Tuesday, November 10, 2015

Nafas Ku Berzikir

NAFAS KU BERZIKIR

Cara dan Kaeadah Tepat Zikir Nafas

-Zikir Nafas 
-Mengenal  Nafas
-Mengenal  Asal  usul nya  Nafas
-Mengenal  Datang nya   Nafas
-Mengenal  Reservoir  Nafas
-Mengenal  Punca  Kedatang nya  Nafas
-Menghargai  Nafas  dengan  Haqqul  Yakin
-Melihat  kedatangan  Nafas  dari  Pandangan Ainul Yakin
-Tarbiyyah  diri  dengan  Muttu  Qabla  an  tammutu [ hadis]   Latih mematikan diri- 
-Latih pergerakan Allah-(memulangkan Zat,Sifat,Asma,Af’al Allah s.w.t)  Dengan  Muraqabh  dan  Musyhadah
- Latih Ilmu Allah
-Dengan  KALIMAH  Syahadah  dan  Syuhud (Qudrat”Kuasa”,Iradat”berkehendak”,Ilmu”ilmu”,Hayat”hidup”)

Bagi kaum Aribillah, Nafas  adalah Imej  cermin  dari  Roh , nafas adalah kembar bagi Ruh. Ruh adalah hakikat dan nafas adalah syariatnya di alam ini.Ruh ibarat kapal, ombak bagaikan nafas. Jika tenang ombak, tenanglah perjalanan kapal. Begitu juga Ruh, jika nafas seorang hamba tenang, maka ia memberi kesan pada ruhnya. Kaum Aribillah  dan  ahli  Rohanni amat mementingkan latihan pernafasan. Bila pernafasan elok, maka akan eloklah perjalanan ruh dengan ROBBnya. Emosi amat mempengaruhi pernafasan, baik ia dalam keadaan marah “stress” atau tenang.
Jika seseorang itu berjaya mengawal emosinya.

Mereka  yang  tidak  mementingkan  rohani  adalah  seperti  jasad  yang  tiada  Roh , mereka  amat  di perbodohkan  oleh  syaitan ,  apa  guna  sebatang  jasad  walaupun  ianya  seorang  raja , seorang  yang cantik dan kaya   jika  tiada  Roh  dan Nyawa  akan  di kebumikan dengan secepat  mungkin. Roh  dan kerohanian  amat  penting  dalam  memahami  pengertian  hidup  dan  perjalanan  hidup  ini. Nafas  berasal  dari  Robbul  Alameen.

Soalan  pertama  adalah  mengenal  Bagaimana  turunnya  dan  naiknya  Nafas  ini  dari  sebatang  tubuh  yang  tidak  ada  hawl  dan  quwwah ,  dan  bagaimana   ratusan ribuan  jutaan  makhluk menerima Nafas  turun ,  Nafas naik  dengan  secara  sistematik  dan  secara  teratur  dan  tanpa  ada  gangguan,  dan  tiada  kehilangan  satu  nafas   yang   tergendala   dalam  ribuan  juta   tahun  kecuali   sudah sampai  ajal  maut  seseorang  itu   dengan  taqdir  Nafas  dan  usia  hayyatnya. Nafas adalah sumber kehidupan, tanpa nafas hancurlah kehidupan.

Nafas adalah al-Hayat yang datang dari Tuhan, ia adalah rahsia Illahi. Para ulama sufi mengamalkan zikir nafas untuk pembersihan rohani, manakala para ahli “tenaga dalam” mengamalkan pernafasan untuk mengaktifkan tenaga ghaibnya sehingga dapat melakukan perkara yang luar kekuatan jasad. Kaum sufi menamakan ianya sebagai Nasma iaitu gabungan antara Ruh Jasmani dan jasad. Zikir  Nafas  adalah  jentera  pengerak  kepada  semua  sistem rohani  dan  jasmani. Zikir Nafas adalah merupakan IBU kepada segala zikir. Zikir ini mempunyai banyak keistimewaan. Zikir Nafas ini ada pecahan dan rangkaiannya tersendiri. Pecahan zikir ini ialah zikir Nufus, Tanafas dan Amfas. Keempat-empat perkara ini berkaitan diantara satu sama lain. Bermula nafas itu kerana anfas, dan hidup anfas itu kerana nufus, manakala hidup nufus itu dengan rahsia dan rahsia itulah merupakan (diri) rahsia Allah. Nufus, Anfas dan Tanafas itu adalah satu perkara yang ghaib, yang wujud tanpa dapat dirasa dan dilihat seperti mana nafas.

