Thursday, May 20, 2021

Tuesday, May 4, 2021

ANTARA PANDANGAN SYARIAT DAN HAKIKAT

ANTARA PANDANGAN SYARIAT DAN HAKIKAT...

Asalamualaikum Warahmatullahi Wabarahkatuh. Bismillahirahmanirahim.

Syekh Ibnu Atha’illah mengirim surat kepada sahabatnya: 
“Mata hati memandang bahawa segala kurnia hanyalah dari Allah. Namun, syariat menyuruh berterima kasih kepada sesama makluk.”

Syekh Abdullah Asy-Asyarqawi menjelaskan: “Dalam pandangan mata hati, yang memberi segala kurnia adalah Allah semata. Namun demikian, syariat menuntut kita untuk berterima kasih kepada sesama makhluk.

Jika Allah memberimu nikmat melalui tangan seorang manusia, baik berupa nikmat agama, seperti ilmu dan makrifat, mahupun berupa nikmat duniawi, dalam hal ini, engkau harus memerhatikan hakikatnya.

Engkau harus melihat bahwa nikmat tersebut semata-mata dari Allah. Orang yang memberimu dengan tangannya hanyalah manusia lemah yang ditakluq dan dikendalikan oleh Allah.

Maka, engkau harus memuji Allah atas nikmat tersebut. Namun, syariat menuntunmu agar engkau juga berterima kasih kepada orang yang memberimu nikmat itu melalui tangannya.

Engkau harus mendoakan dan memujinya sebagai pelaksanaan terhadap perintah Allah dan pelaksanaan terhadap tuntunan syariat. Selain itu, engkau harus memuji Allah kerana Allahlah yang memberinya secara khusus, yaitu dengan menjadikannya pemilik nikmat tersebut. 

Dalam hadis disebutkan, “Siapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, bererti ia tidak berterima kasih (bersyukur) kepada Allah.” Kerana untuk berakhlak kepada Allah... maka berakhlaklah kepada semua ciptaan-Nya.

--Syekh Ibnu Atha’illah dalam kitab Al-Hikam.

Sunday, April 25, 2021

BATIN SILAT - MENCARI TUHAN

‘BATIN SILAT’:

Nak kenal Allah molek la pi mengaji ilmu hakikat sampai jazam, tiada syak, zhon dan waham hingga sampai ke Haqqul Yakin. 

Ilmu tauhid Sifat 20 itu adalah asas atau prinsip untuk kita menggali sampai ke hakikat. Hakikat pada segala syariat. Insyaallah prinsip yang jelas dalam Sifat 20 itu akan mengawal kita agar tidak tergelincir ke jurang kesesatan kerana ‘syariat itu akan menyatakan hakikat dan hakikat itu akan menyatakan syariat’. Tiada pertembungan dan perbalahan antaranya. 

Pabila ada Tassauf, maka akan adalah kemurnian dan kebersihan jiwa. Perkara mazmumah yakni riak, ujub dan takbur akan diperangi untuk mencapai nilai mahmudah yang menzahirkan keikhlasan, keredhaan dan keikhsanan dalam pembawaan diri. Jika orang di tingkatan feqah berperang dengan pihak lain berkaitan prinsip (pembidaahan, pengkafiran dan sebagainya), maka orang di tingkatan tassauf ini berperang dengan diri yang tidak wujud agar yang ada dalam ‘dirinya’ hanyalah diri yang wujud. Allahyarham Wali Allah Tok Kenali meninggalkan pesan bahawa, “Kita ini jangan terlihat sampai adanya diri”.

Berjumpalah dengan mursyid dalam urusan keilmuan itu. Namun fahamilah bahawa bahasa hakikat ini tidak sama dengan bahasa syariat. Jika tidak memahami konsep falsafah, analogi dan pemaknaan yang dalam dan berlapis-lapis mungkin kita akan tenggelam dalam salah faham dan tuduhan melulu. Sekali lagi dinyatakan prinsip Sifat 20 itulah yang akan menghalang ketergelinciran atas kehendak Allah. Bertahanlah kita menyelam ke dasar Samudera Tassauf hingga diketemui apa yang sepatutnya kita ketemui atas tuntutan kepada kita sebagai insan untuk menyaksikan akan wujudnya Dia. 

