Thursday, September 24, 2015

Fizik dan Metafizik: Jembatan Yang Dihurai oleh Sufisme dan Mekanik Kuantum

Fizik dan Metafizik: Jembatan Yang Dihurai oleh Sufisme dan Mekanik Kuantum

oleh
Shahidan Radiman
Pusat Pengajian Fizik Gunaan
Fakulti Sains dan Teknologi
Universiti Kebangsaan Malaysia

Pengenalan

Terdapat 3 tahap ilmu :

1 ilmu melalui intelek diskursif (ilm al aql) yang merangkumi keseluruhan korpus matematik, sains dan teknologi ;

2 ilmu tentang keadaan ( hal/ahwal) yang diterima melalui pengalaman (termasuk pengalaman dzauqi) dan

3 ilmu tentang Rahsia Ketuhanan yang diterima oleh para anbiya’ (a.s) , awliya’ (rah.) dan para solihin.

Kosmologi kalam boleh dikatergorikan kepada ilmu al aql. Para batasan ilmu pertama ini fizik dan metafizik mempunyai antaramuka (barzakh). Pada antaramuka inilah beberapa masalah fizik seperti apa itu jirim dan jisim ( apa itu spin dan inersia , supertali dan membrane) , teori-teori gravity dan masalah asas 

Mekanik Kuantum (peranan kesedaran), misteri masa (contohnya pencabulan CP dan teorem CPT) , kesebaban dan lain-lain akan mendapatkan jawapannya dalam metafizik dalam bentuk topos-teoretik daripada set-teoretik yang lebih sesuai untuk fizik.

Dengan membuat perbandingan dengan apa yang direkodkan dalam pengalaman Susime dan fenomena fizik semasa ( termasuk paradoksnya) , kertas kerja ini cuba memetakan bentuk-bentuk pertalian ini dan mencadangkan program penyelidikan yang sesuai pada antaramuka fizik-metafizik ini.

Kertaskerja ini mencadangkan satu program bahasa sepunya di antara Fizik dan Metafizik , dan ini boleh dibuat melalui “higher order logic” atau logic intuitionistik . Buat masa kini , alat yang sesuai adalah Topos. Bukan saja topos sudah mula digunakan dalam pelbagai bidang khasnya fizik tetapi ia juga sudah dimulakan untuk menerokai bidang batasan seperti Graviti Kuantum dan masalah lain yang tidak terungkai dengan kaedah biasa Fizik-Matematik.

Kajian Fizik adalah satu proses mencerap , mentaakul dan menghuraikan sesuatu fenomena alam fizikal berdasarkan kepada hukum-hukum tabii yang ditemui atau dipostulatkan. Hukum-hukum ini ditulis dalam bentuk persamaan , ketaksamaan atau lain-lain pernyataan matematik dan huraian hukum itu didapatkan berdasarkan selesaian persamaan tersebut .

Soal interpretasi hasil selesaian dan wujudnya selesaian yang banyak sering ditimbulkan sebagai salah satu masalah “songsangan” yang inheren dalam sains tabii. Ini menjadi begitu jelas dalam Mekanik Kuantum sehinggakan masalah “interpretasi” yang asalnya hanya dikhasnya bagi selesaian persamaan Schrodinger sekarang ini menjalar kepada masalah “pengukuran” dan masalah “kewujudan pencerap

Metafizik pula adalah kajian tentang alam ghaib , fenomenanya yang dicerap di alam nyata ( secara langsung atau tidak) dan kaitannya dengan hukum-hukum tabii alam fizikal.

Disebabkan alam ghaib itu lebih luas , lebih tidak diketahui dan sukar diketahui atau kita katakan bahawa alam fizikal (tabii) ini tertanam (embedded) dalam alam ghaib ini dalam topologi yang kita masih tidak ketahui , maka sudah pastinya kajian metafizik menjadi begitu “sukar” mungkin untuk disaintifikkan.

