Monday, June 15, 2015

Kenyataan Para Imam dan Ulama Mengenai Tasawuf

KENYATAAN PARA IMAM DAN ULAMA MENGENAI TASAWUF

IMAM ABU HANIFA (81-150 H./700-767 M.)

Imam Abu Hanifa RA mengatakan, “Kalau bukan kerana dua tahun, celakalah aku. Selama dua tahun aku telah mendampingi Sayyidina Ja`far ash-Shadiq AS dan aku mendapat ilmu kerohanian yang menjadikan aku seorang yang arif di Jalan ini.”

Kitab Ad-Durr al-Mukhtar, Jil 1. hal. 43, menyebutkan bahawa Ibn `Abidin berkata, “Abi Ali Dakkak QS, salah seorang wali, menerima tariqatnya daripada Abul Qassim an-Nashirabadi QS, yang menerimanya daripada asy-Syibli QS, yang menerimanya daripada Sariyy as-Saqathi QS, yang menerimanya darpada Ma`ruf al-Karkhi QS, yang menerimanya daripada Dawud ath-Tha`i QS, yang menerima kedua-dua ilmu zahir mahupun batin, daripada Imam Abu Hanifa RA, yang menyokong Jalan Kerohanian Sufi.” Sebelum wafat, Imam berkata, “lawla sanatan lahalaka Nu`man,” “Kalau bukan karena dua tahun, Nu`man [dirinya sendiri] akan celaka.” Itu adalah dua tahun terakhir masa hidupnya, ketika ia mulai mendampingi Ja`far ash-Shadiq AS.

IMAM MALIK (94-179 H./716-795 M.)

Imam Malik RA berkata, “Man tashawwafa wa lam yatafaqqah fa qad tazandaqa waman tafaqqaha wa lam yatashawwaf faqad tafassaqa wa man jama‘a bayna humâ fa qad tahaqqaqa. Barangsiapa yang mempelajari tasawuf tanpa mempelajari fikih, ia telah merusak imannya; dan barangsiapa yang mempelajari fikih tanpa mempelajari tasawuf, ia telah merusak dirinya sendiri. Hanya orang yang memadukan kedua-duanya yang akan menemui kebenaran.” Perkataan ini disebutkan dan dijelaskan di dalam kitab seorang muhaddits`Ali al-Adawi dengan penjelasan dari Imam Abil-Hassan, seorang ulama fikih. Jil. 2, hal. 195.

IMAM SYAFI'I (150-205 H./767-820 M.)

Imam Syafi`i RA berkata, “Aku menyertai kaum Sufi dan memperolehi tiga jenis ilmu:
Mereka mengajarku cara berbicara dan menjauhi kepura-puraan,
Mereka mengajarku untuk melayani manusia dengan tolak ansur dan hati yang lembut,
Mereka membimbingku di Jalan Sufi.”

Hal ini disebutkan di dalam Kitab Kasyf al-Khafa dan Muzid al-Albas, oleh Imam 'Ajluni, Jil. 1, hal. 341.

IMAM AHMAD BIN HANBAL (164-241 H./780-855 M.)

Imam Ahmad RA berkata ketika menasihati puteranya, “Wahai anakku, engkau seharusnya duduk bersama Ahli Tasawuf, kerana mereka seumpama air terjun ilmu dan mereka sentiasa menjaga zikrullah di dalam hati mereka.  Mereka adalah orang-orang yang zuhud dan mereka mempunyai kekuatan rohani terbesar.” Hal ini dijelaskan di dalam kitab Tanwir al-Qulub, hal. 405, oleh Shaykh Amin al-Kurdi QS.

Imam Ahmad mengatakan mengenai Sufi, sebagaimana disebutkan di dalam kitab Ghiza al-Albab, Jil. 1, hal. 120, “Aku tidak mengetahui golongan yang lebih baik daripada mereka.”

IMAM AL-MUHASIBI (w. 243 H./857 M).

Imam al-Muhasibi meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Umatku akan terbahagi menjadi 73 golongan dan hanya satu di antara mereka yang akan menjadi golongan yang selamat.”  Dan Allah Maha Mengetahui bahawa golongan yang dimaksud adalah para ahli tasawuf.  Beliau menjelaskan secara mendalam mengenai perkara itu di dalam kitabnya Kitab al-Wasiya hal. 27-32.

IMAM AL-QUSYAIRI (w. 465 H./1072 M).

Imam al-Qusyairi berkata mengenai Sufi, “Allah menjadikan kelompok ini sebagai yang terbaik di antara para Awliya-Nya dan Dia memuliakan mereka di atas semua hamba-hamba-Nya setelah Nabi dan Rasul-Nya, dan Dia menjadikan hati mereka sebagai rahsia dari Hadhrat Ilahiyah-Nya dan Dia memilih mereka di antara umat untuk menerima Cahaya-Nya.  Mereka adalah jalan bagi kemanusiaan.  Dia mensucikan mereka daripada segala hubungan dengan dunia ini, dan Dia mengangkat mereka ke maqam penglihatan tertinggi.  Dan Dia menyingkapkan bagi mereka Hakikat Keesaan-Nya yang Unik.  Dia membuat mereka untuk mengamati Kehendak-Nya berjalan dalam diri mereka.  Dia membuat mereka untuk bersinar dalam Kewujudan-Nya dan muncul sebagai Cahaya daripada Cahaya-Nya.”  [ar-Risalat al-Qushayriyya]

IMAM GHAZALI (450-505 H./1058-1111 M.)

Imam Ghazali, Hujjat ul-Islam, berkata mengenai Sufi, “Aku simpulkan bahawa kaum Sufi adalah para pencari di Jalan Allah, dan adab mereka adalah yang terbaik, jalan mereka adalah jalan terbaik, dan cara hidup mereka adalah cara hidup yang paling suci. Mereka telah membersihkan hati mereka daripada pelbagai perkara selain Allah dan menjadikannya sebagai saluran tempat mengalirnya sungai-sungai yang membawa ilmu-ilmu daripada Hadhrat Ilahiyya.” [al-Munqidz min adh-Dhalaal, hal. 131].

IMAM NAWAWI (620-676 H./1223-1278 M.)

Imam Nawawi berkata, di dalam Suratnya, al-Maqasid, “Ada lima keistimewaan tariqat kaum Sufi, iaitu:
Memelihara kehadiran Allah di dalam hati, baik di tengah khalayak ramai mahupun ketika bersendirian;
Mengikuti Sunnah Nabi SAW dalam ucapan dan perbuatan;
Menjauhkan diri daripada bergatung dengan manusia;
Bersyukur dengan pemberian Allah, walau hanya sedikit;
Selalu mengembalikan segala urusan kepada Allah `Azza wa Jalla.” [Maqasid at-Tawhid, hal. 20]

IMAM FAKHR AD-DIN AR-RAZI (544-606 H./1149-1209 M.)

Imam Fakhr ad-Din ar-Razi berkata, “Jalan kaum Sufi dalam menuntut ilmu adalah dengan memutuskan dirinya daripada kehidupan duniawi ini, dan sentiasa menyibukan diri dengan zikrullah dalam hati dan fikiran mereka, dalam seluruh tindakan dan perilaku mereka.” [I`tiqadat Firaq al-Muslimin, hal. 72, 73]

IBN KHALDUN (733-808 H./1332-1406 M.)

Ibn Khaldun mengatakan, “Jalan kaum sufi selalu hadir di antara umat terdahulu (Salaf), di antara para Sahabat, Tabi`in, dan Tabi` at-Tabi`in. Jalan yang mereka tempuh merupakan jalan kebenaran dan petunjuk. Landasannya adalah beribadah kepada Allah dan menjauhkan diri daripada perhiasan duniawi dan kesenangannya.” [Muqaddimat ibn Khaldun, hal. 328]

Mengenali Tariqat Naqshbandiyya An-Nazimiyya Al-Aliya

MENGENALI TARIQAT NAQSHBANDIYYA  AN-NAZIMIYYA AL-ALIYYA

Sumber:
1. www.naqshbandi.org
2. The Naqshbandi Sufi Way

Tariqat Naqshbandiyya Nazimiyya adalah berdasarkan ajaran imam ke-40 dalam Silsilah Rantai Emas Naqshbandi, Shaykh Nazim Adil Al-Haqqani. Misi Tariqat Naqshbandiyya an-Nazimiyya adalah untuk menyebarkan ajaran sufi tentang persaudaraan umat manusia. Usaha diarahkan untuk membawa spektrum pelbagai agama dan jalan spiritual menuju keharmonian dan kerukunan, sebagai pengakuan atas tanggung jawab manusia sebagai penjaga planet yang rapuh ini dan penjaga antara satu sama lain.

Cara Tariqat Naqshbandi adalah cara para sahabat Nabi SAW dan orang-orang yang mengikuti mereka. Jalan ini terdiri dengan ibadah yang terus-menerus dalam setiap tindakan, sama ada luaran mahupun dalaman, dengan disiplin yang lengkap dan sempurna sesuai dengan Sunnah Nabi SAW yang terdiri dalam mempertahankan amalan tingkat tertinggi dan meninggalkan semua inovasi sepenuhnya dan semua tafsiran bebas dalam kebiasaan awam dan tingkah laku peribadi. Ia dibentuk dengan menjaga kesedaran akan Hadirat Allah, Azza wa Jalla, dalam perjalanan menuju penghapusan diri dan pengalaman sempurna dalam Hadirat Ilahi. Ia adalah Jalan refleksi yang lengkap bagi kesempurnaan tingkat tertinggi. Ia adalah Jalan menyucikan diri dengan cara perjuangan yang paling sukar, iaitu perjuangan melawan diri sendiri. Ia dimulai di mana jalan-jalan lain berakhir, dengan tarikan Cinta Ilahi yang sempurna, yang dianugerahkan kepada sahabat pertama Nabi SAW, Abu Bakar as-Siddiq RA.

Penjelasan Isu Islam dan tasawuf:

Islam bermaksud menyerah kepada Kehendak Allah dan menerima bahawa tidak ada Tuhan kecuali Allah dan Muhammad SAW itu pesuruh Allah, selawat dan salam ke atasnya, seperti juga Nabi Isa, Nabi Musa, Nabi Ibrahim, Nabi Nuh dan Adam Alayhimu Solatu Wa-Salam.

Keimanan menurut Islam adalah beriman kepada:

Allah, Tuhan Yang Maha Esa
Kewujudan makhluk ghaib iaitu para malaikat
Ayat-ayat Allah (Kesaksian-kesaksian), Zabur diturunkan kepada Daud, Taurat diturunkan kepada Musa, Injil kepada Isa dan Al-Quran yang dibawa kepada Muhammad Alayhimus Solatu Wa Salam
Semua para nabi yang telah diutus sebagai rahmat kepada manusia
Hari pembalasan dan Kebangkitan
Qada' dan Qadar

Tasawuf ialah jalan membersihkan hati daripada perlakuan dan sifat-sifat yang buruk. Ia adalah jalan kerohanian yang wujud dalam Islam. Maksudnya adalah:

Mencari keredhaan Allah
Kasih sayang dan perdamaian dalam diri sendiri
Keharmonian terhadap semua ciptaan (manusia, haiwan, dan alam semula jadi)
Untuk bersifat dengan sifat-sifat indah para Nabi dan orang-orang Soleh

Seseorang itu memasuki Islam dengan beriman dalam hati akan kewujudan Tuhan yang Esa, Allah SWT dan beriman kepada Nabi Muhammad (selawat dan salam ke atasnya) sebagai penutup para Nabi yang Allah utuskan sepanjang sejarah manusia.

Shaykh adalah seseorang yang telah mewarisi apa yang dibawa oleh para Nabi dan diberi autoriti untuk menyampaikan ajaran dan rahsia kepada mereka yang mengambilnya sebagai guru. Seorang Shaykh yang sebenar adalah seseorang yang telah menakluki sifat buruk dirinya melalui ketaatan dan keikhlasan terhadap Tuhan-Nya. Atas sebab itu dia mampu membimbing murid-murid untuk menakluki diri mereka sendiri, membuka jalan untuk mencapai potensi realiti ruhani mereka yang tidak terhad.

Kaedah utama untuk mencapai kemajuan rohani dalam tasawuf ialah menuruti panduan dan arahan seseorang Shaykh atau pembimbing yang berautoriti. Melakukan zikir, mengingati Allah, dengan membaca Nama-Nama Sucinya, memuliakan-Nya dan memuji Pencipta semua makhluk. Menghadiri majlis nasihat dan zikir yang diadakan di hadapan Syaikh atau wakilnya; duduk bersama-sama, berdoa bersama-sama, menyambut semua yang datang untuk memuji Tuhan mereka, Allah SWT.

Daripada sudut Sejarah, Tariqat Naqshbandi dapat ditelusuri kembali kepada Khalifah yang pertama, Abu Bakar as-Siddiq (RA, yang mewarisi daripada Rasulullah SAW dalam pengetahuan dan perananya dalam membimbing Umat Islam. Allah berfirman dalam Al-Qur'an "Dia adalah yang kedua di dalam gua, dan dia berkata kepada sahabatnya: jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita "[09:40]. Nabi SAW bersabda mengenainya, "Jika aku perlu mengambil untuk diriku seorang kekasih, aku akan mengambil Abu Bakar sebagai kekasih; tetapi dia adalah saudaraku dan sahabatku."

Perkara yang menyebabkan Tariqat Naqshbandi menjadi masyhur ialah kerana dasar dan prinsip-prinsipnya diteladani daripada enam bintang  yang bergemerlapan dalam tariqat ini iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Salman al-Farisi, Ja'far as-Sadiq, Bayazid Tayfur al-Bistami, Abdul Khaliq al-Ghujdawani Qaddasallahu Sirrahu, dan Muhammad Baha'uddin Uwaysi al-Bukhari, yang dikenal sebagai Shah Naqshband QS-Imam Thariqat.

Di sebalik perkataan "Naqshband" berdiri dua idea: Naqsh yang bererti "ukiran" dan menunjukkan ukiran nama Allah dalam hati, dan band bererti "ikatan" dan menunjukkan hubungan antara individu dan Penciptanya. Ini bererti bahawa pengikut Naqshbandi harus berlatih mengamalkan ibadat dan kewajipannya sesuai dengan Al Qur'an dan Sunnah Nabi SAW dan untuk menjaga kehadiran dan cinta Allah supaya hidup di dalam hatinya melalui pengalaman peribadi dalam hubungan antara dirinya dengan Tuhannya.

Selain Abu Bakar as-Siddiq, adalah Salman al-Farisi RA. Beliau berasal dari Isfahan, Parsi dan tokoh yang menyarankan umat Islam untuk menggali parit dalam perang Ahzab. Setelah umat Islam menakluk al-Mada'in, ibu kota Parsi, beliau menjadi gabenor kota itu dan tinggal di sana sehingga kewafatannya.

