Friday, September 25, 2020

Ratib Samman - Amalan Rasmi Kesultanan Palembang

RATIB SAMMAN
Amalan Resmi Kesultanan Palembang 

Para Sultan Palembang dikenal sangat alim, bijaksana, dan agamis. Oleh karenanya, segala urusan pemerintahan kesultanan tentunya diatur menurut ketentuan syari'at. Islam agama yg kaffah, baik zhahir maupun batin. Aspek zhahir (lahiriah) dikaji melalui disiplin ilmu syari'at atau fiqih, sedangkan aspek batin melalui ilmu tasawuf atau tarekat. Dlm hal ini Nabi SAW bersabda: 
الشريعة اقوالي والطريقة افعالي والحقيقة احوالي والمعرفة رأس مالي
Artinya: 
"Syari'at itu adalah perkataanku, Tarekat itu adalah perbuatanku, Hakekat itu adalah budi pekertiku, dan Ma'rifat itu adalah pokok/modal kekayaanku. " (HR. Anas bin Malik). 

Banyak dalil al-Qur'an maupun Hadis ttg Tarekat. Salahsatu Tarekat Mu'tabarah yg cukup populer didunia Islam dan termasuk di Palembang adalah Tarekat Sammaniyah. 

Tarekat Sammaniyah dinisbahkan kepada pengasasnya Syekh Muhammad Samman bin Abdul Karim al-Madani (1718-1776) seorang ulama sufi, waliyullah di Madinah. Salahsatu zikir terpenting dlm Tarekat Sammaniyah adalah "Ratib Samman". Banyak ulama Palembang yg berguru langsung & mendapat ijazah Ratib Samman ini dari Syekh Muhammad Samman, di antaranya: Syekh Abdus Somad al-Palembani (1737-1832), Syekh Kemas Ahmad bin Abdullah (1735-1800), Syekh Muhammad Muhyiddin bin Syihabuddin dan lainya. Para ulama Palembang ini berdakwah menyiarkan Ratib Samman pada masyarakat & di kalangan istana, sehingga Sultan Palembang pun mendapat ijazah mengamalkan Ratib Samman tsb. 

Di zaman Sultan Muhammad Bahauddin (merintah: 1776-1803), Paduka turut andil memberikan wakaf bantuan mendirikan zawiyah (pondok) Sammaniyah di Jeddah dalam th 1777 dg biaya sebesar 500 Riyal yg beliau transfer melalui Syekh Muhammad Muhyiddin bin Syihabuddin 2 th setelah Syekh Muhammad Samman wafat. 

Sedang di zaman Sri Sultan Suhunan Ratu Mahmud Badaruddin (merintah: 1803-1821), terjadi peristiwa perang suci Palembang melawan Belanda dlm th 1819 yg dikenal dg perang Menteng, pertempuran paling dahsyat pd waktu itu yg dimenangkan oleh Kesultanan Palembang. Saat itu Sri Sultan Mahmud Badaruddin menitahkan kpd seluruh rakyatnya utk terlebih dahulu melaksanakan zikir Ratib Samman di Masjid Agung & keraton. Pasukan jihad yg dipimpin oleh menantu Syekh Abdus Somad yg bernama Kiagus M.Zen ini setelah berzikir Ratib Samman menyerbu pasukan Belanda dg gagah berani tanpa mengenal rasa takut. 

Peristiwa heroik ini direkam dlm sebuah manuskrip Palembang sbb: 
"...adapun segala haji2 pada masa itu semuanya kumpul di luar Kuto duduk di pemarakan luar semuanya dg senjata lengkap.  Haji2 itu semuanya pada berzikir dan beratib Samman terlalu ramainya... "

Demikianlah, zikir Ratib Samman ini menjadi amalan resmi di Kesultanan Palembang Darussalam. Selain sebagai ibadat, Ratib Samman juga menjadi adat. Banyak pengikutnya di Palembang sampai sekarang. 

Palembang, 25 Sept 2016
alfaqir Kms. H.Andi Syarifuddin

Saturday, June 20, 2020

JAUHI FAHAMAN WAHABI

JAUHI FAHAMAN WAHABI

1. Wahabi Gemar mengkafir, mensyirik saudara seIslam Perkara yang paling asas, Allah dan RasulNya melarang mengkafir, mensyirik saudara sendiri tanpa hak.

2. Wahabi Membid'ah sesatkan amalan yang mempunyai sandaran dari al Quran dan as Sunnah. Antara amalan yang suka disesatkan dan dinerakakan oleh ajaran sesat ini adalah - tawassul, tahlilan, maulidul Rasul, bacaan Qunut Subuh, wirid dan zikir beramai-ramai selepas solat, menggunakan tasbih ketika berzikir, bacaan selawat yang dicipta oleh para sahabat dan salafussoleh serta alim ulamak dan banyak lagi.

Sedangkan amalan-amalan ini ada sandaran dari dalil umum dan khusus dalam al Quran dan as Sunnah serta amalan para salafussoleh.

3. Wahabi suka mencari permusuhan dan bukan perdamaian. Setiap tempat yang dimasuki oleh Wahhabi pasti menimbulkan perpecahan kepada umat Islam, permusuhan, pertelingkahan. Kerana Wahhabi merasakan merekalah yang benar dan masuk syurga. Manakala yang tidak mengikut pandangan mereka akan masuk neraka, kafir dan syirik.

- Sedangkan Allah dan RasulNya menitikberatkan kasih sayang, rahmah, mawaddah sesama saudara seIslam.

