenaran cerita nya, karena kebiasaan para pengikut mereka yang hanya bisa membaca tapi tidak mencari Fakta yang mengerikan, hanya bisa mendengar tak bisa berkomentar, sehingga dongeng tersebut terus disebarkan oleh orang-orang yang tidak punya malu dan tanggung jawab (semoga Allah membalas nya dengan balasan yang setimpal).
Dongeng Populer Wahhabiyyah Rustumiyyah ini menceritakan tentang ajaran seorang yang bernama Abdul Wahhab bin Abdirrahman bin Rustum [208 H/823 M] atau konon disebut dengan nama Wahhabi, dan di akhir cerita di vonis sesat oleh seorang Ulama bernama Al-Lakhmi atau nama lengkap Ali bin Muhammad Al-Lakhmi [478 H/1085 M], adapun bila ada kesamaan nama atau sebutan dalam dongen tersebut hanyalah sebuah kebetulan atau memang ada misi dibalik nama-nama tersebut, namun nama-nama dan sebutan dalam dongeng populer ini tidak ada hubungan dengan Salafi-Wahabi dengan bermacam varian nya, yang juga difatwakan sesat oleh Ulama Ahlus Sunnah Waljama’ah seluruh dunia, karena Wahabi yang difatwakan sesat oleh Ulama Ahlus Sunnah sedunia adalah ajaran Syekh Muhammad bin Abdil Wahhab At-Tamimi An-Najdi [1206 H/1791M], sekali lagi bahwa Wahabi dalam dongeng tersebut tidak ada hubungan apa pun dengan Wahabi yang beredar disekeliling kita sekarang ini atau yang sering menyebut diri nya Salafi, meri kita ikuti dongeng populer ini sampai akhir, agar generasi kita tidak termakan oleh sebuah dongeng atau cerita yang tidak bisa dibuktikan kebenaran nya (semoga Allah menjaga kita semua dari fitnah Agama ini).
Begini Cerita nya ! Dongeng ini kami copas dari situs Syekh Salafi-Wahabi, tapi ingat ini hanya sebuah dongeng ! harap baca sampai tuntas, agar tidak salah paham
Wahabi Diciptakan Abdul Wahab bin Rustum Hanyalah Dongeng Yang Dipopulerkan
Dongeng Wahhabiyyah Rustumiyyah
(awal dongeng)– Cerita ini berawal dari dialog antara Syaikh Muhammad bin Sa’ad Asy Syuwai’ir dengan para masyaikh/dosen-dosen disuatu Universitas Islam di Maroko (tidak jelas Universitasnya).
Salah seorang Dosen itu berkata: ”Sungguh hati kami sangat mencintai Kerajaan Saudi Arabia, demikian pula dengan jiwa-jiwa dan hati-hati kaum muslimin sangat condong kepadanya,dimana setiap kaum muslimin sangat ingin pergi kesana, bahkan antara kami dengan kalian sangat dekat jaraknya. Namun sayang, kalian berada diatas suatu Madzhab, yang kalau kalian tinggalkan tentu akan lebih baik, yaitu Madzhab Wahabi.”
Kemudian Asy Syaikh dengan tenangnya menjawab: ”Sungguh banyak pengetahuan yang keliru yang melekat dalam pikiran manusia, yang mana pengetahuan tersebut bukan diambil dari sumber-sumber yang terpercaya, dan mungkin kalian pun mendapat khabar-khabar yang tidak tepat dalam hal ini.
Baiklah, agar pemahaman kita bersatu, maka saya minta kepada kalian dalam diskusi ini agar mengeluarkan argumen-argumen yang diambil dari sumber-sumber yang terpercaya,dan saya rasa di Universitas ini terdapat Perpustakaan yang menyediakan kitab-kitab sejarah islam terpercaya .Dan juga hendaknya kita semaksimal mungkin untuk menjauhi sifat Fanatisme dan Emosional.”
Dosen itu berkata : ”saya setuju denganmu, dan biarkanlah para Masyaikh yang ada dihadapan kita menjadi saksi dan hakim diantara kita.
Asy Syaikh berkata : ”saya terima, Setelah bertawakal kepada Allah, saya persilahkan kepada anda untuk melontarkan masalah sebagai pembuka diskusi kita ini.”
Dosen itu pun berkata :”baiklah kita ambil satu contoh, ada sebuah fatwa yang menyatakan bahwa firqoh wahabi adalah Firqoh yang sesat. Disebutkan dalam kitab Al-Mi ’yar yang ditulis oleh Al Imam Al-Wansyarisi, beliau menyebutkan bahwa Al-Imam Al-Lakhmi pernah ditanya tentang suatu negeri yang disitu orang-orang Wahabiyyun membangun sebuah masjid,”Bolehkan kita Sholat di Masiid yang dibangun olehorang-orang wahabi itu ??”maka Imam Al-Lakhmi pun menjawab:”Firqoh Wahabiyyah adalah firqoh yang sesat, yang masjidnya wajib untuk dihancurkan, karena mereka telah menyelisihi kepada jalannya kaum mu ’minin, dan telah membuat bid’ah yang sesat dan wajib bagi kaum muslimin untuk mengusir mereka dari negeri-negeri kaum muslimin ”.
Dosen itu berkata lagi :”Saya rasa kita sudah sepakat akan hal ini, bahwa tindakan kalian adalah salah selama ini,”
Kemudian Asy Syaikh menjawab : ”Tunggu dulu..!! kita belum sepakat, lagipula diskusi kita ini baru dimulai, dan perlu anda ketahui bahwasannya sangat banyak fatwa yang seperti ini yang dikeluarkan oleh para ulama sebelum dan sesudah Al-Lakhmi, untuk itu tolong anda sebutkan terlebih dahulu kitab yang menjadi rujukan kalian itu !”
Dosen itu berkata: ”anda ingin saya membacakannya dari fatwanya saja, atau saya mulai dari sampulnya ??”
Asy Syaikh menjawab:”dari sampul luarnya saja.”
Dosen itu kemudian mengambil kitabnya dan membacakannya: ”Namanya adalah Kitab Al-Mi’yar,yang dikarang oleh Ahmad bin Muhammad Al-Wansyarisi. Wafat pada tahun 914 H dikota Fas, di Maroko.”
Kemudian Asy Syaikh berkata kepada salah seorang penulis di sebelahnya:”wahai syaikh, tolong catat baik- baik, bahwa Imam Al-Wansyarisi wafat pada tahun 914 H. Kemudian bisakah anda menghadirkan biografi Imam Al- Lakhmi ??”
Dosen itu berkata:”Ya,”kemudian dia berdiri menuju salah satu rak perpustakaan, lalu dia membawakan satu juz dari salah satu kitab-kitab yang mengumpulkan biografi ulama. Didalam kitab tersebut terdapat biografi Ali bin Muhammad Al-Lakhmi, seorang Mufti Andalusia dan Afrika Utara.
Kemudian Asy Syaikh berkata : ”Kapan beliau wafat?”
Yang membaca kitab menjawab: ”beliau wafat pada tahun 478 H”
Asy Syaikh berkata kepada seorang penulis tadi: ”wahai syaikh tolong dicatat tahun wafatnya Syaikh Al-Lakhmi ” kemudian ditulis.
Lalu dengan tegasnya Asy Syaikh berkata : ”Wahai para masyaikh….!!! Saya ingin bertanya kepada antum semua …!!! Apakah mungkin ada ulama yang memfatwakan tentang kesesatan suatu kelompok yang belum datang (lahir) ???? kecuali kalau dapat wahyu????”
Mereka semua menjawab :”Tentu tidak mungkin, Tolong perjelas lagi maksud anda !”
Asy syaikh berkata lagi : ”bukankah wahabi yang kalian anggap sesat itu adalah dakwahnya yang dibawa dan dibangun oleh Syaikh Muhammad Bin Abdul Wahhab ????
Mereka berkata : ”Siapa lagi???”
Asy Syaikh berkata:”Coba tolong perhatikan..!!! Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab lahir pada tahun 1115 H dan wafat pada tahun 1206 H, …
Nah,ketika Al-Imam Al-Lakhmi berfatwa seperi itu, jauh RATUSAN TAHUN lamanya syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab belum lahir. bahkan sampai 22 generasi keatas dari beliau sama belum yang lahir.apalagi berdakwah..
KAIF ??? GIMANA INI???
(Merekapun terdiam beberapa saat..)
Kemudian mereka berkata:”Lalu sebenarnya siapa yang dimaksud Wahabi oleh Imam Al-Lakhmi tersebut ??” mohon dielaskan dengan dalil yang memuaskan, kami ingin mengetahui yang sebenarnya !”
Asy Syaikh pun menjawab dengan tenang : ”Apakah anda memiliki kitab Al-Firaq Fii Syimal Afriqiya, yang ditulis oleh Al-Faradbil, seorang kebangsaan Francis ?”
Dosen itu berkata:”Ya ini ada,”
Asy Syaikh pun berkata :”Coba tolong buka di huruf “ wau” ..maka dibukalah huruf tersebut dan munculah sebuah judul yang tertulis “ Wahabiyyah”
Kemudian Asy Syaikh menyuruh kepada Dosen itu untuk membacakan tentang biografi firqoh wahabiyyah itu.
Dosen itu pun membacakannya: ”Wahabi atau Wahabiyyah adalah sebuah sekte KHOWARIJ ABADHIYYAH yang dicetuskan oleh Abdul Wahhab bin Abdirrahman bin Rustum Al-Khoriji Al- Abadhi, Orang ini telah banyak menghapus Syari’at Islam, dia menghapus kewajiban menunaikan ibadah haji dan telah terjadi peperangan antara dia dengan beberapa orang yang menentangnya. Dia wafat pada tahun 197 H dikota Thorat di Afrika Utara. Penulis mengatakan bahwa firqoh ini dinamai dengan nama pendirinya, dikarenakan memunculkan banyak perubahan dan dan keyakinan dalam madzhabnya. Mereka sangat membenci Ahlussunnah.