Seterusnya ialah Ja'far as-Sadiq. Seorang keturunan Nabi SAW di sebelah ayahnya dan keturunan Abu Bakar RA di sebelah ibunya. Beliau menolak semua pangkat kehormatan demi mempelajari dan mengamalkan ilmu kerohanian. Beliau digelar sebagai Pewaris Maqam Kebenaran (Maqam as-Siddiqiyya).

Catatan terawal menulis bahawa timbulnya kalimah 'safa' adalah merujuk kepada murid beliau, Jabir bin Hayyan, pada pertengahan abad kedua Hijriah. Beliau (Ja'afar Sadiq) adalah seorang mufassir al-Qur'an atau guru dalam ilmu tafsir, seorang sarjana hadis, dan salah seorang mujtahid terbesar (yang memenuhi syarat untuk memberikan keputusan hukum) di Madinah. Sebahagian Tafsirnya disimpan di dalam Haqa'iq Sulami at-Tafsir. Laits bin Saad, salah seorang perawi tradisi kenabian yang dipercayai, menyaksikan kekuatan Ja'far di mana apa sahaja yang diminta, Allah akan memberikan kepadanya seketika itu juga.

Kemudiannya ialah Bayazid Tayfur al-Bistami. Datuknya adalah seorang Zoroaster. Bayazid mempelajari Perundangan Islam (Syariah) secara terperinci dan melakukan latihan yang ketat bagi menguasai diri (ego). Sepanjang hidupnya beliau tekun dalam menjalankan kewajipan agamanya. Beliau mendesak murid-muridnya untuk menempatkan usaha mereka kepada Allah dan beliau mendorong mereka untuk menerima ajaran tauhid yang suci dan murni, ilmu tentang Keesaan Allah. Menurut beliau, ajaran ini mempunyai lima kewajipan ke atas keikhlasan:

1. Untuk menjaga kewajipan menurut Al-Qur'an dan Sunnah;
2. Untuk sentiasa berkata benar.
3. Untuk memelihara hati agar bebas daripada perasaan benci.
4. Untuk menghindari makanan yang haram.
5. Untuk menghindari bid'ah.

Bayazid mengatakan bahawa tujuan akhir para sufi adalah untuk mengenal Allah di dunia ini, untuk mencapai Hadhrat Ilahi-Nya, dan untuk melihat-Nya di akhirat.
Satu lagi bintang dalam Tariqat ini ialah Abdul Khaliq al-Ghujdawani Qaddasallahu Sirrahu, yang lahir di desa Ghujdawan, Bukhara di Uzbekistan. Beliau dibesarkan dan dimakamkan di sana. Beliau mempelajari Al-Qur'an dan ilmu-ilmu Islam sama ada pengetahuan eksternal dan internal sehingga beliau mencapai tahap pemurnian yang tinggi. Kemudian beliau melakukan perjalanan ke Damaskus di mana beliau menubuhkan sebuah sekolah yang menghasilkan ramai para sarjana dan kemudian menjadi para guru dan ulama fiqh dan hadits serta kerohanian pada zaman mereka, sama ada di wilayah Asia Tengah dan di Timur Tengah.

Abdul Khaliq meneruskan pekerjaan para pendahulunya dengan mengadakan zikir (mengingat Allah) yang diturunkan daripada Nabi SAW sesuai dengan Sunnah. Dalam tulisan-tulisannya beliau meletakkan kod-kod etika (adab) yang perlu diikuti oleh para murid Naqshbandi.

Penamaan Silsilah Rantaian Emas Naqshbandi telah berubah dari abad ke abad. Di antara zaman Abu Bakar as-Siddiq RA dengan zaman Bayazid al-Bistami QS ia disebut sebagai Siddiqiyya. Dari zaman Bayazid sehingga zaman Sayyidina Abdul Khaliq al-Ghujdawani Qaddasallahu Sirrahu ia disebut sebagai Tayfuriyya. Dari zaman Sayyidina 'Abdul Khaliq al-Ghujdawani QS sehingga zaman Shah Naqshband QS ia disebut sebagai Khwajaganiyya. Dari zaman Shah Naqshband QS sehingga zaman Sayyidina Ubaidillah al-Ahrar dan Sayyidina Ahmad Faruqi, ia disebut sebagai Naqshbandiyya.

Naqshabandiyya bererti "mengikat Naqsh sebaik-baiknya". Naqsh adalah ukiran Nama Allah yang sempurna di hati seseorang murid itu. Dari zaman Sayyidina Ahmad al-Faruqi sehingga zaman Shaykh Khalid al-Baghdadi ia disebut sebagai Naqshbandi-Mujaddidiyya. Dari zaman Sayyidina Khalid al-Baghdadi sehingga zaman Sayyidina Shaykh Ismail Shirwani ia disebut sebagai Naqshbandiyya-Khalidiyya. Dari zaman Sayyidina Ismail Shirwani sehingga zaman Sayyidina Syaikh 'Abdullah ad-Daghestani, ia disebut sebagai Naqshbandi-Daghestaniyya. Dan pada zaman sekarang ia dikenali dengan nama Naqshbandiyya-Haqqaniyya dan yang terkini dengan nama Naqshbandiyya-Nazimiyya yang dinisbahkan kepada nama Mawlana Shaykh Nazim al-Haqqani.

Muhammad Bahauddin Uways al-Bukhari, yang dikenali sebagai Shah Naqshband QS, adalah Imam bagi Tariqat Naqshbandi. Beliau dilahirkan pada tahun 1317 Masehi di Desa Qasr al-Arifan, Bukhara. Setelah beliau menguasai ilmu syariah pada usia 18 tahun, beliau terus mendampingi Shaykh Muhammad Baba as-Samasi, yang merupakan seorang yang berautoriti dalam bidang hadits di Asia Tengah. Setelah kematiannya, Shah Naqshband mengikuti Shaykh Amir Kulal pula yang meneruskan dan menyempurnakan latihannya dalam bidang ilmu pengetahuan luaran dan dalaman.

Murid-murid Shaykh Amir Kulal sering melakukan zikir dengan suara yang keras ketika duduk bersama-sama dalam sesebuah majlis, dan melakukan zikir secara senyap ketika bersendirian. Walaupun Shah Naqshband QS tidak pernah mengkritik atau membantah zikir secara keras, beliau lebih suka berzikir secara senyap. Mengenai perkara ini beliau berkata, "Ada dua kaedah zikir; secara senyap dan secara keras. Aku memilih yang secara senyap kerana ia lebih kuat dan itu lebih disukai." Berzikir secara senyap kemudiannya menjadi ciri khusus bagi Naqshbandiyya berbanding tariqat lain.

Shah Naqshband melakukan Haji sebanyak tiga kali, setelah itu beliau menetap di Merv dan Bukhara. Menjelang akhir hidupnya beliau kembali untuk menetap di kota kelahirannya, Qasr al-Arifan. Ajarannya disebarkan ke mana-mana sahaja dan namanya meniti di atas setiap lidah. Pengunjung dari jauh dan luar datang menemuinya dan meminta nasihat. Mereka menerima didikan di madrasah dan masjidnya, sebuah kompleks yang pada satu waktu dahulu pernah menampung lebih daripada 5000 orang. Madrasah ini merupakan pusat pengajian Islam terbesar di Asia Tengah dan masih ada sehingga kini. Baru-baru ini ia direnovasi dan dibuka kembali setelah tujuh puluh tahun berada di bawah kekuasaan komunis.

Ajaran Shah Naqshband mengubah hati para pencari daripada kegelapan menuju cahaya. Beliau terus mengajar murid-muridnya tentang ilmu pengetahuan mengenai Keesaan Allah di mana para pendahulu beliau telah khususkan, dengan menekankan kesedaran terhadap keadaan ihsan (keunggulan) bagi para pengikutnya sesuai dengan hadits Nabi SAW, "Ihsan adalah supaya engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. "

Ketika Shah Naqshaband meninggal beliau dimakamkan di tamannya seperti yang diwasiatkan. Raja Bukhara yang berjaya telah mengambil alih untuk menjaga dan mengurus madrasah dan masjidnya, memperluas dan menambahkan wakafnya.

Para Shaykh yang meneruskan Tariqat Naqshbandi telah banyak menulis biografi Shah Naqshband QS, antaranya adalah Mas'ud al-Bukhari dan Sharif al-Jarjani, yang menyusun Awrad Baha'uddin yang menggambarkan peribadi dan jasa-jasanya termasuk fatwanya. Shaykh Muhammad Parsa, yang meninggal di Madinah pada tahun 822 H (1419 M) menulis Risalah Qudsiyya yang membicarakan tentang kehidupan Shah Naqshband QS, jasa-jasa dan ajaran-ajarannya.

Warisan karya-karya Shah Naqshband termasuk kitab-kitabnya yang banyak, antaranya adalah Awrad an-Naqshbandiyya, pengabdian Shah Naqshband QS. Kitab lainnya adalah Tanbih al-Ghafilin. Kitab ketiga adalah Maslakul Anwar. Keempat adalah Hadiyyatu-s-Salikan wa Tuhfat at-Talibin. Beliau meninggalkan banyak madah-madah yang mulia bagi memuji Nabi SAW dan beliau menulis banyak kitab hukum syariah. Salah satu pendapatnya adalah bahawa semua tindakan dan jenis ibadah yang berbeza, sama ada wajib atau sunat, diizinkan untuk dilakukan oleh para murid bagi mencapai hakikat. Solat, puasa, zakat, mujahadah dan zuhud amat ditekankan sebagai cara-cara untuk sampai kepada Allah SWT.

Shah Naqshband QS membangunkan madrasahnya bagi memperbaharui kaedah mengajar Agama Islam. Beliau bertegas perlunya menjaga Al-Qur'an dan ajaran Sunnah. Ketika mereka bertanya kepadanya, "Apa syarat-syarat yang perlu untuk seseorang menuruti jalanmu?" Katanya, "Untuk mengikuti Sunnah Nabi SAW." Beliau terus berkata: "Jalan kami adalah jalan yang jarang dilalui. Ia menjaga Urwat ul-Wutsqa, ikatan yang tidak terputus, dan tidak mahukan apa-apa daripada para pengikutnya selain memegang Sunnah Suci Nabi SAW dan mengikuti jalan para Sahabat Radiyallahu Anhum dalam jihad mereka (usaha yang mereka lakukan kerana Allah).

"Madrasah Naqshbandi adalah cara termudah dan paling sederhana bagi para muridnya untuk memahami tauhid. Ia menekankan supaya para pengikutnya berusaha untuk mencapai suatu tahap pengabdian yang sempurna kepada Allah sama ada di tengah-tengah masyarakat awam mahupun ketika bersendirian dengan memelihara adab-adab yang sempurna dalam Sunnah Nabi SAW. Ia mendorong manusia untuk menggunakan kaedah perlaksanaan ibadah yang ketat (Azima) dan meninggalkan pengecualian (Rukhsa). Ia juga bebas daripada semua bid'ah dan penyelewengan. Ia tidak menuntut supaya pengikutnya berlapar atau tidak tidur. Itu adalah kaedah bagaimana Naqshbandiyya mengurus agar tetap bebas daripada kebodohan dan penipuan (musha'wazan). Ringkasannya kita mengatakan bahawa tariqat kita adalah ibu kepada semua tariqat dan pemelihara kepada semua amanah kerohanian. Ia adalah jalan yang paling selamat, paling bijaksana, dan paling jelas. Naqshbandiyya tidak bersalah dan terlindung daripada sebarang serangan kerana ia menjalankan Sunnah Nabi SAW yang tercinta."

Adapun Silsilah Rantaian Emas Tariqat Naqshbandiyya an-Nazimiyya al-Aliyya itu adalah seperti berikut:

  1.Daripada Nabi Muhammad ibn Abdullah SAW;
  2.Diturunkan kepada Abu Bakr as-Siddiq RA;
  3.Diturunkan kepada Salman al-Farsi RA;
  4.Diturunkan kepada Qasim ibn Muhammad ibn Abu Bakr as-Siddiq RA;
  5. Diturunkan kepada Jafar as-Sadiq RA;
  6. Diturunkan kepada Tayfur Abu Yazid al-Bistami QS;
  7. Diturunkan kepada Abul Hassan Ali al-Kharqani QS;
  8. Diturunkan kepada Abu Ali al-Farmadi QS;
  9. Diturunkan kepada Abu Yaqub Yusuf al-Hamadani QS;
10. Diturunkan kepada Abul Abbas al-Khidr AS;
11. Diturunkan kepada Abdul Khaliq al-Ghujdawani QS;
12. Diturunkan kepadaArif ar-Riwakri QS;
13. Diturunkan kepada Khwaja Mahmud al-Anjir al-Faghnawi QS;
14. Diturunkan kepada Ali ar-Ramitani QS;
15. Diturunkan kepada Muhammad Baba as-Samasi QS;
16. Diturunkan kepada as-Sayyid Amir Kulal QS;
17. Diturunkan kepada Muhammad Baha’uddin Uways al-Bukhari Shah Naqshband al-Imam at-Tariqa QS;
18. Diturunkan kepada Ala’uddin al-Bukhari al-'Attar QS;
19. Diturunkan kepada Yaqub al-Kharkhi QS;
20. Diturunkan kepada Ubaydullah al-Ahrar QS;
21. Diturunkan kepada Muhammad az-Zahid QS;
22. Diturunkan kepada Darwish Muhammad QS;
23. Diturunkan kepada Muhammad Khwaja al-Amkanaki QS;
24. Diturunkan kepada Muhammad al-Baqi bi-Llah QS;
25. Diturunkan kepada Ahmad al-Faruqi as-Sirhindi QS;
26. Diturunkan kepada Muhammad al-Masum QS;
27. Diturunkan kepada Muhammad Sayfuddin al-Faruqi al-Mujaddidi QS;
28. Diturunkan kepada as-Sayyid Nur Muhammad al-Badawani QS;
29. Diturunkan kepada Shamsuddin Habib Allah QS;
30. Diturunkan kepada Abdullah ad-Dahlawi QS;
31. Diturunkan kepada Khalid al-Baghdadi QS;
32. Diturunkan kepada Ismail Muhammad ash-Shirwani QS;
33. Diturunkan kepada Khas Muhammad Shirwani QS;
34. Diturunkan kepada Muhammad Effendi al-Yaraghi QS;
35. Diturunkan kepada Jamaluddin al-Ghumuqi al-Husayni QS;
36. Diturunkan kepada Abu Ahmad as-Sughuri QS;
37. Diturunkan kepada Abu Muhammad al-Madani QS;
38. Diturunkan kepada Sharafuddin ad-Daghestani QS;
39. Diturunkan kepada Abdullah al-Faiz ad-Daghestani QS;
40. Diturunkan kepada Muhammad Nazim Adil al-Haqqani QS.

Mursyid ke-40, Shaykh Nazim al-Haqqani an-Naqshbandi Qaddasallahu Sirruhu wa Rahmatullah Alayhi

Nama lengkap Shaykh Nazim adalah Muhammad Nazim ‘Adil ibn al-Sayyid Ahmad ibn Hasan Yashil Bashal-Haqqani al-Qubrusi al-Salihi al-Hanafi QS. Semoga Allah SWT mensucikan ruhnya dan merahmati seluruh asal keturunannya. Kunya (nama panggilan) beliau adalah Abu Muhammad kerana putera sulung beliau bernama Muhammad. Selain itu beliau merupakan ayah kepada Baha’uddin, Naziha, dan Ruqayya.

