Thursday, May 20, 2021

Tuesday, May 4, 2021

ANTARA PANDANGAN SYARIAT DAN HAKIKAT

ANTARA PANDANGAN SYARIAT DAN HAKIKAT...

Asalamualaikum Warahmatullahi Wabarahkatuh. Bismillahirahmanirahim.

Syekh Ibnu Atha’illah mengirim surat kepada sahabatnya: 
“Mata hati memandang bahawa segala kurnia hanyalah dari Allah. Namun, syariat menyuruh berterima kasih kepada sesama makluk.”

Syekh Abdullah Asy-Asyarqawi menjelaskan: “Dalam pandangan mata hati, yang memberi segala kurnia adalah Allah semata. Namun demikian, syariat menuntut kita untuk berterima kasih kepada sesama makhluk.

Jika Allah memberimu nikmat melalui tangan seorang manusia, baik berupa nikmat agama, seperti ilmu dan makrifat, mahupun berupa nikmat duniawi, dalam hal ini, engkau harus memerhatikan hakikatnya.

Engkau harus melihat bahwa nikmat tersebut semata-mata dari Allah. Orang yang memberimu dengan tangannya hanyalah manusia lemah yang ditakluq dan dikendalikan oleh Allah.

Maka, engkau harus memuji Allah atas nikmat tersebut. Namun, syariat menuntunmu agar engkau juga berterima kasih kepada orang yang memberimu nikmat itu melalui tangannya.

Engkau harus mendoakan dan memujinya sebagai pelaksanaan terhadap perintah Allah dan pelaksanaan terhadap tuntunan syariat. Selain itu, engkau harus memuji Allah kerana Allahlah yang memberinya secara khusus, yaitu dengan menjadikannya pemilik nikmat tersebut. 

Dalam hadis disebutkan, “Siapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, bererti ia tidak berterima kasih (bersyukur) kepada Allah.” Kerana untuk berakhlak kepada Allah... maka berakhlaklah kepada semua ciptaan-Nya.

--Syekh Ibnu Atha’illah dalam kitab Al-Hikam.

Sunday, April 25, 2021

BATIN SILAT - MENCARI TUHAN

‘BATIN SILAT’:

Nak kenal Allah molek la pi mengaji ilmu hakikat sampai jazam, tiada syak, zhon dan waham hingga sampai ke Haqqul Yakin. 

Ilmu tauhid Sifat 20 itu adalah asas atau prinsip untuk kita menggali sampai ke hakikat. Hakikat pada segala syariat. Insyaallah prinsip yang jelas dalam Sifat 20 itu akan mengawal kita agar tidak tergelincir ke jurang kesesatan kerana ‘syariat itu akan menyatakan hakikat dan hakikat itu akan menyatakan syariat’. Tiada pertembungan dan perbalahan antaranya. 

Pabila ada Tassauf, maka akan adalah kemurnian dan kebersihan jiwa. Perkara mazmumah yakni riak, ujub dan takbur akan diperangi untuk mencapai nilai mahmudah yang menzahirkan keikhlasan, keredhaan dan keikhsanan dalam pembawaan diri. Jika orang di tingkatan feqah berperang dengan pihak lain berkaitan prinsip (pembidaahan, pengkafiran dan sebagainya), maka orang di tingkatan tassauf ini berperang dengan diri yang tidak wujud agar yang ada dalam ‘dirinya’ hanyalah diri yang wujud. Allahyarham Wali Allah Tok Kenali meninggalkan pesan bahawa, “Kita ini jangan terlihat sampai adanya diri”.

Berjumpalah dengan mursyid dalam urusan keilmuan itu. Namun fahamilah bahawa bahasa hakikat ini tidak sama dengan bahasa syariat. Jika tidak memahami konsep falsafah, analogi dan pemaknaan yang dalam dan berlapis-lapis mungkin kita akan tenggelam dalam salah faham dan tuduhan melulu. Sekali lagi dinyatakan prinsip Sifat 20 itulah yang akan menghalang ketergelinciran atas kehendak Allah. Bertahanlah kita menyelam ke dasar Samudera Tassauf hingga diketemui apa yang sepatutnya kita ketemui atas tuntutan kepada kita sebagai insan untuk menyaksikan akan wujudnya Dia. 

Insyaallah akan diberikan makrifat oleh-Nya. Tingkatan ilmu yang perlu difahami dan dikuasai dalam beragama itu ialah syariat (feqah), thoriqat (jalan) dan hakikat (isi). Jika betul semuanya sampailah kita ke maqam Hakikat. Orang di maqam itu tiada lagi membidaahkan, mengkafirkan dan sebagainya. Bagi mereka tiada apa yang wujud selain Allah, makhluk seperti kita ini hanyalah pernyataan wujudnya Allah. 

Asbab  pengamalan ilmu berkenaan sebermula dari Sifat 20 itulah generasi lama dahulu yakni beberapa lapis di atas kita amat berani berjihad fisabillah. Mereka tidak gentar akan keris lembing, lela rentaka,gajah rimau dan sebagainya. Mereka memugar belantara menjadi laman, mereka merantau menyeberangi 7 lautan, mereka berpetualang menegakkan kebenaran. 

Dalan bergayung, guru memberi ajar. Kenal diri mengenal tuhan. Nafi dan isbat jadi pegangan. Empat sifat menyata wujud. Nafinya pada Salbiah, isbatnya pada Ma’anawiyah. Maka binasalah sifat Ma’ani pada pada diri yang tiada dan wujudlah diri sebenar diri hakikat mutlak. Tertajalilah Nafsiah, diri yang wujud sebenar wujud. Rahsia itu bukan rahsia tapi ia berahsia dalam ‘Tapak Bergayung’. Kupasnya dengan ilmu, hadamnya dengan akal. Jazamnya tiada lagi sandaran kepada makhluk. Jauhlah bersyirik lagi menyengutukan apalagi menyamakan dengan makhluk pada sebarang dzat, sifat, asma’ dan af’al. Tiadalah Dia boleh disamakan dan diumpamakan secara hakikat. 