Setelah Dosen itu membacakan kitabnya Asy Syaikh berkata : ”Inilah Wahabi yang dimaksud oleh imam Al-Lakhmi, inilah wahabi yang telah memecah belah kaum muslimin dan merekalah yang difatwakan oleh para ulama Andalusia dan Afrika Utara sebagaimana yang telah kalian dapati sendiri dari kitab-kitab yang kalian miliki. Adapun Dakwah yang dibawa oleh Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab yang didukung oleh Al-Imam Muhammad bin Su’ud-Rahimuhumallah-, maka dia bertentangan dengan amalan dakwah Khowarij, karena dakwah beliau ini tegak diatas kitabullah dan Sunnah Rasulullah Shollallahu ‘alaihi wa sallam yang shahih, dan beliau menjauhkan semua yang bertentangan dengan keduanya, mereka mendakwahkah tauhid, melarang berbuat syirik, mengajak umat kepada Sunnah dan menjauhinya kepada bid ’ah, dan ini merupakan Manhaj Dakwahnya para Nabi dan Rasul. (akhir dongeng)
Itulah dongeng lengkap yang sering diceritakan oleh para Syekh Salafi-Wahabi kepada pengikut setia mereka, hati-hati jangan terjebak oleh dongeng ini …..!!!
BENARKAH CERITA ITU SEBUAH DONGENG ?
Dalam dongeng populer itu menceritakan bahwa ajaran Abdul Wahhab bin Abdirrahman bin Rustum bernama Wahhabiyah nisbah kepada nama Abdul Wahhab, ternyata ajaran yang disebarkan oleh Abdul Wahhab bin Abdirrahman bin Rustum itu bukan Wahhabiyyah ( الوهابيه ) tapi Wahbiyyah ( الوهبية ), lalu kenapa juga ajaran nya disebut Wahbiyyah ? apakah Wahbiyyah itu nisbah kepada Abdul Wahhab bin Abdirrahman bin Rustum ? nah tentu saja bukan karena ajaran Wahbiyyah tersebut adalah nisbah kepada Abdullah bin Wahbi Ar-Rasibi (38 H) [عبد الله بن وهب الراسبي] [Lihat Al-Firaq Fii Syimal Afriqiya- halaman 145], lalu pecah kepada beberapa firqah, nah firqah nya Abdul wahhab bin Abdirrahman bin Rustum di sebut Wahbiyyah Rustumiyyah (bukan Wahhabiyyah Rustumiyyah), bahkan dalam kitab yang tersebut di atas (rujukan dalam dongeng) sangat jelas bahwa Al-Lakhmi di tanyakan tentang kaum Wahbiyyah, bukan tentang Wahhabiyyah, tetapi dalam dongeng disebutkan bahwa Al-Lakhmi ditanyakan tentang Wahhabiyyah, ini jelas-jelas tipuan dan pembodohan, simak penjelasan berikut ini :
Dalam kitab Tarikh Ibnu Khaldun juzuk II halaman 98, beliau berkata :
وكان يزيد قد أذل الخوارج ومهد البلاد فكانت ساكنة أيام روح ورغب في موادعة عبد الوهاب بن رستم وكان من الوهبية فوادعه
Perhatikan dari teks di atas : (ﻭﻛﺎﻥ ﻣﻦ ﺍﻟﻮﻫﺒﻴﺔ) dan adalah Abdul Wahhab bin Rustum sebagian dari “Wahbiyyah”
Maksudnya, Abdul Wahhab bin Abdirrahman bin Rustum adalah pengikut Wahbiyyah bukan Wahhabiyyah, dan juga bukan pendiri Wahbiyyah sehingga ada anggapan bahwa ajaran nya bernama Wahhabiyyah nisbah kepada nama nya Abdul Wahhab, sunnguh anggapan yang sangat keliru, perbedaan antara Wahbiyyah dan Wahhabiyyah bagaikan langit dan bumi, baik dari penulisan atau bacaan nya, atau pun pada nisbah dan ajaran nya, tapi kemiripan penulisan tulisan dan bacaan nya membantu para Syekh Salafi-Wahabi untuk menipu para simpatisan mereka, maka tertipulah orang-orang yang hanya bisa melihat tapi tak mau berpikir. (na’uzubillah)
Bahkan dalam Al-Mi’yaar al-Mu’rib wa al-Jaami’ al-Mughrib ‘an Fataawaa Ifriiqiyyah wa al-Andalus wa al-Maghrib juzuk 11 halaman 168 di tulis oleh Ahmad bin Yahya Al-Wansyarisi (sebagaimana rujukan dalam dongeng di atas)
وسئل اللخمي عن قوم من الوهبية سكنوا بين أظهر أهل السنة زمانا وأظهروا الآن مذهبهم وبنوا مسجدا ويجتمعون فيه ويظهرون مذهبهم في بلد فيه مسجد مبني لأهل السنة زمانا ، وأظهروا أنه مذهبهم وبنوا مسجدا يجتمعون فيه ويأتي الغرباء من كل جهة كالخمسين والستين ، ويقيمون عندهم ، ويعملون لهم بالضيافات ، وينفردون بالأعياد بوضع قريب من أهل السنة . فهل لمن بسط الله يده في الأرض الإنكار عليهم ، وضربهم وسجنهم حتى يتوبوا من ذلك ؟
Perhatikan dari teks di atas : (ﻭﺳﺌﻞ ﺍﻟﻠﺨﻤﻲ ﻋﻦ ﻗﻮﻡ ﻣﻦ ﺍﻟﻮﻫﺒﻴﺔ) “Dan Al-Lakhmi ditanyakan tentang satu kaum dari Wahbiyyah”
Maksudnya, Imam Al-Lakhmi ditanyakan tentang satu firqah dari Wahbiyyah, sementara dalam dongeng di atas disebutkan Al-Lakhmi ditanyakan tentang firqah Wahhabiyyah, sangat jelas ini tipuan belaka, Wahhabiyyah dalam penulisan bahasa Arab ber-tasydid pada (Ha) dan ada (Alif) di depan (Ha), sementara Wahbiyyah tulisan nya tidak ber-tasydid pada (Ha) dan tidak ada (Alif) di depan (Ha), maka fatwa Al-Lakhmi bukan tentang faham Wahhabiyyah, tapi tentang firqah Wahbiyyah, dan tidak ada hubungan antara Wahhabiyyah dan Wahbiyyah Rustumiyyah ibadhiyyah.
Dan dalam buku seorang sejarawan asal Prancis, sebagaimana rujukan dalam dongeng itu pula, yaitu Al-Firaq Fii Syimal Afriqiya, yang ditulis oleh Al-Faradbil [1364 H/1945 M], lihatlah penyimpangan cerita itu dengan apa yang tersebut dalam buku rujukan nya, ini tulisan Al-Faradbil dalam buku nya :
وقد سموا أيضا الوهبيين نسبة إلى عبد الله بن وهب الراسبي ، زعيم الخوارج
“Dan sungguh mereka dinamakan Wahbiyyin (الوهبيين) karena dinisbahkan kepada Abdullah bin Wahbi Ar-Rasibi, yang di tuduh sebagai Khawarij” [Al-Firaq Fii Syimal Afriqiya– halaman 145].
Ternyata dalam buku Al-Faradbil juga tertulis Wahbiyyin, bukan Wahhabiyyin, dan dengan sharih disebutkan nisbah nya, Wahbiyyah atau Wahbiyyin bukan nisbah kepada Abdul Wahhab bin Abdirrahman bin Rustum sebagaimana dalam dongeng di atas, akan tetapi Wahbiyyah itu nisbah kepada Abdullah bin Wahbi Ar-Rasibi.
Semakin terang benderang upaya makar para syekh Salafi-Wahabi hendak memutar balikkan fakta, sungguh tipuan yang hampir sempurna, banyak trik yang telah mereka susupi dalam kitab, buku, situs dan blog mereka, dan para pengikut mereka tidak pernah mempertanyakan atau membuktikan kebenaran nya, sikap para pengikut mereka yang hanya bisa taqlid buta, semakin mendukung para syekh akan terus mempertahankan taktik ini, (semoga membuka mata para pecinta dongeng itu).
Dan perhatikan nama-nama kitab Wahbiyyah berikut ini :
كتـاب ( تلخيص عقائد الوَهْبِيَّة في نكتة توحيد خالق البرية ) * للشيخ إبراهيم بن بيحمان اليسجني من علماء وادي مِيزَاب بالجزائر ( ت : 1232هـ / 1817م )
كتاب ( العقيدة الوَهْبِيَّة ) * للشيخ أبي مسلم ناصر بن سالم البَهْلانِي من علماء عُمَان ( ت : 1339هـ / 1920م )
كتاب ( دفع شبه الباطل عن الإباضية الوَهْبِيَّة المحقة ) * للشيخ أبي اليقظان إبراهيم من علماء وادي مِيزَاب بالجزائر ( ت : 1393هـ / 1973م )
Perhatikan, ini pengakuan dan pernyataan dari mereka sendiri bahwa faham mereka bernama “Wahbiyyah- الوَهْبِيَّة” bukan Wahhabiyyah, semua mata pun bisa melihat dengan sangat jelas, hanya hati yang ingkar yang masih mempertahankan cerita yang tidak bisa dibuktikan kebenaran nya, ketika cerita atau sejarah sudah tidak lagi sesuai dengan fakta, maka pantaslah cerita itu masuk dalam kategori Dongeng, silahkan saja bercerita, tapi bukan untuk di percaya, tapi seharusnya seorang Ustadz tidak mengelabui murid-murid nya dengan cerita dusta, apalagi setingkat Ustadz lulusan luar negeri, sungguh sangat disayangkan. (semoga allah membuka mata mereka)
WAHHABI ADALAH NAMA AJARAN SYEKH MUHAMMAD IBNU ABDIL WAHHAB AT-TAMIMI AN-NAJDI
berikut bukti pengakuan dari Syaikh Wahabi yakni Ibnu Baz dalam kitab Fatawa Nur ‘ala al-darb pada soal yang ke 6 sebagai berikut :
س 6 – يقول السائل: فضيلة الشيخ، يسمي بعض الناس عندنا العلماء في المملكة العربية السعودية بالوهابية فهل ترضون بهذه التسمية؟ وما هو الرد على من يسميكم بهذا الاسم؟
“Soal ke 6 – Seseorang bertanya kepada Syaikh : Sebagian manusia menamakan Ulama-Ulama di Arab Saudi dengan nama Wahabi [Wahabiyyah], adakah antum ridho dengan nama tersebut ? dan apa jawaban untuk mereka yang menamakan antum dengan nama tersebut ?” Syaikh Ibnu Baz menjawab sebagai berikut :
الجواب: هذا لقب مشهور لعلماء التوحيد علماء نجد ينسبونهم إلى الشيخ الإمام محمد بن عبد الوهاب رحمة الله عليه
“Jawab : Penamaan tersebut masyhur untuk Ulama Tauhid yakni Ulama Nejed [Najd], mereka menisbahkan para Ulama tersebut kepada Syaikh Muhammad ibnu Abdil Wahhab. dan bahkan Ibnu Baz memuji nama tersebut, ia berkata :
فهو لقب شريف عظيم
“Nama itu (Wahhabiyah) adalah panggilan yang sangat mulia dan sangat agung”.
