Friday, October 30, 2015

Ulang Siar : Beza antara Salafi sejati dan Wahabi

ulang siar....

Catitan ilmu supaya kita lebih faham erti terminologi yg dipakai:-

1) imam Hanafi lahir: 80 hijrah
2) imam Maliki lahir: 93 hijrah
3) imam Syafie lahir: 150 hijrah
4) imam Hanbali lahir: 164 hijrah
5) imam Asy'ari lahir: 240 hijrah

Mereka ini semua ulama Salafus Soleh @ dikenali dgn nama ulama SALAF...

Apa itu SALAF?

Salaf ialah nama "zaman" iaitu merujuk kpd golongan ulama yg hidup antara kurun zaman kerasulan Nabi Muhammad hingga 300 HIJRAH.

1) Golongan generasi pertama dr 300 tahun hijrah tu disebut "Sahabat Nabi" kerana mereka pernah bertemu Nabi.

2) Golongan generasi kedua pula disebut "Tabi'in" iaitu golongan yg pernah bertemu Sahabat Nabi tp tak pernah bertemu Nabi.

3) Golongan generasi ketiga disebut sbg "Tabi' tabi'in" iaitu golongan yg tak pernah bertemu Nabi & Sahabat tp bertemu dgn Tabi'in.

Jd Imam Abu Hanifah (pengasas mazhab Hanafi) merupakan murid Sahabat Nabi maka beliau seorg TABI'IN.
Imam Malik,
Imam Syafie,
Imam Hanbali,
Imam Asy'ari pula berguru dgn Tabi'in maka mereka adalah golongan TABI' TABI'IN.

Jd kesemua imam2 yg mulia ini merupakan golongan SALAF YG SEBENAR & pengikut mazhab mereka lah yg paling layak digelar sbg "Salafi" kerana "salafi" bermaksud "pengikut golongan SALAF".

Jd beruntung lah kita di Malaysia (nusantara) yg masih berpegang kpd mazhab Syafie yg merupakan mazhab SALAF yg SEBENAR & tidak lari dr kefahaman NABI & SAHABAT...

Rujukan Wahhabi pulak:

1) Ibnu Taimiyyah lahir:
661 Hijrah (lahir 361 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)

2) Albani lahir:
1333 Hijrah (mati tahun 1420 hijrah @ 1999 Masihi,
lahir 1033 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)

3) Muhammad Abd Wahhab (pengasas gerakan Wahhabi):
1115 Hijrah (lahir 815 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)

4) Bin/Ibnu Baz lahir:
1330 Hijrah (mati tahun 1420 hijrah @ 1999 Masihi,
sama dgn Albani,
lahir 1030 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)

5) Ustaimin lahir:
1928 Masihi (mati tahun 2001,
lebih kurang 12 tahun lepas dia mati,
lahir entah berapa ribu tahun selepas zaman SALAF.

Mereka ini semua hidup di AKHIR ZAMAN kecuali Ibnu Taimiyyah yg hidup di pertengahan zaman antara zaman salaf & zaman dajjal (akhir zaman)...                  
tak de sorg pun imam rujukan mereka yg mereka taksub buta hidup di zaman SALAF....

Mereka ini semua TERAMAT LAH JAUH DARI ZAMAN SALAF tp SANGAT2 ANEH apabila puak2 Wahhabi menggelarkan diri sebagai "Salafi" (pengikut golongan Salaf).

Sedangkan rujukan mereka
semuanya merupakan manusia2 yg hidup di AKHIR ZAMAN?

fikir2kanlah & renung2kanlah
sebarkan kepada saudara2 kita yg lain ASWJ.

SIAPA WAHABI?

Wahabi bukan kerana mereka tidak membaca Qunut Subuh,
kerana 3 Mazhab lain tidak pun membaca Qunut Subuh,
itu khilaf mazhab;
bukan juga kerana tidak buat kenduri arwah kerana ada Qawl dlm Mazhab Syafi'i yg tidak menggalakkannya,
bukan juga kerana itu & ini tetapi Wahabi adalah satu cara berfikir yg salah yg membentuk satu gerakan ekstrem yg boleh memecahbelah masyarakat.
Kemuncak ekstrem & radikal Wahabisme boleh sehingga membawa pertumpahan darah spt IS,
ISIL,
ISIS,
al-Qaeda,
Taliban...
semua itu adalah didikan Wahabi.
Dakyah Wahabi berjaya menarik ramai pengikut kerana slogan menarik mereka yg menyeru kononnya jgn "taqlid",
jgn "mengikut membuta tuli";
menyeru kononnya "kembali kpd al-Quran & al-Sunnah".

[1] Wahabi sebenarnya adalah gerakan MEMBIDAAHKAN amalan org lain yg tidak sehaluan dgn mereka & merasakan hanya amalan mereka shj yg betul. Hanya mereka shj kononnya mengikut "Sunnah".
Mereka kelompok manusia yg tidak boleh berbeza pandangan,
tidak menghormati ikhtilaf @ khilafiyyah (perbezaan pendapat di kalangan ulamak).
Wahabi menolak bahawa Bid'aah ada 2 bentuk
(i) Baik (Hasanah) &
(ii) Sesat (Dolalah).
Bg Wahabi semua Bid'aah sesat & masuk neraka.
Oleh itu setiap Bid'aah adalah mungkar & bg mereka wajib ditentang.
Lalu mereka membesarkan perbezaan pendapat & membikin kecoh seluruh dunia tanpa boleh berlapang dada.
Pra-syarat menjadi Wahabi ialah kena memperbyk menuturkan "BID'AAH" terhadap amalan org lain & menjadikan ianya "wirid" harian.