Tidak Aku jadikan manusia melainkan untuk menyimpan rahsia-Ku dan sesungguhnya manusia itu rahsia-Ku dan diri Akulah yang menjadi rahsianya." (Hadis Qudsi).

Makhluk itu rahsia Allah dan Allah itu rahsia makhluknya. Bongkarkan dan pecahkanlah pada diri yang binasa agar hidup diri yang wujud sebelum kembali menyatu. Maka bermusyahadahlah jiwa pada sebenar penyaksian atas kehendak Dia yang ingin disaksikan. 

...... berjumpalah dengan guru yang boleh membawa jalan jika ingin pedoman. Tulisan Pakngah ini sekadar membuka jalan sahaja bagi segelintir yang mahu menkaji. Insyaallah jika ada persoalan kita akan mencari jawapan. Antara kasih sayang Allah SWT ialah apabila Dia memberikan persoalan kepada kita. Insyaallah.

Pakngah mohon ampun dan maaf atas sebarang kekeliruan atas kecetekan ilmu dan akal Pakngah ini. Agak lama Pakngah menulis ini, sejak sebelum Subuh sehinggalah selepas 
Subuh membawalah ke jam 7:48 pagi (13 Ramadhan 1442).

Sekian, salam kasih sayang yang berpanjangan.

Nukilan : Pak Ngah Jusnizan Ramli

Tuesday, April 13, 2021

KISAH TASAWUF DAN TAREKAT DIGERUNI DAJJAL, ORANG KAFIR DAN PENGIKUTNYA !!

KISAH TASAWUF DAN TAREKAT DIGERUNI DAJJAL, ORANG KAFIR DAN PENGIKUTNYA !!

Kenapa Dajjal, Eropah, freemason, illuminati sangat benci kepada ilmu tasawuf dan tarekat?

Sebabnya, tasawuf mengajarkan kita penyucian hati dan taqarrub(dekat) dengan Allah dan apabila hati suci dan dekat dengan Allah, maka nusrah (pertolongan Allah) akan terzahir seperti yang berlaku kepada para Sahabat nabi, hanya dengan 313 tentera dalam keadaan kelengkapan yang kurang, dapat mengalahkan 1000 tentera kafir yang lengkap bersenjata pada perang badar, begitu juga yang berlaku kepada Saidina Khalid Al-Walid, hanya dengan membawa 59 orang tentera Sahabat, mereka dapat hancurkan tentera Rom seramai 60 000 orang yang lengkap berbaju besi dan bersenjata canggih...

Sejarah telah membuktikan peperangan demi peperangan Islam dengan kafir adalah asbab amalan-amalan mendekatkan diri kepada Allah yang ulama namakan dengan nama "tasawwuf" dan akidah yang sahih iaitu akidah ahlusunnah waljamaah yang disusun oleh mazhab asya'irah dan maturidiyyah... baca sejarah Sultan Salahuddin Ayubi yang merupakan seorang sufi (ahli tasawwuf) dan berakidah asy'ari dan bermazhab syafie, baca sejarah sultan muhammad al-fatih yang juga seorang sufi dan bermazhab hanafi dan berakidah maturidi dan ramai lagi mujahid2 lain...

Begitu juga peperangan moden seperti perang afghan dengan russia yang lengkap bersenjata dapat dikalahkan oleh org Afghan yang pakai senjata murah tapi mereka bermazhab hanafi, akidah maturidi dan ahli tareqat (sufi) chisty dan lain2 tareqat maka tentera lengkap bersenjata itu hancur lebur.. Begitu juga mujahid2 chechen yang menentang Russia juga dlm keadaan kelengkapan perang yang sedikit tetapi mereka bermazhab syafie, berakidah asy'ari dan mengikut tareqat naqshabandi...mereka hancurkan musuh dengan zikir!

Di tanah melayu juga, para pejuang melayu yang menentang orang kafir penjajah semuanya bermazhab syafie, berakidah asy'ari dan ahli sufi... Kepada yang biasa dengan sejarah Islam, tentu tahu kisah Nabi Sulaiman yang nak istana balqis dibawa ke depannya lalu jin ifrit offer diri untuk bawa, tapi masa yang dia perlukan agak lama, kemudian seorang ahli ibadat yang merupakan seorang sufi offer untuk bawa istana tu hanya dengan sekelip mata!

Sejak dari hari itu syaitan, jin, dajjal, iblis sangat ANTI kepada ahli sufi kerana "teknologi" mereka lebih hebat! Ahli sufi yang memang terkenal sbg jemaah zikir sangat digeruni Dajjal dan pengikutnya kerana nusrah Allah sentiasa bersama mereka kerana Allah berfirman mafhumnya ingatlah aku maka pasti aku akan mengingatiMu...

Dajjal dan illuminati berusaha keras untuk hapuskan fahaman sufi dan tareqat dari umat Islam tapi selama ratusan tahun mereka tidak berjaya...
Akhirnya mereka sedar yang jemaah sufi tidak boleh dihapuskan dengan kekerasan tentera sptimana mreka tidak boleh hapuskan para Sahabat dengan kekerasan... Apa yang Dajjal lakukan?

1) Mereka jauhkan ahli sufi dengan amalan-amalan sufi mereka dengan memperkenalkan pelbagai hiburan,politik,duit dan sebagainya sehingga geng2 tareqat pun sibuk nak berpolitik jugak sedangkan sejak dulu kaum sufi sangat terkenal dengan prinsip zuhud yang tidak ada kebesaran dunia dlm hati seperti hiburan,politik,duit dan lain2...bila ahli sufi dijauhkan dari amalan sufi,maka Allah tidak akan membantu mereka lagi lalu mereka dihancurkan oleh tentera kafir.