Beliau dilahirkan pada tahun 1341 H/1922 M di kota Larnaka, Cyprus (Qubrus) daripada keluarga Arab dengan akar-akar budaya Tartar. Beliau berketurunan  Shaykh ‘Abdul Qadir Al-Jailani QS di sebelah ayahnya dan Mawlana Jalaluddin ar-Rumi QS di sebelah  ibunya. Ini menjadikan beliau sebagai keturunan Nabi Muhammad SAW, dari sebelah ayahnya, dan keturunan Sayidina Abu Bakar as-Shiddiq RA dari sebelah ibundanya. Pada zaman kanak-kanaknya di Cyprus, beliau selalu duduk bersama datuknya, salah seorang Shaykh Thariqat Qadiriyya untuk mempelajari ilmu kerohanian dan disiplin. Beliau tidak pernah bermusuhan dengan sesiapa pun, beliau selalu tersenyum dan sabar. Kedua-dua datuk dari sisi ayah dan ibunya melatih beliau dalam jalan kerohanian.

Ayahnya menghantar beliau ke sekolah awam pada waktu siang dan pada petangnya mempelajari ilmu-ilmu agama. Beliau seorang yang genius antara rakan-rakannya. Setelah habis waktu persekolahan, Shaykh Nazim QS menghabiskan malam harinya untuk mempelajari Tariqat Mawlawiyya dan Qadiriyya. Beliau mempelajari Ilmu Syariah, Fiqih, Ilmu Tradisi, Ilmu Mantik dan Tafsir al-Quran. Beliau mampu memberikan penjelasan hukum tentang masalah-masalah Islam secara luas. Beliau diberikan kemampuan untuk menjelaskan masalah-masalah yang sukar dalam bahasa yang jelas dan mudah.

Setelah menamatkan pendidikannya di Cyprus, Shaykh Nazim QS berpindah dan melanjutkan pengajiannya ke pengajian tinggi di Istanbul pada tahun 1359 H/ 1940 M, di mana dua orang saudara lelakinya dan seorang saudara perempuannya menetap. Di Istanbul, beliau  mendapat kelulusan ijazah sarjana dalam Bidang Kejuruteraan Kimia dengan keputusan yang sangat memuaskan berbanding rakan-rakannya. Ketika profesor di universitinya memberi cadangan agar melakukan kajian dan penyelidikan, beliau mengatakan, “Saya tidak tertarik dengan ilmu moden. Hati saya selalu tertarik kepada ilmu-ilmu kerohanian.” Di sana, beliau juga belajar bahasa Arab dan Fiqh, di bawah bimbingan Shaykh Jamalal-Din al-Alsuni RA (wafat 1375H/1955M) dan menerima Ijazah daripada Shaykh tersebut. Beliau juga mempelajari Tasawuf dan Tariqat Naqshbandi daripada Shaykh Sulayman Arzarumi QS (wafat 1368 H/1948 M) yang akhirnya menghantar beliau ke Syam (Syria). Beliau sering dilihat di Masjid Sultan Ahmad (Masjid Biru).

Shaykh Nazim QS melanjutkan Pengajian Syariahnya ke Halab (Aleppo), dan terutama di Homs. Dari Istanbul menuju ke Aleppo, beliau menaiki kereta. Sepanjang perjalanan tersebut, beliau masuk dari satu masjid ke masjid yang lain untuk bersolat, duduk dengan para ulama dan menghabiskan waktu untuk beribadah dan bertafakur. Beliau berusaha untuk terus masuk ke Damaskus yang ketika itu sedang dijajah oleh Perancis yang sedang bersiap sedia untuk menghadapi serangan dari British. Namun ia adalah mustahil dan disebabkan itu beliau menetap di Homs, di Zawiyah dan Madrasah Masjid sahabat besar Sayidina Khalid al-Walid RA. Di sini, beliau belajar selama setahun di bawah bimbingan Ulama besarnya dan memperolehi Ijazah dalam Fiqh Hanafi iaitu daripada Shaykh Muhammad ‘Ali ‘Uyun al-Sud RA dan Shaykh ‘Abd al-Jalil Murad RA, dan ijazah dalam Ilmu Hadits daripada Muhaddits Syaikh ‘Abdul ‘Aziz ibn Muhammad‘Ali ‘Uyun al-Sud al-Hanafi RA.

Shaykh Nazim QS juga belajar di bawah bimbingan Shaykh Sa’id al-Siba’i QS (Shaykh Tariqat Naqshbandi) yang kemudian menghantar beliau ke Damaskus setelah menerima suatu pertanda berkaitan dengan kedatangan Shaykh ‘Abdullah Faiz ad-Daghestani QS ke Syria. Setelah kedatangan awal beliau ke Syria dari Daghestan di akhir tahun 30-an, Mawlana Shaykh ‘Abdullah Faiz QS tinggal di Damaskus, tetapi  sering mengunjungi Aleppo dan Homs. Di Kota Homs beliau mengenali Shaykh Sa’id al-Siba’i QS yang merupakan pemimpin Madrasah Sayidina Khalid al-Walid RA.Shaykh Sa’id QS menulis surat kepada Shaykh ‘Abdullah Faiz QS,

“Kami mempunyai seorang murid dari Turki yang luar biasa, yang sedang belajar daripada kami.”

Shaykh ‘Abdullah Faiz QS menjawab kepadanya,

“Murid itu milik kami, kirimkan dia kepada kami.”

Murid tersebut adalah Shaykh Nazim QS. Lalu Shaykh Sa’id QS menguruskan perjalanan Shaykh Nazim QS menuju ke Damaskus. Dari Homs, Shaykh Nazim QS menuju ke Beirut dan pada tahun 1364 H/ 1944 M, beliau pergi ke Tripoli dengan bas. Bas ini membawa beliau sampai ke pelabuhan yang masih asing, dan tidak seorang pun yang dikenalinya. Ketika berjalan mengelilingi pelabuhan, beliau melihat seseorang datang dari arah berlawanan. Orang itu adalah Mufti Tripoli yang bernama Shaykh Munir al-Malek QS. Beliau juga merupakan Shaykh bagi semua Tariqat Sufi di kota itu. Shaykh Nazim QS tinggal dengan Shaykh Munir al-Malek QS selama sebulan, dan beliau mengatur perjalanan Shaykh Nazim QS untuk menuju ke Damaskus.

Dengan usaha beliau bersama Para Gurunya, akhirnya Shaykh Nazim QS tiba di Damaskus pada tahun 1945 dan bertemu dengan mursyidnya, Shaykh ‘Abdullah Faiz ad-Daghestani QS. Setelah tinggal semalaman di kediaman Shaykh ‘Abdullah Faiz QS, keesokkan paginya beliau diperintahkan oleh gurunya itu untuk pulang ke Cyprus kerana kaumnya di sana memerlukan bantuan beliau. Selama satu setengah tahun melakukan perjalanan ke Damaskus, hanya selepas semalaman, beliau terpaksa pulang ke Cyprus yang sudah 5 tahun ditinggalkannya. Perintah itu diturutinya demi cinta kepada gurunya.

Ketika itu Perang Dunia II hampir tamat. Namun, tidak ada kenderaan awam yang boleh dinaiki untuk keluar dari Damaskus. Beliau telah menumpang trak seseorang menuju ke Pelabuhan Tripoli untuk pulang ke Cyprus. Setelah sampai di pelabuhan, tidak ada bot atau feri yang boleh membawa Shaykh Nazim QS ke Cyprus, namun dengan kuasa Allah, Shaykh Munir al-Malek QS berada di situ dan membawanya menetap di rumahnya selama 3 hari. Setelah itu, Shaykh Munir al-Malek QS membayar sejumlah duit yang banyak kepada seorang tuan perahu dayung dan akhirnya bersetuju untuk membawa Shaykh Nazim QS pulang ke Cyprus. Mereka belayar selama 7 hari 7 malam sebelum tiba di Pulau Cyprus. 

Shaykh Nazim QS mula menyebarkan bimbingan rohani dan mengajar Agama Islam di Cyprus. Ramai murid yang mendatangi beliau dan menerima Tariqat Naqshbandi. Seperti yang kita tahu, ketika itu, pengamalan sebarang agama di Turki adalah dilarang akibat kesan daripada ideologi bawaan Mustaffa Kemal at-Tarturk. Sesampainya beliau di Cyprus, langkah pertama beliau ialah menuju ke masjid di tempat kelahirannya dan mengumandangkan azan di sana. Lantas beliau dimasukkan ke dalam penjara selama seminggu. Sejurus dibebaskan, Shaykh Nazim QS pergi menuju ke Masjid Besar di Nicosia dan melaungkan azan di menaranya. Kejadian itu menyebabkan para pemerintah marah dan beliau direman kerana melanggar undang-undang. Sementara menunggu hari perbicaraan, Shaykh Nazim QS terus mengumandangkan azan di menara-menara masjid di seluruh Nicosia. Hal itu menyebabkan kes-kes Shaykh Nazim QS terus bertambah sehingga menjadi 114 buah kes yang mana jika disabit kesalahan Shaykh Nazim QS boleh dipenjarakan lebih dari 100 tahun. Peguamnya menasihati beliau agar berhenti melaungkan azan, namun Shaykh Nazim QS mengatakan :

“ Tidak, aku tidak boleh. Orang ramai harus mendengar panggilan untuk solat.”

Hari perbicaraan tiba. Pada hari yang sama keputusan pilihan raya diumumkan di Turki. Seorang lelaki bernama Adnan Menderes diangkat untuk berkuasa. Langkah pertama Adnan Menderes ketik dipilih menjadi Presiden adalah membuka seluruh masjid dan mengizinkan azan dilaungkan dalam Bahasa Arab. Oleh itu, dengan serta-merta, perbicaraan ke atas Shaykh Nazim QS terbatal dan beliau dibebaskan. Selama tinggal di Cyprus, Shaykh Nazim QS pergi ke seluruh pelusuk Kepulauan Cyprus untuk menyebarkan ajaran ketuhanan yang semakin hilang daripada masyarakat. Beliau juga mengunjungi Lubnan, Mesir, Arab Saudi dan tempat-tempat lain untuk mengajar Tariqat Sufi.

Pada tahun 1946, Syaikh ‘Abdullah Faiz QS berpindah ke rumah baru beliau yang dibeli oleh murid Syria pertamanya, dan khalifahnya Shaykh Husayn ibn ‘Ali ibn Muhammad ‘Ifrinial-Kurkani ar-Rabbani al-Kurdi as-Shaykhani al-Husayni QS (lahir 1336 H/ 1917M), (semoga Allah swt mensucikan ruhnya dan merahmati asal keturunannya) di Jabal Qasyiun.

Shaykh Nazim QS tinggal di Damaskus sambil sesekali melakukan perjalanan untuk belajar atau sebagai wakil Shaykh ‘Abdullah Faiz QS. Pada tahun 1952, beliau menikahi salah seorang murid Shaykh ‘Abdullah Faiz QS iaitu Hajjah Amina Adil QS. Sejak itu beliau menetap di Damaskus dan mengunjungi Cyprus setiap tahun, iaitu selama 3 bulan pada bulan Rajab, Sya’ban, dan Ramadhan.

Rumah Shaykh Nazim QS tidak pernah sunyi daripada penziarah. Paling sedikit seratus orang silih berganti mengunjungi rumah beliau setiap hari dan dilayani dengan baik. Rumah beliau dekat dengan rumah Shaykh ‘Abdullah Faiz QS di Jabal Qasyiun, sebuah pergunungan yang dapat dilihat dari kotanya, di sebelah tenggara Damaskus. Rumah simen beliau yang sederhana dengan segala perabot dibuat dengan tangan daripada bahan kayu atau bahan-bahan semulajadi.

Pada tahun 1955 beliau melaksanakan khalwah pertamanya di bawah tunjuk ajar Shaykh ‘Abdullah Faiz QS selama enam bulan di Sueileh, Jordan. Setelah selesai khalwah di Jordan, Shaykh ‘Abdullah Faiz QS memerintahkan Shaykh Nazim QS untuk melaksanakan khalwah di Baghdad, Iraq, tepat di Maqam Qutub al-Awliya Sayyid Shaykh Abdul QadiraI-Jilani QS selama enam bulan.

Atas perintah Shaykh ‘Abdullah Faiz QS, beliau melakukan perjalanan menuju ke Aleppo dari Damaskus dengan berjalan kaki, dan berhenti di setiap daerah untuk menyebarkan ajaran Islam dan Tariqat Naqshbandi. Jarak antara Damaskus menuju ke Aleppo adalah sekitar 400 kilometer. Memerlukan waktu lebih dari setahun untuk perjalanan pergi dan balik. Shaykh Nazim QS berjalan kaki selama satu atau dua hari. Apabila sampai di sesebuah daerah, beliau tinggal di situ selama seminggu untuk menyebarkan Tariqat Naqshbandi, memimpin zikir, melatih penduduk dan melanjutkan perjalanan beliau sampai ke daerah seterusnya. Nama beliau mulai terdengar di setiap lidah penduduk, mulai dari sempadan Jordan sehingga sempadan Turki di Aleppo.

Selepas kewafatan gurunya Shaykh ‘Abdullah Faiz ad-Daghestani QS pada tahun 1973, tampuk kekhalifahan sebagai mursyid penerus dalam Tariqat Naqshbandiyya al-'Aliyya telah dimandatkan kepada Shaykh Nazim al-Haqqani QS sebagaimana yang telah diwasiatkan oleh Shaykh 'Abdullah Faiz ad-Daghestani QS. Shaykh Nazim QS terusn menetap di Damaskus beberapa tahun dan kemudiannya pulang semula ke kampung halamannya, Cyprus. Beliau juga berjalan kaki ke Cyprus. Dari satu daerah menuju ke satu daerah, menyeru masyarakat agar kembali kepada Tuhannya dan meninggalkan segala materialisme, sekularisme dan atheisme. Shaykh Nazim QS menunaikan haji setiap tahun untuk memimpin Jemaah Haji Cyprus. Beliau melaksanakan ibadah haji sebanyak 27 kali.

Beliau amat dicintai diseluruh Cyprus, dan masyhur dengan sebutan ‘Shaykh Nazim berserban hijau /Shaykh Nazim Yesilbas’ kerana serban dan jubahnya yang berwarna hijau. Beliau selalu mengunjungi Lubnan. Pada tahun 1974, beliau mula mengunjungi Eropah. Dari Cyprus, beliau menuju ke London dengan kapal terbang dan balik dengan kereta melalui jalan darat. Beliau melanjutkan pertemuan dengan setiap lapisan masyarakat daripada pelbagai daerah, bahasa, adat sehingga kepercayaan yang berbeza-beza. Orang ramai mula mengucapkan Kalimah Tauhid dan bergabung dengan Tariqat Sufi serta belajar tentang keruhanian daripada beliau. Senyuman dan wajahnya yang bersinar amat dikenali di seluruh benua Eropah dan disayangi kerana membawa perasaan keruhanian yang sebenar-benarnya dalam kehidupan masyarakat.