Sungguh pengakuan yang sangat jujur yang seharusnya dimiliki oleh semua Syekh Salafi-Wahabi, kenapa harus main curang kalau memang yakin dengan kebenaran dakwah Wahabi ? lagi pula kebenaran dan kesesatan bukan pada sebuah nama atau julukan, justru kebohongan yang semakin lama semakin banyak Nampak ke permukaan, akan membuat para penggemar Salafi-Wahabi kecewa, ketika mereka tau ternyata Wahabi bukan bermanhaj Salaf.
KESALAHAN PARA SYEKH SALAFI-WAHABI DALAM DONGENG INI
1. Menghubungkan Fatwa tentang firqah Wahbiyyah dengan firqah Wahhabiyyah.
2. Menghilangkan atau menganggap sama Wahbiyyah dengan Wahhabiyyah.
3. Cerita nya tidak sesuai dengan apa yang ada dalam kitab atau buku rujukan yang tersebut dalam cerita itu.
4. Menceritakan bahwa Abdul Wahhab bin Abdirrahman bin Rustum adalah pendiri Wahbiyyah, agar sesuai dengan tujuan cerita.
5. Ternyata tidak ada ajaran bernama Wahhabi pada masa daulah Rustumiyyah.
6. Wahbiyyah ternyata nisbah kepada Abdullah bin Wahbi Ar-Rasibi.
7. Main curang untuk membela satu paham yang mereka anggap benar.
MISI DIBALIK DONGENG INI
Siapa pun bisa menebak apa misi di balik trik ini, trik yang sudah terlalu sering digunakan oleh para Syekh Wahhabi Saudi, walaupun trik ini kelihatan sangat super bodoh tapi tetap mereka pertahankan, karena sangat efektif mempengaruhi orang bodoh (awam), ideologi bodoh itu sangat ilmiah dan masuk akal di kalangan orang bodoh, tapi orang yang berpendidikan pasti bisa melihat apa maksudnya dongeng itu ? dia pasti bisa merasakan ada sesuatu di balik cerita yang tidak ada manfaat itu, dan bahkan sangat jelas dalam dongeng itu pun telah ada pembelaan terhadap ajaran Syekh Muhammad bin Abdil Wahhab, kemiripan sebuah nama, mereka gunakan untuk menutupi kesesatan ajaran mereka, agar orang buta bertambah gelap dalam kebutaan nya, dan menyangka itulah Wahhabi sesungguhnya yang difatwakan sesat oleh ulama Ahlus Sunnah, dan ajaran sesat Syekh Muhammad bin Abdil Wahhab pun terlepas dengan hanya sebuah dongeng belaka (na’uzubillah min dzalik).
FATWA ULAMA AHLUS SUNNAH WALJAMA’AH TENTANG AJARAN SYEKH MUHAMMAD BIN ABDIL WAHHAB AT-TAMIMI
Al-Imam Ibn Abidin Al-Hanafi berkata :
Keterangan tentang pengikut Muhammad bin Abdul Wahhab, kaum Khawarij pada masa kita. Sebagaimana terjadi pada masa kita, pada pengikut Ibn Abdil Wahhab yang keluar dari Najd dan berupaya keras menguasai dua tanah suci. Mereka mengikuti madzhab Hanabilah. Akan tetapi mereka meyakini bahwa mereka saja kaum Muslimin, sedangkan orang yang berbeda dengan keyakinan mereka adalah orang-orang musyrik. Dan oleh sebab itu mereka menghalalkan membunuh Ahlussunnah dan para ulamanya sampai akhirnya Allah memecah kekuatan mereka, merusak negeri mereka dan dikuasai oleh tentara kaum Muslimin pada tahun 1233 H. (Hasyiyah Raddul Muhtar ‘ala Ad-Durr al-Mukhtar-juzuk 4- halaman 262).
Al-Imam Muhammad bin Abdullah bin Humaid Al-Hanbali An-Najdi berkata :
Abdul Wahhab bin Sulaiman At-Tamimi An-Najdi, adalah ayah pembawa dakwah Wahhabiyah, yang percikan apinya telah tersebar di berbagai penjuru. Akan tetapi antara keduanya terdapat perbedaan. Padahal Muhammad (pendiri Wahhabi) tidak terang-terangan berdakwah kecuali setelah meninggalnya sang ayah. Sebagian ulama yang aku jumpai menginformasikan kepadaku, dari orang yang semasa dengan Syaikh Abdul Wahhab ini, bahwa beliau sangat murka kepada anaknya, karena ia tidak suka belajar ilmu fiqih seperti para pendahulu dan orang-orang di daerahnya. Sang ayah selalu berfirasat tidak baik tentang anaknya pada masa yang akan datang. Beliau selalu berkata kepada masyarakat, “Hati-hati, kalian akan menemukan keburukan dari Muhammad.” Sampai akhirnya takdir Allah benar-benar terjadi. Demikian pula putra beliau, Syaikh Sulaiman (kakak Muhammad bin Abdul Wahhab), juga menentang terhadap dakwahnya dan membantahnya dengan bantahan yang baik berdasarkan ayat-ayat al-Qur’an dan hadits-hadits Nabi shallallahu alaihi wa sallam. Syaikh Sulaiman menamakan bantahannya dengan judul Fashl al-Khithab fi al-Radd ‘ala Muhammad bin Abdul Wahhab. Allah telah menyelamatkan Syaikh Sulaiman dari keburukan dan tipu daya adiknya meskipun ia sering melakukan serangan besar yang mengerikan terhadap orang-orang yang jauh darinya. Karena setiap ada orang yang menentangnya, dan membantahnya, lalu ia tidak mampu membunuhnya secara terang-terangan, maka ia akan mengirim orang yang akan menculik dari tempat tidurnya atau di pasar pada malam hari karena pendapatnya yang mengkafirkan dan menghalalkan membunuh orang yang menyelisihinya. (As-Suhub Al-Wabilah ‘ala Dharaih Al-Hanabilah-halaman 275).
Al-Imam Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan Asy-Syafi’I Al-Makki :
Sayyid Abdurrahman al-Ahdal, mufti Zabid berkata: “Tidak perlu menulis bantahan terhadap Ibnu Abdil Wahhab. Karena sabda Nabi shallallahu alaihi wa sallam cukup sebagai bantahan terhadapnya, yaitu “Tanda-tanda mereka (Khawarij) adalah mencukur rambut (maksudnya orang yang masuk dalam ajaran Wahhabi, harus mencukur rambutnya)”. Karena hal itu belum pernah dilakukan oleh seorang pun dari kalangan ahli bid’ah. (Fitnah Al-Wahhabiyah, halaman. 54).
Al-Imam Ahmad bin Muhammad As-Shawi Al-Maliki :
Ayat ini turun mengenai orang-orang Khawarij, yaitu mereka yang mendistorsi penafsiran al-Qur’an dan Sunnah, dan oleh sebab itu mereka menghalalkan darah dan harta benda kaum Muslimin sebagaimana yang terjadi dewasa ini pada golongan mereka, yaitu kelompok di negeri Hijaz yang disebut dengan aliran Wahhabiyah, mereka menyangka bahwa mereka akan memperoleh sesuatu (manfaat), padahal merekalah orang-orang pendusta. (Hasyiyah al-Shawi ‘ala Tafsir al-Jalalain- juzuk 3- halaman 307).
Pandangan Ulama empat madzhab di atas sangat jelas untuk ajaran Syekh Muhammad bin Abdil Wahhab At-Tamimi An-Najdi yang bernama Wahhabi, bukan untuk ajaran Abdul Wahhab bin Abdirrahman bin Rustum atau Firqah Wahbiyyah Rustumiyyah Ibadhiyyah.
KESIMPULAN
~ Firqah yang difatwakan sesat oleh Al-Lakhmi dalam dongeng adalah ajaran yang dinisbahkan kepada Abdul Wahhab bin Abdirrahman bin Rustum yang bernama Wahhabiyyah, tapi kenyataan nya dalam rujukan kitab itu, bukan bernama Wahhabiyyah tapi Wahbiyyah.
~ Wahbiyyah bukan nisbah kepada Abdul Wahhab bin Abdirrahman bin Rustum, tapi nisbah kepada Abdullah bin Wahbi Ar-Rasibi.
~ Wahbiyyah dan Wahhabiyyah adalah dua nama untuk dua ajaran yang berbeda dan masa berbeda.
~ Wahhabi atau Wahhabiyyah yang telah difatwakan sesat oleh Ulama Ahlus Sunnah Wal Jama’ah semua Madzhab, sejak kemunculan nya sampai sekarang adalah ajaran Syekh Muhammad bin Abdil Wahhab At-Tamimi An-Najdi, dan tidak ada hubungan dengan fatwa Al-Lakhmi.
~ Ada misi di balik dongeng tersebut, mereka ingin membela ajaran Syekh mereka dengan cara berdusta dan membodohi para pengikut setia mereka, dan mengalihkan semua Fatwa Ulama hlus Sunnah Waljama’ah kepada ajaran lain yang hampir serupa nama nya dalam penulisan dan bacaan nya.
~ Fatwa Ulama Ahlus Sunnah seluruh Madzhab, ditujukan kepada ajaran Syekh Muhammad bin Abdil Wahhab An-Najdi, yakni ajaran Salafi-Wahabi.
~ Wahabi dalam dongeng tersebut tidak ada hubungan dengan Salafi-Wahabi, bukan sebagai bukti sesat nya atau tidak sesat nya.
~ Wahhabi yang sesungguhnya hanya ada satu yakni ajaran Syekh Muhammad bin Abdil Wahhab At-Tamimi An-Najdi, karena ajaran Abdul Wahhab bin Abdirrahman bin Rustum tidak pernah dinamakan dengan nama Wahhabi kecuali hanya dalam dongeng itu saja.
~ Hati-hati membaca dongeng, jangan sampai anda termakan dan menjadi korban sebuah dongeng, apalagi dongeng dalam masalah Agama.