2) Dajjal dan illuminati tahu mereka tidak dapat fitnah kaum sufi kerana mereka org kafir,tidak ada org islam yang akan percaya,maka mereka wujudkan 3 jemaah seperti yang diceritakan oleh syeikh ramadhan al-butti iaitu
jemaah wahabi untuk menyesatkan benua arab,
jemaah qadiani untuk menyesatkan benua india dan jemaah baha'iyyah untuk sesatkan benua asia..
ketiga2 jemaah ni wujud secara serentak dalam satu masa dan mereka berjaya sesatkan umat Islam secara besar-besaran.

Tapi di Malaysia, jemaah bahaiyyah tidak berjaya sesatkan umat melayu islam kerana umat melayu islam sangat terkenal berpegang teguh pada mazhab syafie, akidah asya'ari dan amalan2 sufi... zikir2 mereka sentiasa bertalu sehingga ke hari ini...

Tapi di benua Arab, dajjal berjaya menapak di sana dengan membawa fahaman wahabi.. jadi jangan hairan lah kenapa budak2 wahabi sangat elergi dan anti dengan tareqat, sufi, zikir dan tasawwuf... kini di malaysia, jemaah bahaiyyah yang gagal telah diganti dengan jemaah wahabi dan budak2 wahabi berusaha keras untuk hapuskan amalan2 soleh di malaysia dengan alasan bidaah, kufur, syirik, tahayul bla bla bla... zikir lepas solat pun dituduh bidaah dan masuk neraka....

Kini jemaah sufi semakin pudar kerana fahaman wahabi telah menyusup..bila ahli sufi mula menjadi wahabi dan tinggalkan zikir,maka sekali lagi pada zaman milenium ini,dajjal menghantar tenteranya di negara2 umat islam untuk menyerang mereka dan terbukti jelas umat2 islam telah dizalimi dengan teruk! Kerana mereka dulu yang berpegang tguh pd amalan2 soleh,kini mereka tinggalkan kerana "bidaah",maka nusrah Allah pun hilang...tentera2 sufi seperti ikhwan muslimin yang diasaskan oleh imam hasan albanna yang bermazhab hanafi,berakidah asyari dan ahli tareqat tijani(tak silap saya) kini sudah mula tidak mahu bermazhab,menolak zikir,bidaah sna sni dan mula canang slogan "islam itu mudah" sperti geng2 wahabi...mreka sudah lupakan perjuangan asal imam hassan albanna yang pegang teguh pada manhaj ahlu sunnah wal jamaah....

Tapi kelak, jemaah sufi ini akan kembali diberi nafas baru, yang zuhud dan tiada kebesaran dunia dalam hatinya,hatinya penuh kebesaran allah dan mereka akan muncul menjadi tentera mahdi seperti yang dikhabarkan dalam hadis contohnya sebuah hadis yang menceritakan bahawa umat islam akan ditimpa bencana kemarau dan tak da makanan selama bertahun2 ketika dajjal datang,hanya pengikut dajjal sahaja yang dapat makanan kerana ikut dia..para sahabat bertanya apa makanan umat islam ketika itu?nabi jawab ZIKIR..

Begitu juga dalam hadis yang lain nabi khabarkan tentera2 imam mahdi akan hancurkan musuh hanya dengan TAKBIR dan zikir2 lain...!

Tidak mungkin tentera2 mahdi yang kuat bezikir ini datang dari kalangan wahabi kerana mereka mengkafirkan jemaah zikir dan mereka sendiri tidak berzikir kecuali zikir "bidaah bidaah bidaah bidaah bidaah apa dalil apa dalil apa dalil apa sanad apa sanad tahyul tahyul tahyul khurafat khurafat" yang tidak pernah dicontohkan oleh nabi atau pun sahabat...

Maka jemaah zikir mana yang Nabi maksudkan akan bersama Imam Mahdi?
Semoga Allah tetapkan hatiku dan seluruh keluarga dan keturunanku dengan "zikir" yang sangat digeruni Dajjal.....

Tuesday, February 2, 2021

JAUHILAH DARI MENCARI KEAIBAN GURU

Jauhilah dari mencari keaiban guru.

《 اللهم استر عيوب معلمينا عنا ولا تذهب بركة علومهم منا 》

وكان الامام الشعراني رحمه الله إِذَا خَرَجَ لِلدَّرْسِ لِيَقْرَأَ عَلَى شَيْخِهِ يَتَصَدَّقُ عَنْهُ فِي الطَّرِيْقِ بِمَا تَيَسَّرَ، وَيَقُوْلُ: اللهم اسْتُرْ عَنِّي عَيْبََ مُعَلِّمِيْ حَتَّى لاَ تَقَعَ عَيْنِيْ لَهُ عَلَى نَقِيْصَةٍ وَلَا يُبَلِّغُنِي ذَلِكَ عَنْهُ أَحَدٌ. (المنهج السوي، ص 220)

Imam Sya’rani ketika akan berangkat belajar kepada gurunya, beliau selalu bersedekah semampunya di jalan tempat dia berlalu, seraya berdo’a: “Ya Allah, Jangan perlihatkan kepadaku aib guruku agar mataku tidak melihat pada kekurangannya dan jangan sampai ada seorangpun yang memberitahu tentang cela guruku tersebut.” (Al-Mahaj al-Sawi,hal. 220).

Imam Assyafi'i berkata :

كنت أتصفح الورق بين يدي مالك برفق, لئلا يسمع وقعها

Aku membuka lembaran buku di depan Imam Malik (guru) dengan pelan-pelan supaya beliau tidak mendengar bunyi dari lembaran bukuku. [Sholeh Ahmad Al-Shami, Mawaidh al-imam al-Syafii].

Sebagian ulama mengatakan :

سبعون في مائة أن العلم ينال بسبب قوة الرابطة بين المريد و شيخه.
70% Ilmu akan di dapat dengan kuatnya hubungan / ikatan antara murid dan gurunya. (Al-fawaid al-mukhtaro, hl 40).

Di sebutkan dlm kitab adab sulukil murid karya imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad :

إذا رأيت المريد ممتلئا بتعظيم شيخه و إجلاله مجتمعا بظاهره و باطنه على اعتقاده وامتثاله والتأدب بآدابه فلا بدّ أن يرث سره أو شيئا منه إن بقي بعده.