Tahun-tahun berikutnya, beliau melakukan perjalanan kaki di wilayah Negara Turki. Semenjak 1978, beliau menghabiskan tiga hingga empat bulan di setiap daerah di Turki. Dalam setahun beliau berkunjung ke daerah Istanbul, Yalova, Bursa, Eskisehir dan Ankara. Dalam lain kesempatan beliau mengunjungi Konya, Isparta dan Kirsehir. Tahun berikutnya beliau mengunjungi persisiran selatan dari Adana menuju Mersin, Alanya, Izmir dan Antalya. Kemudian pada tahun berikutnya beliau menuju ke daerah-daerah timur, Diyarbakir, Erzurm sehingga ke sempadan Iraq. Kemudian kunjungan selanjutnya adalah di Laut Hitam, bergerak dari satu wilayah ke wilayah lain, dari satu kota menuju kota lain, dari masjid ke masjid menegakkan Syi’ar dan  firman-firman Allah dan keruhanian di mana pun beliau berada.

Ke mana pun Shaykh Nazim QS pergi, beliau disambut masyarakat daripada lapisan yang bawah dan sederhana sehinggalah kepada golongan pemerintah. Beliau masyhur dengan sebutan ‘Al-Qubrusi’ di seluruh Turki. Shaykh Nazim QS merupakan mursyid kepada Presiden Turki terakhir,Turgut Ozal yang amat menghormati beliau. Shaykh Nazim QS terkenal kerana pemberitaan yang luas daripada media. Beliau ditemubual hampir setiap minggu oleh pelbagai stesyen TV dan pemberita yang menanyakan tentang pelbagai kejadian serta masa depan Turki. Beliau mampu menghubungkan antara pemerintah yang sekular dan kelompok Islam fundamental, seperti yang diajarkan oleh Nabi SAW sehingga tercipta kedamaian di setiap hati dan fikiran daripada kedua-dua belah pihak, baik dalam kalangan awam mahupun yang elit. Beliau sering bersama menantunya yang banyak membantunya iaitu Shaykh Hisham al-Kabbani QS.

Pada tahun 1986, beliau telah mengadakan perjalanan menuju ke Timur Jauh iaitu Brunei, Malaysia, Singapura, India, Pakistan dan Sri Lanka. Beliau diterima baik oleh para Sultan, presiden, anggota parlimen, pejabat pemerintah dan semestinya masyarakat awam. Beliau disambut dengan keramahan rakyat dan khususnya oleh Sultan Haji Hasan al-Bolkiah. Beliau digolongkan sebagai salah satu Shaykh terbesar Tariqat Naqshbandi di Malaysia. Di Pakistan, beliau dikenal sebagai penyegar Tariqat Sufi dan beliau mempunyai ribuan murid. Di Sri Lanka, dalam kalangan pemerintah dan rakyat biasa, beliau mempunyai lebih daripada 20 000 orang murid. Muslim Singapura juga amat menghormati beliau. Beliau telah melantik YTM al-Marhun Raja Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah sebagai khalifahnya di Wilayah Timur.

Pada tahun 1991, untuk pertama kalinya beliau mengunjungi Amerika Syarikat. Lebih daripada 15 negeri yang beliau kunjungi. Beliau bertemu dengan pelbagai masyarakat daripada pelbagai aliran dan agama: Muslim, Kristian, Yahudi, Sikh, Buddha, Hindu, New Age, dan lain-lain. Usaha-usaha dakwah yang dilakukan oleh Shaykh Nazim QS di Barat telah mengakibatkan tertubuhnya pusat-pusat kesufian di merata tempat di Eropah dan Amerika Utara. Pusat utamanya, terletak di London dan dikenali sebagai 'The Islamic Priory' yang mana bangunan (yang asalnya adalah gereja) ini merupakan hadiah buat Shaykh Nazim QS daripada seorang ketua negara sebuah Negara Islam yang kaya raya, iaitu Sultan Haji Hasan al-Bolkiah, Sultan Brunei Darussalam. Semoga Allah merahmatinya. Kunjungan ini telah menyebabkan berdirinya lebih daripada 13 buah pusat Tariqat Naqshbandi di Amerika Syarikat.

Kunjungan kedua pada tahun 1993, beliau telah pergi ke pelbagai daerah dan kota, masjid-masjid, gereja, sinagog (pusat ibadat Yahudi), dan candi-candi. Melalui beliau, lebih dari 10 000 orang rakyat USA telah memeluk Islam dan berbay’at dalam Tariqat Naqshbandi. Semasa kunjungan ini juga, beliau telah menjadi tetamu kehormat Majlis Pembukaan Pusat Latihan dan Konvensyen Haqqani di Fenton, Michigan. Pusat tersebut terletak diatas 200 ekar tanah ladang yang menempatkan rumah tetamu yang selesa dan besar, masjid, asrama-asrama, empat buah tasik dan 200 ekar tanah ladang yang dipenuhi rumput untuk haiwan ternakan hasil usaha menantu dan khalifahnya, Shaykh Hisham al-Kabbani QS. Pusat yang terletak dekat Detroit ini, merupakan lokasi yang sangat strategik kerana terletak di tengah-tengah USA dan hampir dengan Kanada. Setakat ini, pusat tersebut telah menganjurkan beberapa siri perkhemahan dan seminar. Pada masa pembukaannya (1993) sahaja, ia dapat menampung 1000 orang murid yang datang dari seluruh Amerika dan juga dari negara-negara lain.

Pada bulan Oktober 1993, beliau telah menghadiri perasmian kembali masjid dan sekolah Imam Bukhari di Bukhara, Uzbekistan. Beliau adalah orang pertama antara banyak generasi Imam Bukhari yang mampu mengembalikan daerah pusat para Awliya di Asia tengah itu, yang sangat kuat mengabadikan nama dan ajarannya dalam Tariqat ini.

Sebagaimana Shah Bahauddin Naqshband QS sebagai pelopor di daerah Bukhara dan Asia Tengah, juga Ahmad as-Sirhindi al-Mujaddidi QS pelopor di milenium ke-2, dan Khalid al-Baghdadi QS pelopor kebangkitan Islam, Syari’ah, dan Tariqat di Timur Tengah, maka Shaykh Nazim ‘Adil al-Haqqani QS adalah pelopor, pembaharu dan penyeru umat agar kembali kepada Tuhannya di abad ini, abad perkembangan teknologi dan materialisme.

Shaykh Muhammad Nazim al-Haqqani QS menetap di Cyprus dan dakwahnya terus dikembangkan oleh para khalifahnya seperti Shaykh Hisham al-Kabbani QS (USA), Shaykh ‘Adnan al-Kabbani (Timur Tengah), Shaykh Hassan Dyck (Eropah dan Jerman), Shaykh Muhammad ‘Adil yang merupakan putera sulung beliau, Shaykh Mustafa Mas’ud  dan Habib Luthfi Ben Yahya (Indonesia) dan tidak dilupakan, dalam kenangan al-Marhum YTM Shaykh Raja Ashman Shah QS.

Dalam tahun-tahun terakhir hayat beliau, Shaykh Nazim kerap diiktiraf sebagai 50 orang Islam yang paling berpengaruh di dunia dalam penerbitan tahunan, 500 Muslim Paling Berpengaruh: beliau berada pada kedudukan ke-49, ke-49, ke-48, ke-45 dan ke-42 dalam edisi 2009-2013. Setelah uzur kerana sakit tua beberapa tahun, pada 7 Mei 2014/8 Rajab 1435 H, Shaykh Nazim al-Haqqani telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada umur 92 tahun, di Nicosia Utara, Cyprus. Jenazah beliau telah dimandikan, dikafankan dan solat jenazahnya diimamkan serta dikebumikan oleh menantunya yang sangat dicintai, Shaykh Hisham al-Kabbani QS bersama-sama ahli keluarganya iaitu putera-puteranya, Shakyh Muhammad 'Adil dan Haji Bahauddin 'Adil, cucu-cucunya dan murid-muridnya. Beliau dimakamkan di sebelah rumah dan dergahnya (surau). Semoga Allah merahmati beliau atas segala usaha dan kerja dakwahnya dalam mengembangkan Islam dengan penuh kecintaan. Al-Fatihah.

Shaykh Abdul Qadir al-Jilani QS

Shaykh Abdul Qadir al-Jilani QS merupakan moyang kepada Shaykh Nazim al-Haqqani di sebelah ayahnya. Beliau dicatat sebagai seorang pendakwah bermazhab Hanbali, shaykh sufi dan pendiri Tariqat Sufi Qadiriyya yang dinisbahkan dengan namanya. Beliau lahir dalam bulan Ramadhan 470 H (sekitar tahun 1077 M) di Wilayah Gilan, Parsi (Iran) selatan Laut Kaspia. Sumbangannya dan kemasyhurannya dalam ilmu tasawuf dan syariah begitu besar sehingga beliau dikenali sebagai qutub rohani pada zamannya, al-Gauth al Azam ("Penolong yang Agung" atau "Bantuan Terkuat"). Tulisan-tulisannya serupa dengan tulisan-tulisan al-Ghazali berhubung dengan dasar-dasar Islam dan pengalaman mistik tasawuf.

Shaykh Abdul Qadir Jilani QS adalah seorang guru Sufi dan Syed (keturunan Nabi Muhammad SAW) di sebelah ayah dan ibunya. Ayahnya Syed Abu Saleh Jangidost, adalah pemuda yang terkenal dan takut kepada Allah. Suatu hari ketika sedang khusyuk bertafakur di tepi tebing sungai, beliau melihat sebiji epal terapung di atas sungai. Beliau mengambilnya dan memakannya. Beliau terkelu kerana memakan buah epal itu tanpa membayarnya dan menyebabkan beliau berusaha mencari pemiliknya, dengan berjalan menyusuri tepi sungai dan akhirnya berjumpa dengan pemilik kebun epal, Syed Abdullah Somai yang apabila ditanya mengenai harga epal, Syed Abdullah Somai menjawab bahawa ia sangat mahal. Syed Abu Saleh menjawab bahawa beliau tidak memiliki banyak harta kebendaan duniawi tetapi beliau boleh berkhidmat kepadanya sebagai ganti rugi. Syed Abdullah Somai kemudian memintanya untuk bekerja selama setahun di kebunnya.

Dalam waktu bekerja itu, sudah beberapa kali tempoh kerjanya dilanjutkan. Akhirnya Syed Abdullah Somai mengaku bahawa sebenarnya beliau sudah berkhidmat kepadanya lebih daripada nilai ganti ruginya dan mahu membayar upah kepadanya. Syed Abu Saleh ragu-ragu untuk menerimanya tetapi ketika Syed Abdullah Somai mendesaknya, beliau mengalah. Syed Abdullah Somai mengatakan bahawa beliau memiliki seorang puteri yang buta matanya, cacat tangan dan kakinya dan ingin menikahkannya dengan Syed Abu Saleh. Dengan cara inilah Syed Abu Saleh menikahi puteri Syed Abdullah Somai iaitu Sayeda Fatimah. Beliau kehairanan kerana mendapati isterinya sangat cantik, sihat dan menakjubkan. Beliau mengeluh kepada ayah mentuanya kerana apa yang beliau lihat adalah bertentangan dengan apa yang telah diterangkan. Syed Abdullah Somai menegaskan bahawa kata-katanya benar. Dia buta kerana dia tidak pernah melihat mana-mana Ghair Mahram (seorang lelaki yang boleh menikahinya). Dia bisu kerana dia tidak pernah mengucapkan kata-kata yang bertentangan dengan syariah. Dia pekak kerana dia tidak pernah mendengar apa-apa yang tidak selari dengan syariah. Dia cacat tangan dan kakinya kerana dia tidak pernah bergerak menuju ke arah kejahatan. Ayah Shaykh Abdul Qadir Jilani meninggal tidak lama setelah bernikah dan anak yatim ini dibesarkan oleh ibunya, Sayeda Fatimah dan datuknya, Syed Abdullah Somai.

Ketika berumur 18 tahun, Shaykh Abdul Qadir pergi ke Baghdad pada tahun 488 H (1095 M), di mana beliau mempelajari hukum-hakam Mazhab Hanbali di bawah bimbingan beberapa orang guru. Ibunya menjahit 40 keping wang emas di dalam bajunya supaya beliau boleh menggunakannya jika diperlukan. Para perompak menyerang kafilahnya di tengah perjalanan, dan merampas semua barangan ahli kafilah. Mereka bertanya apa yang beliau miliki. Beliau menjawab bahawa beliau memiliki 40 keping wang emas. Para perompak menganggap jawapannya itu satu jenaka dan membawanya kepada ketua mereka, yang mengajukan pertanyaan yang sama dan beliau menjawab dengan jawapan yang sama. Ketua perompak mengarahkan beliau supaya menunjukkan wang emas itu. Lalu beliau mengoyakkan jahitan bajunya dan terkeluarlah 40 keping wang emas itu. Ketua perompak terkejut dan bertanya mengapa beliau mengeluarkan wang emas itu sedangkan beliau boleh terus menyembunyikannya. Shaykh Abdul Qadir menjawab bahawa beliau menuju ke Baghdad untuk menuntut ilmu dan ibunya menyuruhnya untuk berkata jujur. Hal ini telah memberi kesan yang mendalam kepada ketua perompak dan dia menyerahkan kembali rampasannya.

Shaykh Abdul Qadir menerima Ilmu Perundangan Islam daripada Shaykh Abu Said Ali al-Mukharrimi, Ilmu Hadits daripada Shaykh Abu-Bakra bin Muzaffar, dan Ilmu Tafsir daripada ahli tafsir terkenal, Shaykh Abu Muhammad Jafar.

Dalam Ilmu Tasawuf, pembimbing kerohanian beliau adalah Shaykh Abu'l-Khair Hammad. Daripadanya, beliau menerima latihan asas, dan dengan bantuannya beliau melakukan perjalanan kerohanian. Sidi Abu Shuja' yang juga murid kepada Shaykh Hammad menceritakan: "Shaykh Abdul Qadir mendampingi Shaykh Hammad. Suatu hari beliau datang dan duduk di hadapannya, memerhati adab perilakunya, sehingga beliau berdiri dan pergi. Aku mendengar Shaykh Hammad berkata sebaik sahaja Shaykh Abdul Qadir pergi: Si bukan Arab ini (Shaykh Abdul Qadir bukan berbangsa Arab) memiliki kaki yang akan ditinggikan apabila tiba waktunya, dan berada di leher para wali pada zaman itu. Dia pasti akan diperintahkan untuk berkata: Kakiku berada di leher setiap wali Allah. Dia pasti akan mengatakannya, dan leher semua para wali pada zamannya akan tertunduk di pangkuannya" Shaykh Junayd al-Baghdadi (wafat 910 M), yang meninggal sekitar 167 tahun sebelum kelahiran Shaykh Abdul Qadir, telah terlebih dahulu menceritakan tentang beliau pada satu kesempatan, ketika sedang bertafakur & dan berkata: "Kakinya akan berada lebih atas daripada leher semua para wali." Setelah selesai bertafakur, murid-muridnya bertanya tentang kata-katanya itu, beliau menjawab: "Salah seorang Sufi akan lahir pada masa hadapan, keagungannya melebihi semua para wali." Kemudiannya Shaykh Hammad membuktikan kata-kata Shaykh Junayd itu benar. Para sejarawan mengatakan bahawa, kemudiannya Shaykh Abdul Qadir sendiri juga mengulangi kata-kata yang sama banyak kali dalam waktu hidupnya.