[2] Wahabi MELARANG BERAMAL apabila tiada nas khusus utk amalan tersebut walaupun di sana ada perintah umum drpd al-Quran & al-Sunnah.
Bg Wahabi setiap ibadat kena ada nas & dalil,
walhal perintah yg bersifat umum sudah ada namun mereka menolaknya.
Wahabi marah membaca Surah Yasin mlm Jumaat kerana tiada nas.
Bukankah perintah memperbykkan membaca al-Quran sudah cukup byk & memadai?
Adakah nas melarangnya pula?
Tiada larangan.

[3] Wahabi adalah gerakan MENSYIRIKKAN org lain:
tawassul bg mereka syirik kecuali tawassul dgn amalan soleh,
& dgn Asmaul Husna saja.
Walhal para Sahabat & Salafus Soleh bertawassul dgn pelbagai bentuk lain;

[4] Wahabi gerakan MENTAJSIMKAN Allah SWT mensifatkan Allah "bertangan",
"duduk" atas Arasy,
"ketawa",
Allah di atas langit.
Wahabi menolak takwil yg dibawa oleh manhaj Ashairah & Maturidiyyah sdgkan manhaj Ashairah itu lebih selamat dr mensifatkan Allah dgn sifat makhluk.

[5] Wahabi juga gerakan MENTADHA'IFKAN hadith &
MEMARDUDKAN hadith dhaif, menolak penggunaan hadith2 dhaif & membakulsampahkan semua hadith2 dhaif.
Sedangkan sejak seribu tahun lebih para ulama hadith membenarkan penggunaan hadith dhaif dlm hal fadhailul 'amal & targhib wa tarhib.
Kiblat rujukan hadith Wahabi ialah Sheikh Nasruddin Al-Albani.
Mereka tidak sedar mereka bertaqlid &
mengikut membuta tuli apa shj takhrij hadith oleh al-Albani.
Ulama rujukan Wahabi pula ialah sekalian "kibarul ulama" Saudi hari ini manakala kitab2 rujukan Wahabi ialah kitab karangan Muhammad Abdul Wahab.
Mereka membutakan mata &
memekakkan telinga apabila didtgkan hujah drpd para ulamak lain yg muktabar namun tidak sealiran dgn mereka.

[6] Wahabi gerakan MEMBURUKKAN ahli Sufi & tasawuf.
Mereka secara terpilih memetik yg mana sesuai dgn fikrah mereka kitab2 Ibn Taimiyyah,
Ibn Qayyim,
Al-Dhahabi,
al-Syawkani khususnya di bab memburuk & mencemuh para Sufi kerana Wahabi gerakan anti-Sufi. Walhal Ibn Taymiyyah sendiri adalah pengikut tarekat Qadiriyyah.
Wahabi Malaysia ada yg mengatakan tasawuf lebih kotor drpd air longkang.
Sedangkan Sufi ada yg baik & ada yg sesat sepertimana umat Islam yg lain juga amnya:
ada yg Soleh,
ada Munafik & ada yg berdosa.
Sufi juga tidak maksum.
Bahkan Imam Ghazali sendiri turut mengkritik "Sufi palsu" walaupun beliau sendiri seorg ahli Sufi.

[7] Wahabi MENOLAK Imam al-Ghazali ra & jarang dengar mereka mengutip kalam Imam al-Ghazali ra.
Bg mereka Imam al-Ghazali ra Hujjatul Islam itu jahil hadith.

Itulah Wahabi,
& jgn terkeliru dgn suara2 membela Wahabi walaupun mereka malu mengaku diri mereka Wahabi.
Ada ketikanya mereka cuba menyembunyikan punca kenapa mereka digelar Wahabi,
kononnya Wahabi itu "hantu",
"momok" & tidak wujud.
Kenal dulu ciri2 Wahabi maka tahulah anda siapa pendokong mereka.

Kalau yg melenting apabila Negeri Sembilan mengharamkan Wahabi, hampir pasti 99.9% mereka pendokong tegar Wahabi (yg malu mengaku).
Hati2 dgn mereka ini walaupun petah berbicara,
& mulut penuh dgn ayat2 al-Quran & al-Hadith.
Ada Wahabi Malaysia yg sgt terkenal & bicara memukau sehingga ramai org awam tertipu.
Dgn pengharaman Wahabi di Negeri Sembilan, Perak, Pahang, & Kedah
moga2 makin ramai yg sedar & makin jelas siapa pendokong Wahabi sebenar yg bertopeng & begitu licik selama ini.
Jgn terkejut jika ustaz yg anda kagumi selama ini itu sebenarnya / mungkin pendokong Wahabi.
  
Hanya jauhari yg kenal manikam.
اعرف الحق تعرف أهله

44 Wasiat Al Arifbillah As Syeikh Abdul Wahab Rokan, Babus Salam, Langkat Medan

BISMILLAH-IR ROHMAN NI-ROHIM

Selawat serta Salam buat Junjungan Nabi Besar Sayyidina Muhammad S.A.W dan sekalian Para KekasihNYA.