Adalah tidak sedap membicarakan sesuatu yang tidak boleh dibuktikan dengan ilmu yakin, ataupun ainul yakin. Kerana ini boleh menimbulkan fitnah besar kepada pembicaranya kelak.Sudah menjadi ghalib manusia ia akan menolak sesuatu yang tidak tercapai oleh akal dan ilmunya, meskipun jalan paling baik jika ia terserempak dengan keadaan demikian ialah dengan mendiamkan diri (tawakuf) disamping belajar untuk memahaminya. Kedudukan  Sistem  Bathin  dan Spiritual  ini  bergerak  dengan  Kuasa   Qudrat  yang  mutlak  dan  hanya   dapat  di  lihat  dengan  mata  hati  oleh  mereka  yang  telah  hidup  hati  mereka  secara  zahir  dan  bathin. Tanpa  ILMU  Mata  hati, memang  hati  itu  tidak  akan  terbuka  dan   hidup  dan  tidak  akan   dapat  memerhatikan  keajaiban  hati  ini. Kedudukan Anfas ialah dihidung.Tanafas ditelinga dan Nufus di Jantung, manakala Nafas ialah dimulut. Anfaas, Nafas, Tanafas dan Nufus ini merupakan satu “kuasa” ataupun keadaan yang keluar masuk (bergerak) dalam tubuh seseorang manusia. Apa kah  insan  mudah  memahami   gerakan  sistem  spiritual  dan  rohani  ini   tanpa  mengenal  Robbnya  dan  ILLAH nya  ,  dia  sekali-kali  tidak  akan  mengenal  Robb nya   tanpa  ILMU  KALIMAH  LA  ILAHA  ILLALLAH. Semua  sistem  pengerakan  Nafas , Anfus , tanafas  adalah  satu  sistem  Unggul  dan  yang  ajaib yang  penuh  dengan  mukjizat.Tanafas ia bergerak di telinga, Nufus dijantung, Anfas di hidung sementara Nafas pula dimulut. Diantara keempat unsur ini, Nafaslah yang boleh dirasa dan disentuh serta mudah untuk diyakini (kalau kita membicarakan) kerana setiap orang boleh merasakan dengan perasaan zahir.

Justeru itu dalam bab ini saya berminat untuk membicarakan Zikir Nafas sahaja. Nafas  adalah  sumber  utama  dalam  menghidupkan  hati  dan  jasad.  Memahaminya  dan  menguasainya  akan  membawa  Insan  itu  kepada  kejayaan. Nafas  adalah  saluran penting  bagi  kita  meneruskan  hidup  di atas  bumi  ini, ada jasad  tanpa  Nafas,  tidak  berguna  jasad ini. Ada  roh  tapi  tiada  Nafas   tidak  juga  bermanfaat  Roh  itu  kepada  jasad  itu. Bila sebut Nafas orang tahu, iaitu angin yang keluar masuk daripada lubang hidung dan mulut (daripada luar tubuh kedalam tubuh). Kalau mengikut pengertian saintifik, udara yang keluar dari mulut atau hidung itu ialah karbondioksida yakni bahan “perkumuhan”, sementara yang disedut masuk itu pula ialah oksigen.
Fungsi oksigen ini ialah untuk memutarkan darah dalam jantung, membolehkan nyawa bergerak. Oksigen itu disedut dari luar dimana ianya diproseskan oleh tumbuh-tumbuhan dan alam seluruhnya. Fikirlah  dan  renungkan  lah  betapa  penting nya  penguasan  Nafas  dalam  hidup  dan  tanpa   penguasan  ini  anda  tidak  akan  bahagia  secara  zahir  dan  bathin. Ramai  ahli  sains  mengakui  hakikat  ini  bahawa  semua  punca  masalah  hidup  yang  membawa  kepada  keadaan  tidak  bahagia  adalah  kerana  tidak  wujud  harmoni  di  antara   jasad  dan  qalbu  -  emosi  dan  minda. 