Berikut adalah Silsilah Penerimaan Ilmu (Sanad) Shaykh Abdul Qadir Jilani QS:
Daripada Nabi Muhammad SAW;
Diturunkan kepada Ali bin Abi Thalib KWJ;
Diturunkan kepada al-Hussayn RA;
Diturunkan kepada Ali Zainal Abidin RA;
Diturunkan kepada Muhammad Baqir RA;
Diturunkan kepada Ja'afar Sadiq RA;
Diturunkan kepada Musa al-Kazim RA;
Diturunkan kepada Abul Hassan Ali RA;
Diturunkan kepada Ma'ruf al-Karkhi QS;
Diturunkan kepada Sarri as-Saqathi QS;
Diturunkan kepada Junayd al-Baghdadi QS;
Diturunkan kepada Abu Bakar as-Syibli QS;
Diturunkan kepada Abu al-Fadl Abu al-Wahid at-Tamimi QS;
Diturunkan kepada Abu al-Faraj at-Tartusi QS;
Diturunkan kepada Abu al-Hasan Ali al-Hakkari QS;
Diturunkan kepada Abu Sa'id al-Mubarak al-Makhzumi QS;
Diturunkan kepada Abdul Qadir al-Jilani QS

Setelah menyelesaikan pelajarannya, Shaykh  Abdul Qadir al-Jilani meninggalkan kota Baghdad, dan menghabiskan 25 tahun sebagai seorang pengembara di padang pasir Iraq. Beliau berumur lebih daripada 50 tahun ketika kembali ke Baghdad, pada tahun 521 H(1127 M), dan mula berdakwah kepada masyarakat awam. Para pendengarnya sangat terpengaruh dengan gaya dan kandungan ceramahnya, dan reputasi beliau meningkat dan tersebar melalui setiap kelompok masyarakat. Tidak hanya umat Islam, tetapi juga para penganut Yahudi dan Kristian, tidak hanya khalifah dan para pembesar tetapi juga petani, peniaga dan pedagang telah mengubah kehidupan mereka hasil daripada ucapa-ucapan Shaykh Abdul Qadir. Beliau berpindah ke madrasah milik gurunya al-Makhzumi dan mengajar di madrasah itu. Pada pagi hari beliau mengajar hadits dan tafsir, dan pada petangnya beliau mengadakan perbincangan kerohanian dan keutamaan daripada Al Quran. Jumlah para penuntut ilmu meningkat sehingga kawasan madrasah itu sudah tidak mampu menampung jumlah mereka. Oleh itu, beliau memutuskan untuk membesarkan kawasan madrasah. Para pelajar dan orang ramai datang untuk membantu dengan sepenuh hati mereka. Bangunan-bangunan madrasah siap pada tahun 528 H dan setelah itu ia dikenali sebagai Madrasah Qadiriyya.

Beliau berkhidmat untuk Agama Islam selama 40 tahun. Dalam tempoh ini, ratusan manusia memeluk Islam kerananya. Antara tulisan-tulisan beliau ialah Futuh al-Ghaib, al-Fath ar-Rabbani, Jala' al-Khawatir, Malzufat, al-Ghunya li-Talibi Tariqa al-Haqq, Khamsata 'Ashara Maktuban, al-Fuyudat ar-Rabbaniyya, dan Sirr al-Asrar.

Beliau wafat pada hari Isnin, 11 Rabi'ul akhir 561 H (14 Feb 1166 M) ketika berusia 91 tahun, dan dimakamkan di Baghdad, Iraq. Ketika zaman Shah Ismail I pada zaman Dinasti Safavid, makamnya telah dimusnahkan. Namun, pada tahun 1535 M, Sultan Suleiman daripada Dinasti Uthmaniah telah membina kembali dan meletakkan kubah di atas makam beliau yang masih wujud sehingga kini. Tariqat yang didirikan olehnya telah dinisbahkan kepada namanya iaitu Tariqat Qadiriyya. Beliau merupakan moyang kepada Shaykh Nazim al-Haqqani di sebelah ayahnya. Semoga Allah merahmati dan mensucikan rohnya. Al-Fatihah.

Siapa Wahabi ?

SIAPA WAHABI?

Wahabi bukan kerana mereka tidak membaca Qunut Subuh, kerana tiga Mazhab lain tidak pun membaca Qunut Subuh, itu khilaf mazhab; bukan juga kerana tidak buat kenduri arwah kerana ada Qawl dalam Mazhab Shafie yang tidak menggalakkannya, bukan juga kerana itu dan ini tetapi Wahabi adalah satu cara berfikir yang salah yang membentuk satu gerakan ekstrem yang boleh memecahbelah masyarakat. Kemuncak ekstrem dan radikal Wahabisme boleh sehingga membawa pertumpahan darah seperti IS,ISIL, ISIS, al-Qaeda, Taliban...semua itu adalah didikan Wahabi. Dakyah Wahabi berjaya menarik ramai pengikut kerana slogan menarik mereka yang menyeru kononnya jangan "taqlid", jangan "mengikut membuta tuli"; menyeru kononnya "kembali kepada Al-Quran dan al-Sunnah".

[1] Wahabi sebenarnya adalah gerakan MEMBIDAAHKAN amalan orang lain yang tidak sehaluan dengan mereka dan merasakan hanya amalan mereka sahaja yang betul. Hanya mereka sahaja kononnya mengikut "Sunnah". Mereka kelompok manusia yang tidak boleh berbeza pandangan, tidak menghormati ikhtilaf atau khilafiyyah (perbezaan pendapat di kalangan ulamak). Wahabi menolak bahawa Bid'aah ada dua bentuk (i) Baik (Hasanah) dan (ii) Sesat (Dolalah). Bagi Wahabi semua Bid'aah sesat dan masuk neraka. Oleh itu setiap Bid'aah adalah mungkar dan bagi mereka wajib ditentang. Lalu mereka membesarkan perbezaan pendapat dan membikin kecoh seluruh dunia tanpa boleh berlapang dada. Pra-syarat menjadi Wahabi ialah kena memperbanyak menuturkan "BID'AAH" terhadap amalan orang lain dan menjadikan ianya "wirid" harian.

[2] Wahabi MELARANG BERAMAL apabila tiada nas khusus untuk amalan tersebut walaupun di sana ada perintah umum daripada Al-Qur'an dan As-Sunnah. Bagi Wahabi setiap ibadat kena ada nas dan dalil, walhal perintah yang bersifat umum sudah ada namun mereka menolaknya. Wahabi marah membaca Surah Yasin malam Jumaat kerana tiada nas. Bukankah perintah memperbanyakkan membaca al-Quran sudah cukup banyak dan memadai? Adakah nas melarangnya pula? Tiada larangan.

[3] Wahabi adalah gerakan MENSYIRIKKAN orang lain: tawassul bagi mereka syirik kecuali tawassul dengan amalan soleh, dan dengan Asmaul Husna saja. Walhal para Sahabat dan Salafus Soleh bertawassul dengan pelbagai bentuk lain;

[4] Wahabi gerakan MENTAJSIMKAN Allah SWT mensifatkan Allah "bertangan", "duduk" atas Arasy, "ketawa", Allah di atas langit. Wahabi menolak takwil yang dibawa oleh manhaj Ashairah dan Maturidiyyah sedangkan manhaj Ashairah itu lebih selamat dari mensifatkan Allah dengan sifat makhluk.

[5] Wahabi juga gerakan MENTADHA'IFKAN hadith dan MEMARDUDKAN hadith dhaif, menolak penggunaan hadith-hadith dhaif dan membakulsampahkan semua hadith-hadith dhaif. Sedangkan sejak seribu tahun lebih para ulama hadith membenarkan penggunaan hadith dhaif dalam hal fadhailul 'amal dan targhib wa tarhib. Kiblat rujukan hadith Wahabi ialah Sheikh Nasruddin Al-Albani. Mereka tidak sedar mereka bertaqlid dan mengikut membuta tuli apa sahaja takhrij hadith oleh al-Albani. Ulama rujukan Wahabi pula ialah sekalian "kibarul ulama" Saudi hari ini manakala kitab-kitab rujukan Wahabi ialah kitab karangan Muhammad Abdul Wahab. Mereka membutakan mata dan memekakkan telinga apabila didatangkan hujah daripada para ulamak lain yang muktabar namun tidak sealiran dengan mereka.

[6] Wahabi gerakan MEMBURUKKAN ahli Sufi dan tasawuf. Mereka secara terpilih memetik yang mana sesuai dengan fikrah mereka kitab-kitab Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, Al-Dhahabi, al-Syawkani khususnya di bab memburuk dan mencemuh para Sufi kerana Wahabi gerakan anti-Sufi. Walhal Ibn Taymiyyah sendiri adalah pengikut tarekat Qadiriyyah. Wahabi Malaysia ada yang mengatakan tasawuf lebih kotor daripada air longkang. Sedangkan Sufi ada yang baik dan ada yang sesat sepertimana umat Islam yang lain juga amnya: ada yang Soleh, ada Munafik dan ada yang berdosa. Sufi juga tidak maksum. Bahkan Imam Ghazali sendiri turut mengkritik "Sufi palsu" walaupun beliau sendiri seorang ahli Sufi.

[7] Wahabi MENOLAK Imam al-Ghazali ra dan jarang dengar mereka mengutip kalam Imam al-Ghazali ra. Bagi mereka Imam al-Ghazali ra Hujjatul Islam itu jahil hadith.

Itulah Wahabi, dan jangan terkeliru dengan suara-suara membela Wahabi walaupun mereka malu mengaku diri mereka Wahabi. Ada ketikanya mereka cuba menyembunyikan punca kenapa mereka digelar Wahabi, kononnya Wahabi itu "hantu", "momok" dan tidak wujud. Kenal dulu ciri-ciri Wahabi maka tahulah anda siapa pendokong mereka.

Kalau yang melenting apabila Negeri Sembilan mengharamkan Wahabi, hampir pasti 99.9% mereka pendokong tegar Wahabi (yang malu mengaku). Hati-hati dengan mereka ini walaupun petah berbicara, dan mulut penuh dengan ayat-ayat al-Qur'an dan al-Hadith. Ada Wahabi Malaysia yang sangat terkenal dan bicara memukau sehingga ramai orang awam tertipu. Dengan pengharaman Wahabi di Negeri Sembilan dan Perak, moga-moga makin ramai yang sedar dan makin jelas siapa pendokong Wahabi sebenar yang bertopeng dan begitu licik selama ini. Jangan terkejut jika ustaz yang anda kagumi selama ini itu sebenarnya mungkin pendokong Wahabi.

Hanya jauhari yang kenal manikam.
اعرف الحق تعرف أهله

Nota tambahan :

Malang, bila orang yang tidak tahu kenapa Wahhabi dipanggil Wahhabi terpedaya dengan apa yang kelihatan baik. Malah Rasulullah SAW telah menerangkan peri hebatnya ibadah golongan ini... Solat dan puasa kita jadi kerdil dan tiada apa2 nya berbanding solat dan puasa mereka... Bahkan rajin pula membaca Al-Quran... Namun mereka bukan orang yang baik di sisi syarak, cepat meluncur keluar daripada ikatan agama sepantas meluncur keluar anak panah daripada busurnya... Perhatikan sabda Baginda RasuluulLah SAW 


يخرُجُ فيكم قومٌ تَحقِرونَ صلاتَكم معَ صلاتِهم ، وصيامَكم معَ صيامِهم ، وعملَكم معَ عملِهم ، ويقرَؤونَ القرآنَ لا يُجاوِزُ حناجِرَهم ، يَمرُقونَ منَ الدينِ كما يَمرُقُ السهمُ منَ الرمِيَّةِ ، ينظُرُ في النصلِ فلا يَرى شيئًا ، وينظُرُ في القدحِ فلا يَرى شيئًا ، وينظُرُ في الريشِ فلا يَرى شيئًا ، ويَتَمارى في الفوقِ

Wahhabi ini bukan satu label yang sesuka hati kita labelkan kepada sesiapa yang berbeza pendapat dengan kita. Ada yang berbeza pendapat dengan kita dalam bab fiqh namanya Hanafi, adakalanya Maliki, adakalanya Hanbali dan tidak jarang Wahhabi. Ada yang berbeza pegangan dengan kita dalam perkara asas i'tiqad namanya Muktazili, adakalanya Syiiee, adakalanya khaariji dan tidak jarang Wahhabi (ulama2 4 mazhab ramai yang menggolongkan Wahhabi di bawah kumpulan Khawaarij berdasarkan pegangan2 takfiri mereka. Wahhabi di dalam Bahasa Arab dieja  وهابي. Huruf ي di hujung itu namanya Yaa nisbah dan di dalam konteks ini bermakna pengikut kepada Ibn Abdul Wahhab iaitu pengasas gerakan Wahhabi. Apabila seseorang mengikut pegangan Ibn Abdul Wahhab di dalam perkara2 yang masyhur seperti mengkafir musyrikkan ummat Islam yang bertawassul, membid'ah sesatkan ummat Islam yang membaca qunut Subuh, bertalqin, bertariqat dsb maka orang-orang itu disebut Wahhabi iaitu pengikut Muhammad Ibn Abdul Wahhab sebagaimana pengikut Imam Ahmad Ibn Hanbal disebut Hanbali. Bab Wahhabi ni banyak kena mengaji baru kita dapat faham dan tidak over-sensitive dengan maklumat2 baru. Wahhabi cuma merujuk kepada pengikut pegangan dan manhaj pengasas gerakan ini iaitu Muhammad bin Abdul Wahhab sedangkan yang dilabelkan oleh Wahhabi kepada ummat Islam yang lain mempunyai implikasi yang sangat buruk dan memporak perandakan perpaduan dan malah nyawa dan keselamatan. Kita digelar Ahli bida' wal hawa (pengikut bid'ah dan hawa nafsu) kafir, musyrik dll sehingga terjadi seperti yang dilakukan oleh ISIS menyembelih dan membunuh ummat Islam sesyahadah kerana dianggap murtad. Jangan terpedaya dengan luaran yang cantik sedangkan pegangan lari daripada apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan para sahabat baginda radhialLaahu 'anhum.

