Sunday, May 20, 2018

MENGENALI CIRI-CIRI WAHHABI

MENGENALI CIRI-CIRI WAHHABI

Dalam Bab AKIDAH
1. Wahabi membahagikan Tauhid kepada 3 bahagian iaitu:

(a) Tauhid Rububiyyah: Dengan tauhid ini, mereka mengatakan bahawa kaum musyrik Mekah dan orang kafir juga mempunyai tauhid.

(b) Tauhid Uluhiyyah: Dengan tauhid ini, mereka menafikan tauhid ummat Islam yang bertawassul, beristigathah dan bertabarruk sedangkan ketiga-tiga perkara tersebut diterima oleh jumhur ulama' Islam khasnya dari ulama' empat Imam mazhab.

(c) Tauhid Asma’ wa Sifat: Tauhid versi mereka ini boleh menjerumuskan ummat Islam ke lembah tasbih dan tajsim kepada ALlāh SWT seperti:

-Menterjemahkan "istiwa’" sebagai bersemayam/bersila,
-Menterjemahkan "yad" sebagai tangan,
-Menterjemahkan "wajh" sebagai muka,
-Menisbahkan "jihah" (arah) ke atas ALlāh (arah atas – jihah ulya),
-Menterjemahkan "janb" sebagai lambung/rusuk,
-Menterjemah "nuzul" sebagai turun dengan Dzat,
-Menterjemahkan "saq" sebagai betis,
-Menterjemah "ashabi’" sebagai jari-jari, dll
-Menyatakan bahawa ALlāh SWT mempunyai “surah” atau rupa,
-Menambah bi Dzatihi haqiqatan [dengan Dzat secara hakikat] di akhir setiap ayat-ayat mutasyabihat.

2. Memahami ayat-ayat mutasyabihat secara zahir tanpa penjelasan terperinci dari ulama-ulama yang muktabar.

3. Menolak al-Asya’irah dan al-Maturidiyah yang merupakan ulama’ Islam dalam perkara akidah yang diikuti majoriti ummat Islam.

4. Sering mengkritik al-Asya’irah bahkan sehingga mengkafirkan al-Asya’irah.

5. Menyamakan al-Asya’irah dengan Mu’tazilah dan Jahmiyyah atau Mu’aththilah dalam perkara mutasyabihat.

6. Menolak dan menganggap tauhid Sifat 20 sebagai satu konsep yang bersumberkan falsafah Yunani dan Greek.

7. Berselindung disebalik mazhab Salaf.

8. Golongan mereka ini dikenali sebagai al-Hasyawiyyah, al-Musyabbihah, al-Mujassimah atau al-Jahmiyyah dikalangan ulama’ Ahli Sunnah wal-Jama’ah.

9. Sering menuduh bahawa Abu Hasan al-Asya’ari telah kembali ke mazhab Salaf setelah bertaubat dari mazhab al-Asya’irah. Menuduh ulama’ al-Asya’irah tidak betul memahami fahaman Abu Hasan al-Asya’ari.

10. Menolak ta’wil dalam bab Mutasyabihat.

11. Sering menuduh bahawa majoriti ummat Islam telah jatuh kepada perbuatan syirik (melakukan bid'ah).

12. Menuduh bahawa amalan memuliakan RasūluLlāh ‎ﷺ [membaca maulid dll] membawa kepada perbuatan syirik.

13. Tidak mengambil pelajaran dari sejarah para anbiya’, ulama’ dan solihin dengan dalil kerana menghindari daripada syirik.

14. Pemahaman yang salah tentang makna syirik, sehingga mudah menghukumi orang ramai sebagai pelaku syirik.

15. Menolak amalan tawassul, tabarruk dan istighathah dengan para anbiya’ atau dengan para solihin.

16. Mengganggap tawassul, tabarruk dan istighathah sebagai cabang-cabang kesyirikan.

17. Memandang remeh karomah para wali [auliya’].

18. Menyatakan bahawa ayah bonda dan datuk RasūluLlāh ‎ﷺ tidak selamat dari azab api neraka.

19. Mengharamkan mengucap “radhiyaLlāhu ‘anha” untuk ibu RasūluLlāh ‎ﷺ, Sayyidatuna Aminah.

Dalam Bab SIKAP
1. Sering membid’ahkan amalan ummat Islam bahkan sampai ke tahap mengkafirkan mereka (pelaku).