Insyaallah akan diberikan makrifat oleh-Nya. Tingkatan ilmu yang perlu difahami dan dikuasai dalam beragama itu ialah syariat (feqah), thoriqat (jalan) dan hakikat (isi). Jika betul semuanya sampailah kita ke maqam Hakikat. Orang di maqam itu tiada lagi membidaahkan, mengkafirkan dan sebagainya. Bagi mereka tiada apa yang wujud selain Allah, makhluk seperti kita ini hanyalah pernyataan wujudnya Allah. 

Asbab  pengamalan ilmu berkenaan sebermula dari Sifat 20 itulah generasi lama dahulu yakni beberapa lapis di atas kita amat berani berjihad fisabillah. Mereka tidak gentar akan keris lembing, lela rentaka,gajah rimau dan sebagainya. Mereka memugar belantara menjadi laman, mereka merantau menyeberangi 7 lautan, mereka berpetualang menegakkan kebenaran. 

Dalan bergayung, guru memberi ajar. Kenal diri mengenal tuhan. Nafi dan isbat jadi pegangan. Empat sifat menyata wujud. Nafinya pada Salbiah, isbatnya pada Ma’anawiyah. Maka binasalah sifat Ma’ani pada pada diri yang tiada dan wujudlah diri sebenar diri hakikat mutlak. Tertajalilah Nafsiah, diri yang wujud sebenar wujud. Rahsia itu bukan rahsia tapi ia berahsia dalam ‘Tapak Bergayung’. Kupasnya dengan ilmu, hadamnya dengan akal. Jazamnya tiada lagi sandaran kepada makhluk. Jauhlah bersyirik lagi menyengutukan apalagi menyamakan dengan makhluk pada sebarang dzat, sifat, asma’ dan af’al. Tiadalah Dia boleh disamakan dan diumpamakan secara hakikat. 

Tidak Aku jadikan manusia melainkan untuk menyimpan rahsia-Ku dan sesungguhnya manusia itu rahsia-Ku dan diri Akulah yang menjadi rahsianya." (Hadis Qudsi).

Makhluk itu rahsia Allah dan Allah itu rahsia makhluknya. Bongkarkan dan pecahkanlah pada diri yang binasa agar hidup diri yang wujud sebelum kembali menyatu. Maka bermusyahadahlah jiwa pada sebenar penyaksian atas kehendak Dia yang ingin disaksikan. 

...... berjumpalah dengan guru yang boleh membawa jalan jika ingin pedoman. Tulisan Pakngah ini sekadar membuka jalan sahaja bagi segelintir yang mahu menkaji. Insyaallah jika ada persoalan kita akan mencari jawapan. Antara kasih sayang Allah SWT ialah apabila Dia memberikan persoalan kepada kita. Insyaallah.

Pakngah mohon ampun dan maaf atas sebarang kekeliruan atas kecetekan ilmu dan akal Pakngah ini. Agak lama Pakngah menulis ini, sejak sebelum Subuh sehinggalah selepas 
Subuh membawalah ke jam 7:48 pagi (13 Ramadhan 1442).

Sekian, salam kasih sayang yang berpanjangan.

Nukilan : Pak Ngah Jusnizan Ramli

Tuesday, April 13, 2021

KISAH TASAWUF DAN TAREKAT DIGERUNI DAJJAL, ORANG KAFIR DAN PENGIKUTNYA !!

KISAH TASAWUF DAN TAREKAT DIGERUNI DAJJAL, ORANG KAFIR DAN PENGIKUTNYA !!

Kenapa Dajjal, Eropah, freemason, illuminati sangat benci kepada ilmu tasawuf dan tarekat?