والله سبحانه وتعالى أعلم، وهو يهدي من يشأ إلى طريق الهدى والسلام

Friday, June 5, 2015

Zikirlah Dengan Tauhid

ZIKIRLAH DENGAN TAUHID...

...Seorang  teman berkata kepadaku, "Sudah banyak zikir yang kubaca, sudah kuhafal seluruh maknanya dan ada telah kualami keajaiban karamahnya. Hanya satu yang masih terasa kurang bagiku. Mengapakah dalam berzikir aku masih belum dapat merasakan dekat dengan Allah? Seolah-olah Allah itu jauh dariku, dan aku jauh dariNya. Seperti ada batas atau hijab pemisah antara aku dan Allah. Konflik persoalan ini terus bermain di lubuk fikiranku, sehingga terbawa-bawa ke klimaks batin yang amat membingungkan tanpa penjelasan. Akhirnya membuatkan aku sendiri merasa jemu untuk meneruskan zikir. Apakah ada yang salah pada zikirku? Padahal zikir-zikirku itu kuperolahi secara talqin dan ijazah dari seorang guru mursyid!"

Pertanyaan darinya itu tidak kujawab secara spontan. Agak lama aku terdiam sambil mengambil waktu untuk berfikir. Setelah aku yakin mungkin dapat membantu pertanyaannya itu, dengan tenang aku cuba berkata;

1. masalah yang utama sekali ialah dalam zikir itu kau tidak mengenalNya sebagaimana mengenalNya dengan sebenar-benarnya kenal. Kau sekadar mengenalNya dalam ilmu-ilmu kalam yang kau pelajari tetapi tidak dengan rahsia misykat qalbumu yang terdalam. Apabila kau tidak mengenalNya dengan qalbu, maka asas niatmu untuk berzikir itu tidak kau bangunkan dari sudut yang benar dan sempurna. Justru itu kau harus memperbetulkan niatmu dahulu. Kemudian kau bina niatmu itu semata-mata demi Allah. Setiap ibadah itu seharusnya dibangunkan atas dasar tauhid dan taqwa dan bukan kerna mendambakan ganjarannya. Orang yang berzikir itu sewajarnya berada di maqam ikhlas. Bersabda Nabi saw, "Sesungguhnya (nilai) niat itu lebih utama dari perbuatan."

2. apabila kau tidak mengenalNya melalui misykat qalbumu, maka zikirmu itu bertindak atas kemahuan nafsumu sendiri. Kesilapanmu adalah kerana kau terlalu bergantung dengan amalmu dan tidak dengan rahmat dan kasih-sayang Allah. Lantaran itu kau menganggap zikirmu adalah dari usaha dirimu sendiri dan bukan dari kurniaan Allah.

3. kau beranggapan ketika kau berzikir bahawa kaulah yang mengingati Allah dan Allah itulah yang diingati. Lantaran demikian, sebenarnya kau tidak berserahkan dirimu sepenuh-penuhnya kepada Allah, tiada sifat tawakal dan redhamu kepada Allah dengan sebenar-benarnya redha dan tawakal. Bagaimana mungkin kau dapat dekat dengan Allah selagi kau belum berserah diri kepada Allah?

4. Sesungguhnya tiada yang mengingati Allah melainkan Allah, tiada yang memuji Allah melainkan Allah. Dirimu hanyalah bekas penzahiran Allah. Kau sebenarnya tiada, kosong semata-mata. Kau bukanlah kau sebenarnya. Ketika kau berzikir, sebenarnya bukan kau yang berzikir, tetapi Allah yang berzikir memuji DzatNya sendiri. Kau sekadar menjadi alat pilihanNya. Suara zikir yang melantun keluar dari lisanmu adalah sebenarnya suara Allah. Kau sekadar berzikir dilidah dan Qalbumu sedangkan pezikir yang hakiki adalah takluq sifat Kalam Allah. Gema zikir yang menerawang dalam batinmu adalah sebenarnya kalam Allah. Sayangnya kau tidak menyedarinya...kerana tidak mengenaliNya...bahawa Dialah hakikat disebalik sesuatu.

5. janganlah kau berzikir dengan tujuan zikir kerana zikir. Kerana ini akan membuatmu terperangkap dan terpesona di maqam yang akan memperlihatkan pelbagai keajaiban karamah, tetapi ini jugalah yang menghambatmu dalam perhubungan makrifat dengan Allah. Pedulikan tentang keajaiban-keajaiban zikir yang terutamanya boleh mendatangkan pujian dan gelaran orang kepadamu sebagai 'Wali'. Berzikirlah dari Allah dengan Allah kepada Allah bersama Allah untuk Allah dan demi Allah. Tutuplah rapat-rapat pintu bibirmu agar zikir itu tidak kedengaran oleh sesiapa pun, hatta malaikat yang bertugas mencatatkan amalmu di bahu kanan pun tidak tahu di manakah munculnya zikir itu. Biarkan Allah sahaja yang tahu zikir itu berada di dalam 'Sirrmu' – yakni di kamar yang Jibrail sendiri pun dilarang memasukinya, agar kau terlepas dari rasa ujub dan riak serta tidak dipuji orang.

6. jika kau telah dapat menjalankan zikir atas rasa ikhlas semata-mata kepada Allah dan Allah redha kepadamu, ketahuilah bahawa ikhlas itulah tauhid sebenarnya, Allah sendiri yang akan membimbingmu dan mengajarkanmu zikir yang khusus yang hanya kau sahaja yang mengetahui tentang rahsia zikir itu, dimana zikir itu tidak diajarkan atau diketahui oleh orang awam, sebagai sarana untuk kau bertemu, mengenal dan bersama denganNya.

7. Dan terakhir sekali apa yang ingin kukatakan; tinggalkanlah semua dunia dan akhirat dan bersamalah hanya dengan Allah dalam setiap tujuan. Kau harus mematikan seluruh wujud dirimu. Selagi ada wujud dirimu, maka Zikir Haq ini mustahil dapat kau lakukan dengan sebaiknya. Zikir Haq itu ialah ingat kepada Allah dengan Allah bersama Allah dalam sudut qalbumu yang terdalam serta dalam suasana yang paling diam dan hening tanpa perlu mengeluarkan sebarang ucapan hanya merasakan kehadiran Allah itu ada bersama-samamu di mana pun kau berada, sehinggalah kau dapat merasakan bersatu denganNya seperti terbakarnya besi ke dalam api, besi itu menjadi api, api itulah besi yang membakar- tidak kau lihat sesuatu sebelumnya melainkan Allah, tidak kau lihat sesudahnya melainkan Allah, tidak kau lihat sesuatu di dalamnya melainkan Allah, akhirnya tiada lagi yang wujud melainkan Allah di dalam maqam Insan Al-Kamil – sampai cukup masanya besi telah keluar dari api sebagai besi yang indah dan sempurna, tidak lagi sebagai besi yang hodoh dan berkarat serta berkebaikan buat kehidupan dunia dan akhirat.

wallahuaklam.

Ikhlas Salikin

Ikhlas Salikin

Salikin adalah orang2 yang menelurusi jalan Ma'rifat Ketuhanan menurut adab dan syarat2nya di bawah bimbingan seorang Shaikh /Mursyid yang telah menerima ijazah dari Gurunya yang mempunyai Silsilah Nabi (susur galur penerimaan Ilmu dari guru kepada guru tanpa putus)

Si salik (murid yang berjalan di jalan Ma'rifat Ketuhanan) di bimbing melalui beberapa peringkat zikir, muraqabah (merenung Hakikat Ketuhanan) dan mushahadah (melihat Hakikat Ketuhanan) berperingkat-peringkat sehingga datang pembukaan Allah Ta'ala ke dalam hati mereka kepada pintu2 Ma'rifat ( di baca pintu2 Tauhid)

Pada peringkat Tauhid ini, si salik tidak lagi bergantung kepada hujjah dan dalil kerana dia sudah melihat kepada Ketuhanan di dalam batinnya. Mereka semata2 memandang kepada Hakikat Af'al Allah, Asma'Nya dan Sifat Nya yang Maha Tinggi tanpa kaifiyyat (cara) dan tanpa sandaran.

Apa yang kita maksudkan adalah : Allah Ta'ala memasukkan cahaya Rabbaniyyah (Ketuhanan) ke dalam hati2 mereka sehingga mereka mentauhidkan Allah dengan jiwa raga mereka. Dengan Rahmat Allah, mata hati mereka melihat sekalian yang di jadikan oleh Allah, Asma (Nama2Nya) dan SifatNya Yang Maha Agung. Bukan semata2 percaya wujudNya, tetapi Yaqin akan WujudNya melalui ainul basirah (pandangan matahati)

Si salik yang sampai kepada Tingkatan Af'al Allah melihat sekalian perbuatan Allah ke atas dirinya dan sekalian makhluk ciptaanNya. Dia melihat dengan ainul basirah (matahati) nya setiap ibadah nya sebagai Kurnia Allah Ta'ala dan semata2 Kurnia Nya tanpa sekutu dengan suatu apa pun.

Ketika dia mengangkat takbiratul ihram untuk solat, dia melihat Anugerah Allah kepada untuk melakukan solat! Ketika dia ruku, dia melihat anugerah Allah kepada nya untuk ruku' kepada Allah. Ketika sujud dia melihat anugerah Allah kepadanya untuk sujud di hadapan Rabbul Jalil, Tuhan Yang Maha Perkasa Yang Tiada Tuhan Melainkan Dia. Kehebatan dan Keperkasaan Allah mengusai si salik ini sehingga dirinya karam di dalam kehebatan tersebut

Kata Guru2 kita Ahli Ma'rifat, inilah Tingkatan ikhlas permulaan bagi salikin, iaitu ikhlas pada peringkat mentauhidkan sekalian Af'al Allah. Pada peringkat ini suci lah hatinya daripada sekalian aghyar (selain Allah), bersih hatinya daripada sifat2 keji, dan bebas daripada syirik khafi

Ketika hamba Allah melihat dirinya tiada daya upaya melakukan sesuatu melainkan Allah dengan KemurahanNya, dan tiada lagi cita2 lain selain Allah ketika melakukan Ibadahnya, maka inilah permulaan ikhlas yang benar, tanpa sedikit pun mempersekutukan Allah di dalam niatnya.
(tiada kepentingan diri)

Sebagai suatu perbandingan..... Jika anda melihat sebelum ini, orang2 pada tingkatan awam tidak terlepas daripada mempersekutukan Allah di dalam niatnya, samada mempersekutukan kerana menuntut syurga atau kerana melihat dirinya mempunyai daya upaya. Di sini, pada diri orang yang telah di sucikan hatinya sehingga terbit Tauhid yang benar, tiada lagi cita2 selain Allah, tiada lagi melihat dirinya mempunyai daya upaya melainkan hanya Allah Yang Berkuasa di atas setiap sesuatu. Dia melihat dirinya tidak mampu untuk berdiri melainkan dengan Anugerah Allah. Ini maqam permulaan kesucian hati, kesucian Tauhid dan kemurnian niat yang ikhlas.

Pada saat anda dikurniakan oleh Allah cahaya Tauhid yang murni di dalam hati, anda tidak lagi memandang wujud upaya diri anda untuk melakukan ibadah. Anda lemah daripada mengakui wujud kemampuan diri untuk melakukan Ibadah. Seluruh jiwa dan perasaan anda karam di dalam melihat anugerah Allah kepada anda untuk melakukan ibadah - untuk melakukan takbiratul irham, ruku' dan sujud!

Lalu anda berkata : Tiada ada daya upaya melainkan Allah.

Apabila suasana kesucian ini menyelubungi hati, anda akan merasai ketenangan di dalam ibadah. Suatu ketenangan yang tidak anda merasai sebelumnya.

Maka inilah permulaan ikhlas, tiada lagi penyekutuan di dalam niat mengerjakan amal ibadah....

Tiga Tingkatan ikhlas para salikin yang kita maksudkan adalah :

1. Ikhlas ketika Cahaya Af'al Allah menguasai si salik
2. Ikhlas ketika Cahaya Asma' Allah menguasai si salik
3. Ikhlas ketika Cahaya Sifat Allah menguasai si salik

Keadaan ikhlas si salik berubah2 dari satu tingkatan ke tingkatan yang lebih tinggi. Ada kalanya dia akan turun, masa yang lain dia akan naik kepada peringkat ikhlas lebih tinggi, bergantung kepada keadaan amal dan kesungguhannya di dalam mujahadah .

Kita tidak membincangkan tingkatan2 ikhlas muridin ini satu persatu di forum terbuka. Memadai lah kita katakan, semua tingkatan ikhlas ini adalah pemerasaan jiwa dan pandangan mata hati, bukan lagi pemikiran aqal.

Ini lah sebenarnya yang di tuntut ke atas setiap mukallaf, iaitu membebaskan dirinya daripada belenggu mempersekutukan Allah di dalam niatnya, tidak menuntut selain Wajah Allah dan benar2 mentauhidkan Allah Ta'ala. Maka menepati dia akan tuntutan Allah....

وَمَآ أُمِرُوۤاْ إِلاَّ لِيَعْبُدُواْ ٱللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ
Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya.

Dari Tafsri Ibn Abbas..... Kalam Allah "mukhlisin" (ikhlas) di tafsirkan oleh Ibn Abbas dengan makna " Tauhid" yang murni...

Di sini Ibn Abbas telah menunjukkan bahawa yang di maksudkan dengan "ikhlas" dan yang di tuntut oleh Allah adalah panacaran Cahaya "Tauhid" yang hadir di dalam hati hamba2 Allah yang suci bersih hatinya.

Maka menepatilah huraian hakikat Ikhlas sepertimana yang di selami dan kemukakan oleh para Ulama Arifin dengan Tafsiran Ibn Abbas..

Ikhlas merupakan syarat batin (hati) yang paling utama bagi setiap ibadah.

Firman Allah : وَمَآ أُمِرُواْ إِلاَّ لِيَعْبُدُواْ اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ
الدّينَ
Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, [Al-Bayyinah: 5]

Ikhlas adalah pemisah di antara qabul dan tertolaknya amal. Ini bermakna sekalian amal yang tiada ikhlas bersertanya, akan menjadi sia-sia dan tertolak...!

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, "Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kecuali amal yang dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan semata-mata untuk mengharap redha Allah. [Abu Daud dan An-Nasa'i]

Hakikat Ikhlas adalah Tauhid: Berdasarkan keterangan2 Ulama Arif Billah yang mengetahui rahsia2 Ketuhanan dan kehambaan, ikhlas membawa makna yang sangat murni terhadap kehambaan insan dan hakikat Tauhid. Ikhlas merupakan cabang utama Tauhid dan pintu masuk kepada Hadrat Ilahi. Tanpa ikhlas seseorang hamba (insan) tidak akan menemui Tuhannya. Bahkan tidak mungkin dia menjadi hamba Allah! .