Mengikut kajian pakar 80% punca pesakit adalah berpunca dari ketidakstabilan emosi atau masalah psikologi.Emosi  dan  jasad  ada  kaitan  yang  amat  rapat  jika  tidak  di  kawal  ianya  akan  membawa  mudarat  kepada  tubuh  badan  dan  juga  anggota  badan  yang  menjalankan  tugas  penting  dalam  sistem  peredaran  darah  dan  sistem  oxygenation. Justeru itu rawatan yang paling baik ialah membina motivasi seseorang itu kepada kekuatan dalaman.Tiada pembinaan yang paling baik melainkan mendekatkan manusia itu dengan RabbNya. Zikir yang digabungkan dengan teknik pernafasan yang betul, atau disebut oleh ahli Tasauf sebagai zikir nafas, akan memberi kesan yang hebat. Imam Ghazali mengatakan zikir yang dilakukan dengan cara menahan nafas akan mempercepatkan proses penyucian hati (membakar mazmumah). Pernafasan yang betul akan memaksimumkan penyerapan oksigen yang amat penting dalam kehidupan dan kesihatan manusia.Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang terdedah kepada pelbagai penyakit seperti kanser,gangguan saraf, leukemia dan lain-lain.

Teknik Terapi Zikir pernafasan:
Perut dikempeskan se-kempes mungkin dan dikeraskan, agar energi yang dibangkitkan besar. Tarik nafas perlahan-lahan  dan  kemudian dalam-dalam, dada digembungkan, perut dikecilkan, tahan selama beberapa detik agar diproses oleh paru-paru, dan lepaskan. Penarikan  Nafas  harus  dengan  tertib  dan  juga  secara  natural tanpa  di paksa  atau  pun  di  desak  -  kaedah  ini  akan  gagal  menghasilkan  satu  proses  yang  mukammil.

Kemudian tarik nafas kembali dalam-dalam, tahan selama beberapa detik, dan selanjutnya [sebaik  nya  5-1-5  atau  10-1-10  atau  pun  3-1-3] , tarik  3  saat  - tahan  1  saat  -  dan  lepas  3  saat ]  atau  ikut kekuatan  daya  tarikan  dan  hembusan.

Lanjutkan terapi pernapasan dengan dada tetap digembungkan, dan perut tetap dikempeskan dan dikeraskan. Menarik nafas dengan membayangkan menghirup udara yang bersih dan sehat, lepaskan napas dengan membayangkan membuang penyakit, racun dan udara kotor. Nafas ditahan agar proses biologis didalam paru-paru berlangsung sempurna, yaitu : oksigen yang diudara diserap oleh paru-paru ( secara maximal ) dan udara kotor beracun ( CO2 ) dilepaskan ke-udara untuk kemudian dibuang keluar saat melepaskan napas. ( Dengan bernapas biasa maka proses berlangsung tidak sempurna, karena belum sempat terjadi pertukaran secara lengkap, udara sudah dikeluarkan lagi dari paru-paru ).

Waktu ingin melakukan zikir nafas kita wajib memulangkan Zat, Sifat, Af’al kita kepada Zat, Sifat, Af’al Allah yang bererti memulangkan segala wujud kita yang zahir kepada wujud kita yang batin iaitu Ruh dan pulangkan wujud Ruh pada hakikatnya Wujud Yang Qadim Zat Allah jua.La maujud illaLlah yang bermaksud tiada yang ada di ala mini pada hakikatnya melainkan Allah jua. Hakikat nafi pada diri kita ialah la wujud (tiada yg wujud) ,
la qadir (tiada yg Maha kuasa) ,
la hayun,
la muridun,
la alimun (tiada yg Maha mengetahui) ,
la samiiun (tiada yg mendengar) ,
la basirun (tiada yg Maha melihat) ,
la mutakalimun fil haqiqah illaLah.
Berkata para Arifbillah, ”matikan diri kamu sebelum kamu dimatikan”.[ Hadis Sohih].