Sebabnya, tasawuf mengajarkan kita penyucian hati dan taqarrub(dekat) dengan Allah dan apabila hati suci dan dekat dengan Allah, maka nusrah (pertolongan Allah) akan terzahir seperti yang berlaku kepada para Sahabat nabi, hanya dengan 313 tentera dalam keadaan kelengkapan yang kurang, dapat mengalahkan 1000 tentera kafir yang lengkap bersenjata pada perang badar, begitu juga yang berlaku kepada Saidina Khalid Al-Walid, hanya dengan membawa 59 orang tentera Sahabat, mereka dapat hancurkan tentera Rom seramai 60 000 orang yang lengkap berbaju besi dan bersenjata canggih...

Sejarah telah membuktikan peperangan demi peperangan Islam dengan kafir adalah asbab amalan-amalan mendekatkan diri kepada Allah yang ulama namakan dengan nama "tasawwuf" dan akidah yang sahih iaitu akidah ahlusunnah waljamaah yang disusun oleh mazhab asya'irah dan maturidiyyah... baca sejarah Sultan Salahuddin Ayubi yang merupakan seorang sufi (ahli tasawwuf) dan berakidah asy'ari dan bermazhab syafie, baca sejarah sultan muhammad al-fatih yang juga seorang sufi dan bermazhab hanafi dan berakidah maturidi dan ramai lagi mujahid2 lain...

Begitu juga peperangan moden seperti perang afghan dengan russia yang lengkap bersenjata dapat dikalahkan oleh org Afghan yang pakai senjata murah tapi mereka bermazhab hanafi, akidah maturidi dan ahli tareqat (sufi) chisty dan lain2 tareqat maka tentera lengkap bersenjata itu hancur lebur.. Begitu juga mujahid2 chechen yang menentang Russia juga dlm keadaan kelengkapan perang yang sedikit tetapi mereka bermazhab syafie, berakidah asy'ari dan mengikut tareqat naqshabandi...mereka hancurkan musuh dengan zikir!

Di tanah melayu juga, para pejuang melayu yang menentang orang kafir penjajah semuanya bermazhab syafie, berakidah asy'ari dan ahli sufi... Kepada yang biasa dengan sejarah Islam, tentu tahu kisah Nabi Sulaiman yang nak istana balqis dibawa ke depannya lalu jin ifrit offer diri untuk bawa, tapi masa yang dia perlukan agak lama, kemudian seorang ahli ibadat yang merupakan seorang sufi offer untuk bawa istana tu hanya dengan sekelip mata!

Sejak dari hari itu syaitan, jin, dajjal, iblis sangat ANTI kepada ahli sufi kerana "teknologi" mereka lebih hebat! Ahli sufi yang memang terkenal sbg jemaah zikir sangat digeruni Dajjal dan pengikutnya kerana nusrah Allah sentiasa bersama mereka kerana Allah berfirman mafhumnya ingatlah aku maka pasti aku akan mengingatiMu...

Dajjal dan illuminati berusaha keras untuk hapuskan fahaman sufi dan tareqat dari umat Islam tapi selama ratusan tahun mereka tidak berjaya...
Akhirnya mereka sedar yang jemaah sufi tidak boleh dihapuskan dengan kekerasan tentera sptimana mreka tidak boleh hapuskan para Sahabat dengan kekerasan... Apa yang Dajjal lakukan?

1) Mereka jauhkan ahli sufi dengan amalan-amalan sufi mereka dengan memperkenalkan pelbagai hiburan,politik,duit dan sebagainya sehingga geng2 tareqat pun sibuk nak berpolitik jugak sedangkan sejak dulu kaum sufi sangat terkenal dengan prinsip zuhud yang tidak ada kebesaran dunia dlm hati seperti hiburan,politik,duit dan lain2...bila ahli sufi dijauhkan dari amalan sufi,maka Allah tidak akan membantu mereka lagi lalu mereka dihancurkan oleh tentera kafir.

