Mengenali Wali; "Siapakah wali Allah? Bagaimana kita ingin mengetahui seseorang itu adalah wali? Apakah ciri-ciri seorang wali itu? Suatu hari Saidina Umar Al-Khattab r.a. sedang duduk bersama Baginda Rasulullah ﷺ."
"Lalu Nabi kita mengatakan; "Wahai Umar. Tahukah kamu? Bahawa Para Nabi dan Para Syuhada akan merasa cemburu kepada segolongan hamba Allah سبحانه وتعالى kelak di Akhirat."
"Ini kerana mereka mempunyai kedudukan yang tinggi yang mulia di sisi Allah سبحانه وتعالى yang mana meraka itu bukanlah Para Nabi. Maka Saidina Umar Al-Khattab r.a. pun bertanya; "Ya Rasulullah. Siapakah mereka itu?" Nabi kita menjawab; "Mereka ialah satu kelompok satu kaum yang mana mereka saling kasih mengasihi sesama mereka semata-mata kerana Allah سبحانه وتعالى."
"Mereka mencintai bukan kerana hubungan silaturrahim ataupun kerana harta. Demi Allah. Sesungguhnya wajah mereka bercahaya. Mereka memiliki beberapa mimbar yang bercahaya. Mereka tidak takut di saat manusia lain merasa takut dan mereka tidak sedih di saat manusia lain merasa sedih."
"Lalu Baginda Rasulullah ﷺ menjawab; "Ingatlah. Sesunguhnya Wali-Wali Allah itu tidak ada kerisauan terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati. Iaitu orang-orang yang beriman dan mereka sentiasa bertaqwa."
"Bagaimanakah kita ingin mengetahui seseorang itu merupakan Kekasih Allah Wali Allah dan apakah ciri-ciri mereka?" Maka untuk kita mengetahui seseorang itu adalah Wali Allah ataupun tidak maka kita mesti melihat bagaimanakah keadaan seseorang itu."
"Adakah dia itu seorang yang bermaksiat yang melanggar perintah Allah سبحانه وتعالى? Dan dia itu terus menerus melakukan bermaksiat dan melanggar perintah Allah سبحانه وتعالى. Auratnya tidak ditutup, solatnya tidak dijaga, akhlak dan adabnya tidak keru-keruan begitu juga kewajiban kewajiban yang lain."
"Dan ia dilaksanakannya, maka mana mungkin kita boleh mengatakan dia itu Wali Allah سبحانه وتعالى. Kerana antara sifat Wali Allah ini adalah mereka adalah orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah سبحانه وتعالى. Mereka bukanlah golongan yang suka menyalahkan orang lain apatah lagi mudah mengatakan orang lain sesat."
"Mata mereka melihat perkara yang baik-baik, melihat kebesaran dan kebaikan Allah سبحانه وتعالىAllah. Mulut mereka hanya bercakap perkara yang menjanjikan mendatangkan ganjaran pahala kepada mereka. Berzikir kepada Allah. Tidak bercakap perkara yang sia-sia."
"Dan apatah lagi membuka aib orang lain dan bercakap buruk mengenai orang lain. Mereka sentiasa bercakap dengan penuh hikmah. Telinga mereka hanya mendengar perkara yang mendatangkan manfaat."
"Tangan mereka digunakan untuk membantu orang lain dan tidak sesekali akan digunakan untuk menyakiti orang lain. Perut mereka sentiasa dijaga. Mereka menjaga makan dan minumnya daripada perkara-perkara syubhah apatah lagi yang haram. Kaki mereka hanya melangkah ke tempat-tempat yang diredhai Allah سبحانه وتعالى."
"Bukannya ke tempat yang dimurkai Allah سبحانه وتعالى. Dan hati mereka sentiasa hidup mengingati Allah dalam jua keadaan sekalipun. Tidak kira ketika berada bersama orang lain ataupun ketika duduk berseorangan. Hati mereka sentiasa mengingati Allah سبحانه وتعالى."
"Wali Allah ini adalah orang yang kamu melihatnya berada di tempat yang halal yang memenuhi kewajibannya dan tidak pula kamu akan melihatnya berada di tempat yang haram. Apabila kamu melihatnya akan membuatkan kamu mengingati Allah سبحانه وتعالى."
"Akan memberikan ketenangan dan kegembiraan kepada diri. Mereka ini orang-orang yang selalu mengingatkan kita dan mengajak kita kepada kebaikan. Berkata mereka yakni Para Solihin; "Tidaklah perlu kamu untuk keluar mencari-cari siapakah mereka itu Wali Allah kerana kamu boleh menjumpai hatta di dalam rumah kamu sendiri."
"Yakni kedua ibu dan bapa mu. Ibu dan Bapa mu adalah Wali Allah Kekasih Allah سبحانه وتعالى. Oleh itu, janganlah kalian sesekali mengabaikan kedua ibu dan bapa mu ketika mereka masih lagi hidup. Janganlah kamu menyakiti hati-hati mereka. Mintalah doa daripada ibu dan bapa mu kerana doa ibu dan bapa mu adalah mustajab."
"Dan selepas itu ketahuilah bahawa Para Ulama itu adalah Kekasih-Kekasih Allah. Janganlah sesekali kalian menghina ataupun merendah-rendahkan Para Ulama kerana mereka itu yakni Para Ulama merupakan orang yang paling takut kepada Allah سبحانه وتعالى."
"Makanya, mereka adalah Pewaris Para Nabi & mereka itulah Auliya Allah. Sekiranya Para Ulama itu bukan Kekasih Allah Wali Allah سبحانه وتعالى maka siapakah lagi yang lebih layak daripada itu? Maka hendaklah kalian selalu menghormati dan memuliakan kedua ibu bapamu dan Para Ulama."
Daripada TG Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki.
No comments:
Post a Comment