Hakikat usul diri...
(sesama menyemak diri..semoga tingkatan keimanan kita meningkat dari hari kesehari....)
“Dengan menyebut nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.
“AKU”
AKU adalah diri yang sebenar-benar diri (diri sejati). AKU adalah ROHULLAH yang datangnya dari Zatullah. Menyatakan akan Ujudullah, AKU lah yang dinamakan AMAR ROBBI iaitu urusan Tuhan. AKU yang hidup datangnya dari Yang Maha Hidup yang bersifat ghaib ( negatif ) yang datang dari Yang Maha Ghaib. Tatkala Zatul Haq ingin menyatakan akan diriNya maka DIA (Zatul Haq) mentajallikan akan Nur-Nya yang dinamakan kini Rohullah atau AKU. Kini AKUlah yang nyata dan AKU merupakan sifatNya. Sebagaimana firman Nya dalam Surah Al Isra' Ayat 85
ﻭَﻳَﺴْﺄَﻟُﻮﻧَﻚَ ﻋَﻦِ اﻟﺮُّﻭﺡِ ۖ ﻗُﻞِ اﻟﺮُّﻭﺡُ ﻣِﻦْ ﺃَﻣْﺮِ ﺭَﺑِّﻲ ﻭَﻣَﺎ ﺃُﻭﺗِﻴﺘُﻢْ ﻣِﻦَ اﻟْﻌِﻠْﻢِ ﺇِﻻَّ ﻗَﻠِﻴﻼً
Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit".
Ramai yang mencari AKU namun jarang yang ketemu. Ini kerana AKU berada jauh didalam RASA iaitu di alam rasa yang mendalam.
Dimanakah AKU berada tentunya pada badan iaitu didalam badan diri. Kalau ada yang mahu mencari AKU maka katakanlah AKU ada tetapi tiada, AKU tiada tetapi ada. Ada pada hakikat namun tiada pada rupa. AKU yang tidak berupa merupakan sumber atau daya-daya Qudratullah yang hidup lagi menghidupkan kerana AKU adalah Hayatullah yang asal berasal dari Zatullah.
Bila kita membicarakan “ILMU MENGENAL DIRI” tentu ramai dari kita yang akan menyangka bahawa yang akan di bicarakan ialah Diri yang kelihatan iaitu jasad kasar kita ini atau yang di kenali dengan panggilan Badan, tapi sebenarnya tidak. Diri yang di maksudkan itu ialah Diri Sebenar Diri, yang duduknya di dalam Jasad atau badan kasar kita ini. Untuk itu kita haruslah memahami yang mana jasmani dan yang mana rohani, yang mana diri terdiri dan diri terperi, yang mana jiwa dan yang mana raga dan yang selalu jadi sebutan orang ya itu yang mana zahir dan yang mana batin. Kita harus nya faham perbezaan dua kata kata ini, sebelum kita lafaskannya.
Jasmani tentunya berbeza dari Rohani, Jiwa berbeza dari Raga dan pastinya zahir berbeza dari batin, jika tidak mengapa ada dua perkataan tersebut yang sentiasa menjadi sebutan kita?
Kita semua tahu dan selalu menyebut akan kalimah ini, tapi tahukah kita perbezaan antara keduanya?? Perbezaan ini lah yang ramai antara kita tidak dapat menerangkan dengan jelas apa lagi untuk dapat merasakan perbezaannya.
Kebanyakan dari kita beranggapan bahawa jasad kasar kita ini atau badan kita ini lah di panggil “Diri” dan dapat hidup sendiri sendiri, tetapi sebenarnya Jasad atau Badan kasar kita ini yang kita jaga dan perindahkan ini, sebenarnya ialah benda mati, yang tidak dapat berbuat apa apa jika tidak ada “Penghidupnya” yang duduk nya didalam jasad itu sendiri.
Penghidup ini lah yang dipanggil Diri Sebenar Diri. Diri yang berdiri dengan sendiri dan yang ujud apabila Roh memasuki Jasad , oleh itu faham lah kita bahawa Diri sebenar Diri ujud sesudah Roh berada di dalam Jasad.
