Sunday, May 31, 2015

MENJAWAB ARTIKEL MINGGUAN MALAYSIA 'ISLAM IKTIRAF TAREKAT' bertarikh 31 Mei 2015

MENJAWAB ARTIKEL MINGGUAN MALAYSIA 'ISLAM IKTIRAF TAREKAT' bertarikh 31 Mei 2015

Artikel daripada Mingguan Malaysia pada 31/5/2015 yang bertajuk ISLAM IKTIRAF TAREKAT dilihat sudah mencari sisi positif Tarikat, minggu lepas ia telah menghentam Tarikat Tasawuf secara pukul rata. Kami tidak pasti sama ada artikel di bawah ini benar atau tidak daripada kata-kata atau tulisan Prof. Datuk Zakaria Stapa sendiri. Itu hanya pihak Prof. yang boleh mengesahkannya.
Namun, masih terdapat kesamaran di sana pada 'Bab Mencium Kaki' apabila ia dikatakan "...kalau benar sebagaimana dalam video (Sheikh Hisham Kabbani), amalan cium kaki itu tidak Islamik dan tidak betul. Ia tidak dibenarkan. Itu antara perkara yang menimbulkan masalah."

Jawapan:

1. Tidak dapat dinafikan bahawa amalan mencium kaki itu boleh menimbulkan masalah atau fitnah di kalangan masyarakat, terutama di Malaysia atau di negara yang tidak biasa mengamalkannya. Ini dipersetujui oleh Mantan Mufti Besar Mesir, Dr. Ali Gomaa sendiri.

2. Namun, mengatakan amalan mencium kaki itu tidak Islamik dan tidak boleh diterima, ia merupakan sesuatu penyelewengan ilmu kerana para ulama sendiri ada menyatakan bahawa ianya sabit dalam hadits seperti yang dikatakan oleh Dr. Ali Gomaa.
https://www.youtube.com/watch?v=vaQ9qe3IWZc

Terjemahan: Berkenaan mengucup kaki, ianya warid dalam Sunan Abi Daud [Hadis Riwayat Imam Abu Daud no. 5227], bahawa rombongan (kabilah) Abdul Qais, mengucup tangan Nabi dan kakinya, akan tetapi ianya tidak menjadi kebiasaan para sahabat untuk melakukan sedemikian, oleh kerana itu, terutamanya ketika berlakunya kekeliruan,dan berlakunya fitnah, tidak digalakkan untuk melakukan sedemikian. Namun ianya dibolehkan, dari sudut waridnya (sabit dalil) perkara tersebut, seperti kisah rombongan Abdul Qais tadi. Dan perbuatan mencium/mengucup tersebut adalah satu bentuk penghormatan, akan tetapi sekiranya ianya dijadikan kebiasaan, dan dilakukan dihadapan orang awam sehingga nampak seolah-olah ia sujud kepadanya, maka akan berlaku fitnah di atas fitnah, maka ini bukanlah daripada kebijaksanaan, dan bukan daripada hikmah.

Sebagaimana Kata Imam Sufyan al-Thawri (RA): "Apabila kamu melihat seseorang melakukan sesuatu amal yang mana terdapat perbezaan pendapat padanya, dan kamu pula mengikuti pendapat yang berbeza, jangan halangi mereka!"

إذا رأيت الرجل يعمل العمل الذي قد اختلف فيه, وأنت ترى غيره, فلا تنهه!

Maksud: walaupun anda menganggap seseorang itu berada pada kedudukan yang tidak betul; anda tidak boleh mengharamkannya.

Begitu juga Imam al-Nawawi (RAH) berkata dalam bab al-Amr bil-Ma'ruf wan-Nahy 'an al-Munkar dalam Syarah Sahih Muslim:

"ULAMA HANYA BOLEH MENGUTUK PERKARA YANG DIPERSETUJUI; SEDANGKAN PADA PERKARA YANG BERBEZA PANDANGAN, KUTUKAN TIDAK DIBENARKAN! Kerana menurut salah satu daripada dua pendapat, setiap mujtahid adalah betul. Ini adalah pendapat yang diutamakan oleh ramai para ulama mujtahid bahkan majoriti mereka."

العلماء إنما ينكرون ما أجمع عليه; أما المختلف فيه, فلا إنكار فيه.

Imam al-Suyuti mengesahkan kaedah ini dalam al-Ashbah wan-Naza'ir dalam Fiqh Syafi'i.

Persoalannya:

Mengapa Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia hanya benemubual 'para asatizah' berfahaman Wahhabi-Salafi?

Kemudiannya mengapa menemubual seorang Professor yang bukan daripada kalangan ahli tariqat itu sendiri?

Mengapa tidak bertanyakan terus kepada Shaykh atau Habib yang dituduh?

Kesimpulannya, menemu bual 'para asatizah' yang berfahaman 'Salafi-wahhabi' minggu lepas adalah satu penipuan dan jenayah ilmu. Manakala, menemu bual Prof. Datuk Zakaria Stapa (jika benar) semata-mata masih tidak mencukupi untuk menjawab persoalan-persoalan berkenaan Tarikat Tasawuf. Mahu tidak mahu, bagi bersikap adil, Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia mestilah menemubual pihak daripada kalangan Tariqat Naqshbandiyyah al-Aliyyah/an-Nazimiyyah Shaykh Nazim al-Haqqani dan Shaykh Hisham al-Kabbani atau kalangan Tariqat Alawiyah al-Habib Umar Bin Hafiz dan Habib Syech as-Saqqaf yang telah dituduh sebagai menyeleweng dan sesat untuk mendapatkan penjelasan yang sebenarnya.

Terima Kasih.

Pembela Ulama ASWJ Malaysia

No comments:

Post a Comment