4. Wahabi Merasakan diri mereka mengikut al Quran dan As Sunnah yang sebenar. Manakala majoriti ulamak dan umat Islam adalah ahli bid'ah sesat.

5. Slogan ajaran syazz ini adalah - ikut al Quran dan as Sunnah dan terbaru menolak hadith dhoief padahal hadith dhoief diterima dan diamalkan oleh jumhur ulamak muhaddithin. Hakikatnya mereka memahami al Quran dan as Sunnah dengan cara yang batil,

6. Wahabi Menolak pandangan ulamak muktabar yang lebih mendalami al Quran dan as Sunnah apabila dirasakan pandangan para ulamak ini bertentangan dengan hawa nafsu mereka yang kononnya dari al Quran dan as Sunnah. Padahal dalam surah An Nahl ayat 43- Allah menyuruh kita merujuk kepada alim ulamak. Dan Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam menyatakan mafhumnya Ulamak adalah pewaris para Nabi.

7. Sasaran Wahhabi adalah orang yang baru berjinak-jinak mengenal dan mempelajari Islam. Akibatnya, orang awam yang jahil pun berani untuk mempertikaikan ijtihad para mujtahid kononnya mengikut al Quran dan As Sunnah.

8. Zikir seharian Wahhabi adalah bid'ah sesat, syirik dan kafir.

- Zikir ini sudah lama diamalkan oleh Wahhabi terhadap umat Islam. Bahkan sesama sendiri antara mereka juga ada yang saling membid'ah dan mengkafir.

9. Menjauhkan Umat Islam dari beramal serta memahami ajaran Islam dengan pemahaman yang sahih.

- Kerja-kerja Wahhabi amat disukai oleh musuh Islam seperti Orientalis, Liberalis, Pluralis, Anti Hadith dan sebagainya. Kerana mereka memang mahu umat Islam jauh dari mengamalkan ajaran Islam.

 - Bila amalan-amalan yang diajar dan dipandu alim ulamak dipertikaikan dan disesatkan Wahhabi, maka umat Islam semakin malas untuk beramal, meninggalkan dan semakin seronok dengan hiburan, kemaksiatan dan mencipta bid'ah sesat yang sebenar dan dilarang dalam Islam seperti budaya hedonis, mentafsir al Quran dan hadith tanpa disiplin ilmu, ajaran-ajaran sesat Ayah Pin, Rasul Kahar dan sebagainya

10. Antara persamaan ajaran Wahhabi dan ajaran sesat seperti Liberal, Pluralisme dan yang lain.

- Mempertikaikan keautoritian ulamak.
- Literal terhadap al Quran dan hadith
- Mentafsir al Quran dan hadith mengikut akal dan hawa nafsu tanpa disiplin ilmu.
- beraqidahkan Allah bertempat, berarah, beranggota, berjisim.

11. 🛑 Sanggup bertaqiyyah seperti syiah sebelum sebar ajaran

- Modus operandi pengikut ajaran pada  mulanya mereka mengikut arus perdana manhaj Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, kemudian mula memasukkan jarum halus menimbulkan isu khilafiyyah dan mengelirukan orang awam. Seterusnya apabila sudah popular di media, televisyen, radio mula membuka topeng masing-masing mengajar ajaran Wahhabi mengkafir, mensyirik, membid'ah, tajsim dan tasybih kepada orang awam.

- Ada yang berperwatakan memang semulajadi keras dan ada yang berperwatakan lembut tetapi dalam kuliah, tulisannya mengkafir dan mensyirik amalan salafussoleh dan umat Islam.

12. 🛑 Ajaran ini diwarisi terrroris/pengganas bertopengkan Islam yang hauskan darah umat Islam sebagaimana yang telah banyak didedahkan oleh PDRM - Counter Terrorisme, para pengkaji gerakan Islam, pakar-pakar anti keganasan. Ia mengulangi sejarah hitam Wahhabi ketika menguasai Mekah al Mukarramah dalam kitab Tarikh Najd karangan tokoh sejarah Wahhabi dengan membunuh ulamak dan umat Islam ketika itu.

Wallahu a'lam

SEBARKAN !!

Tuesday, June 16, 2020

ZIKIR ISMU AL-ZAT "ALLAH" DARI LANDSKAP QUR'AN, SUNNAH & TURATH ULAMA' MUKTABAR

ZIKIR ISMU AL-ZAT "ALLAH" DARI LANDSKAP QUR'AN, SUNNAH & TURATH ULAMA' MUKTABAR


Abd Rahman Tajudin @ Emang Galileo
Fellow Counter Narrative Centre for Countering Violent Extremism (CONCAVE), Islamic and Strategic Studies Institute (ISSI).


Sesungguhnya zikir Ismu Zat "Allah" mempunyai dalil ilmiah daripada Al-Qur'an, As-Sunnah dan juga kitab Turath Ulama' yang muktabar.

Sesunggunya Allah SWT menyuruh kepada sekalian manusia untuk mengingat kepada Allah dengan berzikir sebanyaknya. Zikir itu juga bermakna mengingat secara bahasanya. Ini jelas seperti di dalam surah Al-Baqarah, Allah berfirman:

فَٱذْكُرُونِىٓ أَذْكُرْكُمْ وَٱشْكُرُوا۟ لِى وَلَا تَكْفُرُونِ

"Ingatlah kamu (berzikir) kepada-Ku, niscaya Aku ingat (pula) kepadamu" 
(Al-Baqarah : 152).

Berzikir kepada tuhan itu dengan penyebutan nama-Nya. Ini jelas apabila Al-Qur'an sendiri menyatakan kepada manusia untuk menyebut nama tuhan. 

Maka ternyata nama tuhan adalah "Allah". Allah adalah Ismu Al-Zat. Ismu Rabb (Nama Tuhan)  adalah Allah SWT. Dalil ini jelas dalam Al-Qur'an : 

وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا

"Dan sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadahlah kepada-Nya dengan sepenuh hati." (Al-Muzzammil: 8)

Dalam sejarah peradaban manusiapun, para anbiya' disuruh berzikir dengan penyebutan nama Allah SWT ini. 

Ini jelas tercatat dalam Al-Qur'an apabila Allah SWT berfirman kepada Nabi Zakariya AS agar menyebut nama-Nya dan bertasbih sebanyak-banyaknya di waktu pagi dan petang.

Dalilnya adalah firman Allah SWT:

وَٱذْكُر رَّبَّكَ كَثِيرًا وَسَبِّحْ بِٱلْعَشِىِّ وَٱلْإِبْكَٰرِ

“…Dan sebutlah (nama) Tuhanmu sebanyak-banyaknya serta bertasbihlah di waktu petang dan pagi hari.” (Ali Imran: 41).

Maka tersangat jelas disuruh berzikir dengan nama tuhan iaitu "Allah" dan juga disuruh bertasbih "SubhanAllah" pada bila-bila masa sahaja.

Malah al-Qur’an dengan jelas dan terang menyuruh agar orang beriman berzikir dengan menyebut kalimah "Allah" tersebut. Firman Allah SWT dalam Al-Qur'an : 

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱذْكُرُوا۟ ٱللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا

“Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya.” (Al-Ahzab : 41).

Ayat tersebut menganjurkan orang beriman untuk menyebut nama "Allah" sebanyak-banyaknya. 

Ayat surah Al-Ahzab ini dengan jelas tanpa takwilan dan tafsiran menyuruh untuk berzikir nama "Allah" dengan sebanyak-banyaknya.

Selain daripada neraca dalil Al-Qur'an, kita akan menemui beberapa hadis yang menyatakan zikir dengan penyebutan kalimah "Allah" itu mempunyai sandaran yang kuat. 

Ini direkodkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Imam Muslim menyatakan:

عَنْ أَنَسٍ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: " لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى لَا يُقَالَ فِي الْأَرْضِ: اللهُ، اللهُ 

“Dari Anas, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: Kiamat tidak akan terjadi hingga di muka bumi tidak disebut lagi : Allah, Allah.” (HR. Muslim).

Malah salah satu tanda kiamat adalah apabila tiada lagi manusia berzikir kalimah "Allah" di atas muka bumi ini. 

Maka jelas di sini virus Wahabi yang melarang zikir "Allah" adalah salah satu daripada kemunculan Dajjal yang merupakan salah satu daripada tanda-tanda kiamat yang besar.

Jikalau kita meneliti tulisan kitab ulama' silam, kita akan mendapati hampir keseluruhannya menyuruh umat Islam agar berzikir dengan menyebut kalimah "Allah" ini. 

Ini dapat dibuktikan apabila Hujjatul Islam, Imam al-Ghazali telah menjelaskan kepada kita cara-cara berzikir iaitu dengan penyebutan kalimah "Allah" sebagaimana berikut:

فإن أصل طريق الدين القوت الحلال وعند ذلك يلقنه ذكراً من الأذكار حتى يشغل به لسانه وقلبه فيجلس ويقول مثلا الله الله أو سبحان الله سبحان الله أو ما يراه الشيخ من الكلمات 

“Maka sesungguhnya dasar dari jalan tasawuf adalah makanan yang halal. Maka ketika itu terpenuhi, hendaknya seorang guru mentalqinkan kepada muridnya salah satu bentuk zikir hingga lisan dan hatinya sibuk dengan itu. Ia duduk dan misalnya berkata: “Allah, Allah” atau “Subhanallah Subhanallah” atau redaksi lain yang diajarkan oleh gurunya.” (al-Ghazali, Ihya’ Ulum ad-Din, III, 77).

Daripada literasi kitab ulama' muktabarpun, kita menemui zikir ini dengan kalimah "Allah", SubhanAllah, Alhamdulillah, La ilaha IllAllah, Allahu akbar dan sebagainya.

Malah Imam ar-Ramli yang merupakan ulama' mujtahid mazhab Syafi’iyah menyatakan dalam kitab fatwanya tentang zikir kalimah "Allah" mendapat pahala:

ـ (سُئِلَ) عَنْ قَوْلِ الْقَائِلِ فِي مَجْلِسِ الذِّكْرِ اللَّهُ اللَّهُ فِي حَالِ صَحْوِهِ مِنْ اسْتِغْرَاقٍ هَلْ يُسَمَّى ذِكْرًا أَوْ لَا، وَإِذَا قُلْتُمْ بِأَنَّهُ لَا يُسَمَّى ذِكْرًا هَلْ يُثَابُ عَلَيْهِ أَمْ لَا؟ يُثَابُ لِقَصْدِ الذِّكْرِ 


“Imam ar-Ramli ditanya tentang ucapan seseorang di majlis zikir "Allah, Allah" di saat ia tersedar dari keheningan zikirnya, apakah itu disebut zikir atau tidak? Dan bila tidak, apakah berpahala atau tidak?” Ar-Ramli menjawab: “Ia mendapat pahala sebab berniat zikir (ar-Ramli, Fatawa ar-Ramli, IV, 358).

