Sessi khas bersama Habib Syech di TV alhijrah 26.4.15 9 pagi
Habib Syech Abdul Qadir Alseggaf - Asal dari Solo Indonesia, beradik 16 orang. Nama saya memng Syech...ayah seorang Imam masjid...berguru dengan ayah..tarikat Alawiah bermazhab syafie, akidah asyari, sufi imam ghazali. Tidak pernah mengikut tarikat yang lain..pada umur 20 tahun ayah meninggal dalam keadaan sujud imam solat jumaat..setelah ayah meninggal berguru di Yaman dan bermula dakwah dari rumah bermula dari pemuda2 sehingga kini dakwah 70% anak muda yang biasa nya budak jalanan yang suka hiburan...sebab itu saya bermula guna music untuk menawan mereka..dengan sistem ini alhamdulillah mereka mula datang...selawat itu untuk mengumpul orang2 ini...dan selepas itu ajak mereka solat dan bertazkirah..gerakan2 dalam qasidh ini gerakan yang baik...bukan gerakan2 maksiat..saat itu mereka rindu dengan rasulullah dan ramai yang mula taubat..kita tidak bisa dakwah secara keras dengan anak2 muda ini..mereka akan lari..
masalah ikhtilat..sudah diusahakn semaksima mungkin tapi mereka masih melakukan..selebih nya itu urusan dia dengan allah sekiranya mereka masih melakukan..janganlah kita umat islam ini saling memfitnah...saya tidak mahu ada orang berdosa kerana saya..saya sangat gembira dengan rakyat malaysia.
Dalam majlis saya banyak yg menghadiri nya saya hormat mereka sebagai tetamu...malah di indonesia saya buat secara umum...malah nasrani ramai yang datang mereka pun ramai masuk islam...siapa pun tamu datang jumpa saya hormati mereka..mereka mahu bergambar dengan saya.
Punca penyebaran fitnah itu mungkin Ada orang2 tertentu yang tidak ada tempat di dalam dakwah itu...iri yang paling tinggi adalah dikalangan para ulama..
Orang yang baik jangan lah cari kesalahan orang..carilah kesalahan diri sendiri..seperti yang terjadi pada zaman ini..
Marilah kita berdakwah...carilah kebaikan setiap orang dan berhenti dari mencari kejelekan orang..
Alhamdulillah..rasul datang dakwah dilempar batu...tapi saya baru di lempar gambar dengan si fulan...ujian saya masih jauh ringan dari ujian rasulullah...saya tidak akan berhenti berdakwah dengan berselawat.
Setiap majlis selawat saya pasti saya akan selitkan dengan Tazkirah bukan selawat semata2.
Ayuh wahai kaum muslim ikuti perintah allah dan rasul nya sehingga kita berjumpa allah dan rasul nya.
Allah telah meminjam lisan orang itu untuk menguji keimanan saya..saya yakin saya akan sabar dan bisa menerima ujian ini..saya doakan mereka ampuni saya dan dosa orang yang memfitnah saya..
Saya tidak pernah mengatakan bahawa tindakan melambai masa berqasidah itu lambaian kepada rasul...tapi saya kata rasul hadir dalam "hati" kita pada masa itu bukan jasad rasul..
Zaman rasulullah tidak perlu buat qasidah cinta rasul sebab rasul sudah di depan mata...cinta itu timbul bila kita berada di tempat jauh...kita berada di zaman yang jauh selepas wafat nya rasulullah..supaya kita lebih cinta sama rasulullah makanya kita enak kalau di buat secara lantunan suara supaya lebih nikmat bersama orang2 banyak..goyang itu tidak direncanakan..tau2 kepala dan badan bergoyang secara sendiri.
Didiklah hati supaya lebih lembut...janganlah mencaci...jangan saling menyalahkan..kalau tidak suka dan tidak cocok jangan hadir atau jangan buka tv supaya anda tidak semakin sakit hati...allah tidak tengok luaran kita tetapi allah tengok hati kita...tidak boleh ada kebencian dengan mana2 makhluk walau orang itu mencaci atau memfitnah kita....
Semoga Allah mengampun dosa saya dan dosa2 pemfitnah saya...sama2lah kita berdakwah demi cinta agama Allah dan cinta rasulullah saw.
Sama2 kita ambil ikhtibar..
No comments:
Post a Comment