2) Dajjal dan illuminati tahu mereka tidak dapat fitnah kaum sufi kerana mereka org kafir,tidak ada org islam yang akan percaya,maka mereka wujudkan 3 jemaah seperti yang diceritakan oleh syeikh ramadhan al-butti iaitu
jemaah wahabi untuk menyesatkan benua arab,
jemaah qadiani untuk menyesatkan benua india dan jemaah baha'iyyah untuk sesatkan benua asia..
ketiga2 jemaah ni wujud secara serentak dalam satu masa dan mereka berjaya sesatkan umat Islam secara besar-besaran.

Tapi di Malaysia, jemaah bahaiyyah tidak berjaya sesatkan umat melayu islam kerana umat melayu islam sangat terkenal berpegang teguh pada mazhab syafie, akidah asya'ari dan amalan2 sufi... zikir2 mereka sentiasa bertalu sehingga ke hari ini...

Tapi di benua Arab, dajjal berjaya menapak di sana dengan membawa fahaman wahabi.. jadi jangan hairan lah kenapa budak2 wahabi sangat elergi dan anti dengan tareqat, sufi, zikir dan tasawwuf... kini di malaysia, jemaah bahaiyyah yang gagal telah diganti dengan jemaah wahabi dan budak2 wahabi berusaha keras untuk hapuskan amalan2 soleh di malaysia dengan alasan bidaah, kufur, syirik, tahayul bla bla bla... zikir lepas solat pun dituduh bidaah dan masuk neraka....

Kini jemaah sufi semakin pudar kerana fahaman wahabi telah menyusup..bila ahli sufi mula menjadi wahabi dan tinggalkan zikir,maka sekali lagi pada zaman milenium ini,dajjal menghantar tenteranya di negara2 umat islam untuk menyerang mereka dan terbukti jelas umat2 islam telah dizalimi dengan teruk! Kerana mereka dulu yang berpegang tguh pd amalan2 soleh,kini mereka tinggalkan kerana "bidaah",maka nusrah Allah pun hilang...tentera2 sufi seperti ikhwan muslimin yang diasaskan oleh imam hasan albanna yang bermazhab hanafi,berakidah asyari dan ahli tareqat tijani(tak silap saya) kini sudah mula tidak mahu bermazhab,menolak zikir,bidaah sna sni dan mula canang slogan "islam itu mudah" sperti geng2 wahabi...mreka sudah lupakan perjuangan asal imam hassan albanna yang pegang teguh pada manhaj ahlu sunnah wal jamaah....

Tapi kelak, jemaah sufi ini akan kembali diberi nafas baru, yang zuhud dan tiada kebesaran dunia dalam hatinya,hatinya penuh kebesaran allah dan mereka akan muncul menjadi tentera mahdi seperti yang dikhabarkan dalam hadis contohnya sebuah hadis yang menceritakan bahawa umat islam akan ditimpa bencana kemarau dan tak da makanan selama bertahun2 ketika dajjal datang,hanya pengikut dajjal sahaja yang dapat makanan kerana ikut dia..para sahabat bertanya apa makanan umat islam ketika itu?nabi jawab ZIKIR..

Begitu juga dalam hadis yang lain nabi khabarkan tentera2 imam mahdi akan hancurkan musuh hanya dengan TAKBIR dan zikir2 lain...!

Tidak mungkin tentera2 mahdi yang kuat bezikir ini datang dari kalangan wahabi kerana mereka mengkafirkan jemaah zikir dan mereka sendiri tidak berzikir kecuali zikir "bidaah bidaah bidaah bidaah bidaah apa dalil apa dalil apa dalil apa sanad apa sanad tahyul tahyul tahyul khurafat khurafat" yang tidak pernah dicontohkan oleh nabi atau pun sahabat...

Maka jemaah zikir mana yang Nabi maksudkan akan bersama Imam Mahdi?
Semoga Allah tetapkan hatiku dan seluruh keluarga dan keturunanku dengan "zikir" yang sangat digeruni Dajjal.....

Tuesday, February 2, 2021

JAUHILAH DARI MENCARI KEAIBAN GURU

Jauhilah dari mencari keaiban guru.