Malah ulama'-ulama' zaman silam telah mengamalkan zikir "Allah Allah" ribuan kali. Ini tercatat di dalam kitab-kitab turath ulama' silam. Al-Hafidz Az-Dzahabi ketika menulis biografi seorang ulama bernama Ibnu Najiyah, beliau menjelaskan:

ﻗﺎﻝ اﺑﻦ ﻋﺴﺎﻛﺮ: ﻗﺎﻝ ﻭﻟﺪﻩ ﺇﺳﻤﺎﻋﻴﻞ: ﻛﺎﻥ ﺃﺑﻲ ﻓﻲ ﻛﻞ ﻳﻮﻡ ﻭﻟﻴﻠﺔ ﻣﻦ ﺃﻳﺎﻡ ﻣﺮﺿﻪ ﻳﻘﻮﻝ: اﻟﻠﻪ اﻟﻠﻪ، ﻧﺤﻮا ﻣﻦ ﺧﻤﺴﺔ ﻋﺸﺮ ﺃﻟﻒ ﻣﺮﺓ، ﻓﻤﺎ ﺯاﻝ ﻳﻘﻮﻟﻬﺎ ﺣﺘﻰ ﻃﻔﻰء.

Ibnu Asakir berkata bahwa putranya Ibnu Najiyah berkata: “Ayahku setiap waktu pagi dan malam kerika sakitnya mengucapkan “Allah Allah” sekitar 15000 kali. Beliau selalu mengucapkan sampai ia redup” (Siyar A’lam An-Nubala’ 15/110).

Jelas kepada kita para ulama' zaman silam melakukan zikir "Allah" sebanyak-banyaknya. Maka marilah kita sama-sama berzikir dengan Ismu Zat "Allah" sebanyak-banyaknya. 

Disamping zikir Ismu Zat itu juga kita perbanyakkan zikir dengan ucapan tasbih SubhanAllah, ucapan Tahmid Alhamdulillah, ucapan Tahlil La Ilaha IlAllah dan ucapan takbir Allahu akbar.

Biarkan virus wahabi yang melarang zikir "Allah", biarkan mereka di dalam kegelapan yang nyata. Ayat Al-Qur'an berikut ini sudah cukup bermakna kepada para pencinta Allah yang sentiasa melirikkan zikir "Allah".

 Allah SWT berfirman:

قُلِ ٱللَّهُ ۖ ثُمَّ ذَرْهُمْ فِى خَوْضِهِمْ يَلْعَبُونَ


Maknanya: “ Sebutlah "Allah" kemudian biarkanlah mereka bermain dalam kesesatannya” (Q.S. al An’am: 91).

Secara konklusinya zikir "Allah" itu mempunyai dalil dan hujahan yang kuat daripada landskap Al-Qur'an, As-Sunnah dan kitab Turath warisan Ulama' Ahli Sunnah Wal Jama'ah.

الله الله الله الله

Sunday, April 5, 2020

CIRI-CIRI ORANG MUNAFIR (KAFIR DALAM ISLAM)

CIRI-CIRI ORANG MUNAFIR (KAFIR DALAM ISLAM)

1 Dusta

Hadith Rasulullah yang diriwayatkan Imam Ahmad Musnad dengan sanad Jayid: "Celaka baginya, celaka baginya, celaka baginya. Yaitu seseorang yang berdusta agar orang-orang tertawa." Di dalam kitab Shahihain (Shahih Bukhari dan Muslim), Rasulullah SAW bersabda: "Tanda orang munafik ada tiga, salah satunya adalah jika berbicara dia dusta."

2. Khianat

Sabda Rasulullah SAW: "Dan apabila berjanji, dia berkhianat." Barangsiapa memberikan janji kepada seseorang, atau kepada isterinya, anaknya, sahabatnya, atau kepada seseorang dengan mudah kemudian dia mengkhianati janji tersebut tanpa ada sebab uzur syar'i maka telah melekat pada dirinya salah satu tanda kemunafikan.

3. Fujur Dalam Pertikaian

Sabda Rasulullah SAW: "Dan apabila bertengkar (bertikai), dia melampau batas."

4. Ingkar Janji

Sabda Rasulullah SAW: "Tanda orang munafik ada tiga: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat." (HR. Bukhari Muslim)

5. Malas Beribadah

Firman Allah SWT: "Dan apabila mereka berdiri untuk sholat, mereka berdiri dengan malas." (An-Nisa': 142) . Jika orang munafik pergi ke masjid atau surau, dia menyeret kakinya seakan-akan terbelenggu rantai. Oleh kerana itu, ketika sampai di dalam masjid atau surau dia memilih duduk di shaf yang paling akhir. Dia tidak mengetahui apa yang dibaca imam dalam sholat, apalagi untuk menyemak dan menghayatinya.

6. Riya

Di hadapan manusia dia sholat dengan khusyuk tetapi ketika seorang diri, dia mempercepatkan sholatnya. apabila bersama orang lain dalam suatu majlis, dia tampak zuhud dan berakhlak baik, demikian juga pembicaraannya. Namun, jika dia seorang diri, dia akan melanggar hal-hal yang diharamkan oleh Allah SWT.

7. Sedikit Berzikir

Firman Allah SWT: "Dan apabila mereka berdiri untuk sholat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya' (dengan sholat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah SWT kecuali sedikit sekali." (An-Nisa': 142) .

