KENYATAAN PARA IMAM DAN ULAMA MENGENAI TASAWUF
IMAM ABU HANIFA (81-150 H./700-767 M.)
Imam Abu Hanifa RA mengatakan, “Kalau bukan kerana dua tahun, celakalah aku. Selama dua tahun aku telah mendampingi Sayyidina Ja`far ash-Shadiq AS dan aku mendapat ilmu kerohanian yang menjadikan aku seorang yang arif di Jalan ini.”
Kitab Ad-Durr al-Mukhtar, Jil 1. hal. 43, menyebutkan bahawa Ibn `Abidin berkata, “Abi Ali Dakkak QS, salah seorang wali, menerima tariqatnya daripada Abul Qassim an-Nashirabadi QS, yang menerimanya daripada asy-Syibli QS, yang menerimanya daripada Sariyy as-Saqathi QS, yang menerimanya darpada Ma`ruf al-Karkhi QS, yang menerimanya daripada Dawud ath-Tha`i QS, yang menerima kedua-dua ilmu zahir mahupun batin, daripada Imam Abu Hanifa RA, yang menyokong Jalan Kerohanian Sufi.” Sebelum wafat, Imam berkata, “lawla sanatan lahalaka Nu`man,” “Kalau bukan karena dua tahun, Nu`man [dirinya sendiri] akan celaka.” Itu adalah dua tahun terakhir masa hidupnya, ketika ia mulai mendampingi Ja`far ash-Shadiq AS.
IMAM MALIK (94-179 H./716-795 M.)
Imam Malik RA berkata, “Man tashawwafa wa lam yatafaqqah fa qad tazandaqa waman tafaqqaha wa lam yatashawwaf faqad tafassaqa wa man jama‘a bayna humâ fa qad tahaqqaqa. Barangsiapa yang mempelajari tasawuf tanpa mempelajari fikih, ia telah merusak imannya; dan barangsiapa yang mempelajari fikih tanpa mempelajari tasawuf, ia telah merusak dirinya sendiri. Hanya orang yang memadukan kedua-duanya yang akan menemui kebenaran.” Perkataan ini disebutkan dan dijelaskan di dalam kitab seorang muhaddits`Ali al-Adawi dengan penjelasan dari Imam Abil-Hassan, seorang ulama fikih. Jil. 2, hal. 195.
IMAM SYAFI'I (150-205 H./767-820 M.)
Imam Syafi`i RA berkata, “Aku menyertai kaum Sufi dan memperolehi tiga jenis ilmu:
Mereka mengajarku cara berbicara dan menjauhi kepura-puraan,
Mereka mengajarku untuk melayani manusia dengan tolak ansur dan hati yang lembut,
Mereka membimbingku di Jalan Sufi.”
Hal ini disebutkan di dalam Kitab Kasyf al-Khafa dan Muzid al-Albas, oleh Imam 'Ajluni, Jil. 1, hal. 341.
IMAM AHMAD BIN HANBAL (164-241 H./780-855 M.)
Imam Ahmad RA berkata ketika menasihati puteranya, “Wahai anakku, engkau seharusnya duduk bersama Ahli Tasawuf, kerana mereka seumpama air terjun ilmu dan mereka sentiasa menjaga zikrullah di dalam hati mereka. Mereka adalah orang-orang yang zuhud dan mereka mempunyai kekuatan rohani terbesar.” Hal ini dijelaskan di dalam kitab Tanwir al-Qulub, hal. 405, oleh Shaykh Amin al-Kurdi QS.
Imam Ahmad mengatakan mengenai Sufi, sebagaimana disebutkan di dalam kitab Ghiza al-Albab, Jil. 1, hal. 120, “Aku tidak mengetahui golongan yang lebih baik daripada mereka.”
IMAM AL-MUHASIBI (w. 243 H./857 M).