44 WASIAT AL-'ARIFBILLAH ASY-SYEIKH ABDUL WAHAB ROKAN, BABUS SALAM, LANGKAT MEDAN

Syeikh Abdul Wahab Rokan al-Kholidi an-Naqsyabandi Qoddasollohu Sirrohu, yang lebih dikenali dengan sebutan Tuan Guru Besilam (Babus Salam), adalah seorang Wali Allah yang banyak memiliki kekeramatan.

Beliau lahir pada tanggal 19 Rabiul Akhir 1230H bertepatan dengan tanggal 28 September 1811M. Tempat kelahiran beliau bernama Kampung Danau Runda, Rantau Binuang Sakti, Negeri Tinggi, Rokan Tengah, Kabupaten Kampar, Propinsi Riau. Ayahandanya bernama Abdul Manap bin M.Yasin bin H.Abdullah bin Edek, suku Tembusai. Ibundanya bernama Arbaiyah binti Datuk Dagi binti Tengku Perdana Menteri bin Sultan Ibrahim, kepenuhan (Riau). Beliau wafat pada tanggal 21 jumadil Awal 1345H bertepatan dengan tanggal 27 Desember 1926M.

Sebelum meninggal dunia Syekh Abdul Wahab sempat menulis wasiat yang terdiri dari 44 pasal.

Wasiat ini ditujukan kepada anak cucunya, baik anak kandung maupun anak murid. Beliau berpesan kepada anak cucunya untuk menyimpan buku wasiat ini dan sering-sering membacanya, seminggu sekali, atau sebulan sekali dan sekurang-kurangnya setahun sekali, serta diamalkan segala apa yang tersebut didalamnya.

Menurut wasiatnya itu kalau sering-sering dibaca dan kemudian diamalkan segala yang termaktub didalamnya, mudah-mudahan beroleh martabat yang tinggi, kemuliaan yang besar dan kekayaan dunia dan akhirat. Naskah asli dari wasiat itu berbunyi sebagai berikut :

Alhamdulillah Al-Lazi Afdholana 'Ala Katsiri 'Ubbadihi Tafdhila. Washsholatu Wassalamu 'Ala Sayyidina Muhammadin Nabiyyan Warosula, Wa alihi Wa Ashabihi Hadiyan Wa Nashiran. Amin, Mutalazimaini daiman Abada. Amma Ba'du, maka masa hijrah Nabi kita Muhammad saw 1300 dan kepada 13 hari bulan Muharram makbul dan kepada hari Jum'at jam 2.00, masa itulah saya Haji Abdul Wahab Rokan al-Kholidi an-Naqsyabandi asy-Syazili bin Abd.Manaf, Tanah Putih bin Yasin bin Al-Haj Abdullah Tambusai, membuat surat wasiat ini kepada anak dan cucu saya laki-laki atau perempuan, sama ada anak kandung atau anak murid.

Maka hendaklah taruh surat wasiat ini satu surat satu orang dan baca se Jum'at sekali, atau sebulan sekali. Dan sekurang-kurangnya setahun sekali. Dan serta amalkan seperti yang tersebut di dalam wasiat ini, supaya dapat martabat yang tinggi dan kemuliaan yang besar dan kaya dunia akhirat.

Dan adalah wasiatku ini 44 wasiat. Dan lagi hai sekalian anak cucuku, sekali-kali jangan kamu permudah -mudah dan jangan kamu peringan-ringan wasiatku ini, kerana wasiatku ini datang daripada Allah dan Rasul S.A.W dan guru-guru yang pilihan. Dan lagi telah kuterima kebajikan wasiat ini sedikit-dikit dan tetapi belum habis aku terima kebajikannya, sebab taqshir daripada aku, kerana tiada habis aku kerjakan seperti yang tersebut didalam wasiat ini. Dan barangsiapa mengerjakan sekalian wasiat ini tak dapat tiada dapat kebajikan sekaliannya dunia akhirat.

-------------------------------------------------------------

Wasiat yang pertama,
Hendaklah kamu sekalian masygul dengan menuntut ilmu al-Qur'an dan kitab kepada guru-guru yang mursyid dan rendahkan dirimu kepada guru-guru kamu. Dan perbuat apa-apa yang disuruhkan, jangan bertangguh-tangguh. Dan banyak-banyak bersedekah kepadanya. Dan i'tikadkan diri kamu itu hambanya. Dan jika sudah dapat ilmu itu, maka hendaklah kamu ajarkan kepada anak cucuku. Kemudian maka orang yang lain. Dan kasih sayang kamu akan muridmu seperti kasih sayang akan anak cucu kamu. Dan jangan kamu minta upah dan makan gaji sebab mengajar itu. Tetapi pinta upah dan gaji itu kepada Tuhan Yang Esa lagi kaya serta murah, yaitu Allah Ta'ala.

Wasiat kedua,
Apabila sudah kamu baligh, berakal, hendaklah menerima thoriqat Syaziliyah atau thoriqat Naqsyabandiah, atau thoriqat-thoriqat muktabar yang lainnya supaya sejalan kamu dengan aku.