Bagi umat Islam jelas bahawa alam ghaib ini menjadi sebahagian daripada rukun keimanan dan oleh itu pandangan alam mereka tidak akan lari daripada perspektif metafizik betapa hebatnya penyelidikan fizik atau biologinya .

Malah disebalik setiap penemuan baru sains dan disebalik semua penemuan dan pengetahuan baru kita dapati persoalan yang semakin mendalam timbul - di manakah akhirnya , apakah hukum dan model yang lebih tepat dan menyeluruh dan Siapakah yang merancang dan membuatnya sebegitu rupa?

Kalau dulu cerita tentang ulamak Melayu ,Tok Kenali boleh berada dilebih dari satu tempat pada sesuatu masa (1) membuatkan masyarakat merasa begitu pelik , penemuan baru dalam Mekanik Kuantum (2) membuktikan bahawa satu ion beryllium boleh berada dalam dua tempat - paket gelombang terpisah sebanyak 80 nanometer sedangkan saiz ion beryllium itu sendiri bersaiz 0.1 nanometer.

Ujikaji lain (dilakukan oleh Alain Aspect di Institut d’Optique , Paris pada tahun 1980an) terhadap apa yang dipanggil sebagai teori lokal objektif menunjukkan bahawa bagi sesuatu ensembel (kumpulan) zarah , sifat keterikatan (entanglement) zarah-zarah boleh menyebabkan sifat individu zarah tidak wujud lagi .

Apa yang menarik ialah jika hasil ini dipadankan dengan masalah jasad dan roh, jelas bahawa sebahagian sifat kita ada dalam roh dan sebahagiannya dalam jasad kita.

Kita tidak boleh meletakkan seratus peratus sesuatu sifat “ fizikal” semata-mata pada jasad. Ini dapat disahkan dalam banyak pengalaman “spiritual” mereka yang bernasib baik untuk mengalaminya.

Mekanik Kuantum dan Permasalahannya

Menurut Einstein , Mekanik Kuantum mencabul realisme lokal dan determinisme dan oleh itu katanya , Mekanik Kuantum gagal sebagai satu teori yang sempurna sedangkan Bohr menganggap bahawa Mekanik Kuantum sempurna walaupun tidak memenuhi kriteria tadi.

Perbezaan ini akhirnya kita lihat sebagai pandangan Einstein yang ontic berbanding pandangan Bohr yang epistemik , tetapi juga dari segi falsafahnya , bagi Einstein bermazhab Realisme sedangkan Bohr mengikuti mazhab Positivisme.

Tahun 1964 merupakan tahun penentu dengan pembuktian Teorem John Bell yang menyanggah pendapat Einstein dan memenangkan Niels Bohr. Malah menurut John Bell(dlm Bernstein( ) :

” ...for me it is a pity that Einstein idea doesnt work, The reasonable thing just doesnt work.”

Oleh itu , pandangan positivisme Bohr semakin diikuti ramai dan kenyataannya bahawa “ Nothing exists until it is measured” menjadi terkenal . Niels Bohr seterusnya menguatkan interpretasinya dalam Mekanik Kuantum dengan mencadangkan Prinsip Komplimentariti yang menyatakan bahawa jirim dan tenaga boleh menunjukkan sifat gelombang atau sifat zarah , tetapi tidak boleh kedua-dua sifat dalam sesuatu masa (i.e secara serentak).

Kajian terkini menunjukkan terdapat banyak persamaan di antara pandangan Bohr tentang alam tabii ini dengan pandangan Immanuel Kant . Menurut Ross (2007) :

” Einstein always objected to quantum mechanics because his metaphysical realism recoiled from the idea that observation would create a different kind of reality what existed independently. Reality existed in a different way while under observation that it did in itself”.

Ini adalah seperti apa yang disebutkan oleh Immanuel Kant sebagai “things-in-itself”. Pada pandangan Barat Kant merupakan ahli falsafah pertama yang mengkaji bagaimana pemerhati mengenakan syarat kepada sifat objek yang diperhatikan, sedangkan ahli falsafah Islam seperti Mulla Sadra dan lain-lain telah mengkaji perkara lebih awal lagi.