8. Mempercepat Sholat

Mereka (orang-orang munafik) adalah orang yang mempercepatkan sholat tanpa ada rasa khusyuk sedikit pun. Tidak ada ketenangan dalam mengerjakannya, dan hanya sedikit mengingat Allah SWT di dalamnya. Fikiran dan hatinya tidak menyatu. Dia tidak menghadirkan keagungan, kehebatan, dan kebesaran Allah SWT dalam sholatnya. Hadith Nabi SAW: "Itulah sholat orang munafik, ... lalu mempercepat empat rakaat (sholatnya)"

9. Mencela Orang-Orang Yang Taat Dan Soleh

Mereka memperlekehkan orang-orang yang Taat dengan ungkapan yang mengandung cemuhan dan celaan. Oleh kerananya, dalam setiap majlis pertemuan sering kali kita temui orang munafik yang hanya memperbincangkan sepak terjang orang-orang soleh dan orang-orang yang konsisten terhadap Al-Quran dan As-Sunnah. Baginya seakan-akan tidak ada yang lebih penting dan menarik selain memperolok-olok orang-orang yang Taat kepada Allah SWT

10. Mengolok-Olok Al-Quran, As-Sunnah, Dan Rasulullah SAW

Termasuk dalam kategori Istihzaa' (berolok-olok) adalah memperolok-olok hal-hal yang disunnah Rasulullah SAW dan amalan-amalan lainnya. Orang yang suka memperolok-olok dengan sengaja hal-hal seperti itu, jatuh Kafir. Firman Allah SWT: "Katakanlah, Apakah dengan Allah SWT, Ayat-Ayat-Nya, dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?' Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman." (At-Taubah: 65-66)

 
11. Bersumpah Palsu

Firman Allah SWT: "Mereka menjadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai." (Al-Munafiqun: 2 & Al-Mujadilah: 16). Jika seseorang menanyakan kepada orang munafik tentang sesuatu, dia langsung bersumpah. Apa yang diucapkan orang munafik semata-mata untuk menutupi kedustaannya. Dia selalu mengumpat dan memfitnah orang lain. Maka jika seseorang itu menegurnya, dia segera mengelak dengan sumpahnya: "Demi Allah, sebenarnya kamu adalah orang yang paling aku sukai. Demi Allah, sesungguhnya kamu adalah sahabatku."

12. Enggan Berinfak

Orang-orang munafik memang selalu menghindari hal-hal yang menuntut pengorbanan, baik berupa harta
maupun jiwa. Apabila menjumpai mereka berinfak, bersedekah, dan mendermakan hartanya, mereka lakukan kerana riya' dan sum'ah. Mereka enggan bersedekah, kerana pada hakikatnya, mereka tidak menghendaki pengorbanan harta, apalagi jiwa.

13. Tidak Menghiraukan Nasib Sesama Kaum Muslimin

Mereka selalu menciptakan kelemahan-kelemahan dalam barisan muslimin. Inilah yang disebut At Takhdzil. iaitu, sikap meremehkan, menakut-nakuti, dan membiarkan kaum muslimin. Orang munafik berpendapat bahawa orang-orang kafir lebih kuat daripada kaum muslimin.

14. Suka Menyebarkan Khabar Dusta

Orang munafik senang memperbesar peristiwa atau kejadian. Jika ada orang yang tergelincir lisannya secara tidak sengaja, maka datanglah si munafik dan memperbesarkannya dalam majelis-majelis pertemuan. "Apa kalian tidak mendengar apa yang telah dikatakan si fulan itu?" Lalu, dia pun menirukan kesalahan tersebut. Padahal, dia sendiri mengetahui bahawa orang itu mempunyai banyak kebaikan dan keutamaan, akan tetapi si munafik itu tidak akan mahu mengungkapkannya kepada masyarakat.

15. Mengingkari Takdir

Orang munafik selalu membantah dan tidak redha dengan takdir Allah SWT. Oleh kerananya, apabila ditimpa musibah, dia mengatakan: "Bagaimana ini. Seandainya saya berbuat begini, niscaya akan menjadi begini." Dia pun selalu mengeluh kepada sesama manusia. Sungguh, dia telah mengkufuri dan mengingkari Qadha dan Takdir.

16. Mencaci Maki Kehormatan Orang-Orang Soleh

Apabila orang munafik membelakangi orang-orang soleh, dia akan mencaci maki, menjelek-jelekkan, mengumpat, dan menjatuhkan kehormatan mereka di majlis-majlis pertemuan. Firman Allah SWT: "Mereka mencaci kamu dengan lidah yang tajam, sedang mereka bakhil untuk berbuat kebaikan." (Al-Ahzab: 19)

17. Sering Meninggalkan Sholat Berjamaah

Apabila seseorang itu segar, kuat, mempunyai waktu luang, dan tidak memiliki uzur say'i, namun tidak mahu mendatangi masjid/surau ketika mendengar panggilan azan, maka saksikanlah dia sebagai orang munafik.

18. Membuat Kerusakan Di Muka Bumi Dengan Dalih Mengadakan Perbaikan

Firman Allah SWT: "Dan apabila dikatakan kepada mereka: janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, mereka menjawab: 'Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan kebaikan.' Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerusakan, tetapi mereka tidak sadar." (Al-Baqarah: 11-12).

19. Tidak Sesuai Antara Zahir Dengan Bathin

Secara Zahir mereka membenarkan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah Rasul Allah, tetapi di dalam hati mereka, Allah telah mendustakan kesaksian mereka. Sesungguhnya, kesaksian yang tampak benar secara Zahir itulah yang menyebabkan Mereka masuk ke dalam Neraka. Penampilan zahirnya bagus dan mempesona, tetapi di dalam batinnya terselubung niat busuk dan menghancurkan. Di luar dia menampakkan kekhusyukan, sedangkan di dalam hatinya ia main-main.