Perlulah di ketahui bahawa kita ini secara amnya terbahagi kepada 2, iaitu yang dipanggil Jasmani (Jasad) dan Rohani. Atau ada juga orang memanggil Jiwa dan Raga dan banyak lagi nama nama yang di beri kepada Diri dan jasad untuk mudah di fahami dan mengikut perguruan tertentu.
Renung kembali kisah wujudnya Adam.
Setelah Malaikat menyiapkan Jasad Adam dan Jasad Adam terbaring kaku, maka Allah pun memerintahkan Roh untuk masuk ke dalam Jasad Adam, dan bertanyalah akan Roh kepada Allah ” Ya Allah melalui jalan mana harus aku masuk?” maka Allah pun menjawab, ” Masuklah melalui mana mana yang kau senangi” dan seterusnya Roh memasuki Jasad Adam melalui Hidung. Dan seterusnya kita bernafas melalui hidung. Jadi di sini dapatlah kita fahami bahawa bila Roh masuk ke dalam jasad Adam, barulah Adam hidup dan seterusnya bangun dan berdiri, ini jelas menunjukkan bila Roh masuk kedalam Jasad barulah Jasad hidup atau juga di panggil Bernyawa.
Setelah Roh memasuki Jasad, barulah wujudnya “Diri” atau jelasnya “Diri” ini mendatang kemudian setelah Roh memasuki jasad.
Keterangan ringkasnya ialah, Roh itu adalah Cahaya dan bila ia memasuki jasad maka cahaya tadi memenuhi ruang jasad di dalam dan akan menjadi seperti jasad nya sendiri. Maka dengan sebab ini lah “Diri” itu rupanya sama dengan jasadnya sendiri, tapi ianya ghaib. Dan harus diingat hanya yang ghaib sahaja dapat menghubungi yang ghaib.
Cahaya (Diri) tadi mengalir ke seluruh jasad di dalam, dan dia lah yang menjadi “Penghidup” kepada Jasad. Dia lah hidup sebenar benar hidup, lagi menghidupkan. BARANG SIAPA MENGENAL DIRINYA NESCAYA KENALLAH IA AKAN TUHANNYA.
Seperti yang telah di terangkan diatas Diri ini rupa nya seperti kita cuma ia nya ghaib dan duduknya di dalam jasad kasar kita ini, dan tugas nya menghidupkan jasad kita dan dia juga di panggil nyawa dan macam macam nama lagi mengikut Aliran Perguruan yang mengajar Ilmu Mengenal Diri ini.
Walau bagaimana pun perlu di tegaskan disini semua Aliran Perguruan adalah benar dan mempunyai kelebihan kelebihan tersendiri. Ini lah Diri Sebenar Diri yang harus di kenal dengan rasa dan perasaan, dan dengan geraknya yang tersendiri. Bagaimana kah cara untuk mengenalnya?
Diri sebenar Diri yang duduk nya dalam jasad itu, dimana tugas nya menghidupkan jasad, dengan cara mengalirkan pancaran cahaya kehidupan di dalam jasad, dan kalau ingin mengenalnya dengan erti kata kenal sebenar benar kenal tentulah kita perlu melahirkan Diri itu. Kelahiran pertama kita ialah bila Ibu kita melahirkan kita, dan kelahiran kali kedua ialah bila kita berjaya melahirkan Diri Sebenar Diri yang diamnya di dalam jasad kita sendiri dan dengan tugas dan rahsia nya yang tersendiri……….menghidupkan kita, tapi sayang jasad tidak pernah terfikir untuk memikirkan siapakah yang menghidupkan nya.
Dengan itu kenali lah Diri sebenar Diri kita itu, Diri yang banyak daya guna dan banyak menyimpan rahsia, Bukankah dia berasal dari sana…………….dari Yang Maha Pencipta dan Yang Maha Besar.
Untuk itu lahirkan lah itu Diri Sebenar Diri, yang maksud nya dengan membuka pintu bagi nya untuk keluar, (jalannya) dan cara melahirkan nya ada 3:
1. Terbuka Sendiri.
2. Membuka dengan Sendiri.
3. Dibuka kan oleh Guru yang Berpengalaman.
Apa Maksud Dibuka ( dilahirkan ).