"Jika engkau melihat seorang murid hatinya penuh dg pengagungan terhadap gurunya, berkumpul dalam perlakuan zahir dan bathin nya untuk berkeyakinan kuat, menuruti gurunya dan beradab dgn adab gurunya maka pasti ia akan mewarisi rahsia ilmu gurunya atau sesuatu yg ada pada gurunya jika ia hidup setelah gurunya".

Semoga kita semua di beri Taufiq oleh Allah SWT dgn ini semua.

Ya Allah.. sebagai mana engkau beri kami nikmat berkumpul dan berguru Kpda orang2 Alim dan Solih maka berikan kami pula Adab kepada mereka.. Aamiin..

PENTINGNYA 'SANAD'

PENTINGNYA 'SANAD'

Dalam adab mencari ilmu perlu adanya Sanad Keilmuan tersebut dari berguru yg sahih, yakni bukan berguru dengan alam maya atau bahan bacaan.. Pentingnya berguru dan bersanad itu demi menjaga adab ilmu dan keaslian ilmu tersebut dari guru sehingga rantaian guru mengikut sanadnya yg jelas dan sahih.. 

Sanad itu ada banyak jenis ilmunya;
Sanad Al-Quran
Sanad Hadis
Sanad Jalan Kerohanian
Sanad Aurad / Wiridan
Sanad mengikat Serban
Sanad cara Berwuduk
Sanad melaungkan Azan
Dan lain lagi..

Jika mengamalkan ilmu atau amalan zikir yg bersanad, anda bukan sahaja mendapat ganjaran pahala beramal semata2, tetapi;

- Barakah ilmu 
- Barakah dan Doa para Guru (dalam rantaian Sanad)
- Syafaat Guru Mursyid selain syafaat Nabi Muhammad SAW dan Syafaat Qubra Syahadah
- Fadhilat ilmu dan amalan tersebut
- Kefahaman ilmu dari Guru secara bertalaqi

Sebaliknya jika beramal dengan ilmu dan amalan yg tiada sanad yg jelas dan sahih dari Guru yg mengijazahkan, maka sekadar ganjaran pahala sahaja yg diraih.. Namun beramal bukan sekadar ingin meraih ganjaran pahala dan syurga semata2, tetapi ingin meraih redha, rahmat dan kasihsayangNya selayak selaku hambaNya yg dirindui..

Carilah ilmu atau amalan dengan bersanad yg jelas dan berguru yg sahih..

50 AQIDAH AHLUSSUNNAH WAL JAMA’AH

50 AQIDAH AHLUSSUNNAH WAL JAMA’AH.
.
Aqidah Ahlussunnah wal Jama’ah terdiri dari 50 aqidah, di mana yang 50 aqidah ini dimasukkan ke dalam 2 kelompok besar, iaitu:
.
1. Aqidah Ilahiyyah (عقيدة الهية) dan
2. Aqidah Nubuwwiyah (عقيدة نبوية)

Adapun Aqidah Ilahiyyah terdiri dari 41 sifat, iaitu:
.
A. 20 sifat yang wajib bagi Allah swt:
1. wujud (وجود), 
2. qidam _dahulu tanpa permulaan_ (قدم), 
3. baqa _kekal tanpa akhir_ (بقاء), 
4. mukhalafah lil hawaditsi _membedai makhluq_ (مخالفة للحوادث), 
5. qiyamuhu bin nafsi _berdiri sendiri_ (قيامه بالنفس), 
6. wahdaniyyat _satu/tunggal_ (وحدانية), 
7. qudrat _kuasa_ (قدرة), 
8. iradat _berkehendak_ (ارادة), 
9. ilmu _mengetahui_ (علم), 
10. hayat _hidup_ (حياة), 
11. sama’ _mendengar_ (سمع), 
12. bashar _melihat_  (بصر), 
13. kalam _berkalam_  (كلام), 
14. kaunuhu qadiran _yg maha kuasa_ (كونه قديرا), 
15. kaunuhu muridan _yg maha berkehendak_ (كونه مريدا), 
16. kaunuhu ‘aliman _yg maha mengetahui_ (كونه عليما), 
17. kaunuhu hayyan _yg maha hidup_ (كونه حيا), 
18. kaunuhu sami’an _yg maha mendengar_ (كونه سميعا), 
19. kaunuhu bashiran _yg maha melihat_ (كونه بصيرا), 
20. kaunuhu mutakalliman _yg maha berbicara_ (كونه متكلما).
.
B. 20 sifat yang mustahil bagi Allah swt:
1. ‘adam (tidak ada), 
2. huduts (baru), 
3. fana’ (rusak), 
4. mumatsalah lil hawaditsi (menyerupai makhluk), 
5. ‘adamul qiyam bin nafsi (tidak berdiri sendiri), 
6. ta’addud  (berbilang)
7. ‘ajzu (lemah atau tidak mampu), 
8. karohah (terpaksa), 
9. jahlun (bodoh), 
10. maut, 
11. shamam (tuli), 
12. ‘ama (buta), 
13. bukmun (gagu), 
14. kaunuhu ‘ajizan, 
15. kaunuhu karihan, kaunuhu 
16. jahilan (كونه جاهلا), 
17. kaunuhu mayyitan (كونه ميتا), 
18. kaunuhu ashamma (كونه أصم), 
19. kaunuhu a’ma (كونه أعمى), 
20. kaunuhu abkam (كونه أبكم).
.
C. 1 sifat yang ja’iz bagi Allah swt.
Yaitu فعل ممكن أو تركه (berhak melakukan yang mungkin atau tidak mungkin)