Salah satu lagi kesan pelik di antara pemerhati (pencerap) dengan yang diperhatikan (yang dicerap) ialah kesan kuantum Zeno , di mana zarah meson atau radioaktif yang sedang mereput (decay) akan terbantut proses pereputannya jika dilihat atau dicerap.

Malah , beberapa proses pencerapan telah diambil sebagai menggambarkan “proses” dalam sesuatu “falsafah” . Contohnya , Malin (4) menggunakan falsafah Whitehead untuk menerangkan hasil pengukuran terhadap electron sebagai begini :

Quantum entities , such as electrons exists as fields of potentialities. Once a measurement takes place , the potential becomes actual. That is the collapse ; that is, the probability distribution has “collapsed” to a single location.

Menurut Mc Henry (6) “Malin shows how this process is atemporal because nothing is actually contributed to the physical world until the collapse occurs . The quantum entity is created in the measurement process once the potential becomes actual Prior to its actuality , there is no entity to speak of, but once the process is complete , an event in physical space and time occur. “

Ini bersesuaian dengan apa yang ditulis oleh Heisenber, salah seorang peneroka awal Mekanik Kuantum ( dlm Physics and Philosophy (8)):

“The transition from the “possible” to the “actual” takes place during the act of observation.

Menurut McHenry lagi “ It is well known that Whitehead formulated his event ontology and later his atomistic process metaphysics with the quantum theory in mind. ”

Disebabkan kekalutan dalam memahami proses dan asas Mekanik Kuantum itu sendiri , pelabagai interpretasi dan falsafah timbul dalam bidang ini. Kita lihat sepintas lalu falsafah kuantum seperti dihuraikan di bawah:

Ahli Falsafah Falsafah

George Berkeley (1685- 1753)

Idealisme – tidak ada yang wujud melainkan minda dan persepsi. Di golongkan sebagai idealisme radikal.

Locke , Hume , Hegel

Idealisme yang kurang radikal Kedua-dua bentuk idealisme ini tidak menolong mengembangkan Sains !

Immanuel Kant Semi-idealisme

”Things-in-Itself” –Noumena – sesuatu objek atau benda itu tak bakal diketahui sepenuhnya

Sesuai dengan Interpretasi Copenhagen bagi Mekanik Kuantum ( Bohr dan lain-lain)- positivisme B. Espagnat Realiti Terhijab ( Veiled reality) – reality yang tak bakal diketahui berbanding dengan reality empirikal

Einstein , Rosen , dan lain-lain

Realisme lokal – kita boleh mengetahui Realiti Terhijab jika Teori Mekanik Kuantum itu sempurna.

Bohm , Hiley

Mekanik Bohm – satu interpretasi yang mencabul Teorem Von Neumann . Sama dengan Mekanik Kuantum yang lazim Cuma masalahnya tidak boleh mengambil kira teori kerelatifan

Omnes, Griffith , Hartle

Interpretasi sejarah tekal ( consistent history interpretation) Satu interpretasi yang canggih sebab „tidak perlu membuat pengukuran“ ! Masih dalam kajian yang intens

Mekanik Kuantum dan Kesebaban

Menurut Smolin (9) “ These days many of us working on quantum gravity believe that causality itself is fundamental … and is meaningful even at the level where the notion of space has disappeared.”

Healey (10) menyatakan bahawa “ The 20th Century logical positivist declared that all metaphysical assertions meaningless because they were unverifiable. Their attitude , if not their doctrines have attracted adherents among physicists from heisenber to Hawking. But the positivist’s view of meaning did not hold up to philosopher’s critical scrutiny and metaphysics has emerged once again as a flourishing area of philosophical investigation….Even after the demise of logical positivism, empiricismremains an influential school of thought ..the most notable being

Van Frassen. He maintains that the goal of science is empirical adequacy… But if observation is so important to science , is it not scientifically irresponsible to form beliefs  about things that are NOT observable? “.

