Thursday, May 19, 2016

Sifat Jamal dan Jalal

Duhai perindu الله

Hadits Tirmidzi 2066

حَدَّثَنَا هَنَّادٌ حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ أَبِي سُفْيَانَ عَنْ أَنَسٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُكْثِرُ أَنْ يَقُولَ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ آمَنَّا بِكَ وَبِمَا جِئْتَ بِهِ فَهَلْ تَخَافُ عَلَيْنَا قَالَ نَعَمْ إِنَّ الْقُلُوبَ بَيْنَ أُصْبُعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ اللَّهِ يُقَلِّبُهَا كَيْفَ يَشَاءُ قَالَ أَبُو عِيسَى وَفِي الْبَاب عَنْ النَّوَّاسِ بْنِ سَمْعَانَ وَأُمِّ سَلَمَةَ وَعَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو وَعَائِشَةَ وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ وَهَكَذَا رَوَى غَيْرُ وَاحِدٍ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ أَبِي سُفْيَانَ عَنْ أَنَسٍ وَرَوَى بَعْضُهُمْ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ أَبِي سُفْيَانَ عَنْ جَابِرٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَحَدِيثُ أَبِي سُفْيَانَ عَنْ أَنَسٍ أَصَحُّ

BerDoa Rasulullah "YA MUQALLIBAL QULUUB TSABBIT QALBII 'ALAA DIINIKA" (wahai Dzat yg membolak balikkan hati teguhkanlah hatiku berada di atas agamamu). Kemudian aku pun bertanya, Wahai Rasulullah, kami beriman kepadamu & kepada apa yg engkau bawa. Lalu apakah diri mu  masih khawatir kepada kami?
Baginda menjawab: Ya, karena sesungguhnya hati manusia berada di antara dua gengaman( jari) الله yg Dia bolak-balikkan menurut yg dikehendaki-Nya [HR. Tirmidzi )

Sesungguhnya alam dunia yg terbentang ini adalah tempat الله memantulkan Dua SifatNya Yg Agung yakn Jalal Dan JamalNya, justeru itu insan wajib fahami  bahwa kehidupan ini adakalanya penuh keindahan dan adakalanya penuh menyakitkan. Ia sering berganti bagaikan siang dan malam antra dua gengaman الله.

Apabila DIA memantul pd mu akn sifat JamalNya dlm pelbagai bentuk, maka tika itu engkau akn merasai kebahgiaan dan kenikmatan dengannya, apabila DIA memantulkan Sifat JalalNya dlm pelbagai bentuk, maka tika itu engkau merasai ketakutan,kepedihan dan kesengsaraan dgnnya..

Justeru itu kehidupan ini wajib difahami tidak lain hanyalah kita berada dlm cahaya pantulan dua gengaman Jalal dan JamalNya, DIA mahu menguji hambaNya dgn dua wajah sifatNya, apabila Dia menguji dengan pantulan cahaya jamal dlm bentuk wajah ibubapa yang penyayang, isteri@suami yg baik,rezeki yg baik,amal yg baik dan takdir2 kebaikan atau kenikmatan,adakah hambaNya bersyukur atau tidak?

Dan Dia juga mahu menguji kita tika cahaya JalalNya dipantul dlm bentuk wajah  mrk yg tak disenangi,takdir yg  menyakitkan dan lainnya ,adakah hambaNya bersabar atau tidak...

Mrk yg mrngerti makna kehidupan ini fahami akn doa Rasulullah Salallahialahiwslm yg berdoa agar hati2 insan ini tetap pd الله walaupun apa saja Sifat yg dipantulkan samada wajah Jalal atau Jamal. Mereka yg ada makrifat dapat  melihat bahwa wajah الله jua disebaliknya wajah kebahgiaan dan kesakitan,

justeru itu apabila mereka diselubungi  cahaya JamalNya,maka dia sujud bersyukur menangis pd الله dan tiada  kesombongan,dia tahu bila2 masa sahaja bentuk2 yg indah bersamanya kini boleh hilang Apbila pantulan jamal itu ditarik.

Begitu juga apabila dirinya diselubungi dgn cahaya JalalNya,maka dia akn sujud penuh kesabaran menangis pd  الله dgn penuh pasrah, dirinya amat menyakini bahwa bila2 masa shj bentuk2 kesakitan yg dilaluinya kini boleh hilang apabila pantulan JalalNya ditarik..

Sesungguhnya disebalik akn pantulan JamalNya ada JalalNya, disebalik JalalNya ada JamalNya. Maka berterbangan ia di alam ini dgn memakai dua sayap SABAR dan SYUKUR hingga penghujung kehidupannya agar pertemuan dgn الله dlm kecintaanNya..

Syurga adalah pantulan Sifat JamalNya,justeru itu Kehidupan di Syurga segala-galanya indah lantaran hanya pantulan Sifat JamalNya shj yg ada,

Neraka adalah pantulan Sifat JalalNya, justeru itu kehidupan Neraka segala-galanya menyakitkan lantran pantulan sifat JalalNya sahaja yg ada..

