Friday, September 4, 2015

Aku Memuji Akan Diriku Sendiri

AKU MEMUJI AKAN DIRIKU SENDIRI

Segala puji-pujian hanyalah untuk diriku sendiri yang sebenar-benarnya, aku memuji akan daku dengan pujian ku sesungguhnya tiadalah engkau dapat memuji pada barang yang mati kerana kau itu bersifat mayat yang tiada apa apanya.

Oleh itu keluarlah engkau dari kongkongan sifat kehancuranmu itu kerana ia adalah hijab antaraku dengan rahsiaku.

Masuklah kedalam gerbang hadratku barulah engkau dapat mengetahui antara yang memuji dan yang djpuji, antaraku dan rahsiaku tiadalah hijab yang yang dapat menghadang kerana semua itu akan lenyap dan binasa akibat dari kekuatan puji-pujianku.

Ingatlah wahai insan tiadalah engkau memuji ketika engkau memuji hakikatnya akulah yang memuji ketika engkau memuji akan daku, janganlah engkau memujiku dengan pujianmu kerana pujianmu itu hanyalah bersifat dusta belaka.

Disini kita mesti ingat bahawa kita ini sebenarnya tiadalah berkuasa memuji nya akan tetapi dialah yang memuji akan dirinya sendiri kita ini hanyalah sebuah alat kewayangan bagi allah sahaja.

Lantaran dari itulah kita mesti memahami akan kedudukan makam puji-pujian itu baharulah kita dapat mengerti akan makna nya untuk kita mengetahui rahsia hakikat pujian ini kita perlu mengupas beberapa rahsia yang bersangkutan dengan makam pujian itu sendiri.

rahsianya itu adalah seperti berikut iaitu...............

-Tidaklah kita memuji ketika kita memuji.

Sebenarnya hakikat inilah yang perlu kita tahu kerana ia adalah asas bagi kedudukan hakikat makam puji ini, oleh itu kita mesti tahu bahawa hakikat kalam itu adalah allah s.w.t kerana kalam itu adalah kalam nya dan ianya di tumpangkan pada sifat pencetus kalam iaitu (mulut dan lidah).

Oleh itu tanpa kalam itu maka mulut dan lidah kita takkan dapat berkata-kata apa-apa pun, maka cuba kita perhatikan dari mana kalam itu dan siapa yang di puji nya,,,, maka jelaslah bahawa puji itu datangnya dari allah dan dialah yang dipuji melalui mulut lidah kita dengan bahasa kalam insan berdasarkan kalam allah.

Inilah hakikat bagi makna puji dan inilah maksud bagi tidaklah kita memuji ketika kita memuji. Maka hendaklah kita memahami secara mendlm dan jelas akan kaedah ini dan janganlah kita mengadakan kedudukkan pujian kita kerana pada kita tidaklah mempunyai hakikat pujian walau sedikit pun.

Tiadalah Engkau Diwaktu Aku Memuji

Bagiku engkau hanyalah patung kewanyangan sahaja yang tidak punya apa-apa pun maka tiadalah alasan bagimu untuk mengatakan engkau itu memuji„„,

Kedudukkan inilah yang kita perlu duduki semasa kita menjalani ibadah kerana IA adalah suatu permahaman yang terbaik bagi kita.

Sifat Allah taala yang telah kita kandung itulah yang menjadi perantara antara hamba dan tuhan dari kalam tuhan menjadi kalam hamba dan kalam hamba itu adalah hakikat kalam tuhan kerana hakikat kehambaan itu adalah ketuhanan yang sejati.

Pemahaman ini sememangnya telah lama diterap kedalam pehgikut-pengikut aliran sufisme.

Fahaman ini sengaja saya suntikkan kedalam diri anda agar kita semua dapat menjalani peramalan yang sempurna dengan pedoman-pedoman yang jelas dan terang untuk itu anda perlu memahami nya kerana ia salah satu bentuk ajaran dari permahaman ahli-ahli tasauf yang agong, konteks ini adalah berdasarkan ayat yang berbunyi.....................

____ لا تتحرك ذرة الا باذن الله
(Tidaklah bergerak suatu zarrah itu melainkan dengan izin Allah)

Dengan ini telah jelaslah kita bahawa setiap apa yang terjadi itu berdasarkan keizinan allah s.w.t yang mengadakan dan menyatakan gerak laku pada hamba nya, Allah s.w.t lah hakikat dari segala gerak dan gerik pada hambanya tiadalah kita bercampur dengan perbuatan hambanya atas perbuatan gerak laku yang terjadi pada hambanya kerana segala sesuatu itu datangnya dari tajalli sifat qudrat dan irodhat nya.

Perkara yang terbit dari kata-kata itu adalah hakikat dari kalam Allah atas nama izin nya, kerana berpandu pada dalil..............

______قف كل من عند الله
(Katakanlah segala sesuatu itu datangnya dari Allah)

Maka tiada alasan lagi untuk kita mengatakankita ini berkuasa atas sesuatu dan mendatangkan sesuatu yang sememangnya kita tiada memiliki sesuatu itu, betapa ruginya kita jikalau kita mengatakan kita ini punyai sesuatu dan dapat mendatangkan sesuatu atas daya usaha kita kerana kita ini hanya alat atau medium (perantara) bagi zat dan sifatnya.

Selagi kita yakin yang kita ini dapat melaksanakan peramalan atau lain nya maka kita telah termasuk didalam hukum syirik dengan nya kerana ada dua kuasa dan bercampur dengan dua daya kuasa iaitu kuasa Allah dan kuasa kita maka janganlah kita mengambil fahaman ini.

Pujianku pada mu itu adalah pujianmu padamu tiada sedikit pun dariku yang terbit daripada ku. Penafian kita pada keadaan inilah yang perlu kita laksanakan didalam amal ibadat kita yang dilakukan pada setiap hari.

Sekian.

No comments:

Post a Comment