Wasiat yang ketiga,
Jangan kamu berniaga sendiri, tetapi hendaklah berserikat. Dan jika hendak mencari nafkah, hendaklah dengan jalan tulang gega (dengan tenaga sendiri), seperti berhuma dana berladang dan menjadi amil. Dan didalam mencari nafkah itu maka hendaklah bersedekah pada tiap-tiap hari supaya segera dapat nafkah. Dan jika dapat ringgit sepuluh maka hendaklah sedekahkan satu dan taruh sembilan. Dan jika dapat dua puluh, sedekahkan dua. Dan jika dapat seratus sedekahkan sepuluh, dan taruh sembilan puluh. Dan apabila cukup nafkah kira-kira setahun maka hendaklah berhenti mencari itu dan duduk beramal ibadat hingga tinggal nafkah kira-kira 40 hari, maka barulah mencari.

Wasiat yang keempat,
Maka hendaklah kamu berbanyak sedekah sebilang sehari, istimewa pada malam Jum'at dan harinya. Dan sekurang-kurangnya sedekah itu 40 duit pada tiap-tiap hari. Dan lagi hendaklah bersedekah ke Mekah pada tiap-tiap tahun.

Wasiat yang kelima,
Jangan kamu bersahabat dengan orang yang jahil dan orang pasik. Dan jangan bersahabat dengan orang kaya yang bakhil. Tetapi bersahabatlah kamu dengan orang-orang 'alim dan Ulama dan shalih-shalih.

Wasiat keenam,
Jangan kamu hendak kemegahan dunia dan kebesarannya, seperti hendak menjadi kadhi dan imam dan lainnya, istimewa pula hendak menjadi penghulu-penghulu. Dan lagi jangan hendak menuntut harta benda banyak-banyak. Dan jangan dibanyakkan memakai pakaian yang harus.

Wasiat yang ketujuh,
Jangan kamu menuntut 'ilmu sihir seperti kuat dan kebal dan pemanis dan lainnya, karena sekalian ilmu ada di dalam al-Qur'an dan kitab.

Wasiat kedelapan,
Hendaklah kamu kuat merendahkan diri kepada orang Islam. Dan jangan dengki khianat kepada mereka itu. Dan jangan diambil harta mereka itu melainkan dengan izin syara'.

Wasiat kesembilan,
Jangan kamu menghinakan diri kepada kafir laknatullah serta makan gaji serta mereka itu. Dan jangan bersahabat dengan mereka itu, melainkan sebab uzur syara'.

Wasiat kesepuluh,
Hendaklah kamu kuat menolong orang yang kesempitan sehabis-habis ikhtiar sama ada tolong itu dengan harta benda atau tulang gega, atau bicara atau do'a. Dan lagi apa-apa hajat orang yang dikabarkannya kepada kamu serta dia minta tolong, maka hendaklah sampaikan seboleh-bolehnya.

Wasiat yang kesebelas,
Kekalkan air sembahyang (wudhuk) dan puasa tiga hari pada tiap-tiap bulan.

Wasiat yang kedua belas,
Jika ada orang berbuat kebajikan kepada kamu barang apa kebajikan, maka hendaklah kamu balas akan kebajikan itu.

Wasiat yang ketiga belas,
Jika orang dengki khianat kepada kamu, telah dipeliharakan Allah kamu dari padanya, maka hendaklah kamu sabar dan jangan dibalas dan beri nasihat akan dia dengan perkataaan lemah lembut, karena mereka itu orang yang bebal.

Wasiat yang keempat belas,
Jika kamu hendak beristeri, jangan dipinang orang tinggi bangsa seperti anak datuk-datuk. Dan jangan dipinang anak orang kaya-kaya. Tetapi hendaklah pinang anak orang fakir-fakir dan miskin.

Wasiat yang kelima belas,
Jika memakai kamu akan pakaian yang lengkap, maka hendaklah ada didalamnya pakaian yang buruk. Dan yang aulanya yang buruk itu sebelah atas.

Wasiat yang keenam belas,
Jangan disebut kecelaan orang, tetapi hendaklah sembunyikan sehabis-habis sembunyi.

Wasiat yang ketujuh belas,
Hendaklah sebut-sebut kebajikan orang dan kemuliaannya.

Wasiat yang kedelapan belas,
Jika datang orang 'alim dan guru-guru ke dalam negeri yang tempat kamu itu, istimewa pula khalifah thoriqat Naqsyabandiah, maka hendaklah kamu dahulu datang ziarah kepadanya dari pada orang lain serta beri sedekah kepadanya.

Wasiat yang kesembilan belas,
Jika pergi kamu kepada suatu negeri atau dusun dan ada didalam negeri itu orang alim dan guru-guru khususnya khalifah thoriqat Naqsyabandiah, maka hendaklah kamu ziarah kepadanya kemudian hendaklah membawa sedekah kepadanya.

Wasiat yang kedua puluh,
Jika hendak pergi orang 'alim itu daripada tempat kamu itu atau engkau hendak pergi dari pada tempat itu, maka hendaklah kamu ziarah pula serta memberi sedekah supaya dapat kamu rahmat yang besar.

Wasiat yang kedua puluh satu,
Sekali-kali jangan kamu kahwin dengan janda guru kamu, khususnya guru thoriqatmu. Dan tiada mengapa kawin dengan anak guru, tetapi hendaklah bersungguh-sungguh membawa adab kepadanya serta jangan engkau wathi akan dia, melainkan kemudian daripada meminta izin. Dan lebihkan olehmu akan dia daripada isterimu yang lain, kerna dia anak guru, hal yang boleh dilebihkan.