2. Menganggap diri sebagai mujtahid atau berlagak sepertinya (walaupun tidak layak).

3. Sering mengambil hukum secara langsung dari al-Qur’an dan hadith (walaupun tidak layak).

4. Sering memtertawakan dan meremehkan ulama’ pondok dan golongan agama yang lain.

5. Ayat-ayat al-Qur’an dan Hadith yang ditujukan kepada orang kafir sering ditafsir ke atas orang Islam.

6. Memaksa orang lain berpegang dengan pendapat mereka walaupun pendapat itu syaz (janggal).

Dalam Bab HADITH
1. Menolak beramal dengan hadith dho’if, hanya sahih sahaja.

2. Penilaian hadith yang tidak sama dengan penilaian ulama’ hadith yang lain.

3. Mengagongkan Nasiruddin al-Albani di dalam bidang ini [walaupun beliau tidak mempunyai sanad bagi menyatakan siapakah senarai para guru beliau dalam bidang hadith.

[Bahkan majoriti Muslim mengetahui bahawa beliau tidak mempunyai guru dalam bidang hadith dan diketahui bahawa beliau belajar hadith secara sendirian dan ilmu jarh wa ta’dil beliau adalah mengikut Imam al-Dhahabi].

4. Sering menganggap hadith dho’if sebagai hadith maudhu’ [mereka mengumpulkan hadith dho’if dan palsu di dalam satu kitab atau bab seolah-olah kedua-dua kategori hadith tersebut adalah sama].

5. Pembahasan hanya kepada sanad dan matan hadith, dan bukan pada makna hadihs. Oleh kerana itu, perbezaan pemahaman ulama’ [syawahid] dikesampingkan.

Dalam Bab AL-QUR’AN
1. Menganggap tajwid sebagai ilmu yang menyusahkan dan tidak perlu (hujah sebahagian Wahabi indonesia yang jahil)

Dalam Bab FEQAH
1. Menolak mengikuti mazhab imam-imam yang empat; pada hakikatnya mereka bermazhab iaitu mengikut mazhab Wahabi.

Dalam Bab MAZHAB
2. Mencampuradukkan amalan empat mazhab dan pendapat-pendapat lain sehingga membawa kepada talfiq [mengambil yang disukai] haram.

3. Memandang amalan bertaqlid sebagai bid’ah; mereka mengklaim dirinya berittiba’.

4. Sering mengungkit dan mempermasalahkan soal-soal khilafiyyah.

5. Sering menggunakan dakwaan ijma’ ulama dalam masalah khilafiyyah.

6. Menganggap apa yang mereka amalkan adalah sunnah dan pendapat pihak lain adalah bid’ah.

7. Sering menuduh orang yang bermazhab sebagai ta’assub [fanatik] dalam bermazhab.

8. Salah faham makna bid'ah yang menyebabkan mereka mudah membid'ahkan orang lain.

9. Mempromosikan mazhab feqah baru yang dinamakan sebagai Fiqh al-Taysir, Fiqh al-Dalil, Fiqh Musoffa, dll [yang jelas terkeluar daripada feqah empat mazhab].

10. Sering mewar-warkan agar hukum ahkam feqah dipermudahkan dengan menggunakan hadith “Yassiru wa la tu’assiru, farrihu wa la tunaffiru”.

11. Sering mengatakan bahawa fiqh empat mazhab telah ketinggalan zaman.

Dalam Bab NAJIS
1. Sebahagian mereka sering mempermasalahkan dalil akan kedudukan babi sebagai najis mughallazhah.

2. Menyatakan bahawa bulu babi itu tidak najis kerana tidak ada darah yang mengalir.

Dalam Bab WUDHU
1. Tidak menerima konsep air musta’mal.

2. Bersentuhan lelaki dan perempuan tidak membatalkan wudhu’.

3. Membasuh kedua belah telinga dengan air basuhan rambut dan tidak dengan air yang baru.

Dalam Bab AZAN
1. Adzan Juma’at sekali; adzan kedua ditolak.

SOLAT
1. Mempromosikan “Sifat Solat Nabi ﷺ, dengan alasan kononnya solat berdasarkan fiqh mazhab adalah bukan sifat solat Nabi yang benar.

