Tuesday, January 23, 2018

Beza Ilmu Makrifat dengan Makrifat

Beza ilmu makrifat dengan makrifat

ilmu makrifat adalah hasil dari makrifat sedangkan makrifat sendiri adalah kesedaran mengenai Allah. Disini berbeza jelas apa itu ILMU dan apa itu KENYATAAN. Seorang pejalan (salik) maka dia akan makrifat, tapi kalau dia pencari ilmu makrifat maka dia akan dapat ilmu makrifat. Banyak dari kita yang terjebak pada mencari ilmu makrifat, belajar tasawuf bertahun-tahun sampai dikepalanya penuh dengan berbagai macam ilmu tasawuf dari mulai istilah, sejarah, maqam-maqam , bagaimana cara mencapai maqam maqam dan seterusnya. demikian banyak ilmu ini hanya sebatas kognitif atau pengetahuan, belum menyentuh esensi kesedaran yang sebenarnya. Terlalu banyak ilmu tasawuf dan kurangnya amaliah @ kerja masih di tambah dengan lemahnya mental seringkali menyebabkan stress bahkan banyak yang akhirnya gila.

Beza dengan makrifat, makrifat itu sederhana yaitu sedar tentang Allah. Pada tahap ini orang tidak banyak bicara dan belajar melalui buku, orang yang makrifat (sedar Allah) selalu belajar kepada Allah, kerana memang melalui kesedaran itu Allah mengajarkan banyak hal.

Orang makrifat kalau bicara bukan bicara ilmu tapi bicara pengalaman, ini berbeza dengan orang yang belajar ilmu makrifat maka dia banyak bicara dari sisi ilmu nya bukan amaliahnya atau pengalamannya.

Maka banyak kita temui juga bahwa orang makrifat justru ada pada orang orang biasa namun dia memiliki istiqomah tinggi untuk selalu sedar Allah. Pakaian yang dia kenakan cukup sederhana tidak menggunakan ciri serban, jubah, dan lainnya.

Antara ahli ilmu makrifat dan ahli makrifat memiliki pengajaran yang berbeda. Karena ahli makrifat asas nya adalah pengalaman maka apa yang dia ajarkan adalah apa yang dia alami dalam bentuk cara yang sederhana. Berbeza dengan ahli ilmu makrifat yang banyak bicara pada tataran ilmu. Ahli ilmu makrifat biasanya kemana mana membawa kitab kitab karya orang makrifat misalnya kitab madarijus salikin, ihya, al hikam.. dan lainnya. Kitab kitab tersebut merupakan karya orang makrifat yang dibaca dan dipelajar oleh ahli ilmu makrifat.

Sekarang mari kita muhasabah diri kita, kita ingin menjadi ahli ilmu makrifat atau ahli makrifat? kalau hanya ilmu tidak semestinya meraih makrifat, tapi kalau anda dikurnia makrifat (sedar Allah) maka Insyaallah anda akan mendapatkan ilmu dari sisi Nya.

Wallahua'lam.

1 comment:

  1. Subhanallah.alhamdulillah penulisan tuan ringkas dan dapat difahami dgn jelas. Jazakallahu khayr.

    ReplyDelete