Pembahagian Tingkatan "Ikhlas" orang beriman : Para Ulama Arifin, membahagikan ikhlas kepada beberapa peringkat seperti :

1. Ikhlas orang awam
2. Ikhlas orang abrar
3. Ikhlas orang Arif

Sebahagian lainnya memberikan perincian lebih halus dengan pembahagian berikut:

1. Ikhlas orang awam - 3 tingkatan.
2. Ikhlas salikin - 3 tingkatan.
3. Ikhlas Arifin - 1 tingkatan.

Kita akan cuba memahami satu persatu 3 Tingkatan di atas,. Insya Allah.

Tiga tingkatan Ikhlas orang awam.

Tingkatan Pertama : Melakukan amal ibadah dengan qasad (niat) semata2 kerana Allah, tetapi pada masa yang sama mempunyai cita-cita di dalam hatinya kepada kesenangan2 syurga berupa bidadari, mahligai indah2, segala macam makanan enak dan hiburan syurga.

Tingkatan ke-2 : Melakukan solat (dan juga ibadah lain) dengan qasad (niat) semata-mata kerana Allah dan TIDAK mempunyai cita2 di dalam hatinya (tiada menuntut hatinya) kepada syurga dan segala kesenangannya. Tetapi hamba ini melihat dirinya melakukan amal ibadah (melihat kemampuan dirinya melakukan amal ibadah).

Tingkatan ke-3: Melakukan amal ibadah dengan qasad (niat) semata-mata kerana Allah, TIDAK mempunyai cita-cita kepada kesenangan syurga, TIDAK melihat dirinya melakukan amal ibadah, tetapi dia merasakan dirinya sudah ikhlas.

Inilah 3 tingkatan ikhlas orang awam, iaitu mereka yang tidak melalui jalan Ma'rifat Ketuhanan. Tingkatan yang ke 3 lebih baik daripada tingkatan ke 2 dan tingkatan pertama.

Pada sisi Fiqh, ketiga2 bentuk "ikhlas" ini adalah SAH, yakni sah amal ibadahnya dan terlepas daripada taklif syara' (kewajipan sebagai mukallaf). Namun apabila di renungi pada sisi Tasawwuf /Ma'rifat, bentuk2 ikhlas ini masih belum bebas sepenuhnya daripada 'mempersekutukan' Allah. Ini kerana menuntut selain wajah Allah di dalam ibadah adalah suatu bentuk 'penyekutuan' kepada Ketuhanan.

Seseorang yang melakukan sekalian syarat2 dan rukun menurut Fiqh dengan sempurna, maka sah ibadahnya pada sisi Fiqh kerana Fiqh hanya melihat pada zahir perbuatan hamba. Ia tidak melihat unsur2 dalam hati/jiwa hamba. Ia tidak membicarakan HAL hati, bagaimana sifatnya, bagaimana hadapnya, bagaimana tuntutannya.

Tetapi Tasawwuf melihat pada sisi hati insan. Bagaimana HAL nya. Tasawwuf/Ma'rifat melihat jauh ke dalam hati sanubari insan dan melakukan pemeriksaan teliti akan niat yang sebenar dengan kehalusan. Ini kerana hati insan sendiri menjadi rahsia Ketuhanan yang akan menjadi perhitungan di akhirat.

يَوْمَ لاَ يَنفَعُ مَالٌ وَلاَ بَنُونَ - إِلاَّ مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ
Pada hari yang tiada berguna harta dan anak pinak kecuali mereka yang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera(daripada syirik) [Asy-syuara : 88,89]

Jika anda bertanya bukan kah Allah Ta'ala menceritakan berbagai ni'mat syurga di dalam Al-Qur'an? Bukankah Hadith Nabi juga menceritakannya?

Benar!

Semua kejadian selepas kematian dikisahkan di dalam Al-Qur'an dan Hadith Nabi. Kesenangan yang akan diperolehi oleh orang2 beriman berupa syurga juga diceritakan di dalamnya. Tetapi ianya tidak bermaksud seseorang perlu menuntut2 atau mencari2 segala kesenangan tersebut. Atau dia menjadikannya sebagai matlamat sampingan. Apabila ada suatu selain Allah di sisi niat, maka ketika itu cedera lah ikhlasnya.

Jika anda bertanya lagi, Apa gunanya kisah2 tersebut jika bukan untuk dijadikan impian?

Kita menjawab : Memikirkan dan bercita2 kepada kesenangan syurga ketika melakukan ibadah adalah sebagai dorongan bagi kanak2 yang baru belajar mengenal Islam dan Iman. Atau bagi orang2 yang baru masuk Islam supaya jinak hatinya kepada Islam. Namun ianya tidak patut terus menerus di dalam keadaan tersebut.

WALAU BAGAIMANA pun kita tegaskan kesimpulannya: Tidak salah (pada sisi Fiqh) seseorang mempunyai cita-cita kepada syurga Allah Ta'ala. Tetapi perlulah dididik hati supaya meninggalkan sekalian cita2 tersebut, berpaling darinya dan tumpukan niat semata2 bi Wajhillah. (semata2 kerana Wajah Allah) ###

Apakah Keberuntungan Ilmu Makrifat

APAKAH KEBERUNTUNGAN ILMU MAKRIFAT

Keberuntungannya kita mempelajari perkara "rasa" dalam ilmu mengenal Allah s.w.t itu, adalah bagi membawa kita bersama Allah dalam sebarang keadaan. Samaada dalam keadaan gembira, suka, duka, tenang, senang, aman dan berbahagia itu, hendaklah selalu beserta Allah... berbahagia bersama Allah, itulah yang dikatakan "rasa"...
Rasa berbahagia dalam setiap keadaan. Rasa berbahagia itulah, maksud atau konsep mengenal Allah yang sebenar. Inilah faedah dan untungnya bagi mereka yang berilmu dengan ilmu mengenal Allah Taala. Orang2 yang berada dalam ilmu mengenal Allah itu, adalah orang2 yang hatinya sentiasa diselubungi bahagia atau berkeadaan sentiasa berbahagia (Berhari Raya). Berhari raya dalam erti kata ilmu makrifat itu, adalah BERBAHAGIA (As-Sa'dah), bilamana sentiasa bersama Allah, itulah maksud berbahagia (Hari raya) yang sebenar benar hari raya. Hari raya itu adalah "hari pelepasan diri kepada Allah", iaitu bermaksud, sudah tidak ada lagi hak diri, melainkan semuanya adalah menjadi hak Allah. Seumpama wang di dalam saku kita, ikut suka hati kita lah nak sedekah berapa pun. Rm10.00, 20, 30, 100 ke, atau nak pakai wang syiling sekalipun, Allah sedemikian jugak, ikut suka Allah. Itu Haknya.

Maksud berhari raya itu adalah hari terlepasnya diri kita dari ikatan sifat sifat keakuan!!! Sesudah terlepas dari sifat keakuan itu, barulah kita didatangi dengan perkara dan keadaan "Rasa".
Mengenal Allah sehingga sampai kepada tahap Rasa itu, adalah bilamana kita tidak lagi terlihat sifat sifat keakuan, barulah makrifat itu didatangi "Rasa". Rasa apa?? Iaitu rasa lazat dan rasa berbahagia. Rasa lazat dan berbahagia bilamana sentiasa dapat bersama Allah. Dengan Allah dan kerana Allah pada sebilang masa (tanpa had atau sempadan waktu)..

Berbahagia itu ertinya sesuai dikaitkan dengan tabiat. Tabiat kita tidur dengan cara berbaring . Berbahagia ayam atau burung tidur dengan cara berdiri dan kelawar berbahagia dengan cara tidur tergantung kepala ke bawah. Berbahagialah sifat mata pabila dapat melihat gambar yang bagus bagus dan cantik.

Berbahagia sifat telinga apabila dapat mendengar suara atau lagu lagu yang merdu. Berbahagia lah sifat lidah itu, apabila dapat merasa makanan yang enak enak. begitu juga berbagianya sifat hati nurani. (Qolbu) setiap dari kita itu, apabila dapat mellihat Allah s.w.t dalam berkeadaan "Rasa"...

Rasa yang sebagaimana yang kita cari?, melainkan rasa berbahagia bilamana bersama Allah. Rasa bahawa yang melihat itu bukan lagi kita, yang bernafas itu bukan lagi kita, kita dan diri kita itu, sebenarnya sudah lebur, binasa, hangus, terbakar, tenggelam, karam dan sudah mati dalam erti kata "mati sebelum mati".
Tiada wang Pun rasa berbahagia, bilamana bersama Allah. Takut pun rasa tidak gentar, bilamana bersama Allah dan sakit pun terasa sihat, bilamana bersama Allah.

Bilamana diri dan jasad kita sudah bersifat mati, apa lagi yang boleh kita buat dan dan apa lagi yang dapat kita lakukan ....

Bilamana kita mati, siapakah yang mandikan kita, semasa kita mandi. Siapa yang membangunkan tubuh kita, semasa diusung dan siapa yang memakai kain untuk kita, diketika kita dikafankan?...
Apa yang boleh kita buat sesudah kita mati, melainkan selain daripada berserah diri kepada Allah. Di situ baru kita tahu erti berserah. dikala itu, kita betul betul dan benar benar berserah diri kepada Allah, ikut orang hendak buat apa atas kita (mengikut sebagaimana ketentuan Allah)..

Dengan peristiwa itu, marilah sama sama kita sedar, bahawa diri kita itu, sebenar benarnya sudah mati. Kita sebenarnya sudah mati, sebelum kita mati. Jadi tunggu apa lagi, mulai dari saat ini, jam ini, hari ini dan diketika ini, marilah kita bersama sama berserah diri kepada Allah (mati sebelum mati)...

Setelah kita benar benar berserah diri kepada Allah, maka yang bergerak itu Allah, yang hidup itu Allah, yang nyata itu Allah, yang mendengat itu Allah, yang melihat itu Allah, yang berkata kata itu Allah, yang berilmu itu Allah dan yang bersifat ada itu, adalah hanya Allah, Allah, Allah...

Dikala itu, disaat itu dan diketika itu, Allah sudah meliputi, membungkus, menaungi, memayungi dan menyelimuti kita. Sehingga diri dan tubuh badan kita dengan sendirinya terbungkus dengan wajah Allah, disitu lah akan datangnya rasa lazat, biarpun dihadapan kita ada harimau yang sudah ternganga, sekalipun pisau diurat leher dan biarpun nyawa dihujung senapang, biar apa pun dikala ini, kita tetap merasai aman, lazat, sedap, nikmat dan itulah dikatakan faedah, kelebihan, untung dan kegunaannya bilamana kita dapat menceburkan diri ke dalam dunia ilmu mengenal Allah ( Ilmu Makrifatullah)...

Apakah sebenar benarnya Qolbu ?

APAKAH SEBENAR BENARNYA QOLBU?

Banyak orang memahami bahwa hati (qolbu) itu adalah segumpal daging dalam diri manusia. Pemahaman ini tidak salah karena didasarkan pada sabda Rasulullah S.A.W. sebagai berikut :

Ertinya : “… Ketahuilah bahwa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahwa dia adalah hati (qolbu) “. (Riwayat Bukhori dan Muslim)
Namun pemahaman ini adalah pemahaman yang sangat mendasar yang diajarkan oleh Rosulullah Saw kepada umatnya yang pada waktu itu masih kental dengan kejahiliyahan dan tidak mau menerima sesuatu yang sulit difahami secara akal. Adapun maksudnya agar umatnya mudah mengerti dan tidak timbul banyak pertanyaan yang menjadikannya kembali kepada kemusyrikan dan kekufuran.

Menurut penjelasan K.H. Zainal Abidin Bazul Ashab (Pimpinan Pondok Pesantren Az-Zainiyyah, Nagrog – Sukabumi) bahasa yang digunakan oleh Rasulullah Saw dalam hadits di atas merupakan kepiawaian komunikasi ertinya yang dimaksudkan oleh beliau bukanlah hati yang berbentuk segumpal darah itu, akan tetapi tempat atau mahalnya berada tepat di bagian tersebut.

Qolbu adalah sebuah latifah/titik sensor/dimensi ketuhanan yang tidak mempunyai bentuk fisik sebagaimana difahami oleh sebagian kita. Untuk membuktikan bahwa qolbu itu bukanlah daging hati, kita bisa melihat dan menyaksikan seekor ayam atau kambing yang kita potong kemudian kita bedah perutnya maka kita akan menemukan pada hewan tersebut segumpal daging yang disebut daging hati, tapi pernahkah setelah kita cari kemudian kita temukan di dalam perut hewan yang sudah dibedah tersebut ada daging qolbu.

Kemudian kita pergi ke sebuah warung makan atau restoran lalu kita bertanya apakah disana ada sop daging hati atau goreng daging hati, maka pasti di salah satu warung makan atau restoran itu ada dan disediakan menu makanan dengan lauk sop atau goreng daging hati. Tapi coba kita tanyakan apakah disana ada sop atau goreng daging qolbu, maka jawabannya pasti tidak ada karena qolbu tidak diperjualbelikan dan bukan untuk dimakan dan bukan pula berbentuk segumpal daging.

Daging hati yang berbentuk segumpal daging itu dalam bahasa arab disebut “kabid” bukan qolbu. Adapun qolbu menurut Imam Al-Ghazali r.a adalah ruh, akal atau nafsu.

APA ITU RUH ? Firman Allah Swt dalam surah Al-Israa ayat 85 :
Artinya : dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh itu Termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit".
Dalam kitab Sirrul Asrar karya Syekh Abdul Qodir Al-Jailani dikemukakan sebagai berikut : Makhluk yang pertama kali diciptakan oleh Allah Swt adalah ruh, ruh siapa? Ruh Muhammad Saw. Sebagaimana telah Allah firmankan dalam hadits qudsi : “Aku ciptakan ruh Muhammad dari cahaya-Ku”.
Ruh adalah hakikat Muhammad dan hakikat Muhammad disebut nur kenapa disebut nur ? Kerana bersih dari segala kegelapan. Ruh Muhammad adalah ruh termurni sebagai makhluk pertama dan asal seluruh makhluk, sebagaimana sabda beliau Saw : “aku dari Allah dan makhluk lain dari aku”.

Dari ruh Muhammad inilah Allah menciptakan semua ruh di alam lahut (negeri asal setelah 4.000 tahun dari penciptaan ruh Muhammad). Kemudian ruh-ruh tersebut diturunkan ke tempat yang terendah, dimasukkan kepada makhluk yang terendah, yaitu jasad. Jasad itu sendiri diciptakan Allah dari bumi yang tersusun dari empat unsur (tanah, air, api dan angin).

Setelah diwujudkan jasad itu maka Allah menitipkan ruh dari-Nya ke dalam jasad, dan sebagai barang titipan pastinya Allah akan mengambil kembali titipannya itu. Ketahuilah ruh itu memiliki perjanjian awal di negeri asalnya yaitu alam lahut dan isi perjanjiannya adalah ketika Allah bertanya kepada semua ruh : “Alastu birobbikum?” (Bukankah Aku ini Tuhanmu sekalian?) Ruh-ruh menjawab : “Benar, Engkau adalah Tuhan kami”. (Al-‘A’raf 172). Tapi sayang banyak ruh yang lupa dengan perjanjian awalnya terhadap Allah Swt, sehingga mereka terlena dan betah tinggal di dalam jasad sebagai tempat terendah bagi mereka.

