Tuesday, February 2, 2021

PENTINGNYA 'SANAD'

PENTINGNYA 'SANAD'

Dalam adab mencari ilmu perlu adanya Sanad Keilmuan tersebut dari berguru yg sahih, yakni bukan berguru dengan alam maya atau bahan bacaan.. Pentingnya berguru dan bersanad itu demi menjaga adab ilmu dan keaslian ilmu tersebut dari guru sehingga rantaian guru mengikut sanadnya yg jelas dan sahih.. 

Sanad itu ada banyak jenis ilmunya;
Sanad Al-Quran
Sanad Hadis
Sanad Jalan Kerohanian
Sanad Aurad / Wiridan
Sanad mengikat Serban
Sanad cara Berwuduk
Sanad melaungkan Azan
Dan lain lagi..

Jika mengamalkan ilmu atau amalan zikir yg bersanad, anda bukan sahaja mendapat ganjaran pahala beramal semata2, tetapi;

- Barakah ilmu 
- Barakah dan Doa para Guru (dalam rantaian Sanad)
- Syafaat Guru Mursyid selain syafaat Nabi Muhammad SAW dan Syafaat Qubra Syahadah
- Fadhilat ilmu dan amalan tersebut
- Kefahaman ilmu dari Guru secara bertalaqi

Sebaliknya jika beramal dengan ilmu dan amalan yg tiada sanad yg jelas dan sahih dari Guru yg mengijazahkan, maka sekadar ganjaran pahala sahaja yg diraih.. Namun beramal bukan sekadar ingin meraih ganjaran pahala dan syurga semata2, tetapi ingin meraih redha, rahmat dan kasihsayangNya selayak selaku hambaNya yg dirindui..

Carilah ilmu atau amalan dengan bersanad yg jelas dan berguru yg sahih..

No comments:

Post a Comment