20. Takut Terhadap Kejadian Apa Saja

Orang-orang munafik selalu diliputi rasa takut. Jiwanya selalu tidak tenang, keinginannya hanya selalu mendambakan kehidupan yang tenang dan damai tanpa disibukkan oleh persoalan-persoalan hidup apapun. Dia selalu berharap: "Tinggalkan dan biarkanlah kami dengan keadaan kami ini, semoga Allah memberikan nikmat ini kepada kami. Kami tidak ingin keadaan kami berubah." Padahal, keadaannya tidaklah lebih baik.

21. Beruzur Dengan Dalih Dusta

Firman Allah SWT: "Di antara mereka ada orang yang berkata: 'Berilah saya izin (tidak pergi berperang) dan janganlah kamu menjadikan saya terjerumus ke dalam fitnah.' Ketahuilah bahawa mereka telah terjerumus ke dalam fitnah. Dan sesungguhnya Neraka Jahanam itu benar-benar meliputi orang-orang yang kafir." (At-Taubah: 49)

22. Menyuruh Kemungkaran Dan Mencegah Kemakrufan

Mereka (orang munafik) menginginkan agar perbuatan keji tersiar di kalangan orang-orang beriman. Mereka menggembar-gemburkan tentang kemerdekaan wanita, persamaan hak, penanggalan hijab/jilbab. Mereka juga berusaha memasyarakatkan nyanyian dan konsert, menyebarkan majalah-majalah porno (semi-porno) dan narkotik.

23. Bakhil

Orang-orang munafik sangat bakhil dalam masalah-masalah kebajikan. Mereka menggenggam tangan mereka dan tidak mahu bersedekah atau menginfakkan sebahagian harta mereka untuk kebaikan, padahal mereka orang yang mampu dan berkecukupan.

24. Lupa Kepada Allah SWT

Segala sesuatu selalu mereka ingat, kecuali Allah SWT. Oleh sebab itu, mereka senantiasa ingat kepada keluarganya, anak-anaknya, lagu-lagu, berbagai keinginan, dan segala sesuatu yang berhubungan dengan duniawi. Dalam fikiran dan batin mereka tidak pernah terlintas untuk mengingat (dzikir) Allah SWT, kecuali sebagai tipuan semata-mata.

25. Mendustakan Janji Allah SWT Dan Rasul-Nya

Firman Allah SWT: "Dan (ingatlah) ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang berpenyakit dalam hatinya berkata: 'Allah dan Rasul-Nya tidak menjanjikan kepada kami selain tipu daya." (Al-Ahzab: 12).

26. Lebih Memperhatikan Zahir, Mengabaikan Bathin

Orang munafik lebih mementingkan zahir dengan mengabaikan yang batin, tidak menegakkan sholat, tidak merasa diawasi Allah SWT, dan tidak mengenal zikir. Pada zahirnya, pakaian mereka demikian bagus menarik, tetapi batin mereka kosong, rusak dan lain sebaginya.

27. Sombong Dalam Berbicara

Orang-orang munafik selalu sombong dan angkuh dalam berbicara. Mereka banyak omomg dan suka memfasih-fasihkan ucapan. Setiap kali berbicara, mereka akan selalu mengawalinya dengan ungkapan menakjubkan yang meyakinkan agar tampak seperti orang hebat, mulia, berwawasan luas, mengerti, berakal, dan berpendidikan. Padahal, pada hakikatnya dia tidak memiliki kemampuan apapun. Sama sekali tidak memiliki ilmu bahkan bodoh.

28. Tidak Memahami Ad Din

Di antara "keistimewaan" orang-orang munafik adalah: mereka sama sekali tidak memahami masalah-masalah agama. Dia tahu bagaimana mengendalikan kenderaan dan mengerti perihal enjinnya. Dia juga mengetahui hal-hal remeh dan pengetahuan-pengetahuan yang tidak pernah memberi manfaat kepadanya meski juga tidak mendatangkan mudharat baginya. Akan tetapi, apabila menghadapi untuk berdialog (bertanya tentang persoalan-persoalan Ad Din (Islam)), dia sama sekali tidak boleh menjawab.

29. Bersembunyi Dari Manusia Dan Menentang Allah Dengan Perbuatan Dosa

Orang munafik menganggap ringan perkara-perkara terhadap Allah SWT, menentang-Nya dengan melakukan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan secara sembunyi-sembunyi. Akan tetapi, ketika dia berada di tengah-tengah manusia dia menunjukkan sebaliknya: berpura-pura taat.

Firman Allah SWT: "Mereka bersembunyi dari manusia, tetapi mereka tidak bersembunyi dari Allah, padahal Allah beserta mereka, ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahsia yang Allah tidak ridhoi." (An-Nisa': 108)

30. Senang Melihat Orang Lain Susah, Susah Bila Melihat Orang lain Senang

Orang munafik apabila mendengar berita bahawa seorang ulama yang soleh tertimpa suatu musibah, dia pun menyebarluaskan berita duka itu kepada masyarakat sambil menampakkan kesedihannya dan berkata: "Hanya Allahlah tempat memohon pertolongan. Kami telah mendengar bahawa si fulan telah tertimpa musibah begini dan begitu. Semoga Allah memberi kesabaran kepada kami dan beliau." Padahal, di dalam hatinya dia merasa senang dan bangga akan musibah itu

WaalLahu alam

Sunday, January 26, 2020

NAFSUMU ITU BERHALA DALAM DIRIMU

NAFSUMU ITU BERHALA DALAM DIRIMU

Sesungguhnya nafsu yang memerintahkan kejahatan itu lebih memusuhimu daripada Iblis. Iblis dan tenteranya, syaitan jin dan syaitan manusia hanya memperalatkan hawa nafsu untuk menguasaimu. Maka janganlah tertipu.