Semoga tulisan ini menjadi ilmu bagi penulis dan pembaca semua, dan juga kepada siapa pun yang pernah termakan oleh dongeng itu, Wallahul muwaffiq ila aqwamit thoriq, amiin…
Sumber Dari: http://www.ngaji.web.id/2015/09/wahabi-diciptakan-abdul-wahab-bin.html#ixzz4LJ8MxwIV
Thursday, September 8, 2016
Wahabi dan sifat 20 - kalam Ustaz Mohd Al Amin Daud Al Azhari
[WAHHABI DAN SIFAT 20]
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على سيدنا وحبيبنا رسول الله
وعلى آله وأصحابه ومن والٓاه
أما بعد،
1. Wahhabi mengatakan pada zaman Nabi tidak ada akidah sifat 20 yang telah disusun secara sistematik oleh Imam Abu Hassan al-Asya'ari dan Imam Abu Mansur Al-Maaturidi رضي الله عنهما.
2. Saya jawab.Jika itu alasan Wahhabi untuk menolak penyusunan sifat 20 maka wahhabi perlu juga menolak penyusunan ilmu usul fiqh dan ulum Al-Hadith kerana Imam Syafie adalah orang yang pertama menyusun keduanya. Wahhabi juga perlu menolak ulum Al-Quran, ilmu nahu, ilmu soraf, ilmu balaghah dan segala macam ilmu yang tidak pernah ada pada zaman Nabi.
3. Bahkan Wahhabi juga perlu menolak kitab-kitab hadith kerana ia disusun oleh ulama dan ia tidak ada pada zaman Nabi. Kitab sahih Bukhari disusun oleh Imam Bukhari dan beliau adalah ulama'. Penyusunan hadith Bukhari berdasarkan ijtihad beliau di dalam memilih hadith-hadith Nabi untuk dijadikan hujjah.
4. Jika Wahhabi mengatakan ilmu sifat 20 berdasarkan ilmu kalam maka saya jawab kepada mereka bahawa segala ilmu qawaid di dalam Islam termasuk ulum dan mustolah hadith juga disusun berdasarkan kepada thoriq al-Mutakallimin.
5. Mengapa Wahhabi sangat membenci pengajian sifat 20? Jawapannya kerana sesiapa yang mendalami dan menguasainya pasti akan menolak akidah mujassimah dan musyabbihah yang mereka cuba sebarkan kepada masyarakat seperti Allah mempunyai anggota tangan, kaki, dua mata, betis. Allah bertempat di langit, di arash, kedua kaki Allah di atas kursi, naik turun Allah ke langit dunia, Allah ketawa dan sebagainya daripada akidah yang tidak mentanzihkan (menyucikan) dan mentauhidkan (mengEsakan) Allah daripada sebarang penyerupaan dengan makhluk.
6. Kita perlu faham segala ilmu itu telah ada pada zaman Nabi صلى الله عليه وسلم namun penyusunan (تدوين العلم) berlaku kemudian selepas kurun para sahabat. Tidak ada di dalam kitab tidak bermakna ilmu itu tidak wujud kerana peringkat awal ilmu diambil daripada dada ke dada dan mulut ke mulut. Maka sebab inilah pentingnya sanad ilmu yang muttasil (berhubung) sehingga kepada Nabi صلى الله عليه وسلم.
7. Teringat ketikamana guru kami Syeikh Dr Usamah as-Sayyid Al-Azhari mengsyarahkan berkaitan dengan ilmu mantiq. Kata beliau ilmu mantiq bukan wujud pada zaman Aristotle (ارسطو) tetapi ia telah wujud semenjak wujudnya manusia. Kerana manusia berfikir. Tinggal lagi Aristotle hanya menyusun secara sistematik dan menulisnya.
8. Benarlah pemikiran Wahhabi akan menghancurkan Islam kerana sedikit demi sedikit mereka cuba menghapuskan peradaban ilmu yang telah dimiliki oleh Islam. Inilah jarum Yahudi yang berusaha menghancurkan Islam daripada dalam kerana mereka sedar tamadun Islam terbina di atas ilmu dan para ulamanya.
خويدم العلم الشريف
محمد الأمين بن دأود الأزهري
Monday, August 8, 2016
Penjelasan lengkap tentang WAHABI@SALAFI oleh Syeikh Nuruddin Al Banjari
Penjelasan/Pencerahan yg lengkap dan sangat baik tentang WAHABI@SALAFI WAHABI oleh Syeikh Nuruddin Al Banjari...
-Apakah kira seseorg yg mengusul pandangan bukan dari mazhab dia maka akan terkeluar dari mazhab tersebut..
-Mazhab ini adalah suatu aliran..
-Jika kita berlatar belakang kan Mazhab Syafiee & ada sesetengah masalah² trtentu & sesuai dgn tuntutan keperluan kita brpindah / bertaqlid pd mazhab lain apakah kita langsung brtukar mazhab yg lain??...
-Kita tidak brtukar mazhab lain..Tetap bermazhab Syafiee..
-Masyarakat memberi 1 pandangan/tanggapan pd org² yg ekstrim, suka kufur mengkufurkan, sesat menyesatkan org lain & kita labelkan org itu dgn panggilan WAHABI. ADAKAH ITU TEPAT & BETUL????..
-Tidak mnjadi Hanbali kita jika kita ikut beberapa pandangan dlm mazhab² Hanbali..begitu juga pd mazhab² yg lain..
-Apakah seperti itu halnya di nusantara sesetengah nya mengagumi pandangan dari Muhammad bin Abdul Wahab..
-Apakah dia mnjadi WAHABI atau tetap saja dia sorg yg bermazhab Syafiee..
-Untuk diketahui :-
1)SALAFI/WAHABI itu bukan mazhab..
2)Ia berbeza dgn mazhab² empat yg ada dari A→Z...
3)Kita tak boleh mengatakan kita keluar dari mazhab disebabkan hanya ada beberapa masalah hukum yg kita tak boleh komitmen dlm mazhab Imam Syafiee r.a..
-Mengapa masyarakat skrg melemparkan & memberi jolokan kpd org yg ekstrim itu digelar WAHABI/SALAFI..
-WAHABI/SALAFI itu bkn mazhab tp hanya 1 pandangan..
-Ulama2 WAHABI di sana kebanyakannya bermazhab Hanbali..jadi mengapa mereka diberi gelaran tambahan iaitu WAHABI..
-Kerana mereka yg mengasuh pandangan WAHABI..
-Diberi contoh org yg keluar dakwah digelar jemaah TABLIGH walhal mereka tetap berpegang pd mazhab Syafiee..
-Mereka digelar jemaah TABLIGH kerana mereka mengasuh cara org TABLIGH dakwah iaitu dgn cara dari rumah ke rumah dan masjid ke masjid..
-JADI MENGAPA KALIAN MARAH BILA KALIAN DIPANGGIL DENGAN GELARAN WAHABI KERNA KALIAN YG MENGASUH PANDANGAN WAHABI..
-Yg mengharamkan TAWASSUL siapa??..yg mengharamkan ziarah kubur & makam nabi siapa???..
(4mazhab tidak mengharamkannya)..
-Yg mengatakan berziarah ke Madinah utk tujuan ziarah kepada RASULULLAH SAW itu adalah haram & bertawassul pd BAGINDA SAW adalah syirik itu adalah WAHABI punya pandangan..
-Jadi kalian jgn berkecil hati atau kecewa bila kami gelarkan anda WAHABI kerna kalian yg mengasuh pandangan ekstrim seperti itu..
-Jumhur ulama tidak mengkafirkan org yg bertawasul & tidak mengharamkan berziarah makam RASULULLAH SAW..
-Kalau kalian tak mahu tidak kisah tapi jgn smpai menyesat kan & mengharamkan ziarah semacam itu..
-Semua jumhur ulama 4mazhab membenarkan kita menyanjung BAGINDA SAW..
-Jadi supaya sahabat2 kita yg mengasuh fahaman yg ekstrim itu yg dgn org ramai dikafirkan kerna tawasul, yg diharamkan kerna ziarah kubur, yg ramai diharamkan kerna tahlil & talqin..
-Jadi restulah kalian dgn gelaran & jolokan yg diberi iaitu kumpulan WAHABI..
-Jadi jgn tersinggung jika kalian digelar WAHABI jika kalian menyokong pandangan² mereka ...
CIRI-CIRI GOLONGAN SALAFIYYAH WAHHABIYYAH(WAHABI)
AQIDAH
1.Membahagikan Tawhid kepada 3 Kategori
(i)Tawhid Rububiyyah: Dengan tawhid ini, mereka mengatakan bahawa kaum musyrik Mekah dan orang-orang kafir juga mempunyai tawhid.
(ii)Tawhid Uluhiyyah: Dengan tawhid ini, mereka menafikan tawhid umat Islam yang bertawassul, beristigathah dan bertabarruk sedangkan ketiga-tiga perkara tersebut diterima oleh majoriti ulama’ Islam khasnya ulama’ empat mazhab.
(iii)Tawhid Asma’ dan Sifat: Tawhid versi mereka ini boleh menjerumuskan seseorang ke lembah tashbih dan tajsim
i. Menterjemahkan istawa sebagai bersemayam/bersila
ii. Merterjemahkan yad sebagai tangan
iii. Menterjemahkan wajh sebagai muka
iv. Menisbahkan jihah (arah) kepada Allah (arah atas – jihah ‘ulya)
v. Menterjemah janb sebagai lambung/rusuk
vi. Menterjemah nuzul sebagai turun dengan zat
vii. Menterjemah saq sebagai betis
viii. Menterjemah asabi’ sebagai jari-jari, dll
ix. Menyatakan bahawa Allah SWT mempunyai "surah" atau rupa.
x. Menambah bi zatihi haqiqatan [dengan zat secara hakikat] di akhir setiap ayat-ayat mutashabihat, sedangkan penambahan itu tidak ada di dalam al-Qur'an dan al-Sunnah. Imam al-Zahabi sendiri mengkritik gurunya, Ibnu Taymiyyah berkenaan masalah ini di dalam Siyar A'lam al-Nubala' [Rujuk kitab yang ditahqiq oleh bukan Wahhabi kerana Wahhabi membuang kritikan ini dalam terbitan mereka]
xi. Sebahagian golongan Mujassimah menyatakan bahawa Allah (Rujuk Kitab Ibthal al-Ta'wilat oleh Abu Ya'la al-Farra' yang telah diterbitkan semula oleh "tangan-tangan Tajsim dan Tashbih" - Penulis mempunyai buku seorang alim Al-Azhari yang mengarang kitab menolak kitab tersebut):
mempunyai gusi (اللثة) dan gigi gerham (الأضراس)
akan "duduk" bersama Nabi Muhammad SAW di atas arash mempunyai mulut (الفم)
2.Tafwidh yang digembar-gemburkan oleh mereka adalah bersalahan dengan tafwidh yang dipegang oleh ulama’ Asha’irah.