Wasiat yang kedua puluh dua,
Hendaklah segala kamu yang laki-laki beristeri berbilang-bilang. Dan sekurang-kurangnya dua, dan yang baiknya empat. Dan jika isterimu tiada mengikut hukum, ceraikan, cari yang lain

Wasiat yang kedua puluh tiga,
Hendaklah kamu yang perempuan banyak sabar, jika suami kamu beristeri berbilang-bilang. Janganlah mengikut seperti kelakuan perempuan yang jahil, jika suaminya beristeri berbilang, sangat marahnya, dan jika suaminya berzina tiada marah.

Wasiat yang kedua puluh empat,
Jika ada sanak saudara kamu berhutang atau miskin dan sempit nafkahnya dan kamu lapang nafkah, maka hendaklah kamu beri sedekah sedikit-sedikit seorang supaya sama kamu. Inilah makna kata orang tua-tua, jika kamu kaya maka hendaklah bawa sanak saudara kamu kaya pula, dan jika kamu senang, maka hendaklah berikan senang kamu itu kepada sanak saudara kamu.

Wasiat yang kedua puluh lima,
Mana-mana sanak saudara kamu yang beroleh martabat dan kesenangan, maka hendaklah kamu kuat-kuat mendo'akannya supaya boleh kamu bernaung dibawah martabatnya.

Wasiat yang kedua puluh enam,
Hendaklah kasih akan anak-anak dan sayang akan fakir miskin dan hormat akan orang tua-tua.

Wasiat kedua puluh tujuh,
Apabila kamu tidur, hendaklah padamkan pelita, jangan dibiarkan terpasang, kerna sangat makruh, sebab demikian itu kelakuan kafir Yahudi.

Wasiat yang kedua puluh delapan,
Jika kiamu hendak bepergian, maka hendaklah ziarah kepada ibu bapa dan kepada guru-guru dan orang saleh-saleh. Minta izin kepada mereka itu serta minta tolong do'akan, dan lagi hendaklah mengeluarkan sedekah supaya dapat lapang.

Wasiat yang kedua puluh sembilan,
Jangan berasah gigi laki-laki dan perempuan. Dan jangan bertindik telinga jika perempuan, karena yang demikian itu pekerjaan jahiliah.

Wasiat yang ketiga puluh,
Jangan kuat kasih akan dunia, hanya sekedar hajat. Siapa kuat kasih akan dunia banyak susah badannya dan percintaan hatinya dan sempit dadanya. Siapa benci akan dunia, sentosa badannya dan senang hatinya dan lapang dadanya.

Wasiat yang ketiga puluh satu,
Hendaklah kasih sayang akan ibu bapa seperti diikut apa kata-katanya dan membuat kebajikan kepada keduanya sehabis-habis ikhtiar. Dan jangan durhaka pada keduanya, seperti tiada mengikut perintah keduanya dan kasar perkataan kepada keduanya dan tiada terbawa adabnya.

Wasiat yang ketiga puluh dua,
Jika mati kedua ibu bapa kamu atau salah seorang, maka hendaklah kamu kuat-kuat mendoa'akannya pada tiap-tiap sembahyang dan \ziarah pada kuburnya pada tiap-tiap hari jum'at.

Wasiat yang ketiga puluh tiga,
Hendaklah kuat membuat kebajikan serta dengan yakin kepada guru-guru dan jangan durhaka kepadanya.

Wasiat yang ketiga puluh empat,
Hendaklah berkasih-kasihan dengan orang sekampung dan jika kafir sekalipun dan jangan berbantah-bantah dan berkelahi dengan mereka itu.

Wasiat yang ketiga puluh lima,
Jangan diberi hati kamu mencintai akan maksiat, artinya membuat kejahatan, kerna yang demikian itu percintaan hati. Dan jika banyak percintaan hati, membawa kepada kurus badan.

Wasiat yang ketiga puluh enam,
Jangan kamu jabatkan tangan kamu kepada apa-apa yang haram, kerna yang demikian itu mendatangkan bala.

Wasiat yang ketiga puluh tujuh,
Jika datang bala dan cobaan, maka hendaklah mandi tobat mengambil air sembahyang, dan meminta do'a kepada Allah Ta'ala. Dan banyak-banyak bersedekah kepada fakir dan miskin dan minta tolong do'akan kepada guru-guru dan shalih-shalih karena mereka itu kekasih Allah Ta'ala.

Wasiat yang ketiga puluh delapan,
Apabila hampir bulan Ramadhan, maka hendaklah selesaikan pekerjaan dunia supaya senang beramal ibadat didalam bulan Ramadhan dan jangan berusaha dan berniaga didalam bulan Ramadhan, tetapi hendaklah bersungguh-sungguh beramal dan ibadat dan membuat kebajikan siang dan malam, khususnya bertadarus Quran dan bersuluk.

Wasiat yang ketiga puluh sembilan,
Hendaklah kuat bangun pada waktu sahur, beramal ibadat dan meminta do'a , karena waktu itu tempat do'a yang makbul, khususnya waktu sahur malam Jum'at.