Aqidah Nubuwwiyah terdiri dari 9 sifat, yaitu:
.
A. 4 sifat yang wajib bagi para Nabi dan Rasul:
1. siddiq (benar), 
2. tabligh (menyampaikan), 
3. Amanah, 
4. dan fathanah (cerdas).
.
B. 4 sifat yang mustahil bagi para Nabi dan Rasul:
1. kidzib (bohong), 
2. kitman (menyembunyikan), 
3. khianat, 
4. dan baladah (bodoh).
.
C. 1 sifat yang ja’iz bagi para Nabi dan Rasul
.
I. DALIL-DALIL SIFAT WAJIB BAGI ALLAH SWT:

1. Dalil sifat Wujud (Maha Ada): QS Thaha ayat 14, QS Ar-Rum ayat 8, dsb.
.
2. Dalil sifat Qidam (Maha Dahulu): QS Al-Hadid ayat 3.
.
3. Dalil sifat Baqa (Maha Kekal): QS Ar-Rahman ayat 27, QS Al-Qashash ayat 88.
.
4. Dalil sifat Mukhalafah lil Hawaditsi (Maha Berbeda dengan Makhluk): QS Asy-Syura ayat 11, QS Al-Ikhlas ayat 4.
.
5. Dalil sifat Qiyamuhu bin Nafsi (Maha Berdiri Sendiri): QS Thaha ayat 111, QS Fathir ayat 15.
.
6. Dalil sifat Wahdaniyyat (Maha Tunggal / Esa): QS Az-Zumar ayat 4, QS Al-Baqarah ayat 163, QS Al-Anbiya’ ayat 22, QS Al-Mukminun ayat 91, dan QS Al-Isra’ ayat 42-43.
.
7. Dalil sifat Qudrat (Maha Kuasa): QS An-Nur ayat 45, QS Fathir ayat 44.
.
8. Dalil sifat Iradat (Maha Berkehendak): QS An-Nahl ayat 40, QS Al-Qashash ayat 68, QS Ali Imran ayat 26, QS Asy-Syura ayat 49-50.
.
9. Dalil sifat Ilmu (Maha Mengetahui): QS Al-Mujadalah ayat 7, QS At-Thalaq ayat 12, QS Al-An’am ayat 59, dan QS Qaf ayat 16.
.
10. Dalil sifat Hayat (Maha Hidup): QS Al-Furqan ayat 58, QS Ghafir ayat 65, dan QS Thaha 111.
.
11 & 12. Dalil sifat Sama’ (Maha Mendengar) dan Bashar (Maha Melihat): QS Al-Mujadalah ayat 1, QS Thaha ayat 43-46.
.
13. Dalil sifat Kalam (Maha Berfirman): QS An-Nisa ayat 164, QS Al-A’raf ayat 143, dan QS Asy-Syura ayat 51.
.
Dua puluh sifat yang wajib bagi Allah tersebut di atas dibagi kepada 4 bagian, yaitu:
.
1. Sifat Nafsiyyah. Artinya: Sifat yang tidak bisa difahami Dzat Allah tanpa adanya sifat. Sifat Nafsiyyah ini hanya satu sifat, yaitu: sifat wujud.
.
2. Sifat Salbiyyah.Artinya: Sifat yang tidak pantas adanya di Dzat Allah swt. Sifat Salbiyyah ini jumlahnya ada lima sifat, yaitu: Qidam, Baqa, Mukhalafah lil Hawaditsi, Qiyamuhu bin Nafsi, dan Wahdaniyyah.
.
3. Sifat Ma’ani.
Artinya: Sifat yang tetap dan pantas di Dzat Allah dengan kesempurnaan-Nya. Sifat Ma’ani ini jumlahnya ada tujuh sifat, yaitu: Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sama’, Bashar, dan Kalam.
.
4. Sifat Ma’nawiyyah. Artinya: Sifat yang merupakan cabang dari sifat Ma’ani. Sifat Ma’nawyyah ini jumlahnya ada tujuh sifat, yaitu: Kaunuhu Qadiran, Kaunuhu Muridan, Kaunuhu ‘Aliman, Kaunuhu Hayyan, Kaunuhu Sami’an, Kaunuhu Bashiran, dan Kaunuhu Mutakalliman.
.
II. DALIL-DALIL SIFAT JA’IZ BAGI ALLAH
A. QS Al-Qashash ayat 68
B. QS Al-Imran ayat 26
C. QS Al-Baqarah ayat 284
.
CATATAN PENTING:
.
Pokok-pokok Ilmu Tauhid (مبادئ علم التوحيد):
.
1. Definisi Ilmu Tauhid (حده):
.
Ilmu yang mempelajari tentang sifat-sifat Allah dan para rasul-Nya, baik sifat-sifat yang wajib, mustahil maupun ja’iz, yang jumlah semuanya ada 50 sifat. Sifat yang wajib bagi Allah ada 20 sifat dan sifat yang mustahil ada 20 sifat serta sifat yang ja’iz ada 1 sifat. Begitupula sifat yang wajib bagi para rasul ada 4 sifat (sidiq. tabligh, amanah, dan fathanah) dan sifat yang mustahil ada 4 sifat (kidzb / bohong, kitman / menyembunyikan, khianat, dan bodoh) serta sifat yang ja’iz ada 1 sifat. 50 sifat ini dinamakan “Aqidatul Khamsin / عقيدة الخمسين “. Artinya: Lima puluh Aqidah.
.
2. Objek atau Sasaran Ilmu Tauhid (موضوعه): Dzat Allah dan sifat-sifat Allah.
.
3. Pelopor atau Pencipta Ilmu Tauhid (واضعاه): Imam Abul Hasan Al-Asy’ari (260 H – 330 H / 873 M – 947 M ) dan Imam Abul Manshur Al-Mathuridi ( 238 – 333 H / 852 – 944 M ).
.
4. Hukum Mempelajari Ilmu Tauhid (حكمه): Wajib ‘ain dengan dalil ijmali (global) dan wajib kifayah dengan dalil tafshili.
.
5. Nama Ilmu Tauhid (اسمه): Ilmu Tauhid, Ilmu Ushuluddin, Ilmu Kalam dan Ilmu ‘Aqa’id.
.
6. Hubungan Ilmu Tauhid dengan Ilmu-ilmu lain (نسبته): Asal untuk ilmu-ilmu agama dan cabang untuk ilmu selainnya.
.
7. Masalah-masalah Ilmu Tauhid (مسائله): Sifat-sifat wajib, mustahil, dan ja’iz bagi Allah swt dan para Rasul-Nya.
.
8. Pengambilan Ilmu Tauhid (استمداده): Diambil dari Al-Qur’an, Al-Hadits, dan akal yang sehat.
.
9. Faedah Ilmu Tauhid (فائدته): Supaya sah melakukan amal-amal sholeh di dunia.
.
10. Puncak Mempelajari Ilmu Tauhid (غايته): Memperoleh kebahagian, baik di dunia maupun akherat dan mendapat ridha dari Allah swt serta mendapat tempat di surga.
.
Maka dengan demikian, benarlah apa yang di sepakati Ulama akan ciri ciri Islam yang berasaskan Ahl sunnah wal jama'ah
.