2. Menganggap melafazkan kalimat “usholli” sebagai bid’ah.

3. Berdiri dengan kedua kaki mengangkang.

4. Tidak membaca “BasmaLlāh‟ secara jauhar.

5. Mengangkat tangan sewaktu takbir sejajar bahu atau di depan dada sahaja, tidak berdekatan telinga.

6. Meletakkan tangan di atas dada sewaktu qiyam, bukan di atas pusat atau sekitar.

7. Menganggap perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam solat sebagai perkara bid‟ah (sebahagian Wahabiyyah Indonesia yang jahil).

8. Menganggap bacaan Qunut Subuh sebagai bid’ah.

9. Menganggap penambahan “wa bihamdihi” pada tasbih ruku’ dan sujud adalah bid’ah.

10. Menganggap mengusap muka selepas solat sebagai bid’ah.

11. Solat Tarawih hanya 8 rakaat; mereka juga mengatakan Solat Tarawih itu sebenarnya adalah solat malam (shalatul-lail) seperti pada malam-malam lainnya.

12. Dzikir jahr di antara rakaat-rakaat solat tarawih dianggap bid’ah.

13. Tidak ada qadha’ bagi solat yang sengaja ditinggalkan.

14. Menganggap amalan bersalaman selepas solat adalah bid’ah.

15. Menganggap lafaz "sayyidina" (taswid) dalam solat sebagai bid’ah.

16. Menggerak-gerakkan jari sewaktu tasyahud awal dan akhir.

17. Boleh jamak dan qasar walaupun kurang dari dua marhalah.

18. Memakai sarung atau celana setengah betis untuk menghindari isbal.

19. Menolak Solat Sunat Qabliyyah sebelum Juma’at.

20. Menjamak solat sepanjang semester pengajian, kerana mereka berada di landasan FisabiliLlāh

Dalam Bab DO’A, ZIKIR & BACAAN AL-QUR’AN
1. Menganggap do’a berjama’ah selepas solat sebagai bid’ah.

2. Menganggap zikir dan wirid berjama’ah sebagai bid’ah.

3. Mengatakan bahawa membaca “Sodaqallahul ‘azhim” selepas bacaan Al-Qur’an adalah bid’ah.

4. Menyatakan bahawa do’a, zikir dan selawat yang tidak ada dalam Al-Qur’an dan Hadith sebagai bid’ah. Sebagai contoh mereka menolak Dala’il al-Khairat, Selawat al-Syifa', al-Munjiyah, al-Fatih, Nur al-Anwar, al-Taj, dll.

5. Menganggap amalan bacaan Yaasiin pada malam Juma’at sebagai bid’ah yang haram.

6. Mengatakan bahawa sedekah atau pahala tidak sampai kepada orang yang telah wafat.

7. Menganggap penggunaan tasbih adalah bid’ah.

8. Menganggap zikir dengan bilangan tertentu seperti 1000 (seribu), 10,000 (sepuluh ribu), dll sebagai bid’ah.

9. Menolak amalan ruqiyyah syar’iyah dalam pengobatan Islam seperti wafa‟, azimat, dll.

10. Menolak zikir isim mufrad: ALlāh.. ALlāh.. ALlāh..

11. Melihat bacaan Yaasin pada malam nisfu Sya’ban sebagai bid’ah yang haram.

12. Sering menafikan dan memperselisihkan keistimewaan bulan Rejab dan Sya’ban.

13. Sering mengkritik keutamaan malam Nisfu Sya’ban.

14. Mengangkat tangan sewaktu berdoa’ adalah bid’ah.

15. Mempermasalahkan kedudukan Solat Sunat Tasbih.

Dalam Bab PENGURUSAN JENAZAH & KUBUR
1. Menganggap amalan menziarahi maqam RasūluLlāh ﷺ, para anbiya’, awliya’, ulama’ dan solihin sebagai bid’ah dan solat tidak boleh dijamak atau qasar dalam ziarah seperti ini.