Persoalan yang ditimbulkan oleh Healey merupakan persoalan yang telah pun menjadi perdebatan yang hebat di antara Al-Ghazali dengan Ibn Rushd , dan pertentang dalam penulisan para ahli kalam ( al Juwayni , Ashaari , al Maturidi , al Baqillani dan lain-lain) dengan ahli falsafah masyai’yun ( Ibn Sina dan lain-lain).

Contohnya bagi Ibn Rushd (lihat ( ) “ if God creates a knowledge in us , that knowledge is properly designated as knowledge only if it corresponds to a real nature “, sedang bagi al-Ghazali “ the habit of knowing brought about by experience is not knowledge of what is necessary ; only a knowledge produced by God is certain .”

Seterusnya Majid Fakry ( 11) menyatakan “ Ibn Rushd assumes that the supernatural – which for al-Ghazali is fundamental- is a subject which cannot be understood nor even rationally discussed. For al Ghazali , scientific discourse is partial , because it cannot establish whether a given natural cause will be suprseeded by supernatural intervention. Thus , al Ghazali’s goal in Tahafut al Falasifah is to show that philosophy must be subsumed within an intellectual enterprise which includes revealation (wahyu) –and further , that revealation must be regarded as the most superior kind of knowledge.”

Oleh itu , terhadap usaha yang murni dari cendekiawan islam diseluruh dunia untuk membangunkan apa yang dipanggil “Islamic Science” atau “Tauhidic Science” dengan membangunkan semula pendapat dan doktrin yang dicadangkan oleh al-Ghazali dalam banyak penulisannya sebelum ini.

Kesebabab ( causality) menjadi tunjang utama al- Ghazali menentang konsep falsafah Ibn Rushd dan ahli falsafah masya’iyun seperti yang
dihurai dalam Bab 17 Tahafut al-Falasafah.

Menurut al-Ghazali (lihat Majid Fakry ( ))

“natural causes are only contingently causes , their effects only proceed if the True Agent (God) who gave them their causes wishes it. So, created causes are inherently contingent and provisional , relying on God’s continued will for their efficacy and very existence. This is al-Ghazali’s Occasionalisme”.

Bertentangan dengan itu pula menurut (Majid Fakhry ) “ Ibn Rushd view is that if any form of occasionalisme is accepted , there is no
possibility for human knowledge. “

Kenyataan Ibn Rushd tentang occasionalisme (kesempenaan ) ini sekarang terbukti salah/meleset apabila hasil penemuan Mekanik Kuantum menunjukkan bahawa “occasionalisme” ini berlaku yang menunjukkan sifat (attribute) kezarahan atau kegelombangan sesuatu zarah itu terpisah dari jirim tersebut dan hanya muncul apabila dilakukan sesuatu pengukuran/pencerapan terhadap jirim itu.

Berdasarkan kepada fenomena tabii yang berlaku berserta kesebabannya maka kita lihat dua pandangan Kalam yang berbeza telah muncul , satu yang boleh dipadankan dengan pandangan Fizik Klasik moden iaitu pandangan al-Maturidi yang menyatakan secara am bahawa Tuhan menjadikan alam semesta beserta dengan hukum-hukumnya yang tetap dan setiap yang ada di dalam alam semesta akan mempunyai sifat-sifat yang telah ditetapkan dan oleh itu alam tabii adalah deterministic.


Pandangan yang kedua adalah pandangan Abu Hasan Asshaari yang menyatakan bahawa alam semesta itu sendiri tidak mempunyai kewujudannya yang berterusan (perpetual existence) .

Seperti yang dihurai oleh Majid Fakhry pandangan Asshaari ini “

Universe does not have a perpetual, established existence and reality. Nor do things have essential qualities of themselves. God creates the universe anew every moment and direct it continuously by ordering each thing to do what it must do. “

Kita lihat bahawa pandangan as-Shaari ini lebih mirip kepada pandangan pada tahap Kuantum, di mana alam serba –serbi “chaotic” dan tidak deterministik ( dari pandangan manusia) malah jirim sendiri bersifat dualistik.