Islam Ahlussunnah wal Jama'ah adalah Islam dengan 4 ciri:
.
1. berpedoman pada Qur'an, Hadits, Ijma' dan Qiyas. 
.
2. Di bidang Fiqih, bermadzhab kepada salah satu madzhab yang empat ( ImamHanafi, Imam Maliki, ImamSyafii dan Imam Hanbali). 
.
3. Di bidang Aqidah, mengikuti faham Asy'ariyah dan Maturidiyah. 
.
4. Di bidang Tasawuf, mengikuti Imam Abu Qasim al-Junaidi dan ulama Tasawuf yang muktabar.
.
Sekian, Insya-Allah memahami dengan berguru yang ikhlas pada mengikuti manhaj Aswaja yang TULEN sahaja terhindarlah kita dari menjadi aqidah mujassimah (menyamakan Allah dengan makhluk) Wassalam.

Monday, January 18, 2021

Nasihat Buat Sang Salik

Wahai Salik,
Mari dengar Nasihat..

Ini bukan laginya
zaman ubi kayu,
Atau zaman salaf
Wali dulu dulu,
Ahli Sufi berpakaian
jubah bulu & biru,
Tapi ini zaman ahli
Tarekat kaki Bangku.

Wira dulu dulu
Arifbillah selalu,
Wali Wali bersuluk
di dalam kelambu,
Belajar ilmu Sufi susah
semacam mengira debu,
akal dan qalbunya
setajam macam peluru.

Salik zaman ini
salik haru biru,
Tiada bertarekat tapi
lagaknya bagai Guru,
Cakap tinggi tapi akal
macam Lembu.

Yang bertarekat riyak
macam Mahaguru,
Ditanya tentang
isi buah jambu,
Dijawabnya tentang
manggis & buah duku.

Akalnya berkerak
macam kulit labu,
Buta hati dan buta
Sir di Qalbu,
Ego macam batu
tenggelam dalam budu.

Sufi dulu dulu bertalaqi
beribu Syeikh dan Guru,
Bila ditanya tentang ilmu,
Tidak dijawabnya kerana
ingat pesan Guru agar
tahu malu sebelum
bicara ilmu Qalbu.

Sufi palsu zaman
ini riyak selalu,
Ilmu Fiqh agama
malas diburu,
tapi cakapnya bagai
arifin yang serba tahu,
Bila ditanya siapa gurumu,
Katanya Allah & Rasul guruku.

Si dungu tidak
mengaku dungu,
Ego lugunya berkarat
seperti batu,
Akhlaknya gelap kelabu,
jika ditegur dibalingnya
dengan batu.

Hati mudah berbulu
bagai kupu kupu,
Bila ditunjuki arah
nan yang dituju,
Wajahnya mula berubah
macam katak puru,
Perasan diri selalu
kerna tidak punya guru.

(Perbetulkan niat sebelum menuntut ilmu, jaga adab didepan Guru, tidak membangkang Nasihat Guru, dan tidak mencela di dalam hati pada Guru Guru yang ikhlas memberi panduan di dalam "berjalan" jangan sombong sekalipun telah ramai guru.)

Sunday, January 17, 2021

Tentang Ma'rifatullah

Ma’rifatullah adalah Mengenal Allah atau Mengetahui Allah dengan sebenar-benarnya.

Mengenal Allah ini bukan Mengenal melalui panca indera, karena Dia tidak dapat dicapai oleh Panca indera, sebagaimana firman-Nya: Dia tidak dapat dicapai oleh Mata.(Qs. Al An`am 6:103). Mengenal Allah juga bukan dengan Akal fikiran, karena Dia pun tidak tercapai dengan akal fikiran. sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW; Tafakkaru fi khalqillah wa ma tafakkaru fi Dzatillah azza wa jalla / Berfikir-fikirlah perihal tanda-tanda kebesaran Allah (ciptaan Allah), dan jangan berfikir-fikir terhadap Zat Allah.(HR. Thabrani, Baihaqi, Bukhari, Nasai, Hakim, Abu Nuaim). Dan Firman Allah; Dan Allah memperingatkan kamu dari (memikirkan) Diri-Nya.

Jadi Ma’rifatullah disini adalah dengan Hati, karena Hanya Hatilah yang mampu menerima Pandangan Allah, sehingga Hati Mendapatkan Cahaya Allah, dan Hati tidak dapat mendustakan apa telah dilihatnya.

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak melihat bentuk tubuhmu dan tidak pula melihat rupamu tetapi Allah melihat hatimu.” (HR. Muslim dari Abu Hurairah ‘Abdurrahman Bin Shakhr ra)

Hati yang bersih, di dalamnya ada Lampu yang ber-Cahaya, yang demikian itu adalah Hati orang mukmin.(HR. Ahmad dan Ath Thabarani dari Abu Said al-Khudri)

….orang – orang yg dibukakan Hatinya oleh Allah untuk berserah diri, maka dia mendapat Cahaya dari Tuhannya.(Qs.39:22)

Sahabat Nabi bertanya mengenai ayat ini; Apakah yg dimaksud di-buka-kan itu, wahai Rasul? Maka Rasulullah SAW, menjawab; Dibukakannya ialah dilapangkan. Pembukaan itu adalah kelapangan atau kelonggaran. Sesungguhnya Cahaya itu jika dilemparkan ke dalam Dada, maka Dada memuatnya dan menjadi lapang.(HR. Al-Hakim)

Bila Hati seseorang telah dimasuki oleh Cahaya maka Hati itu akan menjadi lapang dan terbuka.