《 اللهم استر عيوب معلمينا عنا ولا تذهب بركة علومهم منا 》

وكان الامام الشعراني رحمه الله إِذَا خَرَجَ لِلدَّرْسِ لِيَقْرَأَ عَلَى شَيْخِهِ يَتَصَدَّقُ عَنْهُ فِي الطَّرِيْقِ بِمَا تَيَسَّرَ، وَيَقُوْلُ: اللهم اسْتُرْ عَنِّي عَيْبََ مُعَلِّمِيْ حَتَّى لاَ تَقَعَ عَيْنِيْ لَهُ عَلَى نَقِيْصَةٍ وَلَا يُبَلِّغُنِي ذَلِكَ عَنْهُ أَحَدٌ. (المنهج السوي، ص 220)

Imam Sya’rani ketika akan berangkat belajar kepada gurunya, beliau selalu bersedekah semampunya di jalan tempat dia berlalu, seraya berdo’a: “Ya Allah, Jangan perlihatkan kepadaku aib guruku agar mataku tidak melihat pada kekurangannya dan jangan sampai ada seorangpun yang memberitahu tentang cela guruku tersebut.” (Al-Mahaj al-Sawi,hal. 220).

Imam Assyafi'i berkata :

كنت أتصفح الورق بين يدي مالك برفق, لئلا يسمع وقعها

Aku membuka lembaran buku di depan Imam Malik (guru) dengan pelan-pelan supaya beliau tidak mendengar bunyi dari lembaran bukuku. [Sholeh Ahmad Al-Shami, Mawaidh al-imam al-Syafii].

Sebagian ulama mengatakan :

سبعون في مائة أن العلم ينال بسبب قوة الرابطة بين المريد و شيخه.
70% Ilmu akan di dapat dengan kuatnya hubungan / ikatan antara murid dan gurunya. (Al-fawaid al-mukhtaro, hl 40).

Di sebutkan dlm kitab adab sulukil murid karya imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad :

إذا رأيت المريد ممتلئا بتعظيم شيخه و إجلاله مجتمعا بظاهره و باطنه على اعتقاده وامتثاله والتأدب بآدابه فلا بدّ أن يرث سره أو شيئا منه إن بقي بعده.

"Jika engkau melihat seorang murid hatinya penuh dg pengagungan terhadap gurunya, berkumpul dalam perlakuan zahir dan bathin nya untuk berkeyakinan kuat, menuruti gurunya dan beradab dgn adab gurunya maka pasti ia akan mewarisi rahsia ilmu gurunya atau sesuatu yg ada pada gurunya jika ia hidup setelah gurunya".

Semoga kita semua di beri Taufiq oleh Allah SWT dgn ini semua.

Ya Allah.. sebagai mana engkau beri kami nikmat berkumpul dan berguru Kpda orang2 Alim dan Solih maka berikan kami pula Adab kepada mereka.. Aamiin..

PENTINGNYA 'SANAD'

PENTINGNYA 'SANAD'

Dalam adab mencari ilmu perlu adanya Sanad Keilmuan tersebut dari berguru yg sahih, yakni bukan berguru dengan alam maya atau bahan bacaan.. Pentingnya berguru dan bersanad itu demi menjaga adab ilmu dan keaslian ilmu tersebut dari guru sehingga rantaian guru mengikut sanadnya yg jelas dan sahih.. 

Sanad itu ada banyak jenis ilmunya;
Sanad Al-Quran
Sanad Hadis
Sanad Jalan Kerohanian
Sanad Aurad / Wiridan
Sanad mengikat Serban
Sanad cara Berwuduk
Sanad melaungkan Azan
Dan lain lagi..