Untung dan bahgialah  mrk yg kehidupannya disana dlm selubung sifat JamalNya yg abadi  yakni Jannah,
Rugi dan sengsaralah mrk yg kehidupannya disana dlm selubung JalalNya yg abadi yakni Neraka..

Duhai perindu الله

Tajamkan matahati dlm melihat gurau senda الله dlm kehidupan  mu disebalik Wajah Jalal dan JamalNya agar tetap dirimu bertunjang teguh keimanan pdNya..

Firman الله
Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran(Jalal) disana ada kebahgiaan(jamal)
dan bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran (jalal) disana adanya disertai kebahgiaan(Jamal)..surah al Inshirah ayat 5-6

Para kekasih اللهyg miliki hati yg tenggelam dlm Allah tetap menikmati sama sahaja samada الله dtg dlm bentuk Jalal atau JamalNya..

Firman الله "Sesungguhnya para wali2 ALLAH  Tiada ketakutan dan tiada pula bersedih hati " Surah Yunus ayat 63

Nafsunya sudah mati dgn dunia, maka terserah pd الله bagaimana mahu memperlakukannya, dirinya adalah mayat dlm kehidupan inj, sesungguhnya mayat sudah tidak merasai apa jua dikelilinginya,sama saja dijirus air yg wangi atau yg tiada wangi

Walllahulam

Tauhid Dzat

Tauhid Dzat

Duhai perindu الله

FirmanNya  قل هو الله احد

Katakan(Ya Muhamad) الله itu Yang Maha Esa

Mana mungkin terpantul segala wajah infeal jika tiada wajah afaal ,mana mungkin terpantul Afaal jika tiada  Asma, mana  mungkin terpantul Asma jika tiada Sifat,mana mungkin terpantul sifat  jika tiada diri pemiliknya. Sesungguhnya
Afaal,Asma dan Sifat tiada lain adalah wajah Diri DZATNYA jua..

Mana  mungkin ada buah tanpa ada dahannya,mana mungkin ada dahan tanpa ada batangnya,mana mungkin ada batang tanpa ada akarnya.Sesunnguhnya buah,dahan,daun,batang dan akar adalah menceritakan ttg hal "pokok".

Kalau kita teringat akn pokok kelapa, maka dengan sendirinya dtg gambaran akn  bentuk daunnya,pelepahnya,bentuk buahnya,batangnya yg tinggi dan akarnya yg kuat dibumi.Tiada berpisah jua akn daun,dahan,batang,akar dan benih melainkan utk menunjukan kesempurnaan sebuah pokok kelapa

Maka Tauhid Dzat tiada lain seorg hamba telah terpantul pd qalbinya pantulan bahwa segala apa jua pantulan Afaal,Asma danSifat " tiada lain adalah pantulan kpd menunjukkan " Wujud DzatNya" jua. Diri DzatNya memperkenalkan diriiNya bernama الله  khusus utk dipanggil, diseru dan dipuji oleh sekelian HambaNya,

Maka jika melihat akan wujud diri mu atau alam,maka fahamilah tiada lain ia adalah pantulan kesan wujud diriNya.  Diri mu dan alam tiada wujud pd hakikatnya,hanya wujud dlm bentuk bayangan pantulanNya sahaja. Wujud diri mu  tiada lain melainkan DIA mahu menyatakan ttg wujud diriNya bkn wujud diri mu,..

Bagaimana kejahilan insan yg tercabut cahaya dlm hatinya hingga DiA buta utk melihat bahwa wujud dirinya adalah tempat yg paling  jelas الله menunjukkan WujudNya, justeru DiriNya amat hampir hingga tersilau Hamba itu utk melihat wujud diriNya, hanya terhenti  melihat pd wujud dirinya semata2 tanpa dpt  melihat  wujudnya hanya pantulan dari pemilik pantulan yakni الله

Tiadalah pensaksian yg paling  hampir dan nyata utk insan  menyaksikan dalil wujud Allah  melainkan Dirinya sendiri.

Firman Allah"  وفي ان فسكم افل تبصرون
Pada diri mu knp engkat tidak melihat

Sesungguhnya hambaNya yg telah bening jiwanya dan tenang nafsunya akn dipantulkan akn Allah wajahNya ke dlm cermin jiwanya,  hingga tiada lagi dia menyaksikan akn segala wujud melainkan hanya lah pantulan dari wujud Allah jua,, semakin bening jiwanya maka semakin kuat pantulan yg diterima dan semakin ghaiblah dirinya dan alam dlm kemabukan penyaksian Wujud Allah yg Ahad

Maka benarlah ia menyaksikan dgn cermin hatinya
firmanNya " قل هو الله احر

Duhai perindu Allah,

Jgn engkau zalimi diri mu hingga cermin hati mu tiada dpt terima pantulanNya padahal DiriNya amat mahu  memantulNya agar kembali diri mu kenal akn diriNya.

PantulanNya tiada dpt ditangkap oleh cermin hati mu melainkan hati mu telah kau beningkan dgn nur   ,  nafsu mu telah engkau tenangkan gejolaknya, cermin hati mu telah bertawajuh  pdNya dan  engkau hilangkan apa jua penutup yg menutup cermin hati mu

Wallahulam.