Watak nafsu adalah berasa aman, suka berlengah-lengah, bersuka-suka dan bermalas-malas. Setiap rayuannya adalah batil dan palsu belaka. Jika engkau lemah melawannya, lalu mengikuti keinginannya, tentulah dia melemparkanmu ke neraka.

Nafsu tidak pernah menuju kepada kebaikan. Ia sumber bencana. Dialah markas syaitan dan iblis serta tempat segala keburukan yang hanya diketahui oleh Allah.

Ingatlah yang nafsu adalah berhala. Sesiapa yang menuruti nafsu bererti menyembah berhala.

Nabi Sulaiman pernah berkata: “Sesungguhnya mengekang nafsu itu lebih sulit daripada membuka sebuah kota sendirian”.

Ali bin Abi Talib juga berkata: “Aku dan nafsuku bagaikan pengembala dengan kambingnya. Jika aku menahannya dari satu sisi, dia melompat dari sisi yang lain. Barangsiapa yang dapat menjinakkan nafsunya, dia akan dibungkus dengan kafan rahmat dan dikubur dalam bumi karamah. Tapi barang siapa membunuh hatinya, terbungkuslah dia dalam kafan laknat serta terkubur dalam bumi azab!"

Yahya bin Muaz r.a. berkata: “Perangilah nafsumu dengan taat dan riadah (latihan rohani). Riadah adalah dengan mengurangi tidur – akan mengurangi kehendak, mengurangi makan – sedikit makan dapat melembutkan hati, memberikan cahaya dan menundukkan syahwat, mengurangi bercakap – sedikit bercakap akan terselamat daripada bencana dan menahan kepedihan daripada makhluk. Dapat menghantar kita sampai ke puncak (kebaikan) cahaya hikmah adalah lapar. Kenyang dapat menjauhkan seseorang daripada Allah swt."

Rasulullah telah bersabda, “Terangkanlah hatimu dengan lapar/puasa . Perangilah nafsumu dengan lapar dan haus. Serta sentiasalah mengetuk pintu syurga dengan lapar. Sesungguhnya pahala demikian itu bagaikan pahala pahlawan membela agama Allah. Dan sesungguhnya tidak ada amal yang lebih disukai Allah daripada lapar dan haus. Tidak akan masuk ke kerajaan langit seseorang yang memenuhi perutnya dan kehilangan lazatnya beribadah”.

Luqmanul Hakim juga pernah berpesan kepada anaknya: "Janganlah engkau banyak tidur dan makan kerana barang siapa memperbanyakan keduanya, pada hari kiamat dia miskin amal soleh."

Rasulullah juga pernah bersabda, “Janganlah engkau membunuh hatimu dengan banyak makan dan tidur. Sesungguhnya hati akan mati bagaikan tanaman jika tergenang air."

“Sesungguhnya syaitan itu menjalar dalam tubuh manusia bagaikan aliran darah. Maka bendunglah aliran itu dengan lapar!” bahaya yang paling besar bagi manusia ialah syahwat perut. Adam dan Hawa dikeluarkan dari syurga kerana perut dan pada dasarnya, perutlah sumber segala syahwat. Dan barang siapa menyirami tubuhnya dengan hawa nafsu syahwat, bererti dia telah menanam pohon penyesalan dalam hatinya.

Sebab itulah Rasulullah bersabda, “Jihad yang paling utama adalah memerangi nafsu”. 

Memanglah untuk memerangi nafsu itu adalah jihad yang terbesar sebab bukan mudah hendak mengalahkannya, selalunya manusia sering menuruti kata nafsu. terutamanya nafsu perut. Kebanyakan penyakit zahir dan batin, badan dan ruh itu berpunca dari nafsu perut.

Friday, January 3, 2020

SEDIKIT DIALOG TENTANG SALAT & MA'RIFAT

SEDIKIT DIALOG TENTANG SOLAT & MA'RIFAT

Banyak orang yang salah faham tentang Ilmu ma'rifat, Sehingga mengatakan ilmu ma'rifat ilmu sesat, Padahal mereka Sendirilah yang tidak faham dan bertanya pada GURU Yang Salah.

Marilah kita sama - sama perhatikan Dialog Dibawah Ini.
dengan kesucian Hati.

Soal : " Assallamu'alaikum. Wr. Wb... Ma'af guru apakah betul kata orang bila sudah makrifat tidak perlu solat.. "??

Jawab : " Wa'alaikumussallam. Wr. Wb... 
Itu Tidak Betul... Siapapun Yang Mengajarkan Seperti Itu Berarti Dia Sesat. 

Soal : " Lantas apakah ertinya kata orang kalau sudah makrifat tidak perlu solat,,, "?

Jawab : " Jika Kamu Ingin Mengetahui erti Perkataan Itu, Kamupun Jangan Langsung Ditelan Begitu Saja Nanti Bisa Keracunan Dan Mati... 

Erti atau Maksud dari Ucapan JIKA SUDAH BERMAKRIFAT TAK USAH SOLAT Adalah...  Janganlah Dirimu Mengaku Bahwa Yang Solat Itu Adalah Kamu,,,  Maknanya Janganlah Ada Rasa Ke Akuanmu Didalam Mengerjakan Solat.. 

Betul Di Jahirmu Terlihat Kamu Yang Solat Tetapi Didalam Batinmu Bukanlah Kamu Yang Solat, Kerana Bacaan NIATMU Sebelum Melakukan Solat Itu,,, Contohnya :

 "AKU NIAT SOLAT DUA RAKA'AT KERANA ALLAH SWT. 