Wasiat yang ke empat puluh,
Hendaklah kuat mendo'akan orang Islam, sama ada hidup atau mati.

Wasiat yang keempat puluh satu,
Apabila bertambah-tambah harta benda kamu dan bertambah-tambah pangkat derjat kamu, tetapi amal ibadat kamu kurang, maka jangan sekali-kali kamu suka akan yang demikian itu, karena demikian itu kehendak setan dan iblis dan lagi apa faedah harta bertambah-tambah dan umur berkurang-kurang.

Wasiat yang keempat puluh dua,
Maka hendaklah kamu i'tikadkan dengan hati kamu, bahwasanya Allah Ta'ala ada hampir kamu dengan tiada bercerai-cerai siang dan malam. Maka Ia melihat apa-apa pekerjaan kamu lahir dan batin. Maka janganlah kamu berbuat durhaka kepada-Nya sedikit jua, karena Ia senantiasa melihat juga tetapi hendaklah senantiasa kamu memohonkan keridhaan-Nya lahir dan batin. Dan lazimkan olehmu i'tikad ini supaya dapat jannatul 'ajilah artinya sorga yang diatas dunia ini.

Wasiat yang keempat puluh tiga,
Maka hendaklah kamu ingat bahwa malikal maut datang kepada setiap seorang lima kali dalam sehari semalam, mengabarkan akan kamu bahwa aku akan mengambil nyawa kamu, maka hendaklah kamu ingat apabila sudah sembahyang tiada sampai nyawa kamu kepada sembahyang kedua, demikian selama-lamanya.

Wasiat yang keempat puluh empat,
Hendaklah kamu kuat mendo'akan hamba yang dha'if ini dan sekurang-kurangnya kamu hadiahkan kepada hamba pada tiap-tiap malam Jum'at dibaca surotul Fatihah sekali dan Qul Huwallahu Ahad (suroh al-Ikhlas) sebelas kali, atau surotul Yasin sekali pada tiap-tiap malam Jum'at atau ayatul Kursi 7 kali dan aku mendo'akan pula kepada kamu sekalian.

------------------------------------------------------------

Inilah wasiat hamba yang empat puluh empat atas jalan ikhtisar dan hamba harap akan anak cucu hamba akan membuat syarahnya masing-masing dengan kadarnya yang munasabah, supaya tahu dha'ifut thullab wa qashirul fahmi. Wallahu Khairul Hakimin, wa Maqbulus Sailin. Amin.

Demikianlah bunyi wasiat beliau, dengan tidak mengubah text asalnya. Apabila kita perhatikan dengan teliti, maka akan kita dapati, bahawa isi wasiat itu sesuai benar dengan firman Allah dan sabda Rasulullah saw. Kita yakin dan percaya apabila wasiat itu kita amalkan, nescaya kita memperolehi keberuntungan dan kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.

(Penulis, H.M.Fahmi El Fuad, adalah cicit langsung dari Syekh Abdul Wahab Rokan al-Khalidi an-Naqsyabandi, Tuan Guru Babus Salam).

Dalam thoriqat ada Penyucian dosa. Dalam thoriqat ada kesempurnaan Jiwa. Dalam thoriqat, semua kita bersaudara dalam thoriqat, dunia segala Cinta.

Wednesday, October 28, 2015

Kenyataan media ASWAJA berkaitan fatwa zikir menari oleh mufti Perlis

Kenyataan Media
Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA)

1. Isu dzikir sambil menari atau menggerakkan badan  sebenarnya sudah lama dibahas secara tuntas oleh para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah. Hal ini dikategorikan dalam perkara furu’iyyah (ranting agama) yang memerlukan sikap toleransi sesama kita  oleh dalam perbezaan pendapat.

2. Sehubungan dengan itu ia tidak sepatutnya dijadikan isu besar, atau berat sehingga boleh menimbulkan kecaman sesat ke atas golongan yg berbeza pandangan dengan Mufti Perlis.

3. Justeru, apa motifnya jika isu picisan ini diangkat kembali ke persada? Apakah fatwa Negeri Perlis ingin bersikap radikal dengan memaksa umat Islam di negeri lain untuk menerima pandangan mereka? Atau  mereka lebih suka untuk bersikap prejudis kepada mereka yang mengamalkan ilmu tasawuf atau tarekat? Atau Mufti Perlis sengaja ingin menjadi jaguh fitnah dikalangan masyarakat awam? Bertaqwalah kepada Allah dan tanyalah hatimu sebelum memberi fatwa.

4. Fatwa Mufti Perlis yang menyatakan bahawa perbuatan terbabit adalah haram dan sesat adalah fatwa yang merepek dan tidak masuk akal. Ia sama sekali tidak boleh dijadikan sandaran untuk masyarakat umum.

3. Hal ini berdasarkan kepada banyak dalil2 syarak yang  mengharuskan perbuatan zikir sambil menggerakkan badan. Antaranya :

Dalil al- Quran al-Karim :

Asas berzikir dalam semua keadaan adalah berdasarkan kepada firman Allah surah Ali Imran ayat 191 yang bermaksud: (Iaitu) Orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring...

Imam al-Alusiy dalam tafsirnya 'Ruh al-Ma'aniy menjelaskan (selepas penerangan yang panjang) Sebagaimana yang diceritakan daripada Ibn Umar ra dan Urwah bin al-Zubair ra serta jamaah daripada sahabat ra. Mereka telah keluar untuk menyambut hari raya di Musolla dan berzikir kepada Allah. Tatkala dibacakan ayat di atas, mereka bangun dalam keadaan berdiri sebagai mengambil berkat dengan kesesuaian ayat tersebut.

6. Dalam surah al Nisaa ayat 103 disebutkan maksudnya : "kemudian apabila kamu telah selesai memgerjakan solat maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah SWT semasa kamu berdiri, duduk dan semasa berbaring.."

Imam al Qurtubiy menyebutkan di dalam Tafsirnya al Jami al-Ahkam bahawa dalam ayat ini Allah SWT menyatakan anak adam melakukan urusan mereka dengan 3 keadaan. Ia seolah2 membataskannya mengikut masa. Tetapi terdapat hadis Sayyidatina Aishah tampil menjelaskan maksudnya
bahawa Baginda Nabi SAW berzikir kpd Allah dalam semua keadaan.

Lalu Imam al Qurtubi menyimpulkan dengan kata- katanya: "Orang yang berzikir dalam semua keadaan akan beroleh pahala dan ganjaran."

7. Dalam surah az -Zumar ayat 23, Allah SWT menyifatkan kulit orang berzikir dan takutkan Allah akan menjadi meremang dan halus...

Ketika mengulas ayat ini, Syeikh Atiah Saqar menjelaskan bahawa pada ketika kulit meremang apabila mendengar atau membaca alQuran maka ia akan memberi kesan kepada saraf untuk membangkitkan apa2 pergerakan tubuh badan.

Oleh yang demikian, amalan zikrullah yang dilakukan dengan pergerakan tubuh badan adalah sesuatu yg normal dan merupakan fitrah insani yang memanifestasikan kebesaran Allah SWT.

8. Dalam surah al A'raf 172 Allah SWT menjelaskan perihal keadaan roh sewaktu mula diciptakan.

Syeikh Yusof Khattar Muhammad ketika mengulas ayat ini menjelaskan bahawa faktor yang menjadikan badan manusia bergerak2 ketika mendengar suara merdu adalah disebabkan kerana roh merasa kesedapan terkenangkan firman Allah melalui ayat ini.

Dalil Hadis:

9. Daripada Saidatina Aishah ra berkata: Telah datang orang Habsyah menari pada hari raya di Masjid. Lalu Nabi SAW memanggilku dan aku meletakkan kepalaku di atas bahu Baginda SAW . Aku menonton tarian mereka sehingga aku mengalihkan pandanganku daripada mereka.(riwayat Muslim 2063).

10. Diriwayatkan oleh Abu Naim daripada al Fudail bin Iyad rh berkata: Bahawa sahabat Rasullullah SAW ketika zikrullah bergoyang-goyang ke kanan dan kiri seperti mana pokok bergoyang ditiup angin kencang ke hadapan dan kemudian ke belakang.

11. Logik akal kita menyatakan bahawa pergerakan badan seseorang adalah  bersesuaian dengan fitrah manusia yang sukakan keindahan dan ketenangan. Apatalagi jika ianya zikrullah yang sememangnya dijamin oleh Allah sbg amalan yang  'menghidup dan memenangkan hati.'

Hal ini sesuatu yang biasa berlaku keatas mana manusia sekalipun. Kecuali bagi orang yang tidak memiliki deria perasaan yang sensitif dan hatinya pula telah lama kering dan tandus.

kesimpulannya,  ayat al Quran dan hadis-hadis diatas dan selainnya jelas membuktikan kepada kita bahawa perbuatan menggerakkan badan ketika berzikir sudah wujud semenjak dari zaman Nabi SAW lagi.

Malah berdasarkan dalil ini juga Baginda Nabi SAW tidak pernah menghalang ataupun menegah perbuatan itu. Bahkan Baginda SAW juga tidak pernah menyifatkan zikir seperti itu sebagai sesat atau haram.

Adalah lebih baik jika Mufti Perlis memikirkan inisiatif bagi mengatasi masalah arak, zina, judi,bercerai, kelab malam dan gejala sosial di Perlis berbanding mengeluarkan fatwa yang merepek dan mengharu biru umat Islam di negara ini. Sudah tiba masanya Mufti diperadabkan dengan disiplin ilmu feqah dan  adab2 dlm menyampaikan  fatwa.

Hal ini penting supaya institusi fatwa dan Mufti benar2 menjadi rujukan agama,  tidak dipandang serong, tidak dituduh jumud dan bersifat radikal dalam penyampaian ilmu agama.

Sekian terima kasih

Dr Zamihan Mat Zin al-Ghari
Presiden ASWAJA
29 Oktober 2015

Thursday, October 1, 2015

Undangan Majlis Zikir Perdana 7.11.2015

Majlis Zikir Perdana
Dan Pelancaran Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA).

Pengumuman Rasmi

Alhamdulillah. Berkat syafaat Rasulullah s.a.w dan para masyaikh semua, jalan ke hadrat Allah swt, adalah di umumkan, dengan dan jika di Izin Allah swt jua,  acara berikut akan diadakan.

Majlis Zikir Perdana
Dan Pelancaran Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA).

Tarikh: 7 Nov 2015 bersamaan 24 Muharram 1437H

Tempat: Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin Putrajaya.

Dirasmikan oleh: YAB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Aturcara akan bermula dari pukul 5.30ptg dan berakhir kira kira 10.30malam.

Semua muslimin dan musliman dijemput hadir.

Setiausaha Agong.
Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia      (PERTAMA)

MENGENAL DIRI

"MENGENAL DIRI"

Sabda Rasulullah saw:

MAN ARAFA NAFSA FAQAD ARAFA RAB’BAH WAMAN ARAFA RAB’BAH FASADA JASAD.

“Sesiapa yang mengenal dirinya, tentu dia mengenal Robbnya dan sesiapa yang mengenal Robbnya, maka binasalah dirinya.”

Firman Allah swt:

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (Surah Al-Baqarah 2:156)

Apabila Ruh diturunkan kebumi, ia berhajat kepada Sifat Iftiqar Allah untuk berfungsi di atas muka bumi ini. Jika tiada Sifat Iftiqar, Ruh tidak berfungsi. Ini disebabkan ia memiliki sifat yang suci dan tinggi. Ia tiada pengetahuan dan kehendak terhadap alam yang rendah (dunia). Oleh itu, ia perlukan Sifat Iftiqar untuk melaksanakan tugas khalifah, untuk kehidupannya dan dunia.

Empat Sifat Iftiqar: Sifat Qudrat, Hayat, Iradat, Ilmu.

Sebelum Ruh dimasukkan ke dalam jasad, Allah melapisi Ruh Al-Qudsi dengan lapisan-lapisan sampai ke alam “Mulkiah” yang disebut “Qiswah Unsuriah” iaitu alam Jabarut, alam Malkut dan alam Mulki kerana kekuatan Ruh Al-Qudsi boleh menghancurkan jasad, sebagaimana cahaya matahari yang dihalangi cahayanya bumi dengan pelbagai lapisan agar tidak terbakar bumi ini kerana kepanasannya.

Ruh Yang Suci, Firman Allah swt:

"Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya. (Surah Al-Hijr 15:29)

1. QUDRAT (Kuasa): iaitu dinyatakan pada (RUH JASMANI) dan diletakkan dalam jasad. Ruh memerlukan jasad untuk bergerak di atas muka bumi. (NASMA “fizikal”: kuasa batin yang hebat). TANAH: tubuh badan-istana hakikat.

2. ILMU (ilmu): ianya dinyatakan pada (RUH SULTANI) dan menjadi akal apabila digabungkan dengan unsur air dan diletakkan pada otak. Ruh tidak akan dapat berfikir untuk kehidupan di dunia tanpa ilmu bangsa dunia. (AIR: akal- ilham, laduni pandangan tajam hikmah). AIR: otak-istana syariat.

3. HAYAT (hidup): ianya dinyatakan pada (RUH AL HAYAT) dan menjadi nafas apabila bergabung dengan udara. Ruh memerlukan nafas untuk berhubung dengan nafas. (NAFAS: menstabilkan emosi, akal, kesihatan dan perjalanan Ruh). ANGIN, udara: sistem pernafasan-istana tarikat.

4. IRADAT (berkehendak): ianya dinyatakan pada (RUH SAIRANI RAWANI) dan menjadi nafas apabila digabungkan dengan unsur api dan diletakkan dijantung/ qalbi. Ruh memerlukan nafsu yang bangsa dunia untuk memakmurkan dunia. (NAFSU: ketenangan, kasyaf, asyik, cinta, rindu, syuhud, makrifat). API: jantung-istana makrifat.

Syeikh Abdul Qadir Jailani: Di dalam Kitab Sirrul Asrar: Ruh adalah hakikat diri manusia yang sebenar. Ruh adalah Nur cahaya yang tinggi yang dibaluti dengan beberapa lapisan pakaian sebelum diturunkan ke alam dunia ini agar jasad tidak terbakar.

“Manusia itu rahsiaku dan Aku adalah rahsia manusia.” (Hadis Qudsi)

Setiap Ruh mempunyai tempat di daerah ketika ia berada dalam jasad. Setiap insan wajib mengetahui bagaimana mahu mengolah setiap lapisan tersebut agar tersingkap baginya rahsia.

Kenali dirimu dengan merenungkan kedalam dirimu nescaya engkau akan mengenali Tuhanmu tanpa huruf, suara, tanpa dalil dan perantaraan.

Galillah rahsia alam dirimu sendiri sehingga berjumpa dengan air dari alam Malakut, alam Jabarut dan akhirnya Lahut, nescaya kamu akan dapat menyaksikan kembali bagaimana dirimu berhimpun dan bertasbih di alam Lahut serta menyaksikan bagaimana dirimu bersaksi akan diri KeTuhanan sebagaimana firmannya:

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". (Surah Al-A'raaf 7:172)

Sesiapa yang sampai ke alam ini, ia mengambil ilmunya terus dari Allah tanpa perantaraan. Di alam ini, ia beribadah dari Allah, dengan Allah dan untuk Allah. Pandangannya sentiasa melihat pada dua alam, melihat diriNya di alam zahir iaitu Af’al, Sifat dan Asma, bermusyahadah dengan ZatNya di alam lahut. Adakala mereka itu fana (lebur) penglihatan di alam ini ketika mentajallikan rahsiaNya sehingga tiada yang dilihat melainkan Allah swt.