3.Memahami ayat-ayat mutashabihat secara zahir tanpa huraian terperinci dari ulama’ mu’tabar
4.Menolak Asha’irah dan Maturidiyyah yang merupakan majoriti ulama’ Islam dalam perkara Aqidah
5.Sering mengkrititik Asha’irah bahkan sehingga mengkafirkan Asha’irah
6.Menyamakan Ashai’rah dengan Mu’tazilah dan Jahmiyyah atau Mua’ththilah dalam perkara mutashabihat
7.Menolak dan menganggap pengajian sifat 20 sebagai satu konsep yang bersumberkan falsafah Yunani dan Greek
8.Berselindung di sebalik mazhab Salaf
9.Golongan mereka ini dikenali sebagai al-Hashwiyyah, al-Karramiyyah, al-Mushabbihah, al-Mujassimah atau al-Jahwiyyah dikalangan ulama’ Ahli Sunnah wal Jama’ah
10.Sering menjaja kononnya Abu Hasan Al-Ash’ari telah kembali ke mazhab Salaf setelah bertaubat dari mazhab Asha’irah
11.Mendakwa kononnya ulama’ Asha’irah tidak betul-betul memahami fahaman Abu Hasan al-Asha’ri, bahkan sering mendakwa kononnya mereka adalah pengikut Imam Abu al-Hasan al-'Ash'ari yang sebenar. Sungguh lucu dakwaan sebegini.
12.Menolak ta’wil dalam bab Mutashabihat
13.Sering mendakwa bahawa ramai umat Islam telah jatuh ke kancah syirik
14.Mendakwa bahawa amalan memuliakan Rasulullah SAW boleh membawa kepada syirik
15.Tidak mengambil berat kesan-kesan sejarah para anbiya’, ulama’ dan solihin dengan dakwaan menghindari syirik
16.Kefahaman yang salah berkenaan syirik sehingga mudah menghukum orang sebagai membuat amalan syirik
17.Menolak tawassul, tabarruk dan istighathah dengan para anbiya’ serta solihin
18.Mengganggap tawassul, tabarruk dan istighathah sebagai sebagai cabang-cabang syirik
19.Memandang remeh karamah para awliya’
20. Menyatakan bahawa ibu bapa dan datuk Rasulullah SAW tidak terselamat dari azab api neraka.
21. Mengharamkan mengucap "radiallahu anha" bagi ibu Rasulullah SAW, Sayyidatuna Aminah
22. Menamakan Malaikat Maut sebagai 'Izrail adalah bid'ah - Fatwa Soleh Uthaymin
SIKAP
1.Sering membid’ahkan amalan umat Islam bahkan sampai ke tahap mengkafirkan mereka
2.Mengganggap diri sebagai mujtahid atau berlagak sepertinya (walaupun tidak layak)
3.Sering mengambil hukum secara langsung dari al-Quran dan hadis (walaupun tidak layak)
4.Sering memperlekehkan ulama’ pondok dan golongan agama yang lain.
5.Ayat-ayat al-Quran dan Hadis yang ditujukan kepada orang kafir sering ditafsir ke atas orang Islam.
6.Memaksa orang lain berpegang dengan pendapat mereka walaupun pendapat itu shazz (janggal).
7. Bersikap "taqiyyah" apabila dirasakan perlu. Fatwa mereka berbeza apabila bercakap di hadapan masyarakat umum dengan pengajian khusus bersama mereka.
8. Apabila mereka sedikit dan tidak berkuasa, mereka melaungkan slogan "Berlapang dada", namun apabila mereka ramai dan berkuasa mereka melaungkan slogan "Meghilangkan Bid'ah" [Sikap ini diambil berdasarkan kata-kata para ulama' Mekah yang memerhatikan sikap Wahhabi di Mekah sewaktu ia mula-mula berkembang sampai kini.]
9. Apabila mereka menerima tentangan daripada majoriti ulama', mereka menyatakan itu adalah asam garam dalam perjuangan. Sedangkan para ulama' menyatakan bahawa apabila sesuatu itu ditolak olej majoriti para ulama', maka itu adalah tanda-tanda kesesatan, kepelikan dan kejanggalan (shazz) atau ketergelinciran (zallah) kerana para ulama' umat Nabi Muhammad SAW tidak akan bersepakat di dalam kesesatan sepertimana yang disebut di dalam hadis Rasulullah SAW.
CIRI CIRI GOLONGAN SALAFIYYAH WAHABIYYAH(WAHABI)...2
ULUM HADIS
1.Menolak beramal dengan hadis dhaif
2.Penilaian hadis yang tidak sama dengan ulama’ hadis yang lain
3.Mengagungkan Nasiruddin al-Albani di dalam bidang ini [walaupun beliau tidak mempunyai sanad bagi menyatakan siapakah guru-guru beliau dalam bidang hadis. Bahkan umum mengetahui bahawa beliau tidak mempunyai guru dalam bidang hadis dan diketahui bahawa beliau belajar hadis secara sendiri dan ilmu jarh dan ta’dil beliau adalah mengikut Imam al-Dhahabi].
4.Sering menganggap hadis dhaif sebagai hadis mawdhu’ [mereka melonggokkan hadis dhaif dan palsu di dalam satu kitab atau bab seolah-olah kedua-dua kategori hadis tersebut adalah sama]
5.Perbahasan hanya kepada sanad dan matan hadis, dan bukan pada makna hadis. Oleh kerana itu, perbincangan syawahid tidak diambil berat
6.Perbincangan hanya terhad kepada riwayah dan bukan dirayah.
ULUM QURAN
1.Menganggap tajwid sebagai menyusahkan dan tidak perlu (Sebahagian Wahhabi Malaysia yang jahil) [dan menurut sahabat penulis yang ada membuat penyelidikan di dalam bidang ini, sememangnya terdapat beberapa "ulama' Saudi" yang menyatakan tajwid itu bukanlah sunnah, tetapi bid'ah. Namun majoriti "ulama' Saudi" tidak bersetuju dengan kata-kata mereka].
2. Mendakwa ayat-ayat mutashabihat sebagai ayat muhkamat.
FIQH
1.Menolak fahaman bermazhab kepada imam-imam yang empat; pada hakikatnya mereka bermazhab “TANPA MAZHAB”
2.Mengadunkan amalan empat mazhab dan pendapat-pendapat lain sehingga membawa kepada talfiq yang haram
3.Memandang amalan bertaqlid sebagai bid’ah; kononnya mereka berittiba’
4.Sering mengungkit soal-soal khilafiyyah
5.Sering menggunakan dakwaan ijma’ ulama dalam masalah khilafiyyah
6.Sering bercanggah dengan ijma’ ulama’
7.Menganggap apa yang mereka amalkan adalah sunnah dan pendapat pihak lain adalah bid’ah
8.Sering mendakwa orang yang bermazhab sebagai taksub mazhab, sedangkan mereka taksub kepada Ibnu Taymiyyah, Ibnu al-Qayyim al-Jawziyyah dan Muhammad Ibn Abdul Wahhab.
9.Salah faham makna bid’ah yang menyebabkan mereka mudah membid’ahkan orang lain
10.Sering berhujah dengan al-tark, sedangkan al-tark bukanlah satu sumber hukum
11.Mempromosikan mazhab fiqh baru yang dinamakan sebagai Fiqh al-Taysir, Fiqh al-Dalil, Fiqh Musoffa, dll [yang jelas terkeluar daripada fiqh empat mazhab]
12.Sering mewar-warkan agar hukum ahkam fiqh dipermudahkan dengan menggunakan hadis “Yassiru wa la tunaffiru” sehingga menjadi lebih parah daripada tatabbu’ al-rukhas
13.Sering mengatakan bahawa fiqh empat mazhab telah ketinggalan zaman
Najis
1. Sebahagian daripada mereka sering mempertikaikan dalil bagi kedudukan babi sebagai najis mughallazah
2. Menyatakan bahawa bulu babi itu tidak najis kerana tidak ada darah yang mengalir.
Wudhu’ & Tayammum
1. Tidak menerima konsep air musta’mal
2. Bersentuhan lelaki dan perempuan tidak membatalkan wudhu’
3. Membasuh kedua belah telinga dengan air basuhan rambut dan tidak dengan air yang baru.
4. Kaifiyyat Tayammum yang mereka pilih ialah: Tepuk sekali dan sapu muka serta kedua pergelangan tangan sahaja (tanpa perlu sampai ke siku).
Azan
1. Azan juma’at sekali; azan kedua ditolak
CIRI CIRI GOLONGAN SALAFIYYAH WAHABIYYAH (WAHABI)...3
Solat
1. Mempromosi “Sifat Solat Nabi SAW’, dengan alasan kononnya solat berdasarkan fiqh mazhab adalah bukan sifat solat Nabi SAW yang sebenar
2. Menganggap lafaz usolli sebagai bid’ah yang keji
3. Berdiri secara terkangkang ataupun seperti huruf Y terbalik yang menyalahi konsep berdiri secara iktidal (lurus dan sederhana)
4. Tidak membaca ‘Basmalah’ secara jahar
5. Menggangkat tangan sewaktu takbir pada paras bahu
6. Meletakkan tangan di atas dada sewaktu qiyam
7. Menganggap perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam solat sebagai perkara bid’ah (sebahagian Wahhabiyyah Malaysia yang jahil)
8. Menganggap qunut Subuh sebagai bid’ah
9. Menggangap penambahan “wa bihamdihi” pada tasbih ruku’ dan sujud adalah bid’ah
10. Menganggap menyapu muka selepas solat sebagai bid’ah - Fatwa Soleh Uthaymin
11. Solat tarawih hanya 8 rakaat; yang lebih teruk lagi, mengatakan solat tarawih itu sebenarnya adalah solat malam (solatul-lail) seperti yang dibuat pada malam-malam biasa.
12. Zikir jahar di antara rakaat-rakaat solat tarawih dianggap bid’ah
13. Tidak ada qadha’ bagi solat yang sengaja ditinggalkan
14. Menganggap amalan bersalaman selepas solat adalah bid’ah - Fatwa Soleh Uthaymin
15. Menggangap lafaz sayyiduna (taswid) dalam solat sebagai bid’ah
16. Menggerak-gerakkan jari sewaktu tahiyyat awal dan akhir
17. Boleh jama’ dan qasar walaupun kurang dari dua marhalah
18. Memakai jubah dengan singkat yang melampau
19. Menolak sembahyang sunat qabliyyah sebelum Jumaat
20. Menolak konsep sembahyang menghormati waktu [li hurmah al-waqt]
21. Menolak konsep fidyah sembahyang walaupun umum mengetahui ia adalah pendapat mazhab Hanafi dan pendapat dhaif di dalam mazhab Shafie.
