Tuesday, December 31, 2019

Kewajaran Ilmu Mengenal Diri

Bila kita membicarakan "ILMU MENGENAL DIRI" tentu ramai dari kita yang akan menyangka bahawa yang akan di bicarakan ialah diri yang kelihatan iaitu jasad kasar kita ini atau yang di kenali dengan panggilan badan, tapi sebenarnya tidak! Diri yang di maksudkan itu ialah "DIRI SEBENAR DIRI", yang duduknya di dalam jasad atau badan kasar kita ini. Untuk itu kita haruslah memahami yang mana jasmani dan yang mana rohani, yang mana diri terdiri dan diri terperi, yang mana jiwa dan yang mana raga dan yang selalu jadi sebutan orang iaitu yang mana zahir dan yang mana batin. Kita harusnya faham perbezaan dua kata-kata ini, sebelum kita lafazkannya.

Perlulah di ketahui bahawa kita ini secara amnya terbahagi kepada dua, iaitu yang dipanggil jasmani (jasad) dan rohani (roh). Ada juga orang memanggil jiwa dan raga dan banyak lagi nama nama yang di beri kepada diri dan jasad untuk mudah di fahami dan mengikut perguruan tertentu.

Jasmani tentunya berbeza dari rohani, jiwa berbeza dari raga dan pastinya zahir berbeza dari batin, jika tidak mengapa ada dua perkataan tersebut yang sentiasa menjadi sebutan kita? Kita semua tahu dan selalu menyebut akan kalimah ini, tapi tahukah kita perbezaan antara keduanya? Perbezaan inilah yang ramai antara kita tidak dapat menerangkan dengan jelas apa lagi untuk dapat merasakan perbezaannya.

Kebanyakan dari kita beranggapan bahawa jasad kasar kita ini atau badan kita inilah di panggil "DIRI" dan dapat hidup sendiri sendiri, tetapi sebenarnya JASAD atau BADAN KASAR kita ini yang kita jaga dan perindahkan ini, sebenarnya ialah benda mati, yang tidak dapat berbuat apa-apa jika tidak ada "PENGHIDUPNYA" yang duduknya di dalam jasad itu sendiri. Penghidup inilah yang dipanggil DIRI SEBENAR DIRI. Diri yang berdiri dengan sendiri dan yang ujud apabila Roh memasuki jasad, oleh itu fahamlah kita bahawa diri sebenar diri ujud sesudah roh berada di dalam jasad.

Ada berbagai cara dan kaedah digunakan untuk mengenal "DIRI" ini, bergantung kepada perguruan dan kaedah guru-guru mengajar kepada murid-muridnya. Semua perguruan ini benar dan cara apa sekali pun di gunakan, tujuannya satu iaitu untuk mengenal "DIRI SEBENAR DIRI".

Inilah rahsia hidup kita dan "DIRI" inilah yang menghidupkan jasad selagi ada hayatnya di dunia ini, "DIRI" ini harus di kenal dan dirasai sepenuhnya oleh kita, kerana ia mengandungi banyak rahsia dan serba guna, di dunia dan akhirat.

Kenalkah "DIRI" tadi kepada Allah? Sudah tentu kerana dia datang dari sana, dari MAHA pencipta dan MAHA besar.

Banyak lagi persoalan yang akan timbul apabila kita dapat mengenal "DIRI" kita yang sebenar benar "DIRI" ini, kita harus belajar dari "DIRI" ini:

Dia mengetahui kerana dia datang dari yang MAHA mengetahui.
Dia bijak kerana datang dari yang MAHA bijaksana.
Dialah Guru Mursyid yang tidak berbentuk dan tidak terbentuk.
Kehidupan sebenar ialah di dalam diri dan kehidupan dunia ini mendatang kemudian.

Kesimpulannya kenalilah "DIRI" kita ini yang dialah sebenar benar "DIRI" dan kemukakanlah dia dalam segala urusan kita di dunia ini sementara menunggu hari yang kekal abadi, kerana dia kekal dan di kekalkan.

Ilmu Mengenal Diri ialah satu ilmu pengetahuan yang harus di ketahui oleh semua orang kerana tiap-tiap manusia membawanya di dalam jasad kasar mereka, haruskah penghidup jasad kita ini kita biarkan begitu saja tanpa mengenali dan merasakannya, hanya semasa maut hampir datang menjemput baru kita sedar yang dia akan meninggalkan kita..

PERLU DIINGATKAN Belajar Ilmu Mengenal Diri ini adalah untuk pegangan @ iktiqad  tauhid dan mengESAkan Allah sebagai bekalan di hari akhirat. Jika dunia yang kita kejar, belum tentu akan tercapai tetapi jika akhirat yang kita kejar, dunia akan ikut bersama. Janji Allah itu PASTI.

Belajar Ilmu Mengenal Diri Ini:
BUKAN untuk menjadi hebat.
BUKAN untuk menjadi kuat.
BUKAN untuk dapat melihat alam ghaib.
BUKAN untuk ghaib dari pandangan.
BUKAN untuk dapat berjalan di atas air.
BUKAN untuk boleh terbang.
BUKAN untuk menjadi bomoh.
BUKAN untuk menjadi kebal dan sebagainya...

Wallahu A'lam ..

الَهِى اَنْتَ مَقْصُوْدِي وَرِضَاكَ مَطْلُوْبِيْ


No comments:

Post a Comment