Mati disini dibahagikan kepada empat:
1) Mati Hissii iaitu seolah-olah sudah bercerai ruh dari jasad, tiada daya upaya walau sezarah jua pada hakikatnya hanya Allah jua yang berkuasa, kemudian dimusyahadahkan didalam hati dengan menyaksikan kebesaran iaitu sifat Jalal dan JamalNya dan kesucianNya.

2) Apa  dia  hakikat  Asolatu  Miraju  lil Mukmineen. Miraj iaitu selepas sempurna mematikan diri kita hendaklah melakukan miraj ertinya iaitu menaikkan nafas kita melalui alam “Qaba qawsain au adna” iaitu antara kening merasa penuh limpah dalam alam Qudus iaitu dalam benak kepala kita hingga hilang segala ingatan yang lainnya.Ia dinamakan mati ma’nawi iaitu hilang segala sesuatu didalam hatimu melainkan hanya berhadapan pada Allah jua.

3) Mati  dalam  Hidup  dan  Hidup  dalam kematian ,  ini lah  hakikat  mati  lah  kamu  sebelum  kamu  di  matikan. Mati segala usaha ikhtiar segala daya upaya diri kita hanya kita mendirikan sembahyang dengan melihat pada matahatinya dari Allah, dengan Allah dan untuk Allah. Dari Allah mengerakkan Ruhaniah, dari ruhaniah mengerakan Al-Hayat, dari Al-Hayat menggerakkan nafas dan dari nafas menggerakkan jasad dan adalah pada hakikatnya itu Allah jua yang menggerakkan sekaliannya sebagaimana firmanNya: “Dan tiadalah yang melontar oleh engkau ya Muhammad Sall9allahu Alaihi Wasalam -  ketika engkau melontar tetapi Allah yang melontarnya…”.Pada pandangan dzahirnya perbuatan hamba tetapi pada pandangan matahati perbuatan Allah jua.

4)  Mati  dalam  tidur -  Ini  adalah  satu  rahsia  maarifah  dalam  hidup  yang  hanya  di  ketahui  oleh  para  Arif Billah  dan  Alimbillah -  bukan  nya  oleh  alim bil kitaab,  ramai  orang  alim  bil kitaab  tetapi  jahil  tentang  Allah  dan  segala  ilmu  tauhid  dan  maarifahtullah. Zikir  Nafas   adalah  Ummul  Zikir.  Dan  seafdal-afdal  Zikir  yang  mampu  memberi  kekuatan  Rohanni  adalah  Zikir  Khafi,  ini  di  jelaskan   dalam  beberapa  hadis  sohih.

Zikir  Nafas   adalah  selaku  Noor Cahaya  yang  memancar  keseluruh  jiwa  seorang  pengamal  Zikir  Nafas. Zikir nafas ini adalah besar faedah. Dengan melakukan zikir nafas sahaja ia boleh memecahkan ketulan darah hitam yang berada dihati yang dianggap sebagai istan iblis itu. Selagi istana Iblis tidak terpecah dan hancur musnah Nur Qalbi sebagai penyuloh lampu ma’rifat yang diharapkan itu tidak mungkin diperolehi. Nur itu tidak akan bersinar menyuloh kegelapan dalam diri. Kalau pun ia menyala tetapi cahayanya tidak telus. Zikir  Nafas  adalah  ibu  segala  zikir. Ianya  mampu  membersihkan  segala  kotoran  dalaman  dan  rohanni.

Mengenal Diri

Sabda Rasulallah saw:
MAN ARAFA NAFSA FAQAD ARAFA RAB’BAH WAMAN ARAFA RAB’BAH FASADA JASAD.“Sesiapa yang mengenal dirinya,tentu dia mengenal Robbnya dan sesiapa yang mengenal Robbnya, maka binasalah dirinya.”