Ruh-ruh yang setia dan tetap memegang perjanjian awal pada hakikatnya mereka tetap berada pada negeri asalnya yaitu alam lahut meskipun badannya di bumi. Namun sangat sedikit orang yang sedar dan berkeinginan pulang atau kembali ke negeri asalnya. Oleh karena itu Allah melimpahkan kenabian kepada ruh agung Muhammad sebagai penunjuk jalan dari kesesatan mereka. Nabi mengajak mereka agar kembali dan sampai serta bertemu dengan Allah Swt.

Tapi sebagai manusia biasa Nabi memiliki keterbatasan waktu di dunia ini untuk menjalankan tugasnya tersebut, maka kemudian Allah mewariskan tugas ini kepada para ulama yang soleh yang sudah mencapai kesucian ruh dan telah Allah berikan bashirah (pandangan yang jelas) kepadanya. Siapa mereka? Mereka adalah para wali Allah.

Para wali Allah sebagai ahli bashirah telah dibukakan mata hatinya untuk mengetahui jalan menuju Allah, mereka itulah yang disebut ahli ruhani.

Ruh terbagi ke dalam 4 bagian :

(1) Ruh Al-Qudsi (ruh termurni), yaitu ruh yang berada di alam lahut atau alam ma’rifat atau alam tertinggi. Ruh ini adalah hakikat manusia yang disimpan di dalam lubuk hati. Keberadaannya akan diketahui dengan taubat dan talqin kalimat “Laa Ilaaha Illallah”. Ruh ini dinamakan oleh ahli Tasawuf sebagai bayi ma’nawi (thiflul ma’ani). Ruh inilah yang senantiasa akan mampu berhubungan dengan Allah Swt sedangkan badan atau jasmani ini bukan mahromnya bagi Allah. Ruh Al-Qudsi telah Allah tempatkan di dalam rasa (sirri). Alatnya adalah ilmu hakikat, yaitu ilmu tauhid. Amalannya adalah mudawamah nama-nama Tauhid dengan lisan sir tanpa suara dan huruf. Siapapun tidak ada yang mampu melihat/menelitinya kecuali Allah. Adapun keuntungannya yaitu keluarnya tiflul ma’ani, musyahadah serta terarah dan melihat kepada zat Allah dalam keagungan-Nya dan dalam keindahan-Nya dengan penglihatan sirri.

(2) Ruh Sulthani, adalah ruh yang memiliki lapisan (balutan cahaya) di alam jabarut. Tempat ruh ini adalah fuad (mata hati). Alatnya adalah ma’rifat dan amalannya adalah mudawamah asma Allah dengan lisan dan hati (qolbu). Adapun keuntungan pengolahan dari ruh sultani adalah melihat pantulan “Jamalillah” (keindahan Allah). Tempatnya adalah di syurga ketiga yaitu syurga firdaus.

(3) Ruh Sairani Rawani (ruh ruhani), adalah ruh yang memiliki lapisan (balutan cahaya) di alam malakut. Tempatnya adalah hati (qolbu). Alatnya adalah mudawamah asma’ul bathin tanpa suara dan huruf, hasilnya adalah ma’rifat kepada Allah Swt, ilmu batin, memperoleh ketenangan didalam bergaul, hidupnya hati dan musyahadah di alam malakut (seperti menyaksikan syurga dan ahlinya dan malaikat-malaikatnya). Tempatnya di akhirat adalah syurga tingkat ke dua yaitu syurga na’im.

(4) Ruh Jismani, adalah ruh yang memiliki lapisan (balutan cahaya) di alam mulki (alam terendah bagi ruh). Ruh jismani Allah telah tempatkan di dalam jasad antara daging dan darah tepatnya di wilayah dada dan anggota badan yang zahir. Alat untuk mengolah ruh ini adalah syari’at, hasilnya adalah wilayah (pertolongan Allah), mukasyafah (terbukanya hijab antara manusia dengan Allah), dan musyahadah (merasa berhadap-hadapan dengan Allah) begitu pula karomatul kauniyah pada martabat kewalian seperti ; berjalan di atas air, terbang di udara, menyingkat jarak, mendengar dari jauh, melihat rahsia badan dsb. Keuntungan di akhirat akan ditempatkan di syurga ma’wa.

Setiap ruh itu mempunyai hanut (tempat) di daerah keberadaannya, dan bekal/alat pengolahannya dan keuntungan/hasil pengolahannya dan cara pengolahannya yang tidak pernah sia-sia yang diketahui secara tertutup (rahsia) mahupun secara terbuka. Oleh karena itu wajib bagi setiap manusia untuk mengetahui cara mengolah dirinya, sebab apa yang dilakukan di muka bumi ini akan diminta pertanggung jawabannya kelak di hari kiamat.

Tujuan utama didatangkannya manusia ke  alam terendah adalah agar manusia berupaya kembali mendekatkan diri kepada Allah dan mencapai darajat (kembalinya manusia ke tempat asalnya) dengan menggunakan hati (qolbu) dan jasad. Maka perlu ditanamkan bibit tauhid di ladang hati agar tumbuh menjadi pohon tauhid yang akarnya tertanam di dalam rasa dan menghasilkan buah tauhid untuk mencapai redha Allah Swt.

Syekh Abdul Qadir Al-Jailani menyebut ruh atau hakikat Muhammad itu adalah akal.

APA ITU AKAL ?

Kebanyakan kita mengatakan bahwa akal itu adalah otak, sehingga kalau kita berkata kepada orang lain “gunakan akalmu!” maka kita akan menunjuk dan mengarahkannya kepada kepala kita sebagai isyarat bahwa tempatnya akal disana. Ketahuilah wahai saudaraku akal bukanlah otak, jadi letak keberadaannya bukan di kepala. Keberadaan akal tidaklah berbentuk secara fisik sehingga tidak dapat dilihat oleh mata kepala ini. Tapi meskipun demikian, fungsi dan gerakannya dapat dirasakan.
Semoga Allah sentiasa menjaga kita dari kesesatan, semoga kita diberikan pemahaman yang mendalam akan akal ini sehingga kita tahu sebenarnya akal itu apa. Sulit saudaraku untuk yakin dan beriman dengan menggunakan otak kita ini, otak ini selalu menuntut bukti nyata, alasan dan sebab yang benar menurutnya. Dengan selalu menggunakan otak dan menuntut segala sesuatunya harus rasional akhirnya kita tidak bisa beriman secara betul-betul akan tetapi malah bermain-main dalam keimanan. Seperti dalam melaksanakan solat, perhatikanlah firman Allah berikut :
Ertinya : “dan apabila kamu menyeru (mereka) untuk (mengerjakan) solat, mereka menjadikannya buah ejekan dan permainan, yang demikian itu adalah kerana mereka benar-benar kaum yang tidak mau mempergunakan akal”. (Al-Maaidah ayat 58)

Akal adalah alat untuk berfikir dan memahami ayat-ayat Allah baik yang kauniyah mahupun quraniyah. Tapi berfikir dengan akal tidak seperti berfikir dengan otak, berfikir dengan akal itu akan berhujung dengan satu kesimpulan : “robbana maa kholaqta hadza baathila” tidak ada sesuatu apapun yang Allah telah ciptakan itu sia-sia. Apabila seseorang telah mempergunakan akalnya dalam berfikir dengan baik dan benar maka keimanannya akan semakin mantap dan terus meningkat.

Sekarang kita buktikan bahwa akal bukanlah otak, pernahkah anda makan goreng atau pepes ikan mas ? ketika kita makan dibahagian kepalanya akan terdapat yang disebut otak ikan. Tapi sekarang adakah di kepala ikan itu akal, maka pasti tidak ada kerana akal bukan di kepala dan akal bukan otak. Kalau akal diertikan otak seperti yang ada di kepala ikan maka berarti ikan juga punya akal. Jadi jelas bahwa akal bukanlah otak dan otak bukanlah akal. Akal itu adalah qolbu, sebagaimana Allah firmankan dalam surah Qoof ayat 37 :

Artinya : “Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat peringatan bagi orang-orang yang mempunyai akal atau yang menggunakan pendengarannya, sedang Dia menyaksikannya”.
Dalam ayat di atas Allah menggunakan kata qolbun untuk menyatakan akal.

APA ITU NAFSU ?

Nafsu adalah elemen jiwa (unsur ruh) yang berpotensi mendorong pada tabi’at badaniyah/biologis dan mengajak diri pada berbagai amal baik atau buruk. Nafsu itu pula adalah ruh sebagaimana dimaksud dalam firman Allah surah At-Takwir ayat 7 :Artinya : “dan apabila ruh-ruh dipertemukan (dengan tubuh)”.Nafsu di dalam ayat ini diartikan ruh.
Adapun nafsu memiliki tingkatan-tingkatan. Syekh Muhammad Nawawi Al-Jawi membagi nafsu dalam 7 tingkatan yang dikenal dengan istilah “marotibun nafsi” yaitu terdiri dari :

(1) Nafsu Amarah tempatnya adalah “ash-shodru” artinya dada. Adapun pasukan-pasukannya sebagai berikut :
1. Al-Bukhlu ertinya kikir atau pelit
2. Al-Hirsh ertinya tamak atau rakus
3. Al-Hasad ertinya hasud
4. Al-Jahl ertinya bodoh
5. Al-Kibr ertinya sombong
6. Asy-Syahwat ertinya keinginan duniawi

(2) Nafsu Lawwamah tempatnya adalah “al-qolbu” ertinya hati, tepatnya dua jari di bawah susu kiri. Adapun pasukan-pasukannya sebagai berikut :
1. Al-Laum ertinya mencela
2. Al-Hawa artinya bersenang-senang
3. Al-Makr ertinya menipu
4. Al-Ujb ertinya bangga diri
5. Al-Ghibah ertinya mengupat
6. Ar-Riya’ ertinya pamer amal
7. Az-Zulm ertinya zalim
8. Al-Kidzb ertinya dusta
9. Al-ghoflah ertinya lupa

(3) Nafsu Mulhimah tempatnya adalah “Ar-ruh” tepatnya dua jari di bawah susu kanan. Adapun pasukan-pasukannya sebagai berikut :
1. As-Sakhowah ertinya murah hati
2. Al-Qona’ah ertinya merasa cukup
3. Al-Hilm ertinya murah hati
4. At-Tawadhu’ ertinya rendah hati
5. At-Taubat ertinya taubat atau kembali kepada Alloh
6. As-Shobr ertinya sabar
7. At-Tahammul ertinya bertanggung jawab

(4) Nafsu Muthmainnah tempatnya adalah “As-Sirr” ertinya rahasia, tepatnya dua jari dari samping susu kiri kearah dada. Adapun pasukan-pasukannya sebagai berikut :
1. Al-Juud alertinya dermawan
2. At-tawakkul ertinya berserah diri
3. Al-Ibadah ertinya ibadah
4. Asy-Syukr ertinya syukur atau berterima kasih
5. Ar-Ridho ertinya redha
6. Al-Khosyah ertinya takut akan melanggar larangan

(5) Nafsu Rodhiyah tempatnya adalah “Sirr Assirr” ertinya sangat rahsia, tepatnya di jantung yang berfungsi menggerakkan seluruh tubuh. Adapun pasukan-pasukannya sebagai berikut :
1. Al-Karom ertinya
2. Az-Zuhd ertinya zuhud atau meninggalkan keduniawian
3. Al-Ikhlas ertinya ikhlas atau tanpa pamrih
4. Al-Waro’ ertinya meninggalkan syubhat
5. Ar-Riyadhoh ertinya latihan diri
6. Al-Wafa’ ertinya tepat janji

(6) Nafsu Mardhiyah tempatnya adalah “Al-khofiy” ertinya samar, tepatnya dua jari dari samping susu kanan ke tengah dada. Adapun pasukan-pasukannya sebagai berikut :
1. Husnul Khuluq ertinya baik akhlak
2. Tarku maa siwalloh ertinya meninggalkan selain Allah
3. Al-Luthfu bil kholqi ertinya lembut kepada makhluk
4. Hamluhum ‘ala sholah ertinya mengurus makhluk pada kebaikan
5. Shofhu ‘an dzunubihim ertinya mema’afkan kesalahan makhluk
6. Al-Mail ilaihim liikhrojihim min dzulumati thoba’ihim wa anfusihim ila anwari arwahihim ertinya mencintai makhluk dan cenderung perhatian kepada mereka guna mengeluarkannya dari kegelapan (keburukan) watak dan jiwa-jiwanya ke arah bercahayanya ruh-ruh mereka.

(7) Nafsu Kamilah tempatnya adalah “Al-Akhfa” ertinya sangat samar, tepatnya di tengah-tengah dada. Adapun pasukan-pasukannya sebagai berikut :
1. Ilmu Al’Yaqiin
2. Ainul Yaqiin
3. Haqqul Yaqiin

QOLBU = RUH = AKAL = NAFSU

Kenapa dikatakan demikian, kerana memang benar seperti itu adanya. Mari kita lihat bersama apabila ada di hadapan kita sosok mayat. Apabila saya tanyakan, mayat ini sudah tidak ada apanya : qolbunya, ruhnya, akalnya atau nafsunya. maka pasti jawabannya : “semuanya”.
Tidak salah apabila ada yang mengatakan qolbunya yang tidak ada, kerana ketika seseorang meninggal maka qolbunya yang selalu menjadi sumber perasa ketika masih hidup seperti ; sedih, senang, tenteram, menyesal, marah maka setelah meninggal perasaan di mayat itu hilang, dia tidak merasakan apa-apa lagi.
Tidak salah juga kalau orang berkata ruhnya yang tidak ada, kerana ruh adalah nyawa bagi mayat itu. Setelah ruhnya tidak ada maka mayat itu tidak bernyawa lagi, tidak bernafas lagi tidak berdetak lagi jantungnya serta nadinyapun tidak berdenyut lagi. Apabila ada yang mengatakan akalnya yang tidak ada, maka ini juga betul karena setelah meninggalnya seseorang maka mayat orang tersebut tidak akan berfikir lagi dan tidak akan faham lagi dengan ilmu-ilmu yang dulu pernah dipelajarinya selagi hidup.
Terakhir jika dikatakan yang tidak ada itu nafsunya, maka ini pun betul. Karena nafsu itu adalah unsur dalam jiwa orang yang masih hidup yang memiliki keinginan-keinginan baik maupun buruk. Dengan demikian setelah menjadi mayat maka tidak ada lagi pada mayat itu nafsunya sehingga dia tidak memiliki keinginan apapun.

Sekarang dapat kita simpulkan kalau semua jawaban tersebut adalah benar, maka bererti keempat nama yang berbeda itu adalah satu, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Imam Al-Ghazali r.a : qolbu, ruh, akal dan nafsu itu adalah satu. (syai’un wahidun).