1. Terbuka Sendiri. Mengikut pengalaman saya sendiri, saya telah berjumpa dengan 5 insan yang terbuka (terlahir) Diri Sebenar Diri nya, dan keterbukaan Diri ini diperdapatkan nya pada satu hari mereka berdoa dan tiba tiba jari jemari mereka mula menimbulkan satu rasa, di dalam badan mereka terdapat satu rasa dan perasaan, dan tangan mereka seolah menolak atau bergerak perlahan lahan. Mereka mereka yang mendapatkan nya dengan cara ini selalunya tidak mengetahui dan faham apakah yang terjadi sebenarnya. Mereka perlukan penerangan dan penjelasan dari orang orang yang lebih mengetahui akan ilmu ini. Mereka mereka yang mendapat cara ini selalunya yang beramal dengan kaedah Tarikat.
2. Membuka dengan sendiri. Ini boleh dilakukan dengan berdoa untuk di lahirkan Diri Sebenar Diri itu, dan ada juga yang berjaya di izinkan Allah
3. Dibukakan oleh Guru yang berpengalaman. Untuk ini pelajar atau mereka yang ingin di buka perlu duduk dihadapan guru dan akan berzikir bersama sama sehingga Diri itu lahir, dengan izin Allah.
Kebanyakan orang akan mempelajarinya mengikut cara ke 3 iaitu dengan di bukakan atau dilahirkan Diri sebenar Diri itu melalui Guru yang membukakannya.
Selalu kita mendengar orang berkata zahir dan batin, luar dan dalam jiwa dan raga, tapi cuba kita renungkan, adakah kita faham apa yang kita katakan? Kita sebenarnya mempunyai 2 aliran:
1. Aliran Zahir atau Jasmani. Aliran ini bertitik tolak dari bekerjanya Jantung kita. Dan ianya mengaliri keseluruh batang tubuh kita, dan isi kepada aliran zahir ini ialah Darah.
2. Aliran Batin atau Rohani. Aliran ini berisikan daya hidup yang pangkalnya dari “Hidup” yang mengaliri aliran tertentu seperti aliran Jasmani, cuma beza nya aliran ini ialah cahaya kehidupan dan ianya berupa arus letrik. Ini telah di buktikan oleh ahli sains dari China dimana mereka berjaya mengambil gambar arus letrik yang mengalir dalam badan manusia ini.
DIRI ianya duduk didalam jasad Rupa nya sama seperti jasad tapi ghaib. Dia lah yang Menghidupkan kita. Punca tenaga. Ia serba tahu kerana datang dari yang Maha Tahu. Dialah yang mengenal Allah kerana dia berasal dari sana.
KEHIDUPAN KITA DI DALAM “Diri” ini lah sebenarnya kehidupan kita yang hidup di dalam jasad dan sememangnya kehidupan kita bermula dari dalam badan kasar kita ini, dia mengisi kehidupan kita dan meliputi keseluruhannya, dan di tutup serta di batasi dengan bulu dan kulit kita, dimana bagi orang luar atau orang nyata, kehidupan di dalam ini negatif kerana tidak nyata.
Tetapi kalau kita mahu tahu dan mahu cuba memahami bahawa sebenarnya, perbetulkan lah kehidupan dalaman kita ini dahulu dan dengan sendirinya kehidupan luaran kita akan sempurna….Insyaallah
Oleh itu kenalilah Diri Sebenar Diri anda dan insyaallah kenal lah ia akan Tuhannya seperti Sabda Nabi junjungan kita "Barang siapa mengenal Diri nescaya kenal lah ia akan Tuhannya”.
Di sini penulis persembahkan pula bicara berkenaan Rahsia Ma’rifat. Sebahagian daripada ilmu “petunjuk” daripada Allah Ta’ala kepada hambanya yang terpilih. Pegangilah dan hayatilah ianya di dalam setiap amalan. Sebagai panduan dan persediaan menghadapi-Nya. Insya-Allah….
Adapun Rahsia Ma’rifat itu adalah rahsia bagi diri, tiada siapa pun boleh menghuraikan di atas rahsia diri masing-masing melainkan orang-orang ahli Sufi dan Wali sahaja yang boleh menghuraikan.
Seperti kata Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani r.a. sesudah beliau menunaikan solat sunnat hajat, lalu ia berkata :“Ya Tuhanku! Di manakah maqam yang lima itu di dalam diri hamba? Iaitu yang pertama Subuh, kedua Zohor, ketiga ‘Asar, keempat Maghrib dan kelima Isya’.”
Maka tatkala itu bergerak-geraklah seluruh anggotanya maka diketahuilah beliau tentang kedudukan maqam yang lima itu. Maka berzikirlah ia tiada berhenti-henti daripada satu waktu kepada satu waktu.
1. Pada waktu Subuh maka bergerak-geraklah perumahan hatinya maka berkatalah ia, “Ya Tuhanku! Telah nyatalah hamba bahawasanya Subuh itu bermaqam di hati hamba.” Maka berzikirlah ia tiada berhenti-henti sampailah pada waktu Zohor.
2. Apabila sampai pada waktu Zohor, maka berdenyut lagi hatinya. Tatkala itu terasalah ia suatu benda yang pahit mengalir di batang lehernya. Maka berkatalah ia, “Ya Tuhanku! Telah nyatalah aku bahawasanya waktu Zohor itu bermaqamnya pada hempedu ku.” Maka berzikirlah ia tiada berhenti-henti sampailah ia pada waktu ‘Asar.
3. Apabila sampai pada waktu ‘Asar maka bergeraklah berhampiran dadanya sebelah kiri. Maka katanya lagi, “Ya Allah! Ya Tuhanku! Ketahuilah hamba bahawasanya waktu ‘Asar itu bermaqamnya pada paru-paru hamba.” Maka berzikirlah lagi ia sampailah pada waktu Maghrib tiada ia berhenti-henti.
4. Setelah sampai pada waktu Maghrib berdenyut-denyutlah di dalam dadanya. Setelah diperhatikan denyutan itu, maka ia berkata lagi, “Ya Allah! Ya Tuhanku! Telah nyatalah hamba bahawasanya waktu Maghrib itu bermaqam pada jantung hamba.” Maka berzikirlah ia daripada Maghrib sampailah ia pada waktu Isya’.
5. Setelah sampai pada waktu Isya’, maka berdenyut-denyutlah dadanya di sebelah kanan. Tatkala itu maka nyatalah ia waktu Isya’ itu pada limpanya. Maka bersyukurlah ia ke Hadhrat Allah Ta’ala. Katanya, “Ya Allah! Ya Tuhanku! Dengan kerana Mu aku mengetahui akan segala-galanya.” Maka berzikirlah ia tiada berhenti-henti sehingga sampai pada waktu Subuh.
Maka kedengaranlah pada telinganya, “Ya Abdul Qadir! Di dalam lima waktu itu bahawasanya terhimpun ia di dalam waktu Subuh.”
Maka telah nyata kedudukan maqam lima waktu itu pada diri kita oleh itu tiada boleh dinafikan tiap-tiap sesuatu itu. Bukannya kehendak ilmu yang luas tiada suatu pun yang boleh mengisbatkan kepada kita. Hanya pada diri kita sahaja yang boleh menandakan suatu itu di alam ini.
Maka berkata seorang ahli Sufi (Syeikh Kiryani r.a.) kepada sahabat-sahabatnya bahawasanya, “Hamba dapat mengetahui akan maqam yang lima ini adalah wujudnya pada lima haqiqat. Yang dinamai ia pada tiap-tiap waktu ini.”
1. Waktu Subuh menyatakan wujudnya Allah.
2. Waktu Dzohor menyatakan wujudnya Af’al Allah.
3. Waktu ‘Asar menyatakan wujudnya Qauli.
4. Waktu Maghrib menyatakan wujudnya Insani.
5. Waktu Isya’ menyatakan wujudnya Rasuli.Maka berkata sahabat-sahabatnya kepada Syeikh Kiryani r.a., “Ya tuan hamba! Bolehkah tuan hamba terangkan lagi bagaimana cerita lagi di atas maqam yang lima itu? Kerana tidak sekali-kali hamba memahami dengan kata-kata tuan hamba itu!”
Maka berkatalah Syeikh Kiryani r.a. kepada sahabatnya, “Ya sahabat ku! Tiliklah keadaan diri mu senyata dahulu agar kamu dapat ketahui akan maqam yang lima itu.”
Adapun tatkala asalnya maqam yang lima waktu itu adalah diambil daripada cerita baginda Saiyidina Ali Karamallahu wajhahu. Tertulis di dalam kitabnya yang bernama “Darul ulum addeen”. Bahawasanya datang seorang hamba Allah mengadap baginda Saiyidina Ali Karamallahu wajhahu dengan berkata, “Ya Khalifah Amirul Mu’minin! Kenapakah waktu subuh itu tidak disamakan lima rakaat tiap-tiap waktu? Mengapakah waktu Subuh dua rakaat sahaja dan Maghrib tiga rakaat, sedangkan waktu lainnya empat rakaat?”
Maka jawab oleh baginda Saiyidina Ali Karamallahu wajhahu, “Ya tuan hamba Sa’idah! Sebab-sebabnya waktu itu tidak sama akan rakaatnya, kerana mengikut kejadian alam ini. Tiada ia dijadikan oleh Tuhan dengan serentak. Melainkan dengan berperingkat-peringkat.”
Seperti sabda Rasulullah s.a.w. kepada ku, mafhumnya :“Ya Ali! Ketahuilah oleh mu bahawasanya tatkala asal waktu itu, diibaratkan tatkala embun tunggal setitik gugur ke bumi menandakan adanya satu waktu dua rakaat yakni Subuh. Maka tatkala asal manusia pun daripada satu yakni Adam.
Inilah sebabnya Subuh itu dua rakaat. Menyatakan ia rakaat pertama itu kalimah Tauhid, yang kedua kalimah Rasul. Kalimah Tauhid itu asal daripada ibu sekalian amalan dan kalimah Tauhid juga asal daripada bapa, yakni bapa sekalian ilmu Laduni.“ Inilah sabda Rasulullah s.a.w. kepada ku”!
Maka bertanya lagi hamba Allah itu kepada baginda Saiyidina Ali Karamallahu wajhahu, “Ya tuan hamba Amirul Mu’minin! Apakah terkandungnya di dalam kalimah Tauhid dan kalimah Rasul?” Maka jawab baginda Saiyidina Ali Karamallahu wajhahu, “Ya Sa’idah! Adapun kalimah Tauhid itu nyata ia adanya Nur Muhammad iaitu Zat Wajibal Wujud Kholiqul’alam.” "Maka inilah sabda Rasulullah s.a.w. kepada ku!”
Maka bertanya lagi Sa’idah, “Ya Amirul Mu’minin! Bagaimana pula dengan waktu-waktu yang lain itu?” Maka berkatalah baginda Saiyidina Ali Karamallahu wajhahu, “Ya Sa’idah! Adapun waktu-waktu yang lain itu mengikut cerita Rasulullah s.a.w. kepada ku adalah seperti berikut ini :
Waktu Zohor 4 rakaat :
1. Rakaat pertama menandakan wujudnya Dzat Allah.
2. Rakaat kedua menandakan wujudnya Sifat Allah.
3. Rakaat ketiga menandakan wujudnya Asma’ Allah.
4. Rakaat yang keempat menandakan wujudnya Af’al Allah.
Waktu ‘Asar 4 rakaat, menyatakan kepada 4 alam :
1. Rakaat pertama menyatakan kedudukan di Alam Roh.
2. Rakaat kedua menyatakan kedudukan di Alam Mithal.
3. Rakaat ketiga menyatakan kedudukan di Alam Ajsam.
4. Rakaat keempat menyatakan kedudukan di Alam Insan.
Waktu Maghrib 3 rakaat, menyatakan kepada 3 diri :
1. Rakaat pertama menyatakan hal keadaan Diri Azali.
2. Rakaat kedua menyatakan hal keadaan Diri Terperi.
3. Rakaat ketiga menyatakan hal keadaan diri terdiri.
Waktu Isya’ 4 rakaat, menandakan 4 nama bagi diri yang batin :
1. Rakaat pertama menyatakan bersifat Wujud, mengesakan Dzat Allah.
2. Rakaat kedua menyatakan bersifat Ilmu, mengetahui akan Sifat Allah.
3. Rakaat ketiga menyatakan bersifat Nur, menyatakan ia akan Asma’ Allah.
4. Rakaat keempat menyatakan bersifat Syuhud, ma’rifat akan Af’al Allah.
Maka inilah yang dinamakan Rahsia Ma’rifat. Maka bertanya lagi hamba Allah itu kepada Baginda Saiyidina Ali Karamallahu wajhahu, “Ya Amirul Mu’minin! Sekiranya jikalau hamba beramal dengan tiada ketahui jalan ini, apa hukumnya?”
Maka jawab Saiyidina Ali Karamallahu wajhahu, “Ya Sa’idah! Siapa yang mengerjakan amalan dengan tiada mengetahui akan amalan itu adalah syirik semata-mata. Dan mereka ini dijatuhkan di dalam golongan orang yang fasiq. Walau bagaimana ‘alim sekalipun, fasiq jua hukumnya. Tiadalah ia berbau akan Syurga idaman.”
Rujuklah mereka yang arif billah…Kejauhan itu lupa hati.Kedekatan itu ingat hati. Kejauhan itu hijab (tertutup). Kedekatan itu kasyaf (terbuka).Hijab itu gelap, Kasyaf itu Nur. Gelap itu jahil, Nur itu Ma’rifat.
Rasulullah SAW bersabda: “Firman Allah Ta’ala, aku ini sebagaimana yang disangka oleh hambaku, Aku bersama dia apabila ia ingat kepadaKu, apabila ia mengingatKu dalam dirinya, Akupun ingat padanya dalam diriKu, dan apabila ia mengingatKu dalam ruang yang luas, aku pun ingat padanya dalam ruang yang lebih baik.” (Hadis Qudtsi diriwayatkan oleh Bukhari).“
Guru Sufi berkata: “Hatimu sekarang bersama Tuhanmu dan Tuhanmu bersama engkau, tidak jauh dari engkau, Ia mendekatkan engkau kepadaNya, dan mengenalkan engkau denganNya.”.“Aku adalah Kanzun makhfiyy (PERBENDAHARAAN yang tersembunyi), Aku cinta (hubb) untuk dikenal, maka Aku ciptakan makhluk agar mereka mengenaliKu …
Allah Ta’ala berfirman …“Wahai hamba !…Engkau tiada memiliki sesuatu pun, kecuali apa yang Aku kehendaki untuk menjadi milikmu ..Tiada juga engkau memiliki dirimu, Kerana Akulah Maha PenciptaNya, Tiada pula engkau memiliki jasadmu, Maka Akulah yang membentukNya, Hanya dengan pertolonganKu, engkau dapat berdiri dan dengan “kalimah-Ku” engkau datang ke dunia ini .. Wahai hamba !…Katakanlah TIADA NYATA HANYA ALLAH, kemudian tegaklah berdiri di jalan yang benar, maka tiada Tuhan melainkan Aku ..dan tiada pula wujud sebenarnya wujud kecuali untuk-Ku, dan segala yang selain daripadaKu,…adalah dari buatan tanganKu dan dari tiupan Ruh-Ku
..Wahai hamba !…Segala sesuatu adalah kepunyaanKu, BagiKu dan untukKu, Jangan sekali-kali engkau merebut apa yang menjadi kepunyaanKu …Kembalikan segala sesuatu kepadaKu, niscaya akan Kubuahkan pengembalianmu dengan tangan-Ku, dan Kutambah padanya dengan kemurahanKu, Serahkan segala sesuatu kepadaKu, niscaya Ku-selamatkan engkau dari segala sesuatu ..Ketahuilah,…bahawa hamba-Ku yang terpercaya adalah yang mengembalikan segala yang selainKu kepadaKu, Tengoklah dengan pandangan tajam kepada Ku, bagaimana cara Ku melakukan pembagian, niscaya engkau akan melihat pemberian dan penolakan merupakan dua bentuk yang di-asma-kan, agar dengan demikian engkau mengenalKu ..
Wahai hamba ! …Sesungguhnya engkau telah melihat Daku sebelum dunia terhampar dan engkau mengenal siapa yang telah engkau lihat ..dan kepadaKulah engkau akan kembali, Kemudian Aku ciptakan sesuatu untuk mu dan Aku labuhkan (hijab) atasmu .. Lalu engkau pun tertutup dengan tirai dirimu sendiri kemudian Aku menghijab engkau dengan diri-diri yang lain, yang mana diri-diri yang lain itu menyeru kepadamu dan pada dirinya dan menjadi penghijab daripadaKu,..
Setelah semuanya itu,..maka Aku pun kembali menyata di balik semuanya itu, dan dari belakang semuanya itu Kuperkenankan akan diriKu; Ku katakan kepadamu …Bahawasanya Akulah Maha Pencipta; Akulah yang menciptakan kesemuanya itu dan bahawasanya Aku menjadikan engkau khalifah atas semuanya itu dan ketahuilah,…bahwa kesemuanya itu adalah amanah pada sisimu,..dan diharuskan kepada pengembalian amanah itu untuk mengembalikannya,…
Maka telitilah dirimu setelah engkau mempercayaiKu, sudahkah engkau mengembalikan segala sesuatu itu kepadaKu dan sudahkah engkau memenuhi perjanjian yang telah engkau buat denganKu ?”
“Dan barangsiapa yang menepati janjinya kepada Allah, maka Allah akan memberinya pahala yang besar.”(Al-Fath:10).
Berkata Syeikhul Islam (rh) dalam kitab SYARAH HUKUM IBNU RUSLAN: Apa yang dimaksudkan dengan hakikat itu ialah ilmu laduni yang bercahaya (nurani) yang diajarkan oleh Allah Taala kepada segala roh sewaktu terucap perkataan Allah Taala kepada mereka itu..
الست بربكم قالوابلى شهدنا
ertinya: (Allah bertanya) “bukankah Aku ini Tuhan kamu”? (maka sembah segala roh ) “bahkan, betul, Engkau Tuhan kami” ( surah Al-A raaf):172).
Dan lagi di isyaratkan kepada segala roh dengan firmaNya:
وعلم ءادم الاسماءكلها….
ertinya: Dan Dia telah mengajarkan kepada Nabi Allah Adam (as) nama nama (benda benda) seluruhnya” surah AlBaqarah..31.
Tetapi rahsia itu tersembunyi dalam roh dan tertutup oleh sebab memandang wujud yang gelap dengan berasa bimbang dengan kerenah hawa nafsunya. Apabila hilang hal hal sedemikian, maka dengan taufik (kekayaan) Allah Taala, nescaya zahirlah rahsia ilmu hakikat,inilah maksud yang di sabdakan oleh Nabi kita Muhammad (saw):
من عمل بماعمل ورثه الله علم ما لم يعلم
ertinya: Barangsiapa mengamalkan apa yang diketahui, nescaya Allah Taala mempusakakanya ilmu yang tidak diketahuinya (iaitu mendapat ilmu itu tanpa dia bersusah payah belajar)….” Oleh itu Allah Taala akan membukakan dalam hatinya itu taufik sedemikian dengan mendatangkan kepadanya segala makhluk sehingga syurga pun didatangkan juga.
Oleh itu, jelaslah pada kita bahawa ada ilmu yang di suruh oleh Allah Taala dan RasulNya menyembunyikanya daripada pengetahuan orang yang bukan ahlinya dengan berdalilkan Al Quran dan Hadis serta asar (bekas) sahabat dan pandangan Ulamak yang tersebut itu. Jadi terbatallah perkataan orang yang mengatakan, sesungguhnya Nabi dan Ulamak itu tidak ada menyembunyikan ilmu berdasarkan dalil tersebut.
Ilmu yang disembunyikan itu ialah ilmu haqiqat. Oleh sebab itu, tidak harus sama sekali bagi Salik membaca kitab ilmu haqiqat sebelum ia tetap dalam syariat dan tarikat dan juga sebelum ia menerima talqin (terima ijazah) daripada guru yang pakar, yang wasil (yang sampai kepada Allah) lagi Mursyid Kamil Mukamil, juga sebelum kuat fahamannya (cukup faham) untuk menerima ilmu haqiqat. Ini amat penting kerana hal yang demikian itu akan menyebabkan ia terjerumus ke arah kesesatan selama lamanya.
Hal ini juga menyebabkan ia tidak dapat mencari jalan keluar sehingga ia mendakwa sesuatu hal yang di ada adakannya tanpa dalil dan mengiktikadkan segala iktikad yang tidak layak pada Hal Taala.
Semoga dilindungi Allah Taala akan kita daripada perkara sedemikian. MAKA BERBAHAGIALAH BAGI SAUDARA YANG MENUNTUT DAN BERUSAHA MENDAPATKAN RAHSIA YANG TERSEMBUNYI ITU SUPAYA DAPAT MENJADI AHLINYA DAN BEROLEH KEMENANGAN DI AKHIRAT……amin
Ketahuilah sesungguhnya segala ilmu Fakir yg tersebut dalam salinan saya adalah rahsia yg amat halus dan perkataan yg digunakan pun amat dalam. Tidak ada sesiapapun yg dapat memahaminya melainkan ulamak yg rasikh (yang dalam dan teguh ilmunya) atau pengertian lain yg tetap terdahulu cahayanya daripada perkataanya kerana ilmu yg fakir ini adalah rahsia Nabi2 dan wali2 yg diwarisi oleh mereka yg mengalami apa2 yg diamalkan oleh nabi2 yg lain teristimewa serta mengerjakan perkara yg diketahuinya,sepertimana firman Allah Taala:-
وتلك الامثل نضربها للناس ومايعقلها الا العلمون
Ertinya”segala misalan itu kami misalkan kepada seluruh manusia dan tidak ada yg memahaminya melainkan orang2 yang alim (surah Al Ankabut,ayat 43).
Tidak dibenarkan oleh undang2 syara menyatakan, membukakan, dan menzahirkannya kepada orang yg bukan ahlinya kerana akal mereka itu tidak sampai ke arah pengetahuan tersebut,sebagaimana sabda Nabi (saw):-
نحن معاشرالا نبياء أمرناأن نكلم الناس قدرعقولهم
Ertinya”Kami golongan Nabi2 diperintahkan oleh Allah Taala kpd kami semua supaya berkata kpd semua manusia mengikut keupayaan penerimaan akal mereka. Lagipun kalau akal mereka tidak sampai ke arah memahaminya, maka sudah tentu mereka akan menimbukan fitnah ke atas kami”
ما حدث أحد قوما بحدث لا يبلغه عقولهم الا كان فتته علهم
Sabda Nabi (saw).. Ertinya Tidak akan berkata sesuatu kaum dengan perkataan yg tidak sampai kepada akal mereka itu melainkan mereka memberi fitnah ke atas mereka (sesuatu kaum). Sabda Nabi yg diertikan ”Sesungguhnya ilmu itu keadaanya seperti mutiara yg tersimpan dalam hidangan perut ibunya, tidak ada sesiapa yg mengetahuinya melainkan orang2 yg berilmu dgn Allah”
Orang2 yg berilmu dengan Allah (Al-Alimuna Billah) itu ialah orang2 yg mengenal Zat Allah, Sifat2Nya, nama2Nya dan segala perbuatan Nya malah ilmu mereka berserta dgn Allah Taala dan mengamalkan apa yg diketahuinya tampa mencederakannya walau sedikit pun.
Menurut kata Imam Ghazali dalam kitabnya, Ihya Ulumiddin ”sesungguhnya dilarang menceritakan rahsia itu kerana kecetekan fahaman (pengetahuan orang2 awam) untuk menerimanya.
Berkata Imam Ghazali (ra) ”Tidak syak lagi, sesungguhnya Rahsia itu tertakluk kpd segala faedah yang ada dalam agama dan tidak terlepas daripada menzahirkannya kpd orang lain ia itu kpd. ahlinya”
Berkata Sahal bin Abdullah At-Tasturi ”Bagi orang2 yg berilmu itu ada tiga bidang keilmuan:-
1.Ilmu zahir, diberikan kpd ahlinya
2. Ilmu Batin, tidak harus menzahirkanya kpd sesiapa melainkan kpd.ahlinya.
3.Ilmu antara dia dgn Allah Taala,tidak harus menceritakanya kpd sesiapapun.
No comments:
Post a Comment