Firman Allah swt: “Dari Allah kau datang kepada Allah kau dikembalikan” (al-Baqarah:156). Apabila Ruh diturunkan kebumi, ia berhajat kepada Sifat Iftiqar Allah untuk berfungsi di atas muka bumi ini.. Jika tiada Sifat Iftiqar, Ruh tidak berfungsi. Ini disebabkan ia memiliki sifat yang suci dan tinggi. Ia tiada pengetahuan dan kehendak terhadap alam yang rendah (dunia). Oleh itu, ia perlukan Sifat Iftiqar untuk melaksanakan tugas khalifah, untuk kehidupannya dan dunia.

Empat Sifat Iftiqar: Sifat Qudrat, Hayat, Iradat, Ilmu. Sebelum Ruh dimasukkan ke dalam jasad, Allah melapisi Ruh Al-Qudsi dengan lapisan-lapisan sampai kealam “Mulkiah” yang disebut “Qiswah Unsuriah” iaitu alam Jabarut, alam Malkut dan alam Mulki kerana kekuatan Ruh Al-Qudsi boleh menghancurkan jasad, sebagaimana cahaya matahari yang dihalangi cahayanya bumi dengan pelbagai lapisan agar tidak terbakar bumi ini kerana kepanasannya. ALLAH swt - RUH YANG SUCI Firman Allah swt: (“Lalu kutiupkan Roh-Ku dalam tubuh manusia.”Al-Hijr:29)

1) QUDRAT (Kuasa): iaitu dinyatakan pada (RUH JASMANI) dan diletakkan dalam jasad. Ruh memerlukan jasad untuk bergerak di atas muka bumi. (NASMA “fizikal”: kuasa batin yang hebat). TANAH: tubuh badan-istana hakikat.

2) ILMU (ilmu): ianya dinyatakan pada (RUH SULTANI) dan menjadi akal apabila digabungkan dgn unsur air dan diletakkan pd otak. Ruh tidak akan dapat berfikir untuk kehidupan didunia tanpa ilmu bangsa dunia. (AIR: akal- ilham,laduni pandangan tajam hikmah). AIR: otak-istana syariat.

3) HAYAT (hidup): ianya dinyatakan pada (RUH AL HAYAT) dan menjadi nafas apabila bergabung dgn udara. Ruh memerlukan nafas untuk berhubung dgn nafas. (NAFAS: menstabilkan emosi, akal, kesihatan dan perjalanan Ruh).  ANGIN, udara:sistem pernafasan-istana tarikat.

-4) IRADAT (berkehendak): ianya dinyatakan pada (RUH SAIRANI RAWANI) dan menjadi nafas apabila digabungkan dgn unsur api dan diletakkan dijantung/qalbi. Ruh memerlukan nafsu yg bangsa dunia untuk memakmurkan dunia.(NAFSU: ketenangan, kasyaf, asyik, cinta, rindu, syuhud, makrifat) API: jantung-istana makrifat. Syaikh Abdul Qadir Jailani: Di dalam Kitab Sirrul Asrar: Ruh adalah hakikat diri manusia yang sebenar. Ruh adalah Nur cahaya yang tinggi yang dibaluti dengan beberapa lapisan pakaian sebelum diturunkan ke alam dunia ini agar jasad tidak terbakar. “Manusia itu rahsiaku dan Aku adalah rahsia manusia.” (Hadis Qudsi) Setiap Ruh mempunyai tempat di daerah ketika ia berada dalam jasad. Setiap insan wajib mengetahui bagaimana mahu mengolah setiap lapisan tersebut agar tersingkap baginya rahsia. Kenali dirimu dengan merenungkan kedalam dirimu nescaya engkau akan mengenali Tuhanmu tanpa huruf, suara, tanpa dalil dan  perantaraan. Galillah rahsia alam dirimu sendiri sehingga berjumpa dengan air dari alam Malakut, alam Jabarut dan akhirnya Lahut, nescaya kamu akan dapat menyaksikan kembali bagaimana dirimu berhimpun dan bertasbih di alam Lahut serta menyaksikan bagaimana dirimu bersaksi akan diri KeTuhanan sebagaimana firmannya: ”Adakah Aku Tuhan Kamu,(Ruh menjawab) Bahkan!Kami menyaksikan.”(al-Araf:172)