Dalam kajian termodinamik moden telah ditemui bahawa arah anak panah kesebaban (causal arrow of time) bukanlah sesuatu yang semesta (universal) samada secara klasik mahupun kuantum.

Namun semua teori interaksi ( ada 4 interaksi asas iaitu Elektromagnet , Kuat, Lemah dan Graviti) mestilah mengikuti Teori Medan Kuantum yang wajib invarian CPT ( C-konjugasi cas , P –Pairit dan T – songsangan masa).

Dengan penemuan pencabulan CP dalam beberapa system zarah meson (khasnya K-meson atau kaon dan B-meson) , pencabulan T adalah sesuatu yang mungkin dan oleh itu mungkin pembuktian bahawa kesebaban ( causality) iaitu sesuatu fenomena fizikal mesti mempunyai sebab (cause) untuk terjadi boleh acapkali berlaku tidak lagi diikuti atau hukum sebab-musabab itu tidak diikuti lagi (sekurang-kurangnya dalam dunia mikroskopik meson!

Atau dalam erti lain ,

Tuhan berbuat apa yang Dia suka). Mungkin itulah yang pernah diutarakan oleh Sadr alDin Shirazi (Mulla Sadra) yang pernah menulis dalam kitabnya “ al Mazahir al Ilahiyyah fi asrar al Ulum Kamaliyyah” sebagai berikut ( lihat Ibrahim Kalin ( )) :

“ there is nothing in Existence except the Essence, Attributes and Doings (Actions) of God which are reflections of His Names and manifestations (mazahir) of His Attributes).

Dalam erti lain, semua yang berlaku ini perbuatanNya dan Dialah juga yang menentukannya.

Timbulnya Metafizik dalam Fizik

Para pengkaji teori kuantum diBarat , antaranya ....... pernah menulis

” ..There is a limit called holism of quantum theory which should explain the Big Bang (why , how, what is before etc) but everyone is trying to understand what this holism is all about ( good try by David Bohm who wrote “ Wholeness and Implicate Order” ) .

Hadith Qudis ada menyebutkan : “Aku (Tuhan) adalah Perbendaharaan Rahsia dan Aku ingin untuk diketahui. Oleh itu Aku ciptakan makhluk agar Aku diketahui “

Oleh itu , menurut Nasr

“ All of God’s creation is a manifestation of His Infinite creative power and desire for self-revealation . Every creature in its form (surah) and essence (makna) manifests God to Himself , regardless of whether it is aware or unaware of itself being a locus of Divine manifestation. ….The spiritual significance of all Islamic cosmology is to provide knowledge of the cosmos so as to transform the cosmic reality from opacity to transparency ( zulumati ilannur ), from aveil to means of unveiling the Divine Reality which the cosmoc veils and unveils by its vry nature. The goal is to reveal Unity ( al- Tauhid) as reflected in the world of multiplicity. “

Kepelbagaian ini merupakan penjelmaan dari sifat-sifat ciptaan yang mengambil sebahagian dari sifat-sifat Tuhan dalam bentuk hiraki kejisiman ( dari skala kosmologi kepada skala Planck) dan hiraki kewujudan ( dari yang fizik kea lam ghaib dan seterusnya ghaibul ghaib) seperti yang dibincang oleh Sdar al Din Shirazi dalam kitab al Asfar.

Ibn Arabi telah membawa konsep Ketuhanan yang berakar umbi dalam penciptaan makhluk dengan lebih mendalam dan lebih berani lagi. Katanya (lihat Hirsteinstein ( ))

“ there is ultimately but One Being, One reality , all else consisting of
reflections of the Divine Names and Qualities upon the mirror of “non-existence. …. For Ibn Rabi , the cosmos and the self are two realities within which the Real Self –disclosure may be witnessed. Everything in the cosmos is created by His Word so that everything is the messenger of God. The cosmos , all of it , is a book inscribed ( al-Quran 52:2) since it is an orderly arrangements , parts of which have been joined to other parts.