Jika mengamalkan ilmu atau amalan zikir yg bersanad, anda bukan sahaja mendapat ganjaran pahala beramal semata2, tetapi;

- Barakah ilmu 
- Barakah dan Doa para Guru (dalam rantaian Sanad)
- Syafaat Guru Mursyid selain syafaat Nabi Muhammad SAW dan Syafaat Qubra Syahadah
- Fadhilat ilmu dan amalan tersebut
- Kefahaman ilmu dari Guru secara bertalaqi

Sebaliknya jika beramal dengan ilmu dan amalan yg tiada sanad yg jelas dan sahih dari Guru yg mengijazahkan, maka sekadar ganjaran pahala sahaja yg diraih.. Namun beramal bukan sekadar ingin meraih ganjaran pahala dan syurga semata2, tetapi ingin meraih redha, rahmat dan kasihsayangNya selayak selaku hambaNya yg dirindui..

Carilah ilmu atau amalan dengan bersanad yg jelas dan berguru yg sahih..

50 AQIDAH AHLUSSUNNAH WAL JAMA’AH

50 AQIDAH AHLUSSUNNAH WAL JAMA’AH.
.
Aqidah Ahlussunnah wal Jama’ah terdiri dari 50 aqidah, di mana yang 50 aqidah ini dimasukkan ke dalam 2 kelompok besar, iaitu:
.
1. Aqidah Ilahiyyah (عقيدة الهية) dan
2. Aqidah Nubuwwiyah (عقيدة نبوية)

Adapun Aqidah Ilahiyyah terdiri dari 41 sifat, iaitu:
.
A. 20 sifat yang wajib bagi Allah swt:
1. wujud (وجود), 
2. qidam _dahulu tanpa permulaan_ (قدم), 
3. baqa _kekal tanpa akhir_ (بقاء), 
4. mukhalafah lil hawaditsi _membedai makhluq_ (مخالفة للحوادث), 
5. qiyamuhu bin nafsi _berdiri sendiri_ (قيامه بالنفس), 
6. wahdaniyyat _satu/tunggal_ (وحدانية), 
7. qudrat _kuasa_ (قدرة), 
8. iradat _berkehendak_ (ارادة), 
9. ilmu _mengetahui_ (علم), 
10. hayat _hidup_ (حياة), 
11. sama’ _mendengar_ (سمع), 
12. bashar _melihat_  (بصر), 
13. kalam _berkalam_  (كلام), 
14. kaunuhu qadiran _yg maha kuasa_ (كونه قديرا), 
15. kaunuhu muridan _yg maha berkehendak_ (كونه مريدا), 
16. kaunuhu ‘aliman _yg maha mengetahui_ (كونه عليما), 
17. kaunuhu hayyan _yg maha hidup_ (كونه حيا), 
18. kaunuhu sami’an _yg maha mendengar_ (كونه سميعا), 
19. kaunuhu bashiran _yg maha melihat_ (كونه بصيرا), 
20. kaunuhu mutakalliman _yg maha berbicara_ (كونه متكلما).
.
B. 20 sifat yang mustahil bagi Allah swt:
1. ‘adam (tidak ada), 
2. huduts (baru), 
3. fana’ (rusak), 
4. mumatsalah lil hawaditsi (menyerupai makhluk), 
5. ‘adamul qiyam bin nafsi (tidak berdiri sendiri), 
6. ta’addud  (berbilang)
7. ‘ajzu (lemah atau tidak mampu), 
8. karohah (terpaksa), 
9. jahlun (bodoh), 
10. maut, 
11. shamam (tuli), 
12. ‘ama (buta), 
13. bukmun (gagu), 
14. kaunuhu ‘ajizan, 
15. kaunuhu karihan, kaunuhu 
16. jahilan (كونه جاهلا), 
17. kaunuhu mayyitan (كونه ميتا), 
18. kaunuhu ashamma (كونه أصم), 
19. kaunuhu a’ma (كونه أعمى), 
20. kaunuhu abkam (كونه أبكم).
.
C. 1 sifat yang ja’iz bagi Allah swt.
Yaitu فعل ممكن أو تركه (berhak melakukan yang mungkin atau tidak mungkin)