Sesiapa yang sampai kealam ini, ia mengambil ilmunya terus dari Allah tanpa perantaraan iaitu ilmu laduni. Di alam ini, ia beribadah dari Allah, dengan Allah dan untuk Allah. Pandangannya sentiasa melihat pada dua alam, melihat diriNya di alam zahir iaitu Af’al, Sifat dan Asma, bermusyahadah dengan ZatNya di alam lahut. Adakala mereka itu fana (lebur) penglihatan di alam ini ketika mentajallikan rahsiaNya sehingga tiada yang dilihat melainkan Allah swt.

Bagaimana  hendak  Mengenal diri?
Apa yang  harus  di  kenali  dengan  diri  ini ? Adakah  Mengenal  Jasad  yang di kenali  oleh  semua  orang kafir dan  mushrik  dengan  itu  mereka  sudah  mengenal  Robb mereka?.Adakah  mengenal  Bathin sahaja   tanpa  mengetahui soal Rohani?.
Mengenal diri  tanpa  mengenal  jalan  mengenal  diri  anda  tidak  akan sampai  kepada  matlamat?.
Mengenal Jalan  tanpa  mengenal  musuh  akan  tertewas  separuh jalan.
Mengenal  Musuh  tanpa  bersenjata  akan  di  kalahkan.
Mempunyai senjata  lengkap  namun  tidak  mengenal  maqam  musuh  akan  menempuh  kekalahan.
Mengenal  senjata  dan  musuh  tetapi  tidak  ada  tarbiyah  dari  orang  mengenal  perjalanan  dan  kaeadah  juga  akan  binasa  dalam kesesatan.

Siapa yang benar mengenal dirinya, akan binasalah dirinya, tenggelam ia dalam lautan kefakiran, tenggelam ia dalam lautan ketiadaan keAkuan. Didalam kitab Kasyful Asrar dinyatakan bahwa wujud insan adalah bayang-bayang kepada wujud Tuhan. Tiada akan wujud bayang-bayang ini jika tiada yang empunya bayang-bayang, tidak bergerak bayang-bayang melainkan bergeraknya tuan empunya bayang-bayang. Apabila kamu memandang diri kamu, memandang kewujudan dirimu, maka kamu wajib memahami bahwa kamu ada pemiliknya. Wujud kamu menyatakan wujud diri-Nya. Dia ghaib dan kamu nyata, Dia hakikat dan kamu syariat, Dia adalah wujud dan kamu adalah bayang bagi wujud-Nya. Lihatlah diri kamu lagi, pandanglah segala sifat yang ada pada diri kamu, lihatlah matamu, lihatlah telingmu, lihatlah  mulutmu, lihatlah akalmu, lihatlah gerak diammu, lihat rasa hatimu.Semuanya tidak lain melainkan kenyataan sifat-sifat-Nya.

Semoga hati kita tidak dibutakan sama sekali, sehingga tidak mengenal Diri-Nya, yang meskipun Al-Ghaib tetapi sangat dekat sekali, bahkan lebih dekat Dia bila dibandingkan dengan urat nadi yang ada di lehernya sendiri. Bererti lebih dekat Dia meskipun dibandingkan dengan keluar masuknya nafas dalam dada.Maka firman-Nya yang memutuskan:

“Barang siapa yang hidupnya sekarang ini (di dunia) buta (mata hatinya tidak mengetahui keberadaan Diri Tuhannya yang dekat sekali dan Wajib Wujud-Nya), maka kelak di akhirat juga akan lebih buta dan lebih sesat jalannya.”(Al-Isra:72)

No comments:

Post a Comment