Menurut para ahli Sufi , bahan binaan alam-i-khalq ( alam ciptaan = alam fizik) adalah jirim sedang bahan binaan alam-i-amr ( alam ruh = alam kesedaran) adalah latifah.

Daripada sembilan latifah itu , lima ada dalam diri manusia yang disebut sebagai hati (qalb) , sir , ruh , khafi dan akhfa. Setiap latifah ini akan mengalami kefanakannya sendiri untuk mendapatkan ilmu tentang ketuhanan bagi mengenali Yang Haqq .

Bagi al-Ghazali dan Ashaari “ God’s Essence are not dependent but His Attributes are dependent and superadded to the Essence”.

Dalam al Maqasid al Falasifa , al Ghazali menyatakan Dua-belas huraian mengenai Tuhan Wajibul Wujud dan beliau menggunakan dua jenis sillogisme ( kategori dan konjunktif) bagi menentang fahaman-fahaman menyeleweng ahli falsafah .

Timbulnya metafizik dalam Fizik bermula dengan persoalan dan paradoks dalam Mekanik Kuantum ) termasuk persoalan asas (foundational problems) sehingga diperlukan falsafah sebagai prinsip penerokaan ( guiding principle).

Contohnya , apabila John Bell menerbitkan Teorem bell nya pada tahun 1964 , David Bohm , salah seorang peneroka Interpretasi Bohm-Hiley (Bohmian Mechanics) dalam Mekanik Kuantum meninterpretasi teorem tersebut kepada 3 perkara ( lihat ……..: (i)

everything in the Universe is a kind of total rapport, so whatever happens is related to everything else (nonlocal) (ii) there is some kind of information that can travel faster than the speed of lightdan (iii) it may mean that our concept of space and time have to be modified in someway that we don’t understand them.

Sehingga kini ketiga-tiga pandangan tersebut sedang dikaji dan dibuktikan. Dalam hal (i) , Geoffrey Chew telah mencadangkan konsep ”bootstrap” dalam teori hadron yang menyatakan zarah-zarah asas terkait dengan yang lain ( sekarang ini kita tahu ini adalah satu sifat ”asymptotic freedom” dalam teori Kromodinamik Kuantum ) .

Ibn Arabi , contohnya dalam Fusus al Hikam ada menyebutkan

” Every particle of the world is from the whole of the world. That is , every single particle is capable of receiving into itself all the realities of all the other single particles of the world “.

Adakah Ibn Arabi bersetuju dengan kenyataan Bohm ke(ii)? Malah kenyataan (i) merupakan Prinsip Mach yang sudah terbukti sekarang (secara teori dan ujikaji) bahawa inersia semua jirim mendapat sumbangan dari semua jisim di seluruh alam semesta!

Salah satu Interpretasi Mekanik Kuantum yang mempunyai nilai metafiziknya tersendiri adalah interpretasi Everett-Wheeler.

Interpretasi ini menyatakan bahawa semua jalan laluan kepada sesuatu peristiwa kuantum wujud , tetapi apabila sesuatu pengukuran dibuat iaitu satu penentuan peristiwa sudah dilakukan , maka hanya jalan laluan ( alam selari) yang menghasilkan peristiwa yang diukur itu yang masih kekal dan alam-alam selari yang lain menghilang ( terpadam , dalam alam mithal?) .

Menurut David Deutsch salah seorang pendokong interpretasi alam selari ini ,

“ The real world is the multiverse and it does contain many universes. The point that theorists tend to miss is that the multiplicity of reality is not or even primarily a consequence of quantum theory. Rather, it is quite simply an observed fact.” .

Jadi , alam-alam selari ini bukanlah disebabkan oleh “pandangan teori kuantum” tetapi sesuatu yang boleh dicerap dan berlaku secara semulajadi.

No comments:

Post a Comment