Aqidah Nubuwwiyah terdiri dari 9 sifat, yaitu:
.
A. 4 sifat yang wajib bagi para Nabi dan Rasul:
1. siddiq (benar), 
2. tabligh (menyampaikan), 
3. Amanah, 
4. dan fathanah (cerdas).
.
B. 4 sifat yang mustahil bagi para Nabi dan Rasul:
1. kidzib (bohong), 
2. kitman (menyembunyikan), 
3. khianat, 
4. dan baladah (bodoh).
.
C. 1 sifat yang ja’iz bagi para Nabi dan Rasul
.
I. DALIL-DALIL SIFAT WAJIB BAGI ALLAH SWT:

1. Dalil sifat Wujud (Maha Ada): QS Thaha ayat 14, QS Ar-Rum ayat 8, dsb.
.
2. Dalil sifat Qidam (Maha Dahulu): QS Al-Hadid ayat 3.
.
3. Dalil sifat Baqa (Maha Kekal): QS Ar-Rahman ayat 27, QS Al-Qashash ayat 88.
.
4. Dalil sifat Mukhalafah lil Hawaditsi (Maha Berbeda dengan Makhluk): QS Asy-Syura ayat 11, QS Al-Ikhlas ayat 4.
.
5. Dalil sifat Qiyamuhu bin Nafsi (Maha Berdiri Sendiri): QS Thaha ayat 111, QS Fathir ayat 15.
.
6. Dalil sifat Wahdaniyyat (Maha Tunggal / Esa): QS Az-Zumar ayat 4, QS Al-Baqarah ayat 163, QS Al-Anbiya’ ayat 22, QS Al-Mukminun ayat 91, dan QS Al-Isra’ ayat 42-43.
.
7. Dalil sifat Qudrat (Maha Kuasa): QS An-Nur ayat 45, QS Fathir ayat 44.
.
8. Dalil sifat Iradat (Maha Berkehendak): QS An-Nahl ayat 40, QS Al-Qashash ayat 68, QS Ali Imran ayat 26, QS Asy-Syura ayat 49-50.
.
9. Dalil sifat Ilmu (Maha Mengetahui): QS Al-Mujadalah ayat 7, QS At-Thalaq ayat 12, QS Al-An’am ayat 59, dan QS Qaf ayat 16.
.
10. Dalil sifat Hayat (Maha Hidup): QS Al-Furqan ayat 58, QS Ghafir ayat 65, dan QS Thaha 111.
.
11 & 12. Dalil sifat Sama’ (Maha Mendengar) dan Bashar (Maha Melihat): QS Al-Mujadalah ayat 1, QS Thaha ayat 43-46.
.
13. Dalil sifat Kalam (Maha Berfirman): QS An-Nisa ayat 164, QS Al-A’raf ayat 143, dan QS Asy-Syura ayat 51.
.
Dua puluh sifat yang wajib bagi Allah tersebut di atas dibagi kepada 4 bagian, yaitu:
.
1. Sifat Nafsiyyah. Artinya: Sifat yang tidak bisa difahami Dzat Allah tanpa adanya sifat. Sifat Nafsiyyah ini hanya satu sifat, yaitu: sifat wujud.
.
2. Sifat Salbiyyah.Artinya: Sifat yang tidak pantas adanya di Dzat Allah swt. Sifat Salbiyyah ini jumlahnya ada lima sifat, yaitu: Qidam, Baqa, Mukhalafah lil Hawaditsi, Qiyamuhu bin Nafsi, dan Wahdaniyyah.
.
3. Sifat Ma’ani.
Artinya: Sifat yang tetap dan pantas di Dzat Allah dengan kesempurnaan-Nya. Sifat Ma’ani ini jumlahnya ada tujuh sifat, yaitu: Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sama’, Bashar, dan Kalam.
.
4. Sifat Ma’nawiyyah. Artinya: Sifat yang merupakan cabang dari sifat Ma’ani. Sifat Ma’nawyyah ini jumlahnya ada tujuh sifat, yaitu: Kaunuhu Qadiran, Kaunuhu Muridan, Kaunuhu ‘Aliman, Kaunuhu Hayyan, Kaunuhu Sami’an, Kaunuhu Bashiran, dan Kaunuhu Mutakalliman.