Ertinya :

KERANA ALLAH YANG MENGGERAKKAN KAKIMU. 
KERANA ALLAH YANG MENGGERAKAN TANGANMU, PIKIRANMU, HATIMU, MAKSUDMU DAN KERANA ALLAH lah Yang Menciptakanmu. 

Jika KERANA ALLAH Sehingga Boleh Membuatmu Bergerak Untuk Mengerjakan Solat,,,  Lantas Manakah Yang Dikatakan Bahwa Yang Solat Itu Kamu... 

Bila Didalam Solat Itu Tiada Bahagian Organ Tubuh Manapun Untuk Kita Boleh Menggerakkan Salah Satunya, Jadilah Itu ertinya Kita Tidak Akan Boleh Melakukan Solat Jika Bukan Kerana Allah Itu Sendirilah Yang menggerakan Tubuh Kita Sehingga Kita Boleh Mengerjakan Solat. 

Jika Allah Yang Telah Menggerakan Kita Bermakna Bukanlah Kita Yang Solat Tetapi Kita Solat Kerana Allah Yang Menggerakkan Kita. 

Soal : " Jika Bukan Kita Yang Solat, Bererti Yang Solat Adalah Allah,, Bila Allah Yang Solat Berarti Diri Kita INI ADALAH " ALLAH ",,??

jawab : " Maksudnya Bukan Seperti Itu, Jika Seperti Itu Kefahamanmu, Bererti Kamu Telah Menyesatkan Aku Dan Telah Mengfitnah Aku, Dan Juga Telah Menyesatkan Dirimu Sendiri. 

Soal : " Terus Apakah Maksudnya,,,, "??

Jawab : " Maksud Perkata'an Itu Adalah Bertujuan Untuk Menyatakan Allah Bukan Untuk Menjadi Allah Dan Bukan Pula Untuk Mengaku Diri Kita Adalah Allah.

Kita Sebagai Makhluk Yang Diciptakan Tidak Ada HAQ Untuk Mengambil Sedikitpun Bahagian Dari Apapun Yang Telah Allah Ciptakan.

Kiasan Mudahnya Begini :

Allah Telah Menitipkan Sedikit Kuasa Gerak Kepada Kita Agar Kita Bisa Menggunakannya Untuk Menggerakan Kaki Dan Tubuh Kita. 

Akhirnya Kita Terima, Dan Setelah Kita Menerimanya Kitapun Bisa Menmfungsikan TENAGA GERAK ITU Untuk Melakukan Aktiviti Kita Sehari - Hari.

Pertanyaannya Adalah Dari Manakah Asal TENAGA GERAK ITU,,,  Kita Jawab Dari Allah. 

Pertanyaan Kedua Lalu Siapakah Yang Punya TENAGA GERAK Itu,,, "? Kita Jawab ALLAH Yang Punya. 

Pertanyaan Yang Ke Tiga jika Itu TENAGA GERAK MILIK ALLAH,  Apakah Beranikah Kita Mengaku Bahwa Yang Mengerjakan IBADAH SOLAT ITU adalah Kita... Kita Jawab TIDAK BERANI. 

Lantas Bagaimanakah KESAKSIANMU....  Kesaksianku "Aku Akan Mengatakan Bahawa Aku BOLEH Pergi Solat. Itu kerana AKU Menggunakan TENAGA YANG DIPINJAMKAN OLEH ALLAH KEPADAKU ATAU YANG DITITIPKAN OLEH ALLAH ATASKU.
DAN AKU TIDAK AKAN BOLEH MENGERJAKAN SOLAT JIKA TIDAK ALLAH BERIKAN SEDIKIT KUASA TENAGA GERAK ATASKU, JADI AKU PERGI SOLAT KERANA ALLAH YANG MENGGERAKKANKU. 

Nah....  Bererti Disitu Bermakna Bukan KITA MENGAKU BAHAWA DIRI KITA ADALAH ALLAH, MELAINKAN MAKSUDNYA ADALAH UNTUK MENYATAKAN ADANYA ALLAH. 

Kesimpulan :

Itulah Maksud Dari Ucapan SETELAH BERMAKRIFAT TAK USAH SOLAT,  Ertinya Jangan Mengaku Kita Yang Solat Atau Jangan Ada Ke AKUAN DIRI DIDALAM SOLAT. 

Sekali Lagi Harus Di Ingat, KALAU SUDAH BERMAKRIFAT TAK PERLU SOLAT, Disitu Bukan Bermaksud Melarang Untuk Mengerjakan Solat Melainkan Maksudnya Adalah JANGAN ADA KE AKUAN DIRIMU DIDALAM SOLAT.

Soal : " Terus Buat Apa Mereka Berkata Begitu... "??

Jawab : " Supaya Kita Solat Bukan Kerana Menginginkan Pahala Dan Balasan, Bukan Pula Kita Solat Kerana Takut Akan Siksaan Api Neraka,,,  Melainkan Kita Solat Itu Semata - Mata Untuk Allah, Kerana Allah, Buat Allah....Dan Kerana Kita Adalah HAMBA ALLAH.  

KATAKANLAH " Hidup Dan Matiku Hanya Untuk Allah Swt. 

Semoga Dengan Penjelasan Singkat Ini, Boleh Memberikan Kefahaman Bagi Diri Kita Semua, Agar Tidak Salah Faham Didalam Belajar Ilmu Makrifat. 

ILMU MAKRIFAT MENGAJARKAN KE IKHLASAN DIDALAM BERIBADAH.

Dan Semoga Bermanfa'at Dunia Dan Akhirat. 

Salam CINTA KASIH.