Lalu orang banyak bertanya; apakah tandanya Hati yg lapang dan terbuka itu?
Jawab Rasulullah SAW; ada Perhatian terhadap kehidupan yg kekal di akhirat dan timbulnya pengertian tentang tipu daya kehidupan dunia ini dan Orang Bersedia menghadapi MATI SEBELUM DATANGNYA MATI.(HR. Ibnu Jurair)

Hatinya tidak mendustakan apa yang telah dilihatnya.(Qs.53:11)

Rasulullah Saw ditanya:
“Dimana Allah? dilangit ataukah dibumi?
Beliau Menjawab:”Didalam hati hamba-hamba-Nya yang beriman”
(Hadis yg diriwayatkan oleh ibnu Umar)

Nabi Saw Bersabda:
“sesungguhnya Allah mempunyai tempat(wadah) dari penduduk bumi. Wadah Tuhan kamu itu adalah hati hamba-hamba-Nya yang Saleh”
(HR.Thabrani dari ibnu Umar al-Khaulani)

Allah berfirman:
“Bumi dan langit-Ku tidak cukup memuat-Ku. Tetapi hati hamba-Ku yang beriman, yang lemah lembut dan tenanglah yang mampu memuat-Ku”(Hadis Qudsi).

Berkata Wahab bin Munabbih, bahwasanya Rasulullah saw bersabda, Allah Ta’ala telah berfirman:
“Sesungguhnya semua petala langit-Ku dan bumi-Ku menjadi sempit untuk merangkul-Ku, akan tetapi Aku mudah untuk dirangkul oleh qalb hamba-Ku yang mu’min”. (HR. Ahmad)

Rasulullah SAW, bersabda:
“Bahwasanya hati anak Adam seluruhnya terletak diantara dua jari Tuhan yang Rahman.”(Hadis Riwayat Muslim)

Nabi kita Muhammad SAW menyuruh umatnya agar pertama sekali kita dalam beragama Islam adalah Mengenal Allah dengan sebenar-benarnya, sehingga mempunyai iman yang teguh. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: Awwaluddin Ma’rifatullah, artinya; Mula-mula beragama adalah Mengenal Allah.

Dalam hal Ma’rifatullah, Nabi Muhammad SAW pernah ditanya oleh seorang sahabat beliau; “Wahai Rasulullah, apakah amalan yang paling utama? Rasulullah SAW menjawab; Ilmu Mengetahui tentang Allah. Sahabat itu bertanya pula; Ilmu apa yang Nabi maksudkan? jawab Nabi SAW; Ilmu Mengetahui Allah dengan sebenar-benarnya. Sahabat itu rupanya menyangka Rasulullah SAW salah tanggap, lalu sahabat itu menegaskan; Wahai Rasullah kami bertanya tentang Amalan sedang anda menjawab tentang ilmu! jawab Nabi SAW pula; Sesungguhnya sedikit amalan akan berfaedah bila disertai dengan Ilmu mengetahui Allah dan banyak amalan tidaklah bermanfaat bila disertai dengan kejahilan tentang Allah SWT.

Dan di lain riwayat, ada seorang Arab badui datang kepada Nabi SAW lalu berkata; Wahai Rasulullah, ajarkanlah kepadaku ilmu yang aneh? Rasulullah SAW pun balik bertanya: apa yang kamu perbuat tentang induk ilmu sehingga kamu bertanya tentang keanehan-keanehannya? orang itupun bertanya; apakah induk ilmu itu, wahai Rasulullah? Nabi pun menjawab; Mengenal kepada Allah dengan sebenar-benarnya.

Rasulullah Saw pernah ditanya; Mengapa kami telah banyak berdoa, tetapi doa kami tidak dikabulkan? Beliaupun menjawab; Karena kalian berdoa kepada Tuhan yang tidak kalian Kenal.

Ma’rifatullah adalah ilmu yang sampai ketingkat keyakinan yang mutlak dalam mengenal ke-Esa-an Allah, baik itu Af’al, Asma, Sifat, dan Dzat-Nya. Dan Arifbillah (orang yang mengenal Allah) itu selalu merasa dan yakin bahwa dia bersama dengan Allah SWT dimana saja berada. Hal seperti inilah semulia-mulianya iman, sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW;

Dari Abbadah bin Samat r.a, berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda;
“Semulia-mulianya iman seseorang yaitu ia Mengetahui bahwa Allah bersama dia dimana saja berada.” (HR. At Thabrani).

Allah SWT menciptakan makhluk adalah dengan tujuan yang paling utama, yaitu untuk Mengenal-Nya. sebagaimana Firman Allah di dalam Hadits Qudsi;

“Aku adalah Perbendaharaan yang tersembunyi, Aku ingin dikenal, maka kujadikan Makhluk supaya dengan Aku mereka kenal.”(HR. Bukhori)

Setelah kita mengenal Allah SWT, maka kita diwajibkan untuk mengabdi kepada-Nya. seperti Firman Allah di dalam Alquran;

Dan Aku tidak menjadikan Jin dan Manusia melainkan untuk mengabdi kepada-Ku. (Azzariyaat 51:56)

Dari Ali ibn Abi Thalib kwh, Rasulullah saw bersabda, Berfirman Allah Ta’ala:
“Barangsiapa berharap kepada selain Aku, tidak mengenal-Ku (ya’arifniy). Barangsiapa tidak mengenal-Ku, tidak mengabdi-kepada-Ku (ya’abudniy). Barangsiapa tidak mengabdi-kepada-Ku, maka berarti menjadi wajiblah (‘istawjaba) kemurkaan-Ku. Barangsiapa takut kepada selain Aku, halal baginya pembalasan-Ku”.