.
II. DALIL-DALIL SIFAT JA’IZ BAGI ALLAH
A. QS Al-Qashash ayat 68
B. QS Al-Imran ayat 26
C. QS Al-Baqarah ayat 284
.
CATATAN PENTING:
.
Pokok-pokok Ilmu Tauhid (مبادئ علم التوحيد):
.
1. Definisi Ilmu Tauhid (حده):
.
Ilmu yang mempelajari tentang sifat-sifat Allah dan para rasul-Nya, baik sifat-sifat yang wajib, mustahil maupun ja’iz, yang jumlah semuanya ada 50 sifat. Sifat yang wajib bagi Allah ada 20 sifat dan sifat yang mustahil ada 20 sifat serta sifat yang ja’iz ada 1 sifat. Begitupula sifat yang wajib bagi para rasul ada 4 sifat (sidiq. tabligh, amanah, dan fathanah) dan sifat yang mustahil ada 4 sifat (kidzb / bohong, kitman / menyembunyikan, khianat, dan bodoh) serta sifat yang ja’iz ada 1 sifat. 50 sifat ini dinamakan “Aqidatul Khamsin / عقيدة الخمسين “. Artinya: Lima puluh Aqidah.
.
2. Objek atau Sasaran Ilmu Tauhid (موضوعه): Dzat Allah dan sifat-sifat Allah.
.
3. Pelopor atau Pencipta Ilmu Tauhid (واضعاه): Imam Abul Hasan Al-Asy’ari (260 H – 330 H / 873 M – 947 M ) dan Imam Abul Manshur Al-Mathuridi ( 238 – 333 H / 852 – 944 M ).
.
4. Hukum Mempelajari Ilmu Tauhid (حكمه): Wajib ‘ain dengan dalil ijmali (global) dan wajib kifayah dengan dalil tafshili.
.
5. Nama Ilmu Tauhid (اسمه): Ilmu Tauhid, Ilmu Ushuluddin, Ilmu Kalam dan Ilmu ‘Aqa’id.
.
6. Hubungan Ilmu Tauhid dengan Ilmu-ilmu lain (نسبته): Asal untuk ilmu-ilmu agama dan cabang untuk ilmu selainnya.
.
7. Masalah-masalah Ilmu Tauhid (مسائله): Sifat-sifat wajib, mustahil, dan ja’iz bagi Allah swt dan para Rasul-Nya.
.
8. Pengambilan Ilmu Tauhid (استمداده): Diambil dari Al-Qur’an, Al-Hadits, dan akal yang sehat.
.
9. Faedah Ilmu Tauhid (فائدته): Supaya sah melakukan amal-amal sholeh di dunia.
.
10. Puncak Mempelajari Ilmu Tauhid (غايته): Memperoleh kebahagian, baik di dunia maupun akherat dan mendapat ridha dari Allah swt serta mendapat tempat di surga.
.
Maka dengan demikian, benarlah apa yang di sepakati Ulama akan ciri ciri Islam yang berasaskan Ahl sunnah wal jama'ah
.

Islam Ahlussunnah wal Jama'ah adalah Islam dengan 4 ciri:
.
1. berpedoman pada Qur'an, Hadits, Ijma' dan Qiyas. 
.
2. Di bidang Fiqih, bermadzhab kepada salah satu madzhab yang empat ( ImamHanafi, Imam Maliki, ImamSyafii dan Imam Hanbali). 
.
3. Di bidang Aqidah, mengikuti faham Asy'ariyah dan Maturidiyah. 
.
4. Di bidang Tasawuf, mengikuti Imam Abu Qasim al-Junaidi dan ulama Tasawuf yang muktabar.
.
Sekian, Insya-Allah memahami dengan berguru yang ikhlas pada mengikuti manhaj Aswaja yang TULEN sahaja terhindarlah kita dari menjadi aqidah mujassimah (menyamakan Allah dengan makhluk) Wassalam.