2. Mengharamkan wanita menziarahi kubur.

3. Menganggap talqin sebagai bid’ah.

4. Menganggap amalan tahlil dan bacaan Yaasin bagi kenduri arwah sebagai bid’ah yang haram.

5. Tidak membaca doa selepas solat jenazah.

6. Sebahagian ulama’ mereka menyeru agar maqam RasūluLlāh ﷺ dikeluarkan dari Masjid Nabawi atas alasan menjauhkan ummat Islam dari syirik.

7. Menganggap kubur yang bersebelahan dengan masjid adalah bid’ah yang haram.

8. Doa dan bacaan Al-Qur'an di perkuburan dianggap sebagai bid’ah.

Dalam Bab MAJLIS SAMBUTAN BERAMAI-RAMAI
1. Menolak peringatan Maulid Nabi; bahkan menyamakan sambutan Maulid Nabi dengan perayaan agama Kristian bagi Nabi Isa alayhissalam.

2. Menolak amalan marhaban para habaib

3. Menolak amalan barzanji.

4. Berdiri ketika bacaan maulid adalah bid’ah.

5. Menolak peringatan Isra’ Mi’raj, dll.

Dalam Bab HAJI & UMRAH
1. Mencuba untuk memindahkan “Maqam Nabi Ibrahim alayhissalam.” namun usaha tersebut telah digagalkan oleh al-Marhum Sheikh Mutawalli Sha’rawi saat beliau menemuhi Raja Faisal ketika itu.

2. Menghilangkan tanda telaga zam-zam.

3. Mengubah tempat Sa’ie di antara Sofa dan Marwah yang mendapat tentangan ulama’ Islam dari seluruh dunia.

Dalam Bab PEMBELAJARAN & PENGAJARAN
1. Maraknya para professional yang bertitle LC menjadi “ustaz-ustaz‟ mereka (di Indonesia),

2. Ulama-ulama yang sering menjadi rujukan mereka adalah:
a. Ibnu Taymiyyah al-Harrani
b. Ibnu Qayyim al-Jauziyyah
c. Muhammad bin Abdul Wahhab
d. Sheihk Abdul Aziz bin Baz
e. Nasiruddin al-Albani
f. Sheikh Sholeh al-Utsaimin
g. Sheikh Sholeh al-Fawzan
h. Adz-Dzahabi dll.

3. Sering ber-dakwah dengan slogan "Kembali kepada Al-Qur’an dan Hadith" (tanpa menyebut para ulama’, sedangkan Al-Qur'an dan Hadith sampai kepada ummat Islam melalui para ulama’ dan para ulama’ jugalah yang memelihara dan menjabarkan kandungan Al-Qur’an dan Hadith untuk ummat ini).

4. Sering mengkritik Imam al-Ghazali dan kitab-nya; “Ihya’ Ulumuddin”

Dalam Bab PENGKHIANATAN MEREKA KEPADA UMMAT ISLAM
1. Bersekutu dengan Inggeris dalam menjatuhkan kerajaan Islam Turki Utsmaniyyah.

2. Melakukan perubahan kepada kitab-kitab ulama’ yang tidak sehaluan dengan mereka.

3. Banyak ulama’ dan ummat Islam dibunuh sewaktu kebangkitan mereka di Timur Tengah.

4. Memusnahkan sebahagian besar peninggalan sejarah Islam seperti tempat lahir RasūluLlāh ﷺ, meratakan maqam al-Baqi’ dan al-Ma’la [makam para isteri RasūluLlāh ﷺ di Baqi’, Madinah dan Ma’la, Mekah], tempat lahir Sayyiduna Abu Bakar dll, dengan hujah tempat tersebut boleh membawa kepada syirik.

5. Di Nusantara, sebahagian mereka dahulu dikenali sebagai Kaum Muda atau Mudah [kerana hukum fiqh mereka yang mudah, ia merupakan bentuk ketaatan bercampur dengan kehendak hawa nafsu].

Dalam Bab TASAWWUF & THARIQAT
1. Sering mengkritik aliran Sufisme dan kitab-kitab sufi yang muktabar.

2. Sufiyyah dianggap sebagai kesamaan dengan ajaran Buddha dan Nasrani.

3. Tidak dapat membezakan antara amalan sufi yang benar dan amalan batiniyyah yang sesat.

Wallahu a’lam bish-sowab wal hadi ila sabilil haq.

COPAS Group WA Asatizah

No comments:

Post a Comment