Doa, Zikir dan Bacaan al-Quran
1. Menggangap doa beramai-ramai selepas solat sebagai bid’ah
2. Menganggap zikir dan wirid beramai-ramai selepas sembahyang atau pada bila-bila masa sebagai bid’ah
3. Mengatakan bahawa membaca “Sodaqallahul-‘azim” selepas bacaan al-Quran adalah bid’ah - Fatwa Ibn Baz
4. Menyatakan bahawa doa, zikir dan selawat yang tidak ada dalam al-Quran dan Hadis sebagai bid’ah. Sebagai contoh mereka menolak Dala’il al-Khayrat, Selawat al-Syifa’, al-Munjiyah, al-Fatih, Nur al-Anwar, al-Taj, dll, bahkan dikatakan semua itu bertentengan dengan Aqidah Islam
5. Menganggap amalan bacaan Yasin pada malam Jumaat sebagai bid’ah yang haram - dengan alasan "Jangan diiktikadkan wajib"
6. Mengatakan bahawa sedekah atau pahala tidak sampai kepada orang yang telah wafat
7. Mengganggap penggunaan tasbih adalah bid’ah
8. Mengganggap zikir dengan bilangan tertentu seperti 1000 (seribu), 10,000 (sepuluh ribu), dll sebagai bid’ah, tetapi kalau tidak berzikir atau lalai (al-ghaflah) tak mengapa pulak??!!!
9. Menolak amalan ruqiyyah shar’iyyah dalam perubatan Islam seperti wafa’, azimat, dll
10. Menolak zikir isim mufrad: Allah Allah
11. Melihat bacaan Yasin pada malam nisfu Sya’ban sebagai bid’ah yang haram
12. Sering menafikan dan mempertikaikan keistimewaan bulan Rajab dan Sya’ban
13. Sering mengkritik kelebihan malam Nisfu Sya’ban
14. Mengangkat tangan sewaktu berdoa’ adalah bid’ah
15. Mempertikaikan kedudukan solat sunat tasbih
16. Berusaha mengharamkan wirid-wirid yang terkandung di dalam "Majmu' Sharif."
17. Menyatakan bahawa mencium al-Quran adalah bid'ah terkeji - Fatwa Soleh Uthaymin
Pengurusan Jenazah dan Kubur
1. Menganggap amalan menziarahi maqam Rasulullah SAW, para anbiya’, awliya’, ulama’ dan solihin sebagai bid’ah dan solat tidak boleh dijama’ atau qasar dalam ziarah seperti ini
2. Mengharamkan wanita menziarahi kubur
3. Menganggap talqin sebagai bid’ah
4. Mengganggap amalan tahlil dan bacaan Yasin bagi kenduri arwah sebagai bid’ah yang haram
5. Tidak membaca doa’ selepas solat jenazah
6. Sebahagian ulama’ mereka menyeru agar Maqam Rasulullah SAW dikeluarkan dari masjid nabawi atas alasan menjauhkan umat Islam dari syirik
7. Menganggap kubur yang bersebelahan dengan masjid adalah bid’ah yang haram
8. Doa dan bacaan al-Quran di perkuburan dianggap sebagai bid’ah.
CIRI CIRI SALAFIYYAH WAHABIYYAH (WAHABI)...4
Majlis Sambutan Beramai-ramai
1. Menolak sambutan Mawlid Nabi; bahkan menolak cuti sempena hari Mawlid Nabi; bahkan yang lebih teruk lagi menyamakan sambutan Mawlid Nabi dengan perayaan Kristian bagi nabi Isa a.s.
2. Menolak amalan marhaban
3. Menolak amalan barzanji.
4. Berdiri ketika bacaan mawlid adalah bid’ah
5. Menolak sambutan Ma’al Hijrah, Isra’ Mi’raj, dll.
Haji dan Umrah
1. Cuba mengalihkan "Maqam Ibrahim a.s." namun usaha tersebut telah dipatahkan oleh al-Marhum Sheikh Mutawalli Sha'rawi apabila beliau pergi bertemu dengan Raja Faisal ketika itu.
2. Menghilangkan tanda telaga zam-zam untuk dielak oleh orang yang bertawaf ketika bertawaf [Dengar khabar, sekarang tanda tersebut hendak dibuat semula]
3. Mengubah tempat sa'ie di antara Sofa dan Marwah yang mendapat tentangan ulama' Islam dari seluruh dunia [Terbaru - dan Khilafiyyah di antara para ulama' kontemporari].
4. Nama "Hajar Ismail" bagi bahagian sisi Ka'bah adalah bid'ah dan tidak harus - Fatwa Soleh Uthaymin
PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
1. Ramai para professional menjadi ‘ustaz-ustaz’ mereka..Protaz(di Malaysia)
2. Ulama’ yang sering menjadi rujukan mereka adalah:
a. Ibnu Taymiyyah
b. Ibnu al-Qayyim
c. Muhammad Abdul Wahhab [Perbezaan yang ketara di antara pendekatan Ibnu Taymiyyah dan Muhammad Ibn Abdul Wahhab ialah: (i) Ibnu Taymiyyah tidak memaksa orang lain mengikut pendapatnya dengan pedang dan kuasa, ini adalah berbeza dengan pendekatan Muhammad Ibn Abdul Wahhab; (ii) Ibnu Taymiyyah juga tidak bersepakat dengan bukan Muslim untuk menjatuhkan saudara Islamnya]
d. "Sheikh" Abdul Aziz Ibn Bazz
e. Nasiruddin al-Albani
f. "Sheikh" Soleh Ibn Uthaimin
g. "Sheikh" Soleh Fawzan al-Fawzan [Secara peribadi, penulis mendengar dengan telinga dan melihat dengan mata sendiri di Madinah, Dr. Soleh Fawzan al-Fawzan, Rektor, Universiti Islam Madinah pada waktu tersebut menyatakan bahawa ulama' Al-Asha'irah dan al-Maturidiyyah bukanlah daripada "golongan yang terselamat dari api neraka" (al-firqah al-najiyah)."]
3. Sering mewar-warkan untuk kembali kepada al-Quran dan Hadis (tanpa menyebut para ulama’, sedangkan al-Quran dan Hadis sampai kepada umat Islam melalui para ulama’ dan para ulama’ jua yang memelihara al-Quran dan Hadis untuk umat ini)
4. Sering mengkritik Imam al-Ghazali dan kitab “Ihya’ Ulumiddin”
5. Masih lagi menggunakan kitab al-Tawhid oleh Imam Ibnu Khuzaimah walaupun Imam al-Bayhaqi telah menyatakan bahawa Imam Ibnu Khuzaimah telah pun menarik semula dan bertaubat daripada penulisannya itu. Ini dinyatakan oleh Imam al-Bayhaqi di dalam Kitab al-Asma' dan al-Sifat.
PENGKHIANATAN MEREKA KEPADA UMAT ISLAM
1. Bersepakat dengan Inggeris dalam menjatuhkan kerajaan Islam Turki Usmaniyyah
2. Melakukan perubahan kepada kitab-kitab turath yang tidak sehaluan dengan mereka
3. Ramai ulama’ dan umat Islam dibunuh sewaktu kebangkitan mereka
4. Memusnahkan sebahagian besar kesan-kesan sejarah Islam seperti tempat lahir Rasulullah saw, jannat al-Baqi’ dan al-Ma’la [makam para isteri Rasulullah SAW di Baqi’, Madinah dan Ma’la, Mekah], tempat lahir Sayyiduna Abu Bakr dll, dengan hujah perkara tersebut boleh membawa kepada syirik.
5. Di Malaysia, sebahagian mereka dahulu dikenali sebagai Kaum Muda atau Mudah [kerana hukum fiqh mereka yang mudah, ia merupakan bentuk ketaatan bercampur dengan kehendak hawa nafsu].
6. Antara nama/seruan yang pernah digunakan/dilaungkan oleh mereka di Malaysia dahulu ini ialah Ittiba’ Sunnah. Pihak Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-14 yang bersidang pada 22-23 Oktober 1985 telah pun mengeluarkan fatwa menyatakan kesesatan ajaran Ittiba’ al-Sunnah ini.
TASAWWUF DAN TAREQAT
1. Sering mengkritik aliran Sufi dan kitab-kitab sufi yang mu’tabar
2. Sufiyyah dianggap sebagai terkesan dengan ajaran Budha dan Nasrani
3. Tidak dapat membezakan antara amalan sufi yang benar dan amalan bathiniyyah yang sesat
Perhatian:
Sebahagian daripada ciri-ciri di atas adalah perkara khilafiyyah. Namun sebahagiannya adalah bercanggah dengan ijma’ dan pendapat mu’tamad empat mazhab. Sebahagian yang lain adalah perkara yang sangat kritikal dalam masalah usul (pokok) dan patut dipandang dengan serius.Ini adalah sebahagian daripada ciri-ciri umum golongan Wahhabiyyah yang secara sedar atau tidak diamalkan dalam masyarakat kita. Sebahagian daripada ciri-ciri ini adalah disepakati di antara mereka dan sebahagiannya tidak disepakati oleh mereka. Ini adalah kerana di dalam golongan Wahhabiyyah ada berbagai-bagai pendapat dan mazhab dalam berbagai peringkat. Apatah lagi apabila setiap tokoh Wahhabiyyah cuba berijtihad dan mengenengahkanb pendapat masing-masing sehingga sebahagiannya terpesong terlalu jauh dari aliran Ahlus-Sunnah
Tuesday, February 9, 2016
Sejarah WAHABI yg sedang menyerang negara kita!
Baca Sejarah WAHABI Yang Sekarang Sedang Menyerang Negara Kita!!
Nama Aliran Wahabi ini diambil dari nama pendirinya, Muhammad bin Abdul Wahab (lahir di Najed tahun 1111 H / 1699 M). Asal mulanya dia adalah seorang pedagang yang sering berpindah dari satu negara ke negara lain dan diantara negara yang pernah disinggahi adalah Baghdad, Iran, India dan Syam.
Kemudian pada tahun 1125 H / 1713 M, dia terpengaruh oleh seorang orientalis Inggeris (baca yahudi) bernama Mr. Hempher yang bekerja sebagai mata-mata (inteligen) Inggeris di Timur Tengah. Sejak itulah dia menjadi alat bagi Inggeris untuk menyebarkan ajaran barunya.
