Thursday, May 19, 2016

Sifat Jamal dan Jalal

Duhai perindu الله

Hadits Tirmidzi 2066

حَدَّثَنَا هَنَّادٌ حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ أَبِي سُفْيَانَ عَنْ أَنَسٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُكْثِرُ أَنْ يَقُولَ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ آمَنَّا بِكَ وَبِمَا جِئْتَ بِهِ فَهَلْ تَخَافُ عَلَيْنَا قَالَ نَعَمْ إِنَّ الْقُلُوبَ بَيْنَ أُصْبُعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ اللَّهِ يُقَلِّبُهَا كَيْفَ يَشَاءُ قَالَ أَبُو عِيسَى وَفِي الْبَاب عَنْ النَّوَّاسِ بْنِ سَمْعَانَ وَأُمِّ سَلَمَةَ وَعَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو وَعَائِشَةَ وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ وَهَكَذَا رَوَى غَيْرُ وَاحِدٍ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ أَبِي سُفْيَانَ عَنْ أَنَسٍ وَرَوَى بَعْضُهُمْ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ أَبِي سُفْيَانَ عَنْ جَابِرٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَحَدِيثُ أَبِي سُفْيَانَ عَنْ أَنَسٍ أَصَحُّ

BerDoa Rasulullah "YA MUQALLIBAL QULUUB TSABBIT QALBII 'ALAA DIINIKA" (wahai Dzat yg membolak balikkan hati teguhkanlah hatiku berada di atas agamamu). Kemudian aku pun bertanya, Wahai Rasulullah, kami beriman kepadamu & kepada apa yg engkau bawa. Lalu apakah diri mu  masih khawatir kepada kami?
Baginda menjawab: Ya, karena sesungguhnya hati manusia berada di antara dua gengaman( jari) الله yg Dia bolak-balikkan menurut yg dikehendaki-Nya [HR. Tirmidzi )

Sesungguhnya alam dunia yg terbentang ini adalah tempat الله memantulkan Dua SifatNya Yg Agung yakn Jalal Dan JamalNya, justeru itu insan wajib fahami  bahwa kehidupan ini adakalanya penuh keindahan dan adakalanya penuh menyakitkan. Ia sering berganti bagaikan siang dan malam antra dua gengaman الله.

Apabila DIA memantul pd mu akn sifat JamalNya dlm pelbagai bentuk, maka tika itu engkau akn merasai kebahgiaan dan kenikmatan dengannya, apabila DIA memantulkan Sifat JalalNya dlm pelbagai bentuk, maka tika itu engkau merasai ketakutan,kepedihan dan kesengsaraan dgnnya..

Justeru itu kehidupan ini wajib difahami tidak lain hanyalah kita berada dlm cahaya pantulan dua gengaman Jalal dan JamalNya, DIA mahu menguji hambaNya dgn dua wajah sifatNya, apabila Dia menguji dengan pantulan cahaya jamal dlm bentuk wajah ibubapa yang penyayang, isteri@suami yg baik,rezeki yg baik,amal yg baik dan takdir2 kebaikan atau kenikmatan,adakah hambaNya bersyukur atau tidak?

Dan Dia juga mahu menguji kita tika cahaya JalalNya dipantul dlm bentuk wajah  mrk yg tak disenangi,takdir yg  menyakitkan dan lainnya ,adakah hambaNya bersabar atau tidak...

Mrk yg mrngerti makna kehidupan ini fahami akn doa Rasulullah Salallahialahiwslm yg berdoa agar hati2 insan ini tetap pd الله walaupun apa saja Sifat yg dipantulkan samada wajah Jalal atau Jamal. Mereka yg ada makrifat dapat  melihat bahwa wajah الله jua disebaliknya wajah kebahgiaan dan kesakitan,

justeru itu apabila mereka diselubungi  cahaya JamalNya,maka dia sujud bersyukur menangis pd الله dan tiada  kesombongan,dia tahu bila2 masa sahaja bentuk2 yg indah bersamanya kini boleh hilang Apbila pantulan jamal itu ditarik.

Begitu juga apabila dirinya diselubungi dgn cahaya JalalNya,maka dia akn sujud penuh kesabaran menangis pd  الله dgn penuh pasrah, dirinya amat menyakini bahwa bila2 masa shj bentuk2 kesakitan yg dilaluinya kini boleh hilang apabila pantulan JalalNya ditarik..

Sesungguhnya disebalik akn pantulan JamalNya ada JalalNya, disebalik JalalNya ada JamalNya. Maka berterbangan ia di alam ini dgn memakai dua sayap SABAR dan SYUKUR hingga penghujung kehidupannya agar pertemuan dgn الله dlm kecintaanNya..

Syurga adalah pantulan Sifat JamalNya,justeru itu Kehidupan di Syurga segala-galanya indah lantaran hanya pantulan Sifat JamalNya shj yg ada,

Neraka adalah pantulan Sifat JalalNya, justeru itu kehidupan Neraka segala-galanya menyakitkan lantran pantulan sifat JalalNya sahaja yg ada..

Untung dan bahgialah  mrk yg kehidupannya disana dlm selubung sifat JamalNya yg abadi  yakni Jannah,
Rugi dan sengsaralah mrk yg kehidupannya disana dlm selubung JalalNya yg abadi yakni Neraka..

Duhai perindu الله

Tajamkan matahati dlm melihat gurau senda الله dlm kehidupan  mu disebalik Wajah Jalal dan JamalNya agar tetap dirimu bertunjang teguh keimanan pdNya..

Firman الله
Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran(Jalal) disana ada kebahgiaan(jamal)
dan bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran (jalal) disana adanya disertai kebahgiaan(Jamal)..surah al Inshirah ayat 5-6

Para kekasih اللهyg miliki hati yg tenggelam dlm Allah tetap menikmati sama sahaja samada الله dtg dlm bentuk Jalal atau JamalNya..

Firman الله "Sesungguhnya para wali2 ALLAH  Tiada ketakutan dan tiada pula bersedih hati " Surah Yunus ayat 63

Nafsunya sudah mati dgn dunia, maka terserah pd الله bagaimana mahu memperlakukannya, dirinya adalah mayat dlm kehidupan inj, sesungguhnya mayat sudah tidak merasai apa jua dikelilinginya,sama saja dijirus air yg wangi atau yg tiada wangi

Walllahulam

7 comments: