Sunday, April 19, 2015

Penerangan dan nasihat Ustaz Uwais Qarni tentang isu Habaib dan Naqshabandi

Antara penerangan dan nasihat daripada Ustaz Uwais Qarni dalam kuliahnya berkenaan dengan isu Habaib dan Naqshabandi

1. Hentikan kata-kata yg tidak baik seperti tuduhan sesat dan sebagainya terhadap org yang telah meninggal dunia. Sama ada terhadap Almarhum Syeikh Nazim al-Haqqani (Pengasas Tareqat Naqshabandi) dan Almarhum YM Raja Ashman Sultan Azlan Shah, anakanda Sultan Perak. Dikhuatiri kita mencerca orang yang Allah telah muliakan mereka setelah mati, kita tidak tahu.

2. Sebagai org awam, jangan terlalu ghairah bersandar kpd pandangan2 pihak tertentu yg gemar melempar tuduhan sesat, syirik, kafir dan sebagainya kpd pihak lain yg tidak disenangi mereka. Untuk menjatuhkan hukum sesat, syirik, kafir dan sebagainya perlu kepada penelitian yg terperinci bkn semata-mata atas bukti gambar dan video kerana kita tidak hadir semasa gambar diambil dan video itu dirakamkan.

3. Isu bersentuhan dengan wanita ajnabi harus dilihat dari segi pegangan mazhab. Syeikh Nazim al-Haqqani dan Syeikh Hisham Kabbani merupakan pengikut mazhab Hanafi yang membolehkan sentuhan antara lelaki dan wanita ajnabi dengan tanpa syahwat. Justeru tidak timbul persoalan di sini. Satu perkara lagi yang perlu dinilai adalah kerja dakwah yg dilakukan oleh Syeikh Nazim al-Haqqani. Beliau merupakan pendakwah Islam yg bergerak di negara-negara eropah. Syeikh berdepan dengan pelbagai jenis org yg datang dari kehidupan yg penuh zulumat. Kita sedia maklum kejahilan dan budaya eropah yg teruk. Ada antara mereka yg bila berdepan dgn Syeikh, dengan pelbagai tingkah laku dan gaya penampilan yg bermacam-macam. Syeikh mengambil pendekatan berbeza bila berdepan dgn mereka atas nama dakwah dan sudah tentulah Syeikh akan mendidik dari semasa ke semasa dan berperingkat. Berbalik kpd bukti bergambar yg disebarkan, kita tidak hadir semasa itu justeru jangan terlalu cepat membuat tuduhan.

4. Penggunaan istilah yg boleh mengelirukan orang awam hendaklah diperbetulkan. Seperti cium kaki menjadi sujud atau sembah, berdoa di kubur menjadi sembah kubur, berzikir dengan pergerakan badan menjadi tarian atau berjoget. Penggunaan istilah yg tidak tepat inilah yang boleh menimbulkan fitnah. Sedangkan amalan-amalan tersebut ada dalil-dalil yg mengharuskannya.

5. Pergerakan badan dalam berzikir adalah diharuskan. Sekiranya pergerakan itu disifatkan sebagai tarian atau berjoget, soalannya adakah tarian dan berjoget itu haram atau sesat? Jika tidak, adakah tarian apabila disertakan zikir menjadikan ia sesat atau haram? Tarian yg haram atau zikir yg haram? Sesuatu yg bukan sunnah, tidak semestinya haram dan sesat. Isu ini pernah diulas dan dijawab oleh Tuan Guru Dato' Dr Harun Din. Sila cari dan rujuk kenyataan beliau.

6. Hubungan Habaib dan Naqshabandi. Setakat ini, cuma sekali sahaja Habib Syech dijemput mengalunkan Qasidah dan Selawat dalam majlis yg diadakan oleh kumpulan Naqshabandi. Tuduhan menyatakan Habib Syech sebagai orang kanan Syeikh Hisham Kabbani jelas satu fitnah, tanpa siasatan dan hanya merujuk kepada sekeping gambar. Kalaulah dengan hanya gambar kita boleh menjatuhkan tuduhan kepada ulamak, ramailah ulamak yg kita akan tuduh mcm2 dengan sebab gambar.

7. Habaib dan para ulamak mengambil pendekatan mempertahankan para Syeikh Naqshabandi bkn kerana mereka juga ahli Naqshabandi. Tetapi mereka tidak sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman sesat, syirik atau kafir kepada pihak yang tidak sama cara dengan mereka. Mereka meneliti dan mengambil kira perbezaan pendapat dan hujah-hujah yang dikemukakan.
Bismillah.

Semoga ALLAH menjauhkan kita semua dari fitnah akhir zaman dan semoga ALLAH memuliakan ulama-ulama yang banyak berjasa dalam menyebarkan syiar Islam.

---------------------------------

Ada satu gambar rajah yang mengaitkan Sheikh Nazim Haqqani dengan ulamak antaranya Sheikh Nuruddin, Habib Ali Zainal Abidin dan beberapa individu lain.

Nampak usaha licik untuk mengaitkan para ilmuwan ini termasuk habaib Ahlus Sunnah Wal Jama'ah dengan pengharaman tareqat berkenaan di Malaysia.

Tuan-tuan semua, di Mesir, Syria dan Yaman, Tarekat Naqshbandi Haqqani Syeikh Nazi m diterima oleh alim ulamak Ahlus Sunnah Wal Jama'ah seperti

1. Baba Aziz Al-Fathoni
2. Syeikhul Al-Azhar Syeikh Dr Ali Jum'ah
3. Habib Ali al Jufri
4. Syeikh Muhammad Yahya al Kattani
5. Syaikh Ahmad al Azhari
6. Syeikh Muhammad Abul Huda al-Yaqoubi (Syeikh Tarikat Syaziliyyah)
7. Shaykh Imdad Pirzada (Syeikh Tarikat Chisti Nizami)
8. Mufti Besar Syria Shaykh Ahmed Kuftaro
9. Habib Kadzim as-Seggaff
10. Syeikh Usamah Al-Azhari
11. Shaykhul Islam Dr. Tahir Al-Qadri
12. Shaykh Faisal Hamid dan ramai lagi.

Mereka-mereka antara ulama-ulama besar dunia yang mengiktiraf Tarekat Naqshbandi Syeikh Nazim Haqqani.

Masih tidak cukup buktikah bahawa Tarekat Naqshbandi Syeikh Nazim ini diiktiraf oleh Ulama-ulama luar dari Malaysia?

Jasa ulama-ulama habaib dan syeikh-syeikh tarekat dari pelbagai cabang mempunyai jasa yang amat besar dalam dunia islam. Malah ramai yang masuk Islam kerana dakwah murni mereka. Tapi kena kita mudah menghukum seseorang tanpa usul periksa? Umpama kita sahaja yang benar? Astaghfirullah.. Moga ALLAH jauhkan kita dari fitnah akhir zaman..amiinn...

No comments:

Post a Comment