Saturday, May 14, 2016

Tauhid Sifat

Tauhid Sifat

Sesungguhnya الله  memiliki akan segala sifat2 Yg Agung yg tiada terkira, alam dan insan adalah tempat Dia  memantulkan segala sifat2Nya Yg Agung dan Indah agar Dia tetap menyaksikan Keagungan dan KeindahanNya dan sekelian makhluk jg menyaksikan. Maka bertasbih apa yg ada dilangit dan dibumi kpdNya.

Jika pada alam الله memantulkan imej sifat dan AsmaNya secara berpecah2, pada insan dipantulkan secara sempurna.
FirmanNya  لَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ فِىٓ أَحۡسَنِ تَقۡوِيمٍ۬
Sesungguhnya Kami mencipta insan adalah sebaik-baik kejadian"

Perhatikan duhai insan akan tujuh sifat maani yg ada pada diri mu yakni Sifat melihat,mendengar,berkalam,ilmu, hidup,kudrat dan iradah. Adakah engkau pemilik sifat tersebut atau engkau hanya tempat DIA menunjukkan sifatNya.?

Pada  insan dipancarkan imej 7 sifatNya hingga terzahir pdnya 7 sifat pd dirinya. Sifat melihatNya terpancar imej berbentuk 2 biji mata yg indah,sifat mendengar terpancar imej berbentuk dua telinga yg indah,sifat kalam terpancar imej berbentuk mulut yg indah , sifat hayat terpancar imej pd hidung, sifat ilmu terpancar imej berbentul akal,sifat kehendak terpancar imej berbentuk hati, sifat kudrat terpancar imej berbentuk tubuh yg ada gerak dan diam.

Hakikatnya bahwa bahwa insan tiada  miliki Sifat2 tersebut melainkan hanya tempat menerima pantulan 7 sifat maaniNya shj. Segala2 imej2 yg berbentuk mata,telinga,mulut,hidung,akal,hati dan anggota tubuh tiada berfungsi Jka tiada dipantulkan segala sifat2Nya pd imej2 tersebut.

Ia hanya sebuah patung yg dicipta dari setitis airmani yg hina(saripati tanah), namun diri patung inilah yg mahu berlagak Tuhan dialam ini lantaran kejahilan, Allah hanya "tersenyum" melihat simiskin yg berlagak kaya, sipatung berlagak pemilik segala sifat yg hebat..

Duhai insan, Hakikat diri mu faqir yakni hanya cermin kosong yg tiada apa2  melainkan tempat الله mahu pantulkan sifat2Nya agar sifatNya dikenali dan dipuji dgn sebaik2 pujian.

Apabila pantulan sifat BasyarNya ditarik, nescaya diri mu menjd buta walaupun ada mata yg sempurna,jika  pantulan sifat Mendengarnya ditarik nescaya diri mu menjd pekak walaupun ada telinga yg sempurna, jika pantulan sifat ilmunya ditarik maka diri mu kembali asal sifat mu yg jahil walaupun ada akal yg sempurna, jika pantulan sifat kalamNya ditarik,nescaya kembali diri kpd sifat asal mu bisu walaupun engkau milki mulut yg sempurna, jika pantulan sifat kehendak ditarik kembali, nescaya diri mu  menjd tiada berkeinginan walaupun ada hati,jika pantulan sifat kudratNya ditarik kembali nescaya tiada berdaya diri mu walaupun utk mengangkat satu jari mu sekali pun.

Sesungguhnya barangsiapa yg benar2 mengenal akn dirinya,nescaya nyatalah Hak الله atas dirinya hingga jatuh tersungkur segala keakuan dan kesombongan dirinya. Bagaimana bisa dirinya memandang,mendengar,berkata2,berilmu,berkudrat, beriradah dan hidup jika الله tiada bersamanya dlm setiap saat dan detik,
FirmanNya " وهو معكم اين ما كنتم
Dia sentiasa bersama mu dimana kamu berada"
Al hadid ayat 4

yakni Dia bersama mu dlm keberadaan mu pd setiap detik nafas mu, penglihatan mu, pendengaran mu,percakapan mu,ilmu mu,iradah mu dan kudrat mu

ketahuilah duhai insan segala sifat2 tersebut tiada akn terpantul jika tiada digerakkan dari kuasa cintaNya Yang Agung pd hambaNya diatas kalimah  بسم  الله الرحمن الرحيم

Jiwa yg mati tidak dpt memahami apalg  memandang akn segala sifat2Nya yg amat nyata diatas dirinya,dia terus tidur@mati hingga sentiasa menyaksikan segala hal tersebut adalah sifat dirinya semata2 tanpa melihat wajah الله disebaliknya...

Inilah mrk yg dikatakan org yg mati walaupun dilihat hidup,sesungguhnya kematian cahaya berpisah drpd hati  lebih ditakuti drpd kematian nyawa berpisah drpd badan..

Kpd diri Mu jua kami bersimpuh Ya Allah agar tetaplah hidup cahaya pd hati kami ini hingga dpt menyaksikan wajah Mu hingga akhir kalam kami di alam ini

Wallahulam