Inggeris memang telah berhasil mendirikan cabang-cabang kepercayaan baru bahkan agama baru di tengah umat Islam seperti Ahmadiyah dan Bahai. Bahkan Muhammad bin Abdul Wahab ini juga termasuk dalam target program kerja kaum kolonial yahudi dengan alirannya Wahabi.
Mulanya Muhammad bin Abdul Wahab hidup di lingkungan sunni pengikut mazhab Hambali, bahkan ayahnya Syeikh Abdul Wahab adalah seorang sunni yang baik, begitu pula guru-gurunya.
Namun sejak awal lagi, ayah dan guru-gurunya mempunyai firasat yang kurang baik tentang Muhammad bin Abdul Wahab ini - bahawa dia akan sesat dan menyebarkan kesesatan. Bahkan mereka menyuruh orang-orang ramai untuk berhati-hati terhadapnya. Ternyata tidak berselang lama firasat itu benar.
Setelah hal itu terbukti ayahnya pun menentang dan memberi peringatan khusus padanya. Bahkan abang kandungnya, Sulaiman bin Abdul Wahab, ulama besar dari mazhab Hambali, menulis buku bantahan kepadanya dengan judul As-Sawaiqul Ilahiyah Fir Raddi Alal Wahabiyah.
Tidak ketinggalan pula salah satu gurunya di Madinah, Syeikh Muhammad bin Sulaiman AI-Kurdi as-Syafie, menulis surat berisi nasihat: "Wahai Ibn Abdil Wahab, aku menasihatimu kerana Allah, tahanlah lisanmu dari mengkafirkan kaum muslimin. Jika kau dengar seseorang meyakini bahawa orang yang ditawassuli bisa memberi manfaat tanpa kehendak Allah, maka ajarilah dia kebenaran dan terangkan dalilnya bahawa selain Allah tidak berkuasa memberi manfaat maupun mudharat. Kalau dia menentang bolehlah dia kau anggap kafir, tapi tidak mungkin kau mengkafirkan As-Sawadul Adham (kelompok majoriti) diantara kaum muslimin, kerana engkau menjauh dari kelompok terbesar. Orang yang menjauh dari kelompok terbesar lebih dekat dengan kekafiran, sebab dia tidak mengikuti jalan muslimin."
Sebagaimana diketahui mazhab Ahlus Sunnah sampai hari ini adalah kelompok terbesar. Allah berfirman: "Dan barang siapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu (Allah biarkan mereka bergelumang dalam kesesatan) dan kami masukkan ia ke dalam jahanam dan adalah jahanam itu seburuk-buruk tempat kembali."(QS: An-Nisa 115)
Salah satu dari ajaran yang diyakini oleh Muhammad bin Abdul Wahab, adalah mengkufurkan kaum muslim sunni yang mengamalkan tawassul, ziarah kubur, maulid nabi, dan lain-lain. Dalil-dalil hebat yang disampaikan ahlussunnah wal jamaah berkaitan dengan tawassul, ziarahkubur serta maulid, ditolak tanpa alasan yang dapat diterima.
Bahkan lebih dari itu, justeru berbalik mengkafirkan kaum muslimin sejak 600 tahun sebelumnya, termasuk guru-gurunya sendiri.
Pada satu kesempatan seseorang bertanya pada Muhammad bin Abdul Wahab, Berapa ramaikah umat Islam yang Allah bebaskan dari neraka pada bulan Ramadhan? Dengan segera dia menjawab, setiap malam Allah membebaskan 100 ribu orang dan di akhir malam Ramadhan, Allah membebaskan sebanyak hitungan orang yang telah dibebaskan dari awal sampai akhir Ramadhan. Lelaki itu bertanya lagi kalau begitu pengikutmu tidak mencapai satu persen pun dari jumlah tersebut, lalu siapakah kaum muslimin yang Allah bebaskan tersebut? Dari manakah jumlah sebanyak itu? Sedangkan engkau membatasi bahawa hanya pengikutmu saja yangmuslim? Mendengar jawaban itu Ibn Abdil Wahab pun terdiam tidak dapat lagi berhujjah.
Sekalipun demikian Muhammad bin Abdul Wahab tidak menghiraukan nasihat ayahnya dan guru-gurunya itu. Dengan berdalihkan pemurnian ajaran Islam, dia terus menyebarkan ajarannya di sekitar wilayah Najed. Orang-orang yang cetek pengetahuan agamanya banyak yang terpengaruh. Termasuk diantara pengikutnya adalah penguasa Dariyah, Muhammad bin Saud (meninggal tahun 1178 H / 1765 M) pendiri dinasti Saudi, yang dikemudian hari menjadi mertuanya.
Dia mendukung secara penuh dan memanfaatkannya untuk memperluas wilayah kekuasaannya. Ibn Saud sendiri sangat patuh pada perintah Muhammad bin Abdul Wahab. Jika dia menyuruh untuk membunuh atau merampas harta seseorang dia segera melaksanakannya dengan keyakinan bahawa kaum muslimin telah kafir dan syirik selama 600 tahun lebih dan justeru membunuh orang musyrik dijamin syurga.
Sejak awal, Muhammad bin Abdul Wahab sangat gemar mempelajari sejarah nabi-nabi palsu seperti Musailamah Al-Kazzab, Aswad Al-Ansiy, Tulaihah Al-Asadiy dll. Agaknya dia juga mempunyai keinginan mengaku nabi - dan ini kelihatan jelas ketika ia menyebut para pengikut dari daerahnya dengan julukan Al-Ansar, sedangkan pengikutnya dari luar daerah dijuluki Al-Muhajirin.
Kalau seseorang ingin menjadi pengikutnya, dia mesti mengucapkan dua kalimah syahadat di hadapannya kemudian harus mengakui bahawa sebelum masuk Wahabi dirinya adalah musyrik dan begitu pula kedua orang tuanya. Dia juga diwajibkan mengakui bahawa para ulama besar sebelumnya telah mati kafir.
Jika boleh mengakui hal tersebut barulah dia diterima menjadi pengikutnya. Dan kalau tidak sanggup membuat pengakuan syahadat sedemikian, dia akan terus dibunuh.
Muhammad bin Abdul Wahab juga sering merendahkan Nabi SAW dengan dalih pemurnian akidah. Dia juga membiarkan para pengikutnya melecehkan Nabi SAW di hadapannya, sehingga tergamak seorang pengikutnya berkata: "Tongkatku ini masih lebih baik dari Muhammad, kerana tongkat-ku masih boleh digunakan membunuh ular, sedangkan Muhammad telah mati dan tidak ada apa yang boleh dimanfaatkan darinya sama sekali!!"
Masya Allah!!! jahatnya Wahabi ini!
Muhammad bin Abdul Wahab ini, di hadapan pengikutnya tak ubahnya seperti Nabi di hadapan umatnya. Pengikutnya semakin banyak dan wilayah kekuasaannya semakin luas.
Gabungan Muhammad bin Abdul Wahab dengan Ketua Kabilah Bani Saud ini secara berleluasa menyesatkan amalan seperti tawassul, ziarah kubur, peringatan Maulid dan sebagainya. Tak menghairankan bila para pengikut Muhammad bin Abdul Wahab lantas menyerang makam-makam yang mulia.
Bahkan, pada 1802, mereka menyerang Karbala-Irak, tempat dikebumikan jasad cucu Nabi Muhammad SAW, Husein bin Ali bin Abi Thalib. Ini adalah kerana makam tersebut dianggap tempat mungkar yang berpotensi membawa syirik kepada Allah.
Dua tahun kemudian, mereka menyerang Madinah, menghancurkan kubah yang ada di atas kuburan Nabi SAW, menghancurkan hiasan – hiasan yang ada di Hujrah (kamar) Nabi Muhammad SAW yang mulia.
Keberhasilan menguasai Madinah berlanjutan sehingga mereka berjaya masuk ke Mekkah pada 1806 dengan merosak kiswah, kain penutup Kaabah yang terbuat dari sutera. Kemudian merobohkan puluhan kubah di perkuburan Ma’la, termasuk kubaht empat kelahiran Nabi SAW, tempat kelahiran Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Ali, juga kubah Saiyidatuna Khadijah Al-Kubr dan, masjid Abdullah bin Abbas.
Mereka terus menghancurkan masjid-masjid dan tempat-tempat kaum solihin sambil bersorak-sorai, menyanyi dan diiringi tabuhan gendang. Mereka juga mencaci-maki ahli kubur bahkan sebahagian mereka kencing di kubur kaum solihin tersebut.
Gerakan kaum Wahabi ini membuatkan Sultan Mahmud II, penguasa Kerajaan Othmani, Istanbul-Turki, murka. Dikirimlah perajuritnya yang bermarkas di Mesir, di bawah pimpinan Muhammad Ali Pasha, untuk melumpuhkannya. Pada 1813, Madinah dan Makkah berjaya direbut kembali.
Gerakan Wahabi surut. Tapi, pada awal abad ke-20, Abdul Aziz bin Saud bangkit kembali menegakkan faham Wahabi. Tahun 1924, ia berhasil menduduki Makkah, lalu ke Madinah dan Jeddah, memanfaatkan kelemahan Turki Othmaniah akibat kekalahan mereka dalam Perang Dunia I.
Sejak itu, hingga kini, faham Wahabi menguasai pemerintahan di Arab Saudi. Dewasa ini pengaruh gerakan Wahabi bersifat global. Riyadh mengeluarkan jutaan dolar AS setiap tahun untuk menyebarkan ideologi Wahabi. Sejak hadirnya Wahabi, dunia Islam tidak pernah tenang - penuh dengan pergolakan pemikiran. Kelompok ekstrem itu selalu menghalau - ganggu pemikiran dan pemahaman agama Sunni-Syafie yang sudah teguh.
Kekejaman dan kejahilan Wahabi lainnya adalah meruntuhkan kubah-kubah di atas makam sahabat-sahabat Nabi SAW yang berada di Ma’la (Makkah), di Baqi dan Uhud (Madinah) . Semuanya diruntuhkan dengan dinamit dan diratakan dengan tanah. Demikian juga kubah di atas tanah Baginda Nabi SAW dilahirkan, iaitu di Suq al Leil diratakan dengan tanah - juga dengan menggunakan dinamit. Tempat yang sangat berkat itu dijadikan tempat diikat unta-unta yang kemudiannya pasti kencing serta membuang najis di situ. Tidak lain dan tidak bukan melainkan bertujuan menghina tempat yang sangat bermakna dalam sejarah. Itulah tempat yang padanya dilahirkan insan paling mulia yang mengubah dunia daripada syirik kepada tauhid mengesakan Allah!!