Manusia itu juga adalah Khalifah Allah yang diberi Amanat untuk Mengenal-Nya. Hal ini di isyaratkan di dalam Alquran;

Sesungguhnya Kami telah mengemukakan Amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikulAmanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya. dan dipikullah Amanat itu oleh manusia, sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh.(Al Ahzab;76)

Zalim dan bodoh karena lupa terhadap dirinya sendiri dan jatuh dari derajat yang tinggi, tidak menyadari akan fitrahnya sendiri sebagai makhluk yang dinilai mampu menyandang amanat Ilahi yaitu Mengenal Allah dan Meng-Esa-kan-Nya.

Amanat terbesar adalah Mengenal Allah dan Meng-Esa-kan-Nya, hal ini karena apabila Meng-Esa-kan Allah bukanlah Amanat yang tertinggi, maka Mengapa Allah berfirman di Alquran; Bahwa Dosa yang paling besar adalah Syirik.(QS. Al Luqman:13)

Jadi dari penjelasan ini marilah kita kembali kepada Fitrah yaitu Mengenal Allah.

Jalan untuk Mengenal Allah SWT adalah melalui Kepunyaan-Nya, yaitu Segala yang ada di langit dan di bumi, seperti yang difirmankan Allah SWT;

Qs.42:53;Jalan Allah (Ma’rifatullah) yaitu kepunyaan-Nya segala apa yang ada dilangit dan apa yang ada dibumi.

Dari seluruh kepunyaan-Nya apa yg ada dilangit dan apa yg ada dibumi,manusialah yg paling mulia dan paling sempurna.

Sesungguhnya telah Kami muliakan anak – anak Adam………(Al Isra 17 ; 70)

Aku ciptakan manusia dengan sempurna (ATIN 95 : 4).

Setelah sempurna kejadiannya Aku hembuskan Ruh-Ku ke dalamnya.( AL HIJR 15 : 29 ).

Maka dari itu,untuk mengenal Allah dengan sempurna haruslah melalui manusia itu sendiri.

Qs.41:53;Kami akan memperlihatkan kepada mereka ayat-ayat kami disegenap alam dan pada diri mereka sendiri,sehingga jelaslah bagi mereka bahwa Dia itu Haq (benar adanya).

Dan sabda Nabi Muhammad saw; Orang yg benar-benar ma’rifat kepada Allah adalah yg lebih mengenal terhadap dirinya sendiri.

Qs.51:21;Dan di dalam dirimu sendiri, maka apakah kamu tidak melihat?

Qs.50:16;Kami lebih dekat daripada urat lehermu.

Qs.2:186;Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya tentang Aku, maka katakanlah bahwa Aku Dekat.

Nabi bersabda; Barang siapa mengenal dirinya maka mengenal Tuhannya.

Dari penjelasan-penjelasan ini sudah dapat memberi kita bahan untuk ber-Tafakkur tentang diri kita sendiri, sebagaimana Perintah Allah: Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang diri mereka sendiri? (Qs.30:8).

Maka Marilah kita ber-Tafakkur, Masuk Ke Dalam diri kita masing-masing!

Di dalam Mengenal Allah SWT itu ada tingkatannya, tingkat yang paling rendah adalah Mengenal Allah hanya sebatas Huruf dan nama Allah, hal ini ditunjukkan oleh Allah sendiri melalui Firman-Nya;

Dan sesungguhnya jika kamu menanyakan kepada mereka; Siapakah yang menurunkan air dari langit, lalu menghidupkan dengan air itu bumi sesudah matinya? tentu mereka akan menjawab; Allah. Maka katakanlah; Segala puji bagi Allah! Tetapi kebanyakan mereka tidak Memahami (Allah).(Qs.29:63)

Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka; Siapakah yang menjadikan langit dan bumi? Tentu mereka menjawab; Allah. katakanlah; Segala puji bagi Allah. Tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (Allah).(Qs.31:25)

Dari ayat-ayat ini kita mengetahui bahwa mereka Mengenal Nama Allah SWT, tetapi mereka belum memahami dan Mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang Allah SWT, sebagaimana Firman Allah:

Mereka Tidak Mengenal Allah dengan sebenar-benarnya.(Qs.22:74)

Dan tingkat yang paling Tinggi dalam Mengenal Allah itu adalah Nabi kita Muhammad SAW, para nabi, dan Para Wali Allah. Hal ini ditunjukkan di dalam sabda Nabi SAW;

Demi Allah, sesungguhnya aku yang lebih Mengetahui tentang Allah dan akulah yang sangat Takut kepada-Nya.(HR. Bukhori)

dan Firman Allah;
Sesungguhnya yang paling takut kepada Allah diantara hamba-hamba-Nya hanyalah Ulama (Orang yang Mengetahui).(Qs.35:28)

Apabila kita hubungkan antara ayat ini dengan hadis Nabi SAW, maka jelas bahwa yang dimaksud Ulama dalam ayat tersebut adalah Orang yang Mengetahui Allah Robbul Alamin.

Jadi, dalam hal Mengenal Allah SWT diperlukan Hati yang telah Mendapatkan Cahaya-Nya, karena hanya dengan Cahaya-Nya lah Hati akan Mengenal Allah.

Marilah kita Memohon kepada Allah untuk ma’rifat-Nya, seperti yang diberikan kepada Kekasih-Kekasih-Nya yaitu Nabi kita Muhammad SAW, Para Nabi, Para Wali. Dan semoga kita tidak seperti apa yang di=Firmankan Allah dalam Alquran;

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka kebanyakan dari Jin dan Manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakan untuk Memahami (Allah), dan mereka mempunyai mata tetsapi tidak dipergunakan untuk melihat, dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakan untuk mendengar.(Qs.7:179)