Imam al-Muhasibi meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Umatku akan terbahagi menjadi 73 golongan dan hanya satu di antara mereka yang akan menjadi golongan yang selamat.” Dan Allah Maha Mengetahui bahawa golongan yang dimaksud adalah para ahli tasawuf. Beliau menjelaskan secara mendalam mengenai perkara itu di dalam kitabnya Kitab al-Wasiya hal. 27-32.
IMAM AL-QUSYAIRI (w. 465 H./1072 M).
Imam al-Qusyairi berkata mengenai Sufi, “Allah menjadikan kelompok ini sebagai yang terbaik di antara para Awliya-Nya dan Dia memuliakan mereka di atas semua hamba-hamba-Nya setelah Nabi dan Rasul-Nya, dan Dia menjadikan hati mereka sebagai rahsia dari Hadhrat Ilahiyah-Nya dan Dia memilih mereka di antara umat untuk menerima Cahaya-Nya. Mereka adalah jalan bagi kemanusiaan. Dia mensucikan mereka daripada segala hubungan dengan dunia ini, dan Dia mengangkat mereka ke maqam penglihatan tertinggi. Dan Dia menyingkapkan bagi mereka Hakikat Keesaan-Nya yang Unik. Dia membuat mereka untuk mengamati Kehendak-Nya berjalan dalam diri mereka. Dia membuat mereka untuk bersinar dalam Kewujudan-Nya dan muncul sebagai Cahaya daripada Cahaya-Nya.” [ar-Risalat al-Qushayriyya]
IMAM GHAZALI (450-505 H./1058-1111 M.)
Imam Ghazali, Hujjat ul-Islam, berkata mengenai Sufi, “Aku simpulkan bahawa kaum Sufi adalah para pencari di Jalan Allah, dan adab mereka adalah yang terbaik, jalan mereka adalah jalan terbaik, dan cara hidup mereka adalah cara hidup yang paling suci. Mereka telah membersihkan hati mereka daripada pelbagai perkara selain Allah dan menjadikannya sebagai saluran tempat mengalirnya sungai-sungai yang membawa ilmu-ilmu daripada Hadhrat Ilahiyya.” [al-Munqidz min adh-Dhalaal, hal. 131].
IMAM NAWAWI (620-676 H./1223-1278 M.)
Imam Nawawi berkata, di dalam Suratnya, al-Maqasid, “Ada lima keistimewaan tariqat kaum Sufi, iaitu:
Memelihara kehadiran Allah di dalam hati, baik di tengah khalayak ramai mahupun ketika bersendirian;
Mengikuti Sunnah Nabi SAW dalam ucapan dan perbuatan;
Menjauhkan diri daripada bergatung dengan manusia;
Bersyukur dengan pemberian Allah, walau hanya sedikit;
Selalu mengembalikan segala urusan kepada Allah `Azza wa Jalla.” [Maqasid at-Tawhid, hal. 20]
IMAM FAKHR AD-DIN AR-RAZI (544-606 H./1149-1209 M.)
Imam Fakhr ad-Din ar-Razi berkata, “Jalan kaum Sufi dalam menuntut ilmu adalah dengan memutuskan dirinya daripada kehidupan duniawi ini, dan sentiasa menyibukan diri dengan zikrullah dalam hati dan fikiran mereka, dalam seluruh tindakan dan perilaku mereka.” [I`tiqadat Firaq al-Muslimin, hal. 72, 73]
IBN KHALDUN (733-808 H./1332-1406 M.)
Ibn Khaldun mengatakan, “Jalan kaum sufi selalu hadir di antara umat terdahulu (Salaf), di antara para Sahabat, Tabi`in, dan Tabi` at-Tabi`in. Jalan yang mereka tempuh merupakan jalan kebenaran dan petunjuk. Landasannya adalah beribadah kepada Allah dan menjauhkan diri daripada perhiasan duniawi dan kesenangannya.” [Muqaddimat ibn Khaldun, hal. 328]
No comments:
Post a Comment