Demikianlah hal yang keterlaluan itu dibantah oleh umat Islam dari seluruh dunia, maka akhirnya dibangunkanlah seadanya sebuah maktabah (perpustakaan) bagi menggantikan tempat penempatan unta tersebut.
Kaum Wahabi benar-benar tidak pernah menghargai peninggalan sejarah dan tidak mahu langsung menghormati nilai-nilai luhur Islam. Di peringkat awal, AI-Qubbatul Khadra' (kubah hijau) tempat Nabi Muhammad SAW dimakamkan juga mahu dihancurkan dan diratakan dengan tanah tapi kerana ancaman dan bangkangan negara-negara Islam seluruh dunia menjadikan orang-orang biadab itu menjadi takut dan menangguhkan niat jahat itu.
Begitu pula seluruh rangkaian yang menjadi manasik haji mahu diubah suai termasuk maqam Ibrahim. Ianya juga mahu dipindahkan tapi kerana banyak yang menentangnya maka ditangguhkan. Pengembangan kota suci Makkah dan Madinah akhir-akhir ini tidak lagi mempedulikan peninggalan sejarah Islam. Bangunan yang menjadi saksi sejarah Rasulullah SAW dan para sahabatnya hampir semuanya lenyap.
Sebelumnya, rumah Rasulullah pun sudah lebih dulu dihancurkan. Padahal, disitulah Rasulullah SAW berulang-ulang menerima wahyu. Di tempat itu juga putera-puteri Baginda SAW dilahirkan. Itulah juga tempat Saiyidatuna Khadijah meninggal dunia - kembali mengadap Allah yang menyayanginya. Apa sahaja yang berkaitan Nabi SAW termasuk semua jejak jerih payah Rasulullah itu habis oleh modernisasi ala Wahabi.
Islam dengan tafsiran kaku yang dipraktikkan wahabisme memandang tapak-tapak sejarah yang penuh berkat itu boleh membawa kepada pemujaan berhala baru!!!
Tidak beberapa lama dulu, Sami Angawi, seorang pakar seni bina Islam telah menyingkap maklumat banyaknya bangunan dari era awal Islam yang dimusnahkan. Angawi menyebut sekurang-kurangnya 300 buah bangunan bersejarah di Makkah dan Madinah dimusnahkan selama 50 tahun yang terakhir.
Bahkan sebahagian besar bangunan bersejarah Islam telah punah semenjak rejim Arab Saudi mengambil alih kekuasaan pada 1932. Usaha jahat mereka ditambah lagi dengan ketetapan kerajaan Saudi pada tahun 1994 yang mahu terus memusnahkan bangunan-bangunan bersejarah yang berpotensi mendorong umat Muslim pada penyembahan berhala!!
Sebaliknya mereka malah mendatangkan para arkeologi (ahli kaji purba) dari seluruh dunia dengan biaya ratusan juta dollar untuk menggali peninggalan- peninggalan sebelum Islam baik yang dari kaum jahiliyah maupun sebelumnya dengan dalih ianya adalah untuk menarik kedatangan pelancong!!!
Kemudian dengan bangga mereka menunjukkan bahawa zaman pra-Islam telah wujudnya kemajuan temadun yang luar biasa.
Gerakan wahabi digerakkan oleh para juru dakwah yang radikal dan ekstrem, mereka menebarkan kebencian, permusuhan dan mendorong pertelingkahan sesama umat Islam. Semuanya dilakukan dengan usaha yang sungguh-sungguh yang didukung oleh sumber kewangan yang cukup besar.
Mereka gemar menuduh golongan Islam yang tak sejalan atau sealiran dengan tuduhan kafir, syirik dan ahli bidah. Itulah ucapan yang selalu didengungkan di setiap kesempatan. Mereka tak pernah mengakui jasa para ulama Islam manapun kecuali kelompok mereka sendiri. Di Indonesia, mereka menaruh dendam dan kebencian mendalam kepada para Wali Songo yang menyebarkan dan meng-Islam-kan penduduk Indonesia.
Mereka mengatakan ajaran para wali itu masih kecampuran kemusyrikan Hindu dan Budha, padahal para Wali itu telah meng-Islam-kan 90% dari rakyat Indonesia. Mampukah wahabi-wahabi itu meng-Islam-kan 10% penduduk yang selebihnya? Mempertahankan yang 90% dari terkaman orang kafir saja pun, mereka tak mampu, apalagi mau menambah 10% sisanya. Justeru mereka dengan mudahnya mengkafirkan orang-orang yang dengan nyata sebenarya bertauhid kepada Allah SWT.
Jika bukan kerana rahmat Allah yang mentakdirkan para Wali Songo untuk berdakwah ke Indonesia, tentu orang-orang yang menjadi corong kaum wahabi itu masih berada dalam kepercayaan animisme, penyembah berhala atau masih kafir. (Naudzu billah min dzalik).
Oleh kerana itu janganlah dipercaya kalau mereka mengaku hanya berpegang teguh pada Al-Quran dan As-Sunnah. Mereka berdalih bahawa mereka mengikuti keteladanan kaum salaf bahkan mengaku sebagai golongan yang selamat dan sebagainya, itu semua pembohongan belaka. Mereka sebenarnya telah menconteng catatan hitam dalam sejarah umat Islam dengan membantai (bunuh) ribuan orang di Makkah dan Madinah serta daerah lain di wilayah Hijaz (yang sekarang dinamakan Saudi).
Tidakkah anda ketahui bahawa yang terbantai waktu itu terdiri daripara ulama yang soleh dan alim. Bahkan yang dahsyatnya Wahabi sanggup membunuh bayi-bayi dan kanak-kanak di hadapan ibu-ibu mereka. Tragedi berdarah ini terjadi sekitar tahun 1805. Semua itu mereka lakukan dengan dalih membanteras bid'ah, padahal bukankah nama Saudi sendiri adalah suatu nama bid'ah kerana nama negeri Rasulullah SAW diganti dengan nama satu keluarga kerajaan pendukung faham wahabi iaitu As-Saud.
Sungguh Nabi SAW telah memberitakan akan datangnya Faham Wahabi ini dalam beberapa hadits. Ini merupakan tanda kenabian Baginda SAW dalam memberitakan sesuatu yang belum terjadi. Seluruh hadits-hadits ini adalah shahih, sebagaimana terdapat dalam kitab sahih BUKHARI & MUSLIM dan lainnya.
Diantaranya: "Fitnah itu datangnya dari sana, fitnah itu datangnya dari arah sana," sambil menunjuk ke arah timur (Najed). (HR. Muslim dalam Kitabul Fitan)
"Akan keluar dari arah timur segolongan manusia yang membaca Al-Qur’an namun tidak sampai melewati kerongkongan mereka (tidak sampai ke hati), mereka keluar dari agama seperti anak panah keluar dari busurnya, mereka tidak akan boleh kembali seperti anak panah yang tak akan kembali ke tempatnya, tanda-tanda mereka ialah bercukur (gondol).(HR Bukho-ri no 7123, Juz 6 hal 20748).
Hadis ini juga diriwayatkan oleh Ahmad, Ibnu Majah, Abu Daud, dan Ibnu Hibban: Nabi SAW pernah berdoa: "Ya Allah, berikan kami berkah dalam negara Syam dan Yaman, Para sahabat berkata: Dan dari Najed, wahai Rasulullah, beliau berdoa: Ya Allah, berikan kami berkah dalam negara Syam dan Yaman, dan pada yang ketiga kalinya Baginda SAW bersabda: Di sana (Najed) akan ada kegoncangan fitnah serta di sana pula akan muncul tanduk syaitan.," Dalam riwayat lain dua tanduk syaitan.
Dalam hadits-hadits tersebut dijelaskan, bahawa tanda-tanda mereka adalah bercukur (gondol). Dan ini adalah merupakan nash yang jelas ditujukan kepada para penganut Muhammad bin Abdul Wahab, kerana dia telah memerintahkan setiap pengikutnya mencukur rambut kepalanya hingga mereka yang mengikuti tidak diperbolehkan berpaling dari majlisnya sebelum bercukur gondol. Hal seperti ini tidak pernah terjadi pada aliran-aliran sesat lain sebelumnya.
Seperti yang telah dikatakan oleh Sayyid Abdurrahman Al-Ahdal: Tidak perlu kita menulis buku untuk menolak Muhammad bin Abdul Wahab, kerana sudah cukup ditolak oleh hadits-hadits Rasulullah SAW itu sendiri yang telah menegaskan bahawa tanda-tanda mereka adalah bercukur (gondol), kerana ahli bidah sebelumnya tidak pernah berbuat demikian.
Al-Allamah Sayyid AIwi bin Ahmad bin Hasan bin Al-Quthub Abdullah AI-Haddad menyebutkan dalam kitabnya Jalaudz Dzolam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Sy Abbas bin Abdul Muthalib dari Nabi SAW: "Akan keluar di abad kedua belas nanti di lembah BANI HANIFAH seorang lelaki, yang tingkahnya bagaikan sapi jantan (sombong), lidahnya selalu menjilat bibirnya yang besar, pada zaman itu banyak terjadi kekacauan, mereka menghalalkan harta kaum muslimin, diambil untuk berdagang dan menghalalkan darah kaum muslimin." (AI-Hadits).
BANI HANIFAH adalah kaum nabi palsu Musailamah Al-Kazzab dan Muhammad bin Saud. Kemudian dalam kitab tersebut Sayyid AIwi amenyebutkan bahwa orang yang tertipu ini tiada lain ialah Muhammad bin Abdul Wahhab. Adapun mengenai sabda Nabi SAW yang mengisyaratkan bahawa akan ada kegoncangan dari arah timur (Najed) dan dua tanduk syaitan, sebahagian ulama mengatakan bahawa yang dimaksud dengan dua tanduk syaitan itu tiada lain adalah Musailamah Al-Kadzdzab dan Muhammad Ibn Abdil Wahhab.
Pendiri ajaran Wahabiyah ini meninggal tahun 1206 H / 1792 M, seorang ulama mencatat tahunnya dengan hitungan Abjad: Ba daa ha laa kul khobiits (Telah nyata kebinasaan Orang yang Keji) (Masun Said Alwy)
Diambil dari segmen : Bayan, majalah bulanan Cahaya Nabawiy No. 33 Th.III Syaban 1426 H / September 2005 M
KREDIT